4 Kedai Makan Pilihan di Pulau Perhentian Besar

Merupakan destinasi pelancongan pilihan, Pulau Perhentian Besar menawarkan berbagai pilihan makanan dari pelbagai kedai makan buat para pengunjung. Antara hidangan yang popular termasuklah Malaysian & Asian cuisine, berbeku makanan laut (seafood barbeque) dan semestinya western! Pendek kata, makanan kebiasaan yang kita sering makan di bandar juga boleh didapati di Pulau Perhentian. Bezanya cuma, sambil kita makan sambil kita dapat menikmati suasana pantai lagi-lagi bila waktu petang.

Dari segi harga pula, ianya bergantung pada jenis set makanan yang anda order. Jangan risau, senarai di bawah dapat membantu anda untuk memilih kedai makan yang harganya seiring dengan bajet poket semasa berada di Pulau Perhentian. Jadi, nak makan di mana? Teruskan membaca!

4 Kedai Makan Pilihan di Pulau Perhentian Besar


1. Coral View Island Restaurant

Coral View restaurant

Bersebelahan dengan Coral View Island Resort di Perhentian Besar, restoran Coral View Island ini menawarkan sajian hidangan panas termasuklah masakan Asian style dan western selain dari seafood bbq. Permandangan air laut yang cantik bakal membuatkan pelanggan yang datang makan di restoran ini berasa santai dan nyaman. Antara menu yang seringkali dipesan oleh mereka yang makan di sana ialah, prawn mango curry. Menariknya!

Restoran ini tidak terhad bagi mereka yang menginap di Coral View Island Resort sahaja. Bahkan, terbuka buat orang awam juga. Selain makanan ala carte, resort ini juga menawarkan bufet pada waktu sarapan pagi yang berharga RM25 untuk seorang. Harga makanan mungkin sedikit mahal berbanding dengan restoran yang lain, tetapi pilihan sentiasa ada di tangan anda. Kalau anda gemarkan kawasan makan dengan view yang cantik dan chill, this is your right place!

Alamat: Coral View Island Resort Restaurant, Pulau Perhentian Besar, Besut, 22300, Terengganu, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi – 10 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-6911700


2. Mama’s Chalet & Restaurant

Mama's restaurant

Terletak di Perhentian Besar bersebelahan dengan Mama’s Chalet, restoran ini antara kegemaran pengunjung dek kerana layanan mesra dari owner sendiri iaitu, Mama. Anda boleh menikmati macam-macam jenis hidangan termasuk masakan melayu, western dan seafood di sini. Pilihan jus segar pun banyak. Nak minum air kelapa? Order je! Servis di restoran ini pun laju. Jadi, mereka yang membuat pesanan tidak perlu menunggu lama.

Sajian sarapan pagi di restoran ini tidak hanya tertumpu masakan goreng ye, telur dadar pun ada tau. Kebiasaan bagi mereka yang datang makan tengahari di sini, rata-rata akan memesan hidangan goreng seperti nasi goreng kampung atau mee goreng basah. Untuk makan malam atau makan malam pula, berbarbeku la kita! Ikan, sotong dan ketam untuk sesi barbeku semuanya segar belaka. Dari segi harga pula, memang berbaloi. Tetapi untuk barbebku, harga akan dikira berdasarkan berat makanan laut yang ditimbang. Jangan risau lah, harga memang mampu milik. Kalau anda bercuti di Perhentian Besar, jangan lupa datang singgah makan di Mama’s Restaurant ye. Worth every penny!

Alamat: Lot 137, Kg. Seberang Genting, Pulau Perhentian Besar, Besut, 22300 Terengganu, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi – 9.30 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-9853359


3. Abdul Chalet Restaurant

Abdul restaurant

Abdul Chalet Restaurant ini juga antara yang terkenal di Perhentian Besar. Tidak hanya terbuka kepada mereka yang menginap di Abdul Chalet sahaja, tetapi buat pengunjung luar juga ye. Berkonsepkan masakan tempatan dan continental style, cef di restoran ini akan selalu memastikan hidangan yang disajikan kepada pelanggan sentiasa berada di dalam keadaan yang segar. Restoran ini dibuka dari pagi hingga lah ke malam. Jadi, dapat lah anda merasa hidangan dari sarapan hingga ke makan malam.

Sama seperti kebanyakkan restoran di Perhentian Besar, lokasi restoran ini juga terletak berhadapan dengan pantai. Jadi buat mereka yang datang ke restoran sini, dapatlah menikmati permandangan yang cantik sambil makan terutama pada waktu linkungan jam 6 petang ke atas kerana pada waktu itu, anda dapat melihat matahari terbenam yang berwarna jingga kemerahan. Dari segi harga pula, masih affordable. Cuma bagi mereka yang yang ingin mencuba barbeku makanan laut segar di restoran ini, perlu tahu bahawa harga yang di caj mengikut berat dan jenis makanan laut itu okay? Oh lagi satu, anda boleh membuat bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau menggunakan kad debit.

Alamat: Abdul’s Chalets and restaurant, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi – 10 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-6476406


4. Nia Cafe

Nia Cafee

Nia Cafe merupakan ‘bonus’ bagi mereka yang travel ke Perhentian Besar. Nak tau sebab apa? Selain menu yang best ditawarkan, harga makanan serta minuman pun sedikit murah jika nak dibandingkan dengan kedai atau restoran lain di Perhentian Besar. Sama seperti dengan kedai makan yang lain, Nia Cafe juga menyediakan sarapan ala-ala mat saleh. Antaranya scrambled egg dan roti bakar! Untuk menu tengahari, kebiasaanya yang goreng-goreng sahaja. Bila waktu petang, sambil-sambil tunggu matahari terbenam, boleh la pesan air kelapa untuk hilangkan penat badan yang seharian pergi snorkeling. 

Makan malam nak makan apa? Mesti lah tom yam! Kebiasaan pelanggan yang datang makan malam di sini akan memesan tom yam dan nasi putih. Antara menu paling laku di Nia Cafe selain masakan kari dan buat masa sekarang, tiada sesi barbeku di waktu malam ditawarkan. Sekadar ingin berkongsi, rata-rata pelanggan yang datang makan di sini tak kira lah orang tempatan kita mahupun pelancong luar mengatakan layanan dari pekerja dan kualiti makanan sangat tip top!

Alamat: Lot 137, Kg. Seberang Genting, Pulau Perhentian Besar, Besut, 22300 Terengganu, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 9 pagi – 9 malam

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 011-29247932


Bagi mereka yang pertama kali hendak ke Pulau Perhentian, jangan lupa untuk mencuba makanan dan minuman dari kedai-kedai dalam senarai di atas ye. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah tau! Tak sabar nak dengar pengalaman makan-makan dari anda. Selamat bercuti dan makan-makan dari team caridestinasi!

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Aktiviti di Pulau Perhentian yg Mesra Kanak-Kanak

Pulau Perhentian, terletak di Terengganu, merupakan destinasi percutian yang sangat ideal untuk keluarga yang mencari tempat yang selamat dan menyeronokkan. Terdapat pelbagai aktiviti di...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

27+ Resort Pulau Perhentian Yang Menarik & Best

Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk semua jenis pelancong. Pulau ini dibahagi kepada dua pulau, iaitu Pulau Perhentian Besar dan...

Jeti Kuala Besut- ‘PINTU’ Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan antara salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dan sentiasa menjadi lubuk egensi pelancongan yang memberikan pakej menarik ke Pulau Perhentian....

Top 10 Pakej Percutian Pulau Perhentian Yang Best & Murah

Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu ini dahulunya menjadi tempat persinggahan kapal dari Singgora (Selatan Thailand) yang mahu ke Kuala Terengganu. Oleh kerana sering...

8 Tempat Makan Mesti Cuba di Pulau Perhentian Kecil!

Pulau Perhentian adalah antara destinasi percutian yang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa. Keindahan pulau ini dengan pasir yang memutih,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x