Jeti Kuala Besut- ‘PINTU’ Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan antara salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dan sentiasa menjadi lubuk egensi pelancongan yang memberikan pakej menarik ke Pulau Perhentian. Tidak kira pelancong warga asing mahu pun rakyat tempatan. Manataknya, air laut di sini sangatlah biru dan memang menenangkan fikiran bagi yang penat bekerja di bandar. Disebabkan lautnya yang cantik, tidak hairanlah kenapa banyak juga resort yang menarik yang sentiasa menjadi pilihan pelancong.

Untuk ke Pulau Perhentian ini, setiap pelancong perlu melalui jalan air dengan menaiki bot yang terdapat di Jeti Kuala Besut, Terengganu. Oleh itu, Jeti Kuala Besut juga merupakan pusat tumpuan pelancong kerana kemeriahan pelancong-pelancong yang akan ke Pulau Perhentian.


Tempat Makan Berdekatan

Tempat makan berdekataan Jeti Kuala Besut

Di setiap pusat pelancongan, pastinya aneka makanan yang terdapat di situ juga menjadi tumpuan pelancong untuk mencuba dan merasai keenakkan makanan setempat. Sama juga seperti di Jeti Kuala Besut, aneka makanan yang terdapat di sekitar jeti ini melambangkan selera orang Pantai Timur.

Anda patut merebut peluang untuk merasai selera pantai timur ini dengan mencuba makanan setempat seperti nasi dagang, mee celup dan nasi air yang jarang-jarang ditemui di negeri selain negeri pantai timur. Tambahan lagi, bila sudah dekat dengan jeti, pastinya makanan berasaskan kehidupan laut juga banyak di sini. Selain keenakkan rasa masakan di sini, anda jangan terkejut pula dengan harganya yang murah serta berpatutan, sepadan dengan kuantiti yang di ambil.

Dibawah ini merupakan antara senarai kedai-kedai makanan yang sering menjadi tumpuan para pelancong apabila mereka melewati Jeti Kuala Besut.


Hotel Berdekatan

Tempat penginapan berdekatan Jeti Kuala Besut

Anda semua pasti sudah merancang perjalanan untuk sesebuah percutian bukan? Namun, kadang-kadang perancangan yang telah disusun tidak dapat dicapai kerana faktor-faktor yang di luar jangka manusia. Sebagai contoh, tiket bas atau kapal terbang yang telah anda tempah kemungkinan mempunyai kelewatan waktu berlepas membuatkan anda sampai ke destinasi pada waktu yang tidak tepat seperti waktu malam. Jika ini berlaku, anda tidak perlu risau terhadap keadaan ini kerana terdapat hotel yang berdekatan dengan jeti untuk anda merehatkan badan.


Kenderaan Awam ke Jeti

Bas Ekpres

Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut

Pengangkutan bas ekpress merupakan salah satu pengangkutan yang banyak dipilih pelancong untuk pergi melancong. Tidak kira sama ada pelancong warga asing mahupun pelancong tempatan. Hal ini kerana, dengan menggunakan pengangkutan awam ini, pelancong dapat jimat tenaga dan juga wang untuk bercuti. Mana tidaknya, jika anda memilih untuk menaiki bas untuk ke sesebuah destinasi, tambang yang dibayar tidak sebanyak kos yang dikeluarkan jika anda menaiki kereta sediri. Anda juga akan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bercuti kerana anda dapat rehat yang secukupnya. Barulah anda akan enjoy sepuasnya dengan percutian anda.

Mudah saja untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bas ekspress yang menuju ke Terminal Bas & Teksi Kuala Besut. Jarak dari Terminal Bas & Teksi Kuala Besut ke Jeti Kuala Besut hanya 800m sahaja. Anda hanya perlu berjalan sedikit untuk sampai ke kawasan jeti.

Lokasi | Ulasan Google 

Kapal Terbang

Lapangan Tebang

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda juga boleh menempah tiket kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Jangan anda terkejut pula kenapa perlu turun di lapangan terbang Kota Bharu. Ini kerana, kedudukan daerah Kuala Besut ini terletak di sempadan antara Kelantan dan Terengganu. Lebih dekat jika anda mendarat di Kota Bharu berbanding anda mendarat di lapangan terbang Kuala Terengganu.

Dengan menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan, anda akan menikmati keselesaan di dalam perjalanan menuju ke Kuala Besut ini. Selain itu, anda juga turut dapat menjimatkan masa perjalanan berbanding anda menaiki bas ekpress.

Lokasi | Ulasan Google | Phone: 09-7737400


Cara Ke Jeti Kuala Besut

Bas Ekspres

Anda boleh merancnag perjalanan anda dengan siap-siap membeli tiket bas secara atas talian agar tidak beratur panjang semasa hendak membeli. Setibanya di terminal nanti anda hanya perlu berjalan sedikit untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.

Dari Ipoh, Perak

Untuk anda yang datang dari Ipoh, Perak dengan menaiki pengangkutan bas, anda boleh mendapatkan tiket bas ke Kuala Besut di Terminal Bas Amanjaya. Tiket bas yang berharga RM 44.00 itu akan membawa anda terus ke Kuala Besut dan perjalanan mengambil masa selama 6 jam 45 minit.

Dari Butterworth, Pulau Pinang

Tiket bas ekpress dari Terminal Penang Sentral ke Terminal Kuala Besut boleh didapati dengan harga RM 46.00. Perjalanan dari Penang ke Kuala Besut mengambil masa 6 jam 53 minit. Jadi anda boleh merancang perjalanan anda agar sampai ke terminal bas pada waktu yang tepat.

Dari Johor, Melaka, KL & Selangor

Untuk negeri-negeri yang berada di Selatan, anda boleh mengambil bas dari kawasan negeri anda dan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dari TBS ini barulah anda membeli tiket bas menuju terus ke Terminal Bas & Teksi Kuala Besut. Anggaran waktu perjalanan selama 7 jam 45 minit dan tiket bas pula berharga RM 44.00 hingga RM 48.00 bergantung kepada syarikat bas yang dipilih oleh anda.

Dari Kuala Perlis, Perlis

Untuk anda yang datang dari negeri Perlis, tiket bas ekpress boleh didapati di Terminal Bas Kuala Perlis. Perjalan yang memakan masa 8 jam 39 minit itu akan memberi peluang kepada anda untuk dapatkan rehat yang cukup sebelum menikmati percutian yang menyeronokkan. Tiket boleh didapati pada harga RM 51.00.

 

Kapal Terbang

Satu lagi pengangkutan ke Kuala Besut ialah dengan menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Setibanya anda di lapangan terbang ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi untuk menuju ke Jeti Kuala Besut. Jarak antara lapangan terbang dengan Jeti Kuala Besut ialah 60 KM dan memakan masa selama 1 jam perjalanan.

Anda diingatkan untuk berhati-hati semasa memilih perkhidmatan teksi agar tidak dicaj berlebihan. Untuk lebih senang dan tidak ditipu, anda boleh terus ke kaunter teksi yang terdapat di dalam lapangan terbang. Selain teksi, perkhidmatan van pelancong juga turut disediakan untuk membawa anda ke Jeti Kuala Besut. Tetapi dinasihati agar menempah van ini terlebih dahulu semasa anda merancang percutian anda.

Angaran harga tiket kapal terbang dari RM 85 hingga RM 154 bergantung kepada tarikh dan promosi yang akan pada ketika anda hendak membeli tiket.


Tempat Meletak Kenderaan

Bagi mereka yang memandu kenderaan persendirian ke Jeti Kuala Besut pasti memikirkan tempat letak kenderaan yang selamat untuk anda tinggalkan kereta sebelum ke Pulau Perhentian. Anda tidak digalakkan untuk meletakkan kenderaan anda di parking yang terdapat di deretan kedai kerana mempunyai risiko yang tinggi untuk dirompak atau dilarikan.

Walaupun kawasan tempat letak kenderaan yang ada di sekitar Jeti Pantai Besut ini agak terhad akan tetapi anda boleh mendapatkan perkidmatan sewa tempat parking kereta hanya serendah RM 10 untuk satu malam. Tempat parking kereta ini dipantau ketat siang dan malam oleh orang yang bertugas. Selain itu, kereta anda juga selamat kerana parking ini berada di kawasan yang berpagar dan di bawah bumbung. Barulah anda dapat menikmati percutian dengan aman tanpa perlu risau dengan kereta yang ditinggalkan di jeti.

1. Save Park Parking

Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300, Besut, Terengganu

Bayaran Masuk: RM10.00

Lokasi | Ulasan Google

Whatsapp Save Park Parking

2. Parking Kuala Besut

Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300, Besut, Terengganu

Bayaran Masuk: RM10.00

LokasiUlasan Google 

Whatsapp Parking Kuala Besut

3. Selamat Park

Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300, Besut, Terengganu

Bayaran Masuk: RM10.00

Lokasi | Ulasan Google

Whatsapp Selamat Park


Kemudahan Jeti 

Jeti Kuala Besut ini mula beroperasi pada 1998 sebagai sebuah jeti yang menyediakan perkhidmatan bot-bot untuk ke seberang menuju ke Pulau Perhentian. Oleh hal yang demikian, jeti ini akan menjadi tumpuan pelancong sebelum mereka ke Pulau Perhentian. Sambil-sambil menunggu ketibaan bot untuk ke seberang, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot mewah dan kapal layar yang berlabuh di jeti ini. Seperti jeti-jeti yang lain, Jeti Kuala Besut jugak turut menyediakan kemudahan seperti kaunter tiket, tempat makanan dan jualan barang-barang kraf tangan.

Selain itu, anda boleh menarik nafas lega sedikit kerana Balai Polis Kuala Besut terletak berhampiran dengan kawasan jeti sekitar 450 m. Tambahan lagi, Klinik Kesihatan Kuala Besut juga turut terletak 2.5 KM dari jeti. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda tidak perlu panik kerana Balai Polis dan Klinik Kesihatan berhampiran dengan kawasan jeti untuk mendapatkanbantuan.


Tempat Jalan-Jalan

Dah alang-alang anda sudah berada di Kuala Besut, Terengganu, anda boleh ambil peluang ini untuk berjalan-jalan ke tempat menarik yang juga turut menjadi daya tarikan pelancong. Selain Pulau Perhentian, anda boleh turut pergi ke Pulau Rhu Pantai Bukit Keluang yang mempunyai pelbagai aktiviti air.

Jangan lepaskan peluang juga untuk turut mendaki Bukit Keluang yang terletak berdekatan dengan Pantai Rhu. Dari atas bukit ini, anda akan berpeluang untuk menikmati pemandangan laut yang cantik dan angin yang menyegarkan.


 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

4 Kedai Makan Pilihan di Pulau Perhentian Besar

Merupakan destinasi pelancongan pilihan, Pulau Perhentian Besar menawarkan berbagai pilihan makanan dari pelbagai kedai makan buat para pengunjung. Antara hidangan yang popular termasuklah Malaysian...

10 Aktiviti di Pulau Perhentian yg Mesra Kanak-Kanak

Pulau Perhentian, terletak di Terengganu, merupakan destinasi percutian yang sangat ideal untuk keluarga yang mencari tempat yang selamat dan menyeronokkan. Terdapat pelbagai aktiviti di...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

27+ Resort Pulau Perhentian Yang Menarik & Best

Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk semua jenis pelancong. Pulau ini dibahagi kepada dua pulau, iaitu Pulau Perhentian Besar dan...

Top 10 Pakej Percutian Pulau Perhentian Yang Best & Murah

Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu ini dahulunya menjadi tempat persinggahan kapal dari Singgora (Selatan Thailand) yang mahu ke Kuala Terengganu. Oleh kerana sering...

8 Tempat Makan Mesti Cuba di Pulau Perhentian Kecil!

Pulau Perhentian adalah antara destinasi percutian yang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa. Keindahan pulau ini dengan pasir yang memutih,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x