Terengganu memang sudah dikenali sebagai bandaraya warisan pesisir pantai dan kalau mari ke bandar Kuala Terengganu, tak sah kalau tak singgah melepak di Pantai Batu Buruk. Pantai nilah yang paling popular di bandar KT. Duk tengah bandar pulak tu.
Kebetulan time kami datang kat sini, cuaca cantik, cerah dan berangin. Memang best duk sini. Ramai orang yang berfamili dengan anak2 bermain layang2 kat sini. Kalau nak beriadah dengan keluarga memang sangat sesuai. Seperti pantai lain di Terengganu, taman permainan atau playground utk anak pasti tersedia. Yang lain sket kalau nak banding kat pantai atau kawasan rekreasi lain, dia punya playground lagi besar. Memang seronok anak2 kalau datang sini. Kebersihan dan playground juga terjaga dengan baik sebab tader karat2 atau macam dah rosak.
Kalau korang nak merasa naik kete kuda kat pantai, boleh lah singgah di Pantai Batu Buruk ni. Time kami datang ada lebih kurang 5 kereta kuda yang macam dalam gambar. Ni kuda padi, bukan kuda yg besar tu. Tapi boleh lah kan kalau nak merasa naik kete kuda.. :) Murah je, RM5 satu kepala. Kalau bawak anak2 boleh lah try. Tapi dia pusing kejap je..Dalam 2-3 round pastu abih…oklah kalau nak stakat nak merasa naik kan…
Dari pantai Batu Buruk kalau tengok ke arah kanan pantai, akan nampak Pulau Kapas yang terletak di Daerah Marang. Jaraknya lebih kurang 30 minit dari sini kalau nak ke Jeti Marang.
Kat sini juga ada permainan bermotor iaitu ATV. Biasanya ATV ni ada kat kawasan2 berbukit. Kalau nak merasa menunggang kat tepi pantai, moh ler ke sini.
Tak sah kalau xde gerai. Mana boleh tader kan. Kalau penat dan dahaga boleh lah beli2 makanan kat sekitar Pantai Batu Buruk ni. Makanannya? Semestinya lah kopok lekor, pisang goreng, bebola goreng, jagung bakar dan satey ikangg !! :)
Kalau tak bawak layang2 jgn risau. Kat sini ada jual…banyak pulak tu dan cantik2 layang2 kat sini…
Tu dia…Pantai Batu Buruk ni sentiasa penuh dengan orang2 duk beriadah dan melepak makan angin…memang best duduk tepi pantai angin sepoi2 dan bawah pokok rhu yang redup lagi tu.
Kat sini juga ada gerai2 yang menyediakan makanan2 yg berat seprti masakan panas, sotong celup tepung dan sebagainya…Harga dia sedikit mahal kalau nak banding kat seberang takir atau di Penarik. Mungkin sebab pantai dekat bandar kot..
Kalau bab makan kat pantai batu buruk…korang tak yah risau lah..berlambak gerai2 kat tepi pantai tu…Pernah makan sate ikan? Ni memang popular kat Terengganu siap ada 2 3 rasa bagai pulak tu…nak tahu rasa apa?? kena lah cubaa !! hehe
Kalau stakat nak jalan2 makan angin, Pantai Batu Buruk merupakan salah satu destinasi yang menarik. Tapi sayang sgt..kat sini pun tak boleh mandii…maklumlah angin kat pantai pesisir Terengganu ni memang kuat serta permukaan dasar laut yang tak sesuai nak mandi…kalau boleh mandi memang sah kuyup kitaorg. Lokasi dan koordinat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu: lat/lng: 5.324337,103.154122. Main kuda, makan makan, lepak lepak tepi pantai ! Fuh bestnya !
Nak tanya .. buaian yg dekat Pantai buruk tu dah takde ke
Maaf bertanya…di pantai baru buruk…adakah dibenarkan untuk kami berkhemah berkereta? (CamperVan)
rasanya tiada masalah selagi tak menggangu orang awam….dekat pantai ni selalu ada orang boleh kata 24 jam sbb pantai dalam bandar kt…