Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet

Kuala Terengganu merupakan sebuah bandaraya dan ibu negeri pentadbiran negeri Terengganu Darul Iman. Terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan, Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan merupakan antara bandar pelancongan popular di Malaysia. Banyak lokasi pelancongan yang terkenal di sekitar Kuala Terengganu antaranya Pasar Payang, Kompleks Noor Arfa Batik, Pusat Budaya dan Kraf Terengganu, Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Istana, Muzium Negeri, dan Pulau Duyong.

Saban tahun, kedatangan pelancong ke Kuala Terengganu telah meningkat sekaligus menggalakkan industri hospitaliti hotel dan rumah inap. Pengusaha hotel dan rumah inap menyediakan perkhidmatan bilik dan kemudahan tambahan lain seperti wifi, kolam renang, lokasi bergambar, aktiviti riadah dan banyak lagi mengikut tema yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak pelancong. Selesa, bersih dan cantik, kebanyakan bilik ditawarkan pada harga yang berpatutan sesuai untuk pelancong solo atau berkumpulan. Jom kita lihat 10 homestay yang menarik dan mesra bajet di Kuala Terengganu.

10 Homestay Menarik dan Mesra Bajet di Kuala Terengganu


1. Edani’s River Cottage

edani

Terletak 8 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 15 minit, Edani’s River Cottage menawarkan penginapan berkonsepkan banglo seni bina Melayu. Dengan 6 bilik tidur, 2 bilik terbuka dan 4 bilik mandi, Edani’s River Cottage boleh memuatkan sehingga 15 orang pada satu-satu masa. Untuk adakan majlis, harga yang dikenakan berbeza mengikut pakej yang disediakan. Tempahan dibuka sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh iaitu pada awal Disember sehingga pertengahan bulan Januari.

Keistimewaan lokasinya terletak di tepi Sungai Ibai dan mempunyai kawasan lapang yang luas dipenuhi keindahan alam semulajadi. Sungainya pula kaya dengan spesies ikan, jadi anda boleh lah bawa peralatan memancing sambil bersantai mengimbau kenangan masa kanak-kanak.

Alamat: 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0129281212

Whatsapp Edani’s River Cottage


2. DBukit Losong Villa Homestay 

DLosong

Terletak 6.4 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 13 minit, DBukit Losong Villa Homestay menawarkan penginapan rumah banglow semi-D yang dibahagi kepada Vila 1 dan Vila 2. Maksimum penyewa untuk setiap vila adalah 10 orang. Vila 1 dan Vila 2 masing-masing mempunyai 3 bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa, sebuah ruang tamu, dan dapur. Ruangan dapur menyediakan peralatan memasak termasuk sebuah unit mikrowave untuk memudahkan penyewa menyediakan makanan sepanjang penginapan di sini. Di sini ada mesin basuh, TV Astro dan wifi percuma. Setiap bilik mempunyai bilik mandi masing-masing untuk keselesaan dan privasi penyewa. Harga untuk Vila 2 adalah lebih murah daripada vila 1.

Keistimewaan DBukit Losong Homestay ialah lokasinya yang berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu. Jika ingin menginap di sini, kena buat tempahan awal supaya tidak kecewa.

Alamat: Jalan Tangki Air, Kampung Losong Bukit, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133972033


3. Villa DSelasih Homestay

Vila DSelasih Homestay

Terletak 13.4 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 22 minit, Villa DSelasih Homestay menawarkan penginapan rumah dua tingkat yang dibahagikan kepada Unit A Unit B. Unit A terletak di tingkat atas mempunyai laluan masuk di bahagian luar manakala Unit B terletak di tingkat bawah. Unit A mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, ruang tamu, dan dapur. Unit B pula mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, ruang tamu dan dapur.

Setiap bilik dilengkapi dengan katil bersaiz queen, pendingin hawa dan ruangan solek. Peraturan di sini membenarkan jumlah penyewa adalah seramai 8 orang untuk setiap unit. Villa DSelasih Homestay terletak berhampiran dengan kampus UMT dan UNISZA dan sering mendapat tempahan tinggi pada hujung minggu atau musim konvokesyen. Tempahan awal sangat digalakkan bagi memudahkan urusan penginapan pada masa yang diingini. Untuk cari makan tidak perlu risau sebab tempat makan memang banyak, terutama untuk mereka yang mencari juadah tempatan yang terkenal seperti Ikan Celup Tepung, Keropok Lekor, laksa ikan seekor, dan banyak lagi. Lokasi pantai berdekatan adalah pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang, sambil berjalan-jalan bermain di gigi air, boleh lah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Alamat: Lot 34517B, Jalan Selasih 2, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01110684992


4. Homestay IQ 

IQ

Terletak 12 km dari Kuala Terengganu, Homestay IQ Kuala Terengganu menawarkan rumah penginapan ala desa tetapi moden yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Rumah inap ini mempunyai 3 jenis penginapan dengan setiap unit mengandungi 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Dapurnya dilengkapi sebuah peti sejuk, periuk masak nasi elektrik, cerek elektrik, dapur memasak dan mesin pencuci baju.

Yang best di sini ialah jika datang pada musim buah-buahan, penyewa dibenarkan untuk menikmati buah-buah dari pokok yang ditanam sekitar rumah inap. Pokok durian, rambutan dan durian belanda antara pokok-pokok yang ditanam di sini. Suasana kampung memang terasa sepanjang penginapan di Homestay IQ Kuala Terengganu.

Alamat: Kampung Paya Resak (Belakang SK Paya Resak, Kampung Paya Resak, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019915 5177

Whatsapp Homestay IQ


5. Anjung Pantai Seberang

Anjung

Terletak 5.4 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 10 minit, Anjung Pantai Seberang menawarkan 9 jenis bilik penginapan termasuk sebuah unit banglo. Harga adalah RM180/malam untuk satu bilik sehingga RM600/malam untuk unit banglo, penyewa boleh memilih jenis bilik berdasarkan keperluan. Setiap unit dilengkapi dengan katil bersaiz bujang dan queen, dan mempunyai pendingin hawa serta perkhidmatan kaunter 24 jam.

Anjung Pantai Seberang merupakan hotel bertaraf 2 bintang, terletak berhampiran Miami Beach Terengganu yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Antara yang menarik di sini ialah setiap anjung bilik mengadap laut. Buka tingkap sahaja, terlihat lah pemandangan laut. Dengan tiupan angin dan deruan ombak memecah pantai, suasana di sini sangat sesuai untuk berehat di atas kerusi malas yang disediakan. Bagi yang menggemari aktiviti bermain dan beriadah, di sini ada terdapat kolam renang bersaiz dewasa dan kanak-kanak, serta peralatan permainan seperti pinball dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Fikri, Kampung Baru Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0139103900


6. Che Beach House

Che

Terletak di Kampung Rhu Renggeh, 11 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 10 minit, Che Beach House adalah rumah inap berkonsepkan percutian di tepi pantai. Mempunyai 3 bilik tidur di tingkat atas, dan 2 bilik tidur di tingkat bawah yang masing-masing mengadap pemandangan laut. Setiap bilik dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, sebuah bilik mandi, pendingin hawa dan ruangan rehat yang mencukupi. Di sini terdapat juga dapur lengkap, serta sebuah ruang tamu yang luas untuk berehat dan bersantai beramai-ramai. TV disediakan termasuk capaian Wifi secara percuma.

Pada waktu malam, anda boleh melakukan aktiviti barbeku yang terletak di tepi pantai. Che Beach House membuka tempahan sepanjang tahun termasuk pada musim monsun. Jika ingin menikmati bunyi deruan ombak dan tiupan angin monsun, jauh dari keriuhan kota, datanglah ke sini. Anda pasti terpesona.

Alamat: Kampung Rhu Renggeh, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0173681088


7. ISetia Homestay

iSetia

Terletak di Chendering, 11 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 17 minit, ISetia Homestay menawarkan rumah penginapan yang boleh memuatkan sehingga 15 orang. Dilengkapi dengan 4 bilik tidur bersaiz besar, dan 1 bilik bersaiz biasa, setiap bilik mempunyai bilik mandi dan pendingin hawa. ISetia Homestay juga mempunyai sebuah kolam renang yang dibina sesuai untuk untuk kanak-kanak dan dewasa. Untuk penyewa Muslim jangan risau sebab kolam renang terletak di bahagian tertutup dan terlindung dari pandangan luar. Harga sewaan adalah RM800 untuk satu malam serta bayaran deposit.

Keistimewaan ISetia Homestay ialah biliknya berkonsepkan moden setaraf hotel mewah. Pengusaha ISetia Homestay turut menyediakan perkhidmatan tambahan ke Pulau Kapas. Di sana boleh lah merasai pengalaman bermain ombak dan menikmati keindahan laut dan alam semulajadi.

Alamat: 1233, Bukit Batu Putih Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0105457070

Whatsapp ISetia Homestay


8. Rareheart Guesthouse

RareHeart

Terletak di tengah-tengah Kuala Terengganu, Rareheart Guesthouse menawarkan penginapan yang selesa dan esklusif dengan rekabentuk dalaman istimewa. Di sini terdapat 7 bilik, 3 bilik studio dan 4 bilik keluarga. Setiap unit disediakan 1 katil queen dan 2 katil single yang dilengkapi dengan pendingin hawa, sebuah mikrowave, peti sejuk, pemanas air, tandas elektronik dan almari pakaian. Setiap unit bilik juga disediakan TV berskrin leper dan peralatan mandian percuma. Harga sewaan adalah bermula daripada RM180 untuk satu malam dan di sini terdapat sebuah restoran yang menghidangkan juadah tempatan dan makanan barat.

Keistimewaan Rareheart Guesthouse ialah lokasinya yang berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu Waterfront dan Muzium Negeri Terengganu.

Alamat: 9, Jalan Losong Feri, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019669 9888


9. Mok Leha Homestay

MokLeha

Terletak 4.6 km dari Kuala Terengganu dengan masa pemanduan 11 minit, Mok Leha Homestay menawarkan 2 jenis rumah penginapan; Rumah Batu dan Rumah Kayu. Rumah Batu mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik mandi, dengan 2 daripada bilik tidur dilengkapi pendingin hawa. Dapat memuatkan sehingga 12 orang, harga untuk bermalam di Rumah Batu adalah RM390 untuk satu malam. Jenis kedua iaitu Rumah Kayu mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik mandi yang dilengkapi pemanas air, dan balkoni, serta unit pendingin hawa. Unit Rumah Kayu boleh didapati dengan harga RM150 untuk satu malam sesuai untuk pelancong solo. Untuk harga promosi, kedua-dua unit boleh didapati dengan harga RM490.

Kalau nak cari makan, jangan risau sebab terdapat banyak kedai makan yang berhampiran seperti Nasi Dagang Mak Ngah, Pengkalan Setar, Keropok Lekor Selekoh Sungai Rengas. Jangan terkejut kalau tengok ramai orang beratur untuk membeli sarapan sebab makanan di Kuala Terengganu memang sedap dan murah pula. Selepas bersarapan, boleh lah berjalan-jalan ke tempat pelancongan yang terkenal di sekitar Kuala Terengganu.

Alamat: Lot 191, Jalan Pasir Panjang, Kg. Masjid Haji Kadir, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01158904023

Whatsapp Mok Leha Homestay


10. Aishiteru Homestay

ishiteru

Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, Aishiteru Homestay menawarkan perkhidmatan rumah inap berkonsepkan apartment mewah dan moden. Unit apartment dilengkapi 3 bilik tidur, satu ruang tamu, ruangan dapur, dan akses ke kolam renang yang dibina mengadap laut. Setiap bilik tidur memuatkan satu katil queen dan satu katil bujang, dengan masing-masing dilengkapi pendingin hawa dan sebuah bilik mandi. Dapat memuatkan sehingga 8 orang, Aishiteru Homestay menawarkan harga RM415 untuk satu malam.

Keistimewaan rumah inap Aishiteru Kuala Terengganu adalah lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan lokasi-lokasi pelancongan yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Jadi anda tidak mengambil masa yang lama untuk singgah melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.

Alamat: Pangsapuri Ladang Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01137464143


Memang banyak kan homestay yang cantik-cantik apatahlagi berpatutan di Kuala Terengganu ni. Anda kalau nak datang ke sini pada waktu cuti dan ingin menginap di salah satu homestay di atas, pastikan anda tempah lebih awal. Kalau tak anda akan melepas. Maklumlah, homestay-homestay di atas memang laku keras terutama pada waktu cuti sekolah.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera...

Pantai Batu Buruk – Paling BEST Untuk Singgah

Terengganu, negeri yang banyak warisan kesenian, makanan-makanan laut yang sedap, dan sudah semestinya pantai-pantai yang dijaga baik oleh semua penduduk negeri itu. Salah satu...

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Taman Tamadun Islam Terengganu – Destinasi WAJIB di KT

Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x