Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

13 Kafe Best Wajib Serbu di Kuala Terengganu!

Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya dengan air membiru dan pasir putih yang terbentang di sepanjang pesisir pantai. Negeri pantai timur ini juga sering mendapat kunjungan ramai dari dalam dan luar negara sepanjang tahun.

Tidak cukup dengan keindahan alam semula jadi, Terengganu juga menawarkan destinasi jalan-jalan cari makan yang pastinya membuatkan anda ingin kembali lagi ke sini.

Jadi, ingin saya kongsikan beberapa kafe menarik yang wajib anda serbu apabila sampai di Kuala Terengganu!

13 Kafe Best Wajib Serbu di Kuala Terengganu


1. Star Anise Cafe

Kafe Best Kampung Cina, Kuala Terengganu

Sumber: Tripadvisor, Open Rice

Masih tercari-cari mahu makan di mana sambil bersiar-siar di Kuala Terengganu? Singgah saja di Star Anise Cafe yang terletak di Kampung Cina. Setelah anda puas bersiar-siar dan OOTD dengan latar belakang mural pada dinding bangunan di Kampung Cina ini, anda boleh pula mencuba pelbagai jenis menu local dan western yang ada di Star Anise Cafe.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah seperti Ayam Kotak dan Nasi Rendang Ayam. Terdapat juga pilihan makanan western seperti Creamy Pasta, Oglio-Olio dan Buenos Nanchos yang juga anda boleh cuba di sini. Kafe ini sememangnya terkenal dengan keenakan kopi yang menampilkan beberapa menu signature seperti Mocha, Cappucino, Roasted Almond Latte dan Mocha Frappe. Sekiranya anda bukan penggemar kopi, anda boleh mencuba minuman berasaskan coklat seperti Babycino dan Dark Chocolate Frappe serta beberapa pilihan minuman teh seperti English Breakfast Tea, Ceylon Earl Grey Tea dan Chamomile Tea.

Harga yang ditawarkan untuk menu di sini juga berpatutan untuk anda cuba. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke Star Anise Café.

Alamat: 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (Tutup), Sabtu – Khamis (12 PM-10 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-660 4094

Whatsapp Star Anise Cafe 


2. Hidden Cafe @ Suite18 Hidden Cafe

Kafe Kek dan Kopi Best di Kuala Terengganu

Sumber: Tripadvisor

Jika anda inginkan ketenangan dan jauh dari bunyi bising serta hiruk-pikuk di bandar, bolehlah singgah ke Hidden Café atau juga dikenali sebagai Suite 18 Hidden Café. Sesuai dengan namanya, kafe ini menawarkan ruang yang cukup luas dan selesa untuk anda lepak dan bersantai di sini. Kafe ini terletak di tingkat bawah Suite 18 Boutique Hotel, jadi anda tidak perlu bersusah-payah ke tempat yang jauh untuk menjamu selera kerana pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik ada disediakan di sini.

Menu yang sering menjadi pilihan ramai di Hidden Café ini ialah Nasi Pad Krapow Ayam dan Chicken Bolognese Spaghetti. Peminat pastri dan penkek pasti teruja kerana terdapat pilihan menu seperti Belgian Choc Pancake, Strawberry Pancake dan Apple Crumble yang disediakan secara homemade di sini. Anda boleh hilangkan dahaga dengan mencuba pilihan kopi yang popular di sini seperti Café Latte dan Caramel Macchiato. Minuman lain-lain yang boleh anda cuba di sini termasuklah Butterscotch Frappe, Crème Choc Frappe, Purple Lavender Soda dan Bubblegum Soda.

Alang-alang sudah sampai ke Kampung Cina, bolehlah anda menginap di Suite 18 Boutique Hotel dan terus singgah ke Hidden Café ini. 2-in-1, mudah kan?

Alamat: 65, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap Hari (8 AM – 8 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Hidden Cafe @ Suite 18 Hidden Cafe


3. The Pallet Café

Kafe Hipster Makanan Western dan Kopi Best di Kuala Terengganu

The Pallet Café menampilkan hiasan dalaman yang unik kerana perabot kerusi dan meja yang digunakan di sini diperbuat daripada pallet kayu sepenuhnya. Kafe ini juga menawarkan kelainan kerana menu yang dihidangkan adalah bercirikan makanan Vietnam dan Western. Pilihan menu makanan Vietnam yang popular di sini ialah Banh Mi Sandwich. Banh Mi merupakan perkataan Vietnam yang bermaksud roti. Pelbagai pilihan Banh Mi Sandwich boleh anda cuba seperti Cheezy Beef Banh Mi Sandwich, Grill Beef Banh Mi Sandwich dan juga BBQ Chicken Banh Mi Sandwich. Anda juga boleh mencuba menu Western di sini yang tidak kurang popular dan digemari ramai seperti Spicy Butter Chicken, Spaghetti Carbonara dan juga Mac & Cheese.

Tidak lengkap jalan-jalan cari makan anda tanpa mencuba kopi Vietnam yang menjadi keistimewaan di kafe ini. Menu kopi Vietnam di sini amat unik kerana anda boleh mencuba pilihan seperti Roti Bakar Coffee, Kaw Vietnamese Coffee, Kaw Hazelnut Coffee dan Coconut Coffee yang rasanya cukup padu dan pasti menawan deria rasa anda.

Sampai saja di Kuala Terengganu, bolehlah anda terus serbu The Pallet Café untuk hidangan authentic Vietnam dan Western serta pilihan kopi yang rasanya pasti membuatkan anda mahu lagi ke sini.

Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Sekolah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Ahad (Tutup) , Isnin – Sabtu (5:30 PM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp The Pallet Cafe


4. Cantek Sekali Studio Café

Kafe Kek,Pastri dan Pencuci Mulut Best di Kuala Terengganu

Apabila anda sampai ke sini dan melihat deretan pastri dan kek, anda pasti faham kenapa kafe ini dinamakan sebagai Cantek Sekali Studio Café. Jangan terkejut jika anda perlu menghabiskan masa yang lama di kafe ini kerana keunikan aneka kek dan pastri yang dihasilkan di sini sememangnya memukau pandangan. Hiasan dalaman kafe ini pula menggabungkan kombinasi warna biru dan pastel serta kehijauan pokok hiasan di dalamnya pasti memberikan suasana tenang kepada para pengunjung.

Anda boleh mencuba beraneka jenis kek yang lazat di sini seperti Biscoff Burnt Cheesecake, Devil’s Food Chocolate, Caramel Latte Cake dan Pandan Nisang. Kek yang disediakan di sini sememangnya sedap dan rupanya yang sungguh menyelerakan pasti membuatkan anda lupa sekejap niat anda untuk diet. Sekiranya anda ingin mencuba pilihan pastri yang lain, terdapat beberapa pilihan menu seperti Sirap Bandung Cupcake, Red Velvet Cupcake, Praline Chocolate Tart, Berries Tart serta lain-lain termasuklah savouries, bars dan juga pavlova.

Tidak cukup untuk anda sekadar melihat gambar-gambar di sini, anda harus mencuba keenakan kek dan pastri kafe ini yang turut menjadi lokasi pilihan untuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3.

Alamat: 22a, Jalan Dato’ Isaacs, Kampung Dalam Bata, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (Tutup), Sabtu (12 PM – 6 PM), Ahad – Khamis (11 AM – 6 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Cantek Sekali Studio Cafe


5. Oliva Cafe

Kafe Makanan Western Sedap dan Best di Kuala Terengganu

Sumber: World Orgs

Peminat makanan Western pastinya paling teruja apabila singgah ke Oliva Café. Kafe ini pakar dalam menyajikan hidangan western yang pastinya membuat anda kecur air liur setiap kali sampai ke sini. Anda boleh menemui lokasi kafe ini yang terletak di bandar Kuala Terengganu berhampiran dengan Bulatan Batu Bersurat.

Menu yang menjadi kegilaan ramai di sini ialah Half Chicken with Lemon & Thyme, Lamb Shank dan Salted Egg Prawn Spaghetti. Portion makanan di sini memang besar dan sangat berbaloi untuk anda cuba. Kalau anda suka stik, sememangnya kafe ini tempat wajib untuk anda singgah. Stik yang ada disediakan di sini ialah Australian Sirloin Steak dan Ribeye Steak. Saiz stik di sini juga tidak kurang besar jadi anda pasti akan pulang kekenyangan. Pencuci mulut juga ada dan sama hebatnya. Pilihan pencuci mulut yang perlu anda cuba dan sering mendapat pujian ramai pengunjung ialah Apple Crumble with Vanilla Ice Cream.

Jadi, jangan lupa untuk singgah di Oliva Café dan merasai keenakan makanan western dengan portion besar yang pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi untuk kembali lagi ke sini.

Alamat: 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin (Tutup), Selasa – Ahad (3:30 PM – 10 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-660 4141


6. Nusuk Café

Kafe Kopi dan Makanan Western, Pasta Best di Kuala TerengganuSumber: foursquare, Amazing Terengganu 

Sesuai dengan namanya, Nusuk Café terletak di dalam kawasan perumahan yang  menawarkan suasana tenang untuk para pengunjung. Kafe ini sering dikunjungi kerana harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan pilihan menu juga menarik dan sedap untuk dicuba. Suasana di sini amat sesuai untuk anda bersantai, lepak dan chill bersama yang tersayang.

Kafe ini menawarkan pilihan kopi yang sering mendapat pujian daripada pengunjung seperti Cappucino, Caramel Macchiato, Vanila Coffee Latte dan Matcha Latte. Anda juga boleh mencuba pilihan minuman lain yang ada seperti soda, teh, boba dan frappe. Rata-rata pengunjung juga memuji kesedapan makanan di sini seperti hidangan pasta Spaghetti Bolognese, Spiral Creamy Curry serta hidangan kudapan lain seperti Cheezy Nuggets, Cheezy Meatballs serta aneka kek dan waffles.

Sekiranya anda inginkan ketenangan sambil bersantai ditemani hidangan makanan dan minuman yang lazat, bolehlah anda singgah ke Nusuk Café.

Alamat: TCJ2 TAMAN CHONANG JAYA, Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Rabu (Tutup) , Khamis – Selasa (4 PM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Nusuk Cafe


7. Pastel MonoMy

Kafe Kek, Pastri dan Pencuci Mulut Best di Kuala Terengganu

Sumber: @farahamidah_

Buat penggemar pastri dan pencuci mulut, anda pasti tidak sabar untuk singgah ke Pastel MonoMy Café ini. Kafe ini boleh dikatakan sebagai syurga makanan kerana terdapat lebih daripada 50 jenis menu untuk kek, pastri, pasta dan lain-lain yang disediakan di sini. Kafe ini juga adalah antara kafe yang menjadi bualan ramai kerana gambar-gambar makanan dan minuman di kafe ini yang dikongsi di media sosial sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya.

Antara pilihan kek yang perlu anda cuba di sini ialah Lotus Biscoff Cheesecake, Red Velvet Cake dan Pandan Nyor Nisang Cake. Tidak lengkap pencuci mulut anda tanpa mencuba menu lain yang juga popular di sini seperti Pasta Spicy Seafood Oglio Olio dan Mac & Cheese. Bukan saja makanan, anda juga akan rambang mata untuk memesan minuman mana yang anda mahu. Pilihan minuman yang digemari ramai ialah Caramel Macchiato, Latte Hazelnut dan Berry Berry Fizzy. Suasana di kafe ini juga cozy dan mesra pengunjung dengan ruang yang disediakan cukup untuk anda bersantai dan lepak bersama keluarga atau rakan-rakan.

Rugi kalau anda tidak singgah ke Pastel MonoMy kerana di sini macam-macam ada!

Alamat: LOT 2913, Lorong Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Rabu (Tutup), Jumaat (2:30 PM – 7 PM), Ahad – Selasa, Khamis & Sabtu (11:30 AM – 7 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Pastel MonoMy


8. Kedai Koffie

Kafe Hipster Best di Kuala Terengganu

Sebaik sahaja melangkah masuk ke Kedai Koffie, anda akan tertarik pada hiasan dalaman yang berkonsepkan kayu dan besi yang mewarnai latar belakang kafe ini. Lokasi kafe ini terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan juga western yang pastinya akan menambat selera anda.

Menu bestseller yang ada di sini ialah Spicy Carbonara Seafood yang mana pernah dikatakan oleh mereka yang pernah berkunjung ke sini sebagai antara yang terbaik di Terengganu. Power kan? Rugi tau kalau anda tak cuba menu signature ini. Anda juga boleh mencuba menu masakan panas seperti Nasi Goreng Grilled Chicken, Kuey Teow Goreng with Meatballs dan Spicy Korean Chicken with Butter Rice. Portion serius besar jadi rugi kalau anda tak cuba! Ada banyak lagi pilihan menu lain yang sama lazatnya seperti Spicy Korean Chicken Cheese Balls, Classic Beef Burger dan Fish & Chips.

Jadi, jika anda masih tercari-cari port lepak dengan makanan yang sedap-sedap, pastikan anda singgah ke Kedai Koffie!

Alamat: No 9, Losong Haji Long, Kampung Losong Wan Nik, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Rabu (Tutup), Khamis – Selasa (8 AM – 12 PM; 3:30 PM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Kedai Koffie


9. The Buddies Cafe

Kafe Makanan Western Best Di Kuala Terengganu

The Buddies Café adalah kafe yang wajib anda singgah di Kuala Terengganu. Kafe ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung jadi rugi kalau anda tidak singgah ke sini. Ruangan yang disediakan di kafe ini juga cukup selesa untuk anda menjamu selera sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Kafe ini sering menjadi tumpuan ramai yang ingin merasai keenakan masakan Western, Spaghetti dan aneka Nasi Lemak. Tak lupa, ada juga yang datang untuk mencuba menu signature di sini iaitu Churros Classic with Dipping Sauce.

Kafe ini juga ada menyediakan servis hiasan dan venue untuk majlis istimewa seperti sambutan hari jadi. Jadi, bolehlah anda meraikan hari istimewa di sini bersama keluarga dan buddies anda.

Bila mana anda ingin menghabiskan waktu bersama keluarga dan teman-teman sambil menikmati hidangan yang dijamin sedap, The Buddies Café ini perlu menjadi destinasi anda seterusnya.

Alamat: No.36, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Ahad (Tutup), Isnin – Sabtu (5 PM – 12 AM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp The Buddies Cafe


10. POKOKS Cafe

Kafe Makanan Asian dan Western Best di Kuala Terengganu

Kehijauan pepohon yang menghiasi ruangan kafe ini pastinya membuatkan sesiapa sahaja berasa tenang sepanjang mereka berada di sini. Sesuai dengan tagline, “Selesa, Santai, Rileks”, anda pasti akan memilih café ini sebagai port seterusnya untuk lepak dan santai di Kuala Terengganu. Suasananya yang bukan saja cozy dan cantik, malahan mesra keluarga juga menjadikan tempat ini sebagai pilihan pengunjung untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Tempat parking yang luas ada juga disediakan jadi anda tidak perlu risau untuk datang beramai-ramai ke sini.

Kafe ini menawarkan menu Asian dan Western dan seringkali kesedapan makanan di sini mendapat pujian daripada para pengunjung. Antara menu Asian yang perlu anda cuba ialah Sup Tulang dan Nasi Ayam Pokoks. Manakala untuk menu Western pula, anda perlu cuba Lamb Grill Barracuda dan Cheezy Platter yang disediakan dalam portion besar dan boleh dinikmati untuk 2-3 orang.

Apa tunggu lagi? Ajak keluarga dan rakan-rakan anda ke POKOKS Café untuk bersantai dan OOTD sambil menikmati kehijauan pepohon dan mencuba pelbagai makanan enak Asian dan Western di sini.

Alamat: Jalan Pasir Panjang, Kampung Bukit Bayas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin (Tutup), Selasa – Ahad (4 PM – 12 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp POKOKS Cafe


11. Nami Cafe 

Kafe Makanan Asli Terengganu Best

Jika anda ingin merasai sarapan pagi versi Terengganu, Nami Café adalah tempat yang wajib anda serbu! Kafe ini menyediakan aneka sarapan pagi dengan makanan klasik Terengganu seperti Nasi Goreng Ikan Pedas dan Nasi Goreng Ikan Ayer. Ada juga pilihan sarapan lain yang menarik seperti Roti Titab dan Garlic Bread bersama Telur Separuh Masak. Kafe ini sememangnya menjadi pilihan ramai untuk bersarapan pagi kerana pilihan menu di sini pasti membuatkan anda rambang mata. Anda boleh mencuba Nasi Putih dengan Ayam Percik atau Ayam Penyet serta Nasi Minyak Ayam Crispy untuk menu makan tengah hari.

Mahukan makanan Western? Anda boleh cuba Aglio Olio Lamb dan Carbonara Crispy Chicken yang sering menjadi menu pilihan bagi pengunjung di sini. Ruang yang disediakan di sini juga cukup luas jadi anda boleh datang beramai-ramai ke sini bersama keluarga dan teman-teman.

Tak kisahlah untuk sarapan, lunch atau dinner, pasti ada menu yang memukau selera anda di sini. Apa tunggu lagi? Jadikan Nami Café sebagai destinasi jalan-jalan cari makan anda yang seterusnya!

Alamat: Mengabang Telipot, Lot 81108, Kampung Gong Pak Jin, 21030, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (Tutup), Sabtu – Khamis (8 AM – 10:30 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Nami Cafe


12. Lambour Cafe

Kafe Kek dan Kopi Best di Kuala Terengganu

Sumber: Beautiful Terengganu

Mahukan sesuatu yang manis atau minuman berkafein? Tak perlu fikir panjang, singgah saja ke Lambour Café. Kafe ini ada menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut yang menarik untuk dicuba seperti Berry Pavlova, Baked Biscoff Cheesecake Bar dan pelbagai aneka kek dengan perisa menarik tersedia secara homemade untuk anda. Jika anda inginkan makanan berat, kafe ini juga ada menyediakan menu bestseller seperti Chicken Chop, Nasi Lemak Chicken Chop dan Aglio Olio Lamb Grill.

Pilihan menu minuman di sini pasti membuatkan anda kecur air liur kerana warnanya sahaja sudah cukup memukau pandangan. Antara minuman yang perlu anda cuba ialah Berries Pavlova Smoothie, Double Choc Chic Brownies, Tiramisu Frappucino dan Biscoff Cheesecake Milkshake. Minuman kopi lain-lain seperti Iced Mocha, Caramel Latte dan Crème Brulee Latte juga ada untuk anda cuba bila-bila masa.

Yum! Tengok nama pun dah tahu memang sedap menu yang telah dikongsi di sini. Jom serbu Lambour Café sekarang!

Alamat: Lot 11194p,Kg Gong Sekolah, 21030, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Rabu (Tutup), Khamis – Selasa (4:30 PM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Lambour Cafe


13. AMKI Cafe

Kafe Makanan Western, Kopi Best di Kuala Terengganu

Suka makanan Barat? Ayuh terjah ke AMKI Café kerana di sini ada pelbagai menu Barat yang menarik untuk anda. Kafe ini sememangnya pakar dalam makanan Barat dan ramai pengunjung yang telah singgah ke sini memuji kesedapan hidangan yang ada di AMKI Cafe. Lokasi kafe ini juga senang dijumpai kerana terletak betul-betul berhadapan dengan Kem Tentera Teluk Ketapang. Tempat letak kereta yang disediakan juga luas jadi anda tak perlu risau jika mahu ke sini beramai-ramai. Jika anda lihat dari luar, kafe ini mungkin nampak seperti sempit tapi jangan tertipu kerana ruangan yang disediakan di dalam kafe ini cukup luas untuk para pengunjung. Anda cuma dinasihatkan untuk datang lebih awal atau boleh menempah meja dahulu kerana kafe ini sentiasa mendapat kunjungan ramai.

Sampai saja di sini, anda boleh pesan menu kegemaran pengunjung iaitu Grill Chicken, Lamb Chop dan Beef Steak. Anda juga boleh menggabungkan menu yang dinyatakan tadi dengan Special Fried Rice, Spaghetti Aglio Olio atau Spaghetti Carbonara. Tidak lengkap sesi makan-makan tanpa minuman, kan? Ramai memuji minuman yang ada di sini memang padu dan kaw rasanya. Bolehlah anda cuba pilihan minuman seperti Caramel Macchiato, Flat White dan Chocolate Frappe yang dijamin kesedapannya.

Tak perlu fikir panjang, ayuh ke AMKI Café sekarang!

Alamat: Lot 53764-D Hadapan Kem Askar, Jalan Lapangan Terbang, Kg. Duyong, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin (Tutup), Selasa – Ahad (3:30 PM – 11:30 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp AMKI Cafe


Banyak sangat kafe yang boleh anda serbu apabila sudah berada di Kuala Terengganu. Macam-macam pilihan menu yang ada, pasti anda juga akan rambang mata. Alang-alang dah makan, OOTD lah sekali. Pasti ada juga yang sampai ke Kuala Terengganu selepas melihat gambar anda jalan-jalan cari makan di sini. Jadi, selamat menjamu selera!

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet

Kuala Terengganu merupakan sebuah bandaraya dan ibu negeri pentadbiran negeri Terengganu Darul Iman. Terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera...

Taman Tamadun Islam Terengganu – Destinasi WAJIB di KT

Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x