TOP 39+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu – Panduan Bercuti di Bandar KT

Kuala Terengganu merupakan satu daerah yang agak besar dan di dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Terengganu iaitu Bandar Kuala Terengganu atau lebih sinonim dipanggil Bandar KT. Kalau anda bercuti di Kuala Terengganu dalam kawasan bandar dan mencari idea tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu yang sering menjadi kunjungan pelancong, apa kata anda lihat senarai destinasi pelancongan di bawah. Banyak juga tempat menarik di KT yang juga merupakan antara tempat pelancongan di Terengganu yang top.


Sudah semestinya, kalau dah sampai ke negeri Sang Penyu ini, jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan kenegerian popular orang di Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang, nasi kunyit, ketupat sotong, ikan celup tepung & sebagainya. Bercuti ke Kuala Terengganu sememangnya beruntung kerana berdekatan dengan banyak pantai yang best untuk berekreasi dan bersantai petang sambil makan makanan santai orang Terengganu. Tapi sayang, majoriti pantai di Kuala Terengganu memang sangat-sangat tidak digalakkan untuk mandi manda kerana permukaan dasar pantai yang merbahaya dan ombaknya agak kuat. Tetapi ada beberapa pantai di Kuala Terengganu yang ramai orang tak tahu yang boleh anda datang untuk mandi manda.



1. Pusat Sains Kreativiti Terengganu

pusat-sains-kreativiti-kuala-terengganu

Satu tarikan yang baru di KT di mana pengunjung boleh membawa anak-anak yang masih bersekolah untuk melihat banyak pameran dan galeri yang umumnya berkaitan dengan pembelajaran sains dalam satu pendekatan yang menarik minat budak-budak. Terletak di Kampung Laut, Chendering dan hanya 15 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6174004 Facebook Website

Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Pusat Sains Kreativiti Terengganu

  • Sabtu-Rabu
    • 9 am - 5 pm ( waktu terakhir masuk 3.30 pm)
  • Khamis
    • 9 am - 4 pm ( waktu terakhir masuk 2.30 pm)
  • Jumaat
    • Tutup

Harga Tiket Pusat Sains Kreativiti Terengganu

1 . Pakej Science Gallery (I-Wonder, Nature Disaster, Science Stage, Spark Your Creativity, Reading Thinking)

  • Dewasa (18 tahun & keatas)
    • Promosi MyKad: RM 12.00
    • Tanpa MyKad: RM 24.00
  • Pelanajr Sekolah (5-17 tahun)
    • Promosi MyKad: RM 10.00
    • Tanpa MyKad: RM 20.00
  • Kanak-Kanak ( 3-4 tahun)
    • Promosi MyKid: RM 3.00
    • Tanpa MyKid: RM 6.00

2. Pakej Keluarga

  • 2 Dewasa + 2 Pelajar Sekolah
    • Promosi MyKad: RM 40.00
    • Tanpa MyKad: RM 80.00

3. Pakej Scientist Junior ( minimum 20 orang)

  • Pra-Sekolah/Sek Rendah/Sek Men/IPT:
    • Promosi Mykad: RM 26.00
    • Tanpa MyKad: RM 13.00
  • Taska/Permata
    • Promosi Mykad: RM 12.00
    • Tanpa MyKad: RM 6.00

Tiket Tambahan

  • Dome Show. (tiket perseorangan)
    • Promosi Mykad: RM 4.00
    • Tanpa MyKad: RM 2.00


2. Taman Tamadun Islam

taman-tamadun-islam-bandar-kt

Destinasi ini bukanlah tempat bersejarah untuk negeri Terengganu tetapi lebih kepada detinasi yang ideal untuk melihat sejarah Islam khususnya senibina bangunan ikonik Islamik dunia. Pelancong boleh melihat sendiri keunikan replika-replika 21 monumen bangunan terkenal di dunia seperti Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Sakhrah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga bersebelahan dengan satu lagi bangunan ikonik iaitu Masjid Kristal. Replika-replika di dalam Taman Tamadun Islam dibina pada saiz yang lebih kecil tetapi pada skala yang sama dengan binaan asalnya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6278888 Facebook Website Baca Lagi

Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Taman Tamadun Islam

Isnin-Khamis

  • 10 am - 7 pm

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum

  • 9 am - 7 pm
  • Jumaat: Rehat untuk Solat Jumaat 11.30 pm - 2.30 pm

*kaunter jualan tiket terakhir 6.15 pm

Harga Tiket Taman Tamadun Islam

  • Dewasa: RM 22.90
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 16.90
  • Kanak-Kanak (7 - 12 tahun): RM 16.90
  • Kanak-Kanak  (6 tahun & kebawah): Percuma

Tram (unlimited)

  • Dewasa: RM 5.50
  • Kanak-Kanak ( 6 tahun & kebawah): Percuma

Sewa Basikal

  • RM 10 ( 1 jam 30 minit)

Buggy Ride ( 1 jam tour + in house guide)

  • RM 48 - RM 159 (bergantung kepada jenis seater Buggy Ride)


3. River Cruise TTI

river cruise sungai terengganu

Sesuai untuk mereka yang ingin melihat suasana bandar KT dari sungai. Pelancong akan menaiki bot di jeti Taman Tamadun Islam dan akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu sambil melihat landmark utama yang ada di sekitarnya seperti Masjid Kristal, perkampungan nelayan, tempat membuat perahu tradisional, Jambatan Sultan Mahmud, binaan ikonik di TTI dan sebagainya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6278888 Facebook Website

Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia.
Address: TTI Management Sdn Bhd, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Waktu Operasi TTI River Cruise

Isnin, Rabu & Khamis

  • 10 am - 7 pm

Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • 9 am - 7 pm
  • Rehat hari Jumaat ( 12.45 pm - 2.30 pm)

Selasa

  • Tutup ( kecuali Cuti Sekolah)

Harga Tiket TTI River Cruise

  • Dewasa: RM 22.90
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 16.90
  • Kanak-Kanak (7-12 tahun): RM 16.90
  • Kanak-Kanak ( Bawah 7 tahun): Percuma

*tempoh cruise: 45 minit
*termasuk insurans & safety jacket
*kaunter tiket jualan terakhir 5.45 pm


4. Masjid Kristal

masjid-kristal-kuala terengganu

Mengikut sumber kos pembinaan masjid yang cantik dan unik ini dianggarkan sekitar 23 juta ringgit dan terletak di tepi Sungai Terengganu serta bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Anda juga boleh melihat keindahan masjid ini kalau menaiki river cruise atau melalui Jambatan Sultan Mahmud.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Subuh - Isyak

Percuma


5. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

masjid-terapung-kuala-ibai

Masjid yang indah dan cantik ini terletak di Kuala Ibai dalam kawasan Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Juga dikenali dengan Masjid Terapung, kalau anda lihat dari jauh ianya seolah-olah kelihatan terapung di atas laguna air di sini. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat, jangan lepaskan peluang untuk solat Jumaat di sini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

Percuma


6. Pantai Batu Buruk

pantai batu buruk kuala terengganu

Kalau anda menginap di hotel dalam Bandar KT, pantai yang terdekat yang boleh anda datang untuk bersiar-siar di waktu petang ialah di Pantai Batu Buruk. Pantai ini memang sangat popular di kalangan warga KT untuk beriadah sama ada untuk makan-makan santai seperti satey ikan/ ikan celup tepung/ keropok, bersiar di pesisiran pantai, bawa anak ke taman permainan atau menaiki kuda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Baca Lagi

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

Bergantung kepada aktiviti


7. Pantai Teluk Ketapang / Pantai Airport 

pantai-teluk-ketapang-seberang-takir

Satu lagi tempat lepak petang menarik di sekitar bandar KT yang terletak di Seberang Takir. Pantai ini memang lapang dan luas untuk aktiviti bersiar-siar atau bermain layang. Di sini juga ada taman permainan kanak-kanak, servis naik kereta kuda dan yang paling menarik di pantai ini jugalah terletaknya beberapa warung ICT (Ikan Celup Tepung) yang popular. Dalam perjalanan ke sini dari KT anda boleh singgah di Warung Air Buah Gelas Besar Pior atau mungkin singgah di kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng untuk membeli keropok lekor sebagai buah tangan. Kalau waktu malam, pantai ini tidak meriah seperti di Pantai Batu Buruk, mungkin kerana tiada medan ikan bakar & restoran-restoran menarik di tepi pantai. Namun kalau anda ingin lepak malam berdekatan di pantai ini, boleh ke Dapo Pata (Uptown Kontena) yang hanya 5 minit memandu dari Pantai Teluk Ketapang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, 21300, Terengganu

24 jam

Bergantung pada aktiviti


8. Pantai Pandak (Pantai Chendering)

pantai-pandak-kuala terengganu

Pantai ini merupakan satu-satunya pantai yang sesuai untuk anak-anak untuk bermain air laut kerana permukaan dasar pantai yang lapang dan cetek. Terletak di Chendering dan memakan masa 20 minit memandu dari Bandar KT. Di sekitar Pantai Pandak ini juga terdapat warung ikan celup tepung yang popular di kalangan orang setempat. Destinasi ini juga sering menjadi lokasi untuk kaki photografi menghasilkan gambar tepi pantai yang cantik terutamanya pada waktu pagi ketika matahari sedang naik.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Baca Lagi

Pantai Pandak, Chendering, Marang, Terengganu

24 jam

Percuma


9. Muzium Negeri Terengganu

muzium-losong-negeri-terengganu

Muzium ini merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Pelbagai informasi dan barang artifak berharga yang ada di sini yang umumnya menceritakan tentang budaya & sejarah tempatan Negeri Terengganu. Satu perkara yang paling mengagumkan berbanding muzium lain ialah senibina muzium ini sendiri yang sangat unik ibarat berada di sebuah Istana Melayu lama. Reka bentuk muzium ini merupakan senibina rumah tradisional Terengganu yang dikenali dengan Rumah Tele (rumah tiang 16).

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6321200 Facebook Website

Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Waktu Operasi Muzium Negeri Terengganu

Hari Sabtu hingga Khamis

  • 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Jumaat

  • Tutup

Hari Kelepasan Am

  • 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

  • Ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

Harga Tiket Muzium Negeri Terengganu

Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-Kanak ( 7-15 tahun): RM 2.00
  • Kanak-Kanak (sekolah berpakaian seragam): RM 1.00
  • Kanak-Kanak ( bawah 7 tahun): Percuma

Bukan Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-Kanak: RM 10.00


10. Taman Awam Lagun Kuala Ibai

taman awam lagun kuala ibai

Merupakan satu lagi tempat rekreasi petang-petang yang popular di Kuala Terengganu dan di sini jugalah terletaknya Masjid Terapung. Taman ini terletak betul-betul mengadap muara Sungai Ibai dan di seberang sungainya pula ada Taman Rekreasi Chendering. Yang uniknya taman ini di penuhi dengan pokok-pokok yang membuatkan kawasan taman ini sangat redup walaupun ketika matahari terik di atas kepala. Waktu petang sentiasa ada peniaga-peniaga yang menjual makanan santai seperti keropok & satey ikan yang sangat cocok untuk dimakan sambil melayan keindahan muara sungai & masjid terapung.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

*waktu petang & selepas Solat Jumaat lebih meriah

Percuma


11. Pasar Payang

pasar-besar-kedai-payang-terengganu

Untuk berdekad lamanya Pasar Payang masih lagi menjadi destinasi terbaik yang dicadangkan untuk pelancong lawati mencari produk-produk yang sinonim dengan Negeri Terengganu. Pasar basah & kering boleh anda lawati di sini untuk membeli hasil produk orang Terengganu seperti keropok keping, ikan masin, kerepek, rempah nasi dagang atau periuk belanga. Dan yang paling menjadi tumpuan di sini adalah untuk mencari produk popular orang Terengganu iaitu kain batik, sutera dan juga songket. Pasar Payang juga bersebelahan dengan Kampung Cina & juga Pulau Warisan yang turut tidak ketinggalan menjadi tarikan pelancong untuk melihat keunikan suasana sekelilingnya yang masih mengekalkan budaya orang tempatan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Kedai Pasar Payang, Kuala Terengganu, 20100 , Terengganu

Waktu Operasi Pasar Besar Kedai Payang

  • 8 am - 6 pm

Kawasan pasar

 


12. Kompleks Kraf Noor Arfa

noor-arfa-batik-kuala-terengganu

Satu kompleks kraf tentang produk Noor Arfa yang sangat ideal untuk dilawati oleh pelancong bagi mengenali dengan lebih dekat tentang fabrik kraf popular Terengganu seperti batik, sutera, songket, sarong dan sebagainya. Selain tempat untuk membeli kompleks ini turut terdapat ruangan demonstrasi yang mana pengunjung boleh melihat sendiri proses pembuatan batik seperti proses mencanting, pembuatan blok, proses anyaman dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman untuk membuat produk sendiri DIY sambil dibantu oleh pelatih di sini. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Kuala Terengganu untuk beli buah tangan tempatan yang berkualiti, wajib datang ke sini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6179700 Website

Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Noor Arfa Batik

  • 9 am - 6 pm

  • RM 17 mewarna batik


13. Bukit Panorama

tempat menarik di kuala terengganu waktu malam

Kalau anda ingin makan malam dengan suasana di atas bukit sambil melihat keindahan Bandar KT pada waktu malam, Bukit Panorama adalah jawapannya. Di puncak bukit ini terdapat kafe yang popular di kalangan warga KT untuk makan masakan panas ataupun western food. Bukit Panorama juga merupakan destinasi untuk warga setempat jogging setiap pagi & petang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

20300 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

Percuma


14. Desa Murni

desa murni kuala terengganu

Kalau anda masih mencari-cari destinasi lain untuk membeli produk fabrik Terengganu seperti batik atau songket, anda boleh ke Pasaraya Desa Murni yang terletak di Kampung Gong Kapas yang hanya beberapa minit memandu dari Bandar KT atau ke satu lagi cawangannya di Kampung Pengadang Baru kira-kira 15 minit memandu dari Bandar KT. Sering menjadi lokasi shopping warga setempat menjelang hari raya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Facebook

Desa Murni Gong Kapas:
Jalan Sultan Mohamad, Kampung Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Desa Murni Pengadang Baru
1624, Jl. Kuala Berang, Kampung Pengadang Baru, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Desa Murni

9 am - 9 pm

Tempat membeli belah


15. Pusat Budaya Kraf Terengganu

pusat budaya kraft terengganu

Juga terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, destinasi ini sangat sesuai untuk anda melihat dan mempelajari tentang produk kraftangan Negeri Terengganu seperti kraf tembaga, ukiran kayu, sutera, songket, sarong dan sebagainya. Terdapat ruangan demonstrasi yang menunjukkan proses-proses pembuatan secara langsung untuk tatapan pengunjung. Tempahan khas untuk apa-apa produk mengikut citarasa sendiri juga boleh dibuat di sini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 609-6171033

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu) Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu

  • 8 am - 5 pm

Tempat membeli belah


16 Kuala Terengganu Waterfront

kuala terengganu water front

Destinasi yang berdekatan Hotel Felda Residence ini merupakan kawasan lapang yang mempunyai parking kereta yang luas dan betul-betul di tepi sungai Terengganu. Kebiasaannnya pengunjung datang pada waktu malam bersama keluarga untuk menikmati keindahan sungai sambil-sambil makan malam di restoran & kafe di sini. Di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak & taman mini dengan landskap yang menarik sesuai untuk sesi bergambar sebagai kenangan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

percuma


17. Dapo Pata Uptown

uptown kontena dapo pata

Destinasi ini terletak di Pantai Tok Jembal dan mempunyai kontena-kontena yang diubahsuai untuk dijadikan cafe/tempat makan. Konsep kedainya memang unik ditambah pulak lokasinya di tepi pantai pasti memberi satu kelainan. Makanan di sini lebih kepada makanan santai-santai sahaja. Sesuai sebagai tempat untuk lepak malam sambil berborak dengan kawan-kawan anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu

Waktu Operasi Dapo Pato / Uptown Kontena

  • 6 pm - 1.30 am

Percuma


18. Bazar Warisan

bazar warisan kedai payang

Terletak hanya di sebelah Pasar Payang dan Bukit Puteri. Bazar yang ditempatkan di bangunan dua tingkat ini menempatkan lot-lot kedai yang umumnya menjual barangan produk kraf seperti batik, sutera & cenderahati. Lokasinya yang betul-betul mengadap muara Sungai Terengganu pasti memberi anda satu pemandangan panorama yang indah dari tingkat 2 terutamanya di waktu petang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

19, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Bazar Warisan

8 am - 6 pm

Tempat shopping


19. Bukit Besar

bukit-besar-kuala terengganu

Kalau anda melalui Jambatan Sultan Mahmud, tulisan Allah Pelihara Terengganu terletak di Bukit Besar. Destinasi ini lebih kepada kawasan rekreasi baik waktu pagi atau petang. Anda boleh berjalan & jogging melalui jalanraya menuju ke atas bukit dan panorama dari atas Bukit Besar yang menampakkan Sungai Terengganu, Masjid Kristal & TTI semestinya sangat menakjubkan. Satu lagi tempat berbukit yang ideal untuk jogging pagi/petang di dalam Bandar KT adalah di Bukit Panorama.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

  • 7 am - 7 pm

Percuma


20. Istana Maziah

istana maziah kuala terengganu

Istana ini terletak berhadapan dengan Dataran Shahbandar & Jeti Shahbandar. Oleh kerana lokasinya yang strategik maka Istana ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat keindahan sesebuah istana dari dekat. Anda boleh bergambar dari luar sebagai kenang-kenangan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

  • 24 jam ( lihat dari luar pagar sahaja)

  • Percuma


21. Masjid Abidin (Masjid Putih)

masjid zainal abidin kt

Masjid yang banyak sejarahnya dan antara yang tertua di Terengganu ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin ke II sekitar tahun 1793-1808. Sebelum menjadi cantik berkonkrit putih seperti sekarang, masjid ini telah melalui beberapa fasa penambahbaikan. Asalnya masjid ini hanya dibina dengan kayu sahaja. Masjid Putih juga telah menjadi tempat yang memainkan peranan penting dalam melahirkan banyak tokoh-tokoh agamawan Negeri Terengganu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Subuh-Isyak

Percuma


22. Bukit Puteri

meriam bukit puteri

Dahulunya merupakan sebuah kubu pertahanan kerana lokasinya yang strategik berbukit & sesuai untuk menangkis serangan musuh dari laut. Kini Bukit Puteri yang terletak berdekatan Dataran Shahbandar ini menjadi tempat bersejarah yang menempatkan beberapa laras meriam, loceng & rumah genta. Orang-orang tua selalu berkata yang meriam di sini ialah meriam beranak kerana saiz beberapa laras meriam yang ada di Bukit Puteri berbeza-beza saiz seolah-olah seperti satu keluarga meriam yang hidup.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Bukit Puteri Kuala Terengganu

  • 9 am - 8 pm

Harga Tiket Bukit Puteri 

  • Dewasa: RM 1
  • Kanak-kanak: RM 0.50


23. Dataran Shahbandar

dataran shahbandar kuala terengganu

Terletak di tepi sungai Terengganu dan merupakan waterfront yang mempunyai landskap yang cantik untuk bersiar-siar petang. Pada waktu malam destinasi ini menjadi tempat golongan muda lepak-lepak sambil membeli belah di bazar-bazar di sekitarnya. Pada bulan puasa, tempat ini menjadi tumpuan orang bandar KT untuk ke bazar Ramadhan di sini serta menjadi lokasi yang paling popular di KT untuk berbuka puasa secara berkelah ramai-ramai. Kalau anda mencari tempat menarik di Kuala Terengganu waktu malam untuk lepak di gerai-gerai makan, di sini juga terletaknya deretan lot kedai tepi sungai yang dikenali penduduk setempat sebagai 'Benteng'.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Dataran Syah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

percuma


24. Naik Bot Penambang

bot penambang kuala terengganu

Bot Penambang merupakan satu pengangkutan yang menggunakan bot lama yang menghubungkan Jeti Seberang Takir & Bandar KT. Sebelum adanya Jambatan Sultan Mahmud, bot penambang adalah satu-satunya cara terdekat untuk ke Seberang Takir. Sekiranya anda bersiar-siar di sekitar Dataran Shahbandar dan ingin merasa pengalaman menaiki bot tradisional ini, boleh mencubanya sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu. Tambang sehala hanya RM 1. Kini, tarikan bot penambang semakin diambang kepupusan & bilangan bot juga semakin berkurangan. Setelah siap jambatan baru yang menghubungkan Kuala Terengganu & Seberang Takir, kemungkinan besar pengangkutan kenderaan air yang berpuluh tahun lamanya ini akan terkubur.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jeti Bot Penambang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Bot Penambang

6 am - 6 pm

Harga Tambang Bot Penambang

  • RM 1 sehala


25. Pasaraya Giant & Mydin

tempat membeli belah kuala terengganu

Kuala Terengganu mempunyai beberapa pasaraya yang besar untuk membeli baik produk harian ataupun pakaian seperti di sekitar Jalan Hiliran yang menempatkan Pasaraya Mydin & Giant. Di antara 2 kompleks pasaraya ini juga terdapat lot-lot kedai kecil yang menjual pelbagai jenis produk umumnya pakaian dan aksesori wanita.

Peta Lokasi Jarak

 Lot PT 1485 Jalan Padang Hiliran Chabang 3 Kuala Terengganu

9.30 am - 9.30 pm

Tempat shopping

 


26. Pusat Akuatik MBKT

tempat mandi manda kuala terengganu

Pusat akuatik ini memang sudah lama bertapak di Pantai Batu Burok dan telah dinaiktarafkan beberapa tahun lepas ketika Terengganu menjadi penganjur sukan Sukma. Di sini anda boleh membawa anak-anak untuk bermain air di kolam khas kanak-kanak dan kalau anda pandai berenang boleh mencuba kolam renang di sini yang lapang serta berbumbung.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Jalan Kelab Kerajaan, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Pusat Akuatik Batu Burok

  • 2.30 pm - 6.30 pm ( Ahad-Khamis)
  • 9.30 am - 11.30 am & 2.00 pm - 6.30 pm ( Jumaat & Sabtu)

Harga Tiket Pusat Akuatik Batu Burok

  • Kanak-Kanak: RM 2.00
  • Dewasa: RM 4.00


27. Bas Kite

terminal bas kite terengganu

Perkhidmatan bas yang mempunyai rekabentuk yang unik yang boleh anda naiki bersama keluarga untuk pusing-pusing bandar KT dan melawat tempat tarikan pelancongan yang ada di sini. Tambangnya sangat berpatutan dan bas ini mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin, free wifi, lcd tv dan boleh memuatkan sekitar 30 penumpang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Terminal Bas MBKT, Jalan Syed Hussin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

  • Setiap hari

  • RM 1 - RM 8

*bergantung kepada destinasi yang dituju


28. Pulau Warisan ( I-City Terengganu)

pulau warisan kuala terengganu

Lokasinya hanya bersebelahan dengan Kampung Cina & Pasar Payang. Pada waktu malam lokasi ini menjadi kunjungan orang ramai untuk santai-santai melihat lampu-lampu pokok seperti di I-City Shah Alam. Terdapat juga kafe-kafe yang sesuai sebagai port lepak melayan angin malam yang sepoi sepoi bahasa. Setiap kali Monsoon Cup, sekitar Pulau Warisan ini menjadi lokasi tempat penonton melihat perahu layar berlumba di muara Sungai Terengganu. Di sini juga terdapat terminal untuk cruise bagi pelancong yang ingin menikmati keindahan Sungai Terengganu dengan menaiki bot.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pulau Warisan, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

percuma


29. Kota Duyong Lama

kota duyong lama kt

Merupakan sebuah rumah tradisional Terengganu lama yang sangat unik kerana bahan binaan seperti berkonkrit tidak menggunakan simen sebaliknya menggunakan campuran putih telur, batu kelikir, pasir, madu & tanah liat. Lokasinya terletak di Pulau Duyong dan anda perlu menaiki Jambatan Sultan Mahmud untuk menuju ke sini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Kota Duyong Lama

  • 8 am - 5 pm

*Jumaat tutup

Harga Tiket Kota Duyong Lama

Percuma


30. Bukit Keledang

bukit keledang terengganu

Destinasi ini terletak di pinggir bandar yang berdekatan dengan Hotel Sri Malaysia. Bukit Keledang menempatkan beberapa kubur-kubur lama yang juga merupakan tempat pemakaman Diraja dan pembesar negeri dulu-dulu. Bukit Keledang juga dipercayai pernah menjadi pusat pemerintahan awal Sultan Terengganu pertama serta pernah menjadi pengkalan para pedagang dari Hulu Sungai Terengganu pada kurun 18.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

20300 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

percuma


29+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu Untuk Jalan Jalan Cari Makan

Tempat makan Menarik di Kuala Terengganu

Negeri Terengganu mempunyai banyak destinasi menarik yang ideal untuk dilawati bersama keluarga dan anak-anak. Selain bersiar-siar di pantai anda juga boleh melawat beberapa mercu tanda utama di negeri ini seperti di bawah.

Mencari keunikan sesuatu juadah di negeri orang sudah tentu menjadi satu kemestian kalau bercuti. Di Terengganu menu makanan yang popular adalah keropok lekor, nasi dagang, sotong sumbat, ikan celup tepung dan aneka kuih muih tradisional. Berikut merupakan beberapa tempat makan yang menarik yang boleh anda terjah untuk acara makan sampai kenyang.


Tempat Membeli Keropok Lekor di Kuala Terengganu

  • Kampung Losong – Terletak tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu, destinasi ini sememangnya wajib anda datang untuk mencari keropok lekor yang sedap. Ada banyak gerai yang menjual keropok lekor di sini baik keropok rebus atau yang goreng. Nak pilih yang mana sedap memang susah sebab rata-rata kedai di sini sudah lama bertapak di Losong dan mempunyai peminat tegar masing-masing.
  • Kg. Bukit Tok Beng – Satu lagi destinasi yang kian popular selepas kawasan Kampung Losong. Kedai di sini hanya satu sahaja dan kalau nak beli keropok rebus secara pukal pembeli kena ambil nombor seperti di bank. Kalau setakat sebagai buah tangan anda boleh terus ambil dan bayar di kaunter.
  • Seberang Takir – Di sekitar kampung ini, terdapat beberapa gerai tempatan yang mungkin tidak gah pada rupanya, tetapi gah di kalangan orang tempatan. Masing-masing ada peminatnya yang tersediri. Kalau menuju ke Pantai Teluk Ketapang, boleh singgah di sini.
  • Marang – Kalau anda menuju Jalan Kuala Terengganu – Dungun, mungkin on the way balik ke KL, boleh singgah di kawasan Marang sebelum sampai ke Pantai Kelulut untuk memborong keropok lekor. Antara kedai yang popular di sini, Keropok Lekor 007.

Tempat Makanan Santai Petang & Ikan Celup Tepung di Bandar KT

Sekiranya anda ingin mencari makanan santai orang Terengganu waktu petang, lokasi berikut sangat dicadangkan.

  • Pantai Teluk Ketapang – Menempatkan beberapa gerai popular yang menghidangkan ikan celup tepung seperti Warung ICT Hj Pok Long & Restoran Firdausy Seafood Corner.
  • Pantai Mengabang Telipot – Juga terkenal sebagai destinasi terbaik untuk makan ikan celup tepung seperti di Warung Pok Nong & Warung Adik Beradik
  • Pantai Pandak – Terdapat satu warung yang menjual makanan laut celup tepung tidak jauh dari kawasan mandi manda di sini.
  • Pantai Batu Buruk – Di sekitar pantai ini terdapat satu deretan gerai yang menjual makanan santai. Penjaja bermotosikal juga banyak di sini untuk anda mencari keropok lekor & satey ikan.
  • Kg Bukit Tok Beng – Terdapat beberapa kedai yang tersohor dengan menu air buah yang asli. Di sini juga terletaknya kedai keropok lekor BTB 2209.

Sarapan Pagi di Sekitar Bandar KT

Kalau anda menginap di sekitar Bandar KT, berikut merupakan beberapa tempat makan yang sedap untuk menjamah makanan sarapan pagi orang Terengganu.

  • Nasi Dagang Kak Jah
  • Kak Pah Nasi Dagang
  • Mak Ngah Nasi Goreng
  • Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubor
  • Nasi Dagang Batu Rakit

Makan Tengahari di Sekitar Bandar KT

Restoran berikut antara yang popular di Kuala Terengganu sekiranya anda ingin bersantapan lauk pauk orang setempat.

  • Restoran Singgang
  • Restoran Mat Binjai
  • AZ Selera Timur
  • Syed Stulang Seafood
  • Rex Nasi Padang Sumatera

Tempat Makan Malam yang Popular di sekitar KT

Sekitar Bandar Kuala Terengganu mempunyai banyak destinasi menarik untuk anda makan malam baik masakan panas, western, ikan bakar dan sebagainya. Berikut merupakan restoran popular di sektar KT.

  • D’Ganu Seafood Cafe
  • Restoran D’Tunggal Seafood
  • The Pallet Cafe
  • Rahsia Kitchen
  • Hazlan Bistro
  • CVU iPata Steamboat & Grill
  • Matahari Restaurant Oriental Cuisine
  • Warung di tepi Hotel Permai Inn
  • BB Shellout Bukit Besar


Tempat Mencari Kuih Muih Tradisional di Kuala Terengganu

Terengganu terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih yang pelik-pelik dan sedap. Berikut merupakan beberapa destinasi ideal untuk anda lawati mencari kuih tradisional Terengganu.

  • Pasar Kedai Payang
  • Kedai Kuih Gong Kapas
  • Gerai Kuih Che’ Tar
  • Pasar Chabang Tiga
  • Pasar Bukit Besar
  • Pasar Baru Kedai Buloh
  • Pasar Batu 6

Pasar Malam Sekitar Bandar Kuala Terengganu

Berikut merupakan beberapa pasar malam yang popular di sekitar Bandar Kuala Terengganu yang boleh anda lawati untuk mencari makanan santai, cenderahati dan aktiviti cuci cuci mata:

  • Ahad: Pasar Malam Chendering ( 5.00 pm-8.30 pm)
  • Isnin: Pasar Malam Manir ( 5.00 pm-8.30 pm)
  • Selasa: Pasar Malam Pengadang Baru ( 5.00 pm-8.30 pm)
  • Rabu: Pasar Malam Kuala Ibai ( 5.00 pm-8.30 pm)
  • Khamis: Pasar Malam Dataran Warisan ( 5.00 pm-8.30 pm)
  • Jumaat: Pasar Malam Teluk Ketapang ( 5.00 pm-8.30 pm) & Dataran Warisan ( 8.00 pm – 12 pm)
  • Sabtu: Pasaraya Jalan Hiliran di sebelah Pasaraya Giant ( 5.00 pm-9.00 pm) & Pasar Chabang Tiga ( 5.00 pm-9.00 pm)


Lihat Penginapan di K. Terengganu >

Selain destinasi pulau di Terengganu, Bandar KT juga merupakan kawasan yang paling menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti bersama keluarga. Memang banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga kalau bercuti ke tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti di atas. Semoga artikel yang bersinopsis ringkas tentang setiap destinasi ini memberi anda gambaran kasar apa yang boleh anda lakukan apabila melancong ke Bandaraya Warisan Pesisir Pantai ini pada masa akan datang. Sila SHARE dengan orang kampung anda. Wassalam.

TOP 39+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu – Panduan Bercuti di Bandar KT
5 (100%) 1 vote
  • 1
    Share

36 Komen

  1. Hamdan 28/03/2018
  2. Noor Azha 09/03/2018
  3. Azian VeroninCa 30/12/2017
    • Helmy Affandy 01/02/2018
  4. Illi Suhaili 05/12/2017
    • Helmy Affandy 01/02/2018
      • Aina Sofia 17/05/2018
  5. Zuraida lazim 15/09/2017
  6. Road-Tripper 19/12/2016
  7. harun awang 13/11/2016
  8. Cari Destinasi Cari Destinasi 20/08/2016
  9. Azman 18/08/2016
  10. Shah 17/03/2016
  11. Mie 31/10/2015
  12. zuraidah hassan 24/10/2015
  13. ienda 18/09/2015
  14. khairiah 07/07/2015
  15. ahmad attar 29/05/2015
  16. Haji Omar 31/03/2015
  17. syakirah 19/03/2015
  18. zelena taqqee 12/03/2015
  19. Faisza 11/03/2015
  20. hasrul hassan 20/02/2015
  21. othman bakri 16/02/2015
  22. dayang 14/02/2015
  23. khairul 12/11/2014
  24. kak yatiadam 07/11/2014
    • Cari Destinasi Admin 08/11/2014
  25. Cari Destinasi Admin 06/11/2014
  26. Cari Destinasi Admin 05/11/2014
  27. Denaihati 03/11/2014
    • Cari Destinasi Admin 03/11/2014
  28. Cari Destinasi Admin 03/11/2014

Sila Komen

Sila SHARE