Taman Awam Lagun Kuala Ibai


Lagun Kuala Ibai ni terletak bersebelahan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung. Taman ni memang satu destinasi yang amat cantik untuk bersantai dan beriadah.

Makan makan petang pun ada terjual di sini. Kalau nak makan kedai pun banyak ! Kalau dari bandar Kuala Terengganu korang kena masuk simpang kiri di trafik light. Terletak lebih kurang 5-8 km dari bandar Kuala Terengganu. Dekat je… kalau setiap bulan puasa, di sini merupakan salah satu tapak bazar Ramadhan yang popular sekitar Kuala Ibai. Berbuka puasa di sini tepi pantai dan laguun memang best, terus boleh solat Terawih kat Masjid Terapung tu,..

taman awam lagun kuala ibai

Sebaik sampai di sini, pergh..panorama muara sungai kat sinii memang cun habis….kebetulan cuaca pulak memang cerah. Kat seberang sana tu ialah Taman Rekriasi Chendering.

tempat lepak petang kt

Air kat sini cetek jer…korang boleh jer jalan melalui muara ni sampai ke sebelah sana iaitu Taman Rekreasi Chendering.

masjid putih kuala ibai

Dari Lagun ni, korang boleh lah klo nak snap gambar dari posisi yang terbaik Masjid Terapung ni..Memang macam timbul betul dari air kan…

berkelah di kuala ibai

Taman Lagun Kuala Ibai ni memang destinasi yang amat menarik untuk aktiviti riadah seperti jogging dan bersenam. Post nak bergayut tu pun ada..nak seat up pun boleh…

makanan santai orang terengganu

Kalau tempat menarik ni konfem lah ada gerai2 menjual kan…kalau ikutkan perut masa ni memang kenyang tapi bila tengok sate ikan ni memang tak tahan lah…kuih dorayaki yang doremon dan nobita suka pun ada…pasti halal yang ni…:)

satay ikan terengganu sedap

Singgit tiga batang…besar2 pulak tu…sedap oo sate ikan ni makan panas2 tepi lagun yang berangin kuat…memang santai habis !!

mandi manda kuala ibai

Dalam 15 minit duk usyar depa ni buat apa lah tepi air ni..ingat kan nak mancing ke..nak terjun ke…motif mereka tidak dapat di kenal pasti..mungkin pecinta alam jugak kot. Kalau bawak anak2 kecik bukan derang tahu nak menikmati keindahan alam kan…yg depa tahu main main main..nak tu dia playground ada…campak je derang kat sini.. :)

bercuti tempat menarik kt

Walaupun time kami datang ni tengahari…still masih ramai orang dan tempat dia memang redup beb…banyak pokok2 rhu di sini…bawak kete pon kena cilok2 pokok…:) tu dia…klo kat KL kita cilok2 bangunan, tapi kat sini kita cilok2 pokok.. Koordinat Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. lat/lng: 5.283146,103.172097. Selamat berehat dan menenangkan fikiran di destinasi ini.


Sila Komen / Kongsi Tips

avatar