Pantai Bukit Keluang


Pantai Bukit Keluang merupakan salah satu destinasi Pantai di Terengganu yang bagi aku sangat best. Sebabnya? Kebanyakan Pantai di Terengganu memang tak selamat nak mandi sebab ombak yang kuat.

Jadi selain Pantai Pandak di Kuala Terengganu, Pantai Bukit Kluang ni adalah destinasi yang boleh korang mandi di Pantai. Perjalanan ke sini mengambil masa kira2 10 minit je dari Jalan Utama Terengganu-Kelantan. Lokasinya memang senang nak sampai sebab signboard memang ada. Pantai Bukit Keluang juga hanya terletak lebih kurang 4-5km dari Pantai Air Tawar.

pantai bukit kluang besut

Kami tiba di sini dalam pukul 3.30 petang dan memandangkan hari tersebut ialah hari minggu maka ramai lah sikit orangnya. Gerai-gerai menjual keropok dan makanan orang Terengganu pun banyak.

bukit kluang resort besut

Struktur pantai yang landai dan berteluk ni menyebabkan pantai ni amat sesuai dan selamat untuk bermandi manda bersama keluarga. View kat sini pun cantik dan pantainya memang bersih dari sampah sarap yang menyakitkan mata.

manda manda bukit keluang

Memandangkan pantai ni memang dekat dengan Pulau Redang jadi airnya pun cantik. Taklah keruh dan berkeladak. Memang seronok mandi dan bermain ombak di sini. Apa lgi, kalau datang sini tak kena celup dengan air baik takyah datang…yihaa :)

berkelah pantai bukit keluang besut

Ni lah dia kelebihan Pantai Bukit Keluang ni. Ada gua dan korang boleh berkelah kat bawah tu. Kalau hujan takyah susah2 buka payung. Pantai Bukit Keluang kalau diikutkan cerita orang2 tua, gua2 ni merupakan tempat persembunyian lanun-lanun suatu ketika dahulu. Apa lagi bro, jom cari harta karun ismith ulam raja…mana tahu jadi jutawan terus jumpa emas selori !! :)

jalan jalan besut pantai

Tapi sedikit sayang, kalau dulu jambatan ni memang cantik dan kalau naik atas jambatan ni boleh melihat kawasan sekeliling yang cun melecun ni. Sekarang dan hancur mungkin sebab angin dan ombak yang kuat terutamanya time musim terngkujuh.

memancing pantai bukit keluang

Di Pantai Bukit Keluang ni juga ramai orang duk memancing. Kalau kail sejengkal jangan datanglah memancing di sini. Kurang2 joran korang kena lah panjang mcm pakcik dlm gambar tu..

taman rekreasi pantai besut

Kat sini juga ada lagun air macam tasik ni. Pondok2 dan gerai pun ada. Kalau setakat datang nak cuci mata dan makan angin memang ideal lah!! Kalau anak-anak korang takut main air, tak yah risau, playground pon ada. !! Aiskrim satu pakcik !!

tempat mandi pantai best besut

Bagi aku, Pantai Bukit Keluang ni memang cantik. Secara peribadi Pantai Bukit Keluang ni lebih unik dari pantai-pantai lain di Terengganu. Malah korang boleh mandi kalau nak. Gua-gua pun ada dan tempat melepak pun banyak. Lokasi dan koordinat Pantai Bukit Kluang, Terengganu. lat/lng: 5.800886,102.604945. Selamat mandi manda di pantai yang best ni. 


3
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
newest oldest most voted
Zulhasdee
Guest
Zulhasdee

Bakpe tok panjat bukit tu…view di belakang lagi cantik.di atas tu ada tempat behenti rehat.rugi tak naik bukit tengok dari aras atas….

Mrs Kamilah
Guest
Mrs Kamilah

Ni tempat saya selalu jogging nie. :)