Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pulau Warisan (I-City Terengganu)

Mercu Tanda Baru Terengganu iaitu Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai i-City Kuala Terengganu.  Persoalannya, adakah ianya sehebat i City di Shah Alam?

Nak tahu jom tengok dan baca sket ! Jangan tak baca nanti terkejut bila sampai. Terletak di ChinaTown Terengganu dan bersebelah je dengan Pasar Besar Kedai Payang. Tempat ni time kami datang memang agak lengang sebab siang. Maklumlah orang datang sini biasanya malam nak tengok lampu2 pokok macam i city di Shah Alam. Tapi apa2 pun..view kat tempat sini memang terbaik lah…

ict kuala terengganu kt

Dari sini korang boleh tengok Sungai Terengganu yang bapak besar ni…Tu nampak tak, mercu tanda negeri Terengganu..Bukit Besar…kalau korang naik jambatan Sultan Mahmud dari Batu 6/Kelantan/Seberang Takir menuju ke Kuala Terengganu, korang boleh nampak mcm papan tanda Alllah Peliharakanlah Terengganu..Tu lah bukit dia…

aktiviti best di kt ict

Kami ingatkan tong sampah di bwah kain hitam tu, rupanya ATV lah pulak dalam 4 biji…selamba je tinggal situ…nasib baik kami baik..kalau takk… hehe

holiday in kuala terengganu

Sekali tengok macam jambatan kat Putrajaya kan…dua kali tengok rupa2nya jambatan kecik yang ada kat sini merentasi ke Pulau Warisan dari Pasar Kedai Payang. Angin kat sini kuatt seii !!…dah mcm nak terbang !!

jalan jalan kuala terengganu 2017

Kebetulan time kami duk atas Jambatan macam yg kat Putrajaya ni..ada orang tengah bermain kapal layar…kalau nak tahu kat sini lah orang duk main kapal layar time Monsoon Cup…kat sebelah sana tu ialah Pulau Duyong..biasanya time monsun kat Pantai Timur ni ketika hujung bulan Oktober sehingga awal Januari…

tempat menarik kt akviti

Kat Sungai Terengganu ni memang banyak bot2 nelayan…agaknya bot ni nak join kapal2 layar berlumba kat hujung sana kot..huhuhu..

ict kt terengganu best

Terengganu ni memang banyak tempat untuk melepak yang cantik2 dan best…Kebanyakannya terletak di pesisir air samaada sungai atau laut..no wonder lah kan bandar ni di kenali sebagai bandara pesisir pantai. Koordinat Pulau Warisan, I-City KT. lat/lng: 5.331755,103.132211. Selamat datang ke KT boh !

2/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir – Memang PIOR

Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung...

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni terletak dekat dengan Airport Telaga Batin (Airport Sultan Mahmud), Kuala Terengganu. Kalau di bandar KT ada Pantai Batu Buruk yang juga...

Masjid Kristal Terengganu – Ikon Pelancongan Kuala Terengganu

Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x