Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Masjid Kristal Terengganu – Ikon Pelancongan Kuala Terengganu

Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada di bandar Kuala Terengganu dan keindahannya memang tidak dinafikan.

Sekiranya anda masuk ke dalam Masjid Kristal di Terengganu ini, cuba lihat ke atas melalui kubahnya yang lutsinar yang terus menampakkan langit yang membiru terutamanya pada waktu tengahari.


Apa yang menarik di Masjid Kristal Kuala Terengganu

masjid kristal terengganu kt

Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man ini dibuka secara rasmi pada tahun 2008 dan dirasmikan secara bersama oleh Sultan dan Permaisuri Terengganu serta PM Malaysia ketika itu iaitu iaitu Paklah. Masjid yang menelan kos pembinaan jutaan Ringgit ini dibina daripada kaca, kristal dan juga besi keluli dan merupakan masjid pintar pertama yang ada di Malaysia.


masjid kristal kuala terengganu

Kedudukan Masjid Kristal ini yang dibina di atas Sungai Terengganu membuatkan ianya seolah-olah terapung seperti Masjid Terapung di Kuala Ibai. Selain anda boleh ke sini untuk melihat dengan lebih dekat, anda juga boleh menaiki cruise di Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Masjid Kristal ini dari sungai. Kalau pada waktu tengahari di waktu matahari sedang terik, anda dapat melihat pantulan cahaya matahari yang membuatkan masjid ini seolah-olah kuning keemasan dari luar.


lawat masjid kristal di terengganu

Kalau anda melalui Jambatan Sultan Mahmud, anda berpeluang melihat Masjid Kristal ini dari jauh. Dan yang paling best pada waktu malam, Masjid Kristal ini dilimpahi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni yang sentiasa berubah warna yang menambahkan lagi gah senibina Masjid Kristal.

Masjid Kristal Terengganu ini juga sering menjadi lokasi untuk photoshoot perkahwinan orang di KT. Untuk mengetahui keindahan Masjid Kristal dari udara menggunakan drone, sila lihat video menarik di bawah.

sumber video: oh dawie

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak ke sini memang rugi, kawasannya cantik, bangunannya penuh seni dan yang paling penting, masuk pun percuma, tiada harga tiket yang perlu dibayar kecuali kalau anda masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu. Kalau setiap hujung minggu atau cuti sekolah, kawasan sekitar Masjid Kristal Terengganu ini memang cukup meriah dan penuh dengan pengunjung.

Memandangkan lokasi masjid ini tidaklah jauh, maka tidak menjadi kesusahan untuk pengunjung memandu kereta ke sini sambil-sambil membeli keropok lekor di Kampung Losong.


Kontroversi di sebalik kewujudan Masjid Kristal Terengganu

tarikan utama di kuala terengganu

Selepas terbinanya Masjid Kristal Terengganu ini pada tahun 2008, pelbagai kontrovesi yang melanda di sebaliknya. Ada sesetengahnya menggunakan pembinaan masjid ini sebagai modal dalam politik dan ada juga yang mengandaikan pembinaan masjid ini adalah satu pembaziran kerana tidak boleh solat Jumaat atas sebab tidak cukup kariah.

Dan pembinaanya lebih kepada sebuah ikon negeri Terengganu untuk pelancongan semata-mata. Dengan kos pembinaanya yang dikatakan bernilai ratusan juta Ringgit, pelbagai kritikan juga diterima oleh kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh pada ketika itu.

Antara kontroversi lain yang menjadi viral ketika itu ialah tentang kononnya ada rakaman video masjid ini yang menyerupai syaitan, arah kiblatnya salah dan arkiteknya dikatakan sebagai orang bukan muslim.


Samaada ianya satu pembaziran ataupun sebaliknya, kontroversi-kontroversi ini yang mungkin menjadi batu loncatan populariti Masjid Kristal Terengganu yang sehingga kini tidak lekang menjadi kunjungan orang ramai samaada dalam atau pun luar negara.

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Taman Tamadun Islam Terengganu – Destinasi WAJIB di KT

Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man...

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

13 Kafe Best Wajib Serbu di Kuala Terengganu!

Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya dengan air membiru dan pasir putih yang terbentang di sepanjang pesisir pantai. Negeri pantai timur ini juga sering mendapat...

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Pulau Warisan (I-City Terengganu)

Mercu Tanda Baru Terengganu iaitu Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai i-City Kuala Terengganu.  Persoalannya, adakah ianya sehebat i City di Shah Alam? Nak tahu...

Chef Lek Kolam Seafood

Kedai makan Chef Lek Kolam Seafood ni terletak di dalam daerah Kuala Terengganu dan kalau korang selalu lepak kat Dataran Shahbandar, haa memang dekat...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
insyirah
insyirah
7 years ago

Salam, kalau akad nikah di masjid kristal mcmane prosedur nye ye?bleh bg num hp?

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x