fbpx

Pinjaman Peribadi Segera

Lulus dalam 24 Jam!

Keropok Lekor Berkeju dan Lada Hitam

Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng ( Keropok BTB 2209), di Seberang Takir, KT. Kira-kira 7-8km dari Bandar Kuala Terengganu.

Kalau tak pernah dengar meh sini nak cite sket ! :) Boleh lawan ke tidak keropok lekor losong ni? Bukan main besar dan cantik lagi kedai ni sekarang. Dulu kedai ni cuma pondok kayu je tetapi sekarang dah macam rumah banglo 2 tingkat CD tengok. Syabas untuk pengusaha kedai keropok lekor BTB.

Inovasi Keropok Lekor – Berkeju dan Berlada Hitam

keropok lekor btb terengganu

Kalau dahulu, keropok lekor cuma satu jenis sahaja dan tiada perisa-perisa tambahan.

Sekarang, bukan setakat sosej saja yang berkeju, keropok lekor pon dah berkeju !! Siap ada perisa lada hitam serta keju berbawang !! macam mana erk rasa dia ??

Kat kedai keropok lekor BTB ni, korang boleh beli yang masih mentah dan boleh di bawa pulang untuk digoreng ataupun korang boleh beli yang sudah siap sedia digoreng di sini. Kalau nak buat balik KL seeloknya amik yg belum digoreng. Kalau tak nanti KECUT lama2 ats kereta!!

beli keropok lekor sedap terengganu

Memandangkan CD memang dah tengah kebulur nak makan keropok lekor BTB, maka CD pon order lah terus !! Kena tunggu dalam 4-5 minit sebab depa ni akan goreng based on demand. Nak mengekalkan kesedapannya. Makan time panas-panas baru syok katanya.

keropok lekor terengganu paling best

Ni lah dia keropok lekor berkeju dan biasa yang CD order. RM 2 ringgit !! Cukuplah sekadar untuk melepas gian sorang-sorang..Rasa dia memang terbaik !! kesedapannya masih macam dulu !!

Untuk keropok lekor keju pula, CD macam tak berapa nak rasa lah keju dia…mungkin sebab kuantiti keju dia tak banyak atau keju jenis yang gred biasa.

makanan santai seberang takir

Destinasi Keropok Lekor BTB ni sesuai kalau nak minum dan lepak-lepak petang. Namun, kalau lokasi kedai ni tepi pantai mesti lagi syok kan…Jangan bimbang !! Pantai yang terdekat dengan kedai ni ialah Pantai Teluk Ketapang..dlm 2-3 km je…tapau keropok lekor berkeju dan makan kat tepi pantai konfem lagi syiokkk.

keropok lekor lada hitam

Yang ni pulak keropok lekor black papper atau lada hitam yang CD goreng kat rumah…Rasa dia memang pedas dan agak berangin. Sesuai untuk memanaskan badan dan untuk kesihatan badan…yelah kan lada hitam kan bagus untuk kesihatan..Bagi CD keropok lekor keju bawang lagi best !!

Korang faham-faham lah, keju yang digunakan bukan lah keju mahal atau mozarella seperti kat Pizza Hut tu. Kalau tauke kedai pakai keju tu mahu 2 hinggit sebatang naya CD nak beli..huhu..Lokasi tengok peta di atas ! Selamat mencuba !

Rate this post

36 KOMEN

guest

36 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Car Rental Kuala Lumpur
Car Rental Kuala Lumpur
9 years ago

x pernah try lg..slalu jugak lalu jln tu tp org ramai sgt tu yg malas nk singgah

UpProfits
UpProfits
9 years ago

Wah..keropok lekor pun dh bervariasi skrg..berperisa..inovasi yg bagus..

W.R
W.R
9 years ago

Huh berkeju keropok leko ni..mmg terbaik laa..bila la nak sampai..:)

W.R
W.R
9 years ago
Reply to  Cari Destinasi

in shaa allah dalam perancangan tu bro.. Nov nanti kali jadi

Ammar
Ammar
9 years ago

Sedapnya.. lama dah tak ke sini. Rasa macam nak pergi sini je dalam masa terdekat ni.

shahfir
shahfir
9 years ago

Alamak..rugi rasanya tak ke kedai nie..hari tue ada ke k.terengganu..tak sangka keropok lekor ada macam-macam perisa.

akubiomed
akubiomed
9 years ago

Belum pernah merasa keropok lekor berperisa. Boleh cuba kalau ke sana nanti.

hafizmd
hafizmd
9 years ago

kacau jiwa ambe tgk kepok lekor camni….hoohoho

Anda Mungkin Berminat

Hubungi Kami

Rate this post
36
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x