Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng ( Keropok BTB 2209), di Seberang Takir, KT. Kira-kira 7-8km dari Bandar Kuala Terengganu.
Kalau tak pernah dengar meh sini nak cite sket ! :) Boleh lawan ke tidak keropok lekor losong ni? Bukan main besar dan cantik lagi kedai ni sekarang. Dulu kedai ni cuma pondok kayu je tetapi sekarang dah macam rumah banglo 2 tingkat CD tengok. Syabas untuk pengusaha kedai keropok lekor BTB.
Inovasi Keropok Lekor – Berkeju dan Berlada Hitam

Kalau dahulu, keropok lekor cuma satu jenis sahaja dan tiada perisa-perisa tambahan.
Sekarang, bukan setakat sosej saja yang berkeju, keropok lekor pon dah berkeju !! Siap ada perisa lada hitam serta keju berbawang !! macam mana erk rasa dia ??
Kat kedai keropok lekor BTB ni, korang boleh beli yang masih mentah dan boleh di bawa pulang untuk digoreng ataupun korang boleh beli yang sudah siap sedia digoreng di sini. Kalau nak buat balik KL seeloknya amik yg belum digoreng. Kalau tak nanti KECUT lama2 ats kereta!!

Memandangkan CD memang dah tengah kebulur nak makan keropok lekor BTB, maka CD pon order lah terus !! Kena tunggu dalam 4-5 minit sebab depa ni akan goreng based on demand. Nak mengekalkan kesedapannya. Makan time panas-panas baru syok katanya.

Ni lah dia keropok lekor berkeju dan biasa yang CD order. RM 2 ringgit !! Cukuplah sekadar untuk melepas gian sorang-sorang..Rasa dia memang terbaik !! kesedapannya masih macam dulu !!
Untuk keropok lekor keju pula, CD macam tak berapa nak rasa lah keju dia…mungkin sebab kuantiti keju dia tak banyak atau keju jenis yang gred biasa.

Destinasi Keropok Lekor BTB ni sesuai kalau nak minum dan lepak-lepak petang. Namun, kalau lokasi kedai ni tepi pantai mesti lagi syok kan…Jangan bimbang !! Pantai yang terdekat dengan kedai ni ialah Pantai Teluk Ketapang..dlm 2-3 km je…tapau keropok lekor berkeju dan makan kat tepi pantai konfem lagi syiokkk.

Yang ni pulak keropok lekor black papper atau lada hitam yang CD goreng kat rumah…Rasa dia memang pedas dan agak berangin. Sesuai untuk memanaskan badan dan untuk kesihatan badan…yelah kan lada hitam kan bagus untuk kesihatan..Bagi CD keropok lekor keju bawang lagi best !!
Korang faham-faham lah, keju yang digunakan bukan lah keju mahal atau mozarella seperti kat Pizza Hut tu. Kalau tauke kedai pakai keju tu mahu 2 hinggit sebatang naya CD nak beli..huhu..Lokasi tengok peta di atas ! Selamat mencuba !
blom pernah rasa kepok jenis lain nih
cam berminat nak rasa kepok jenis keju :)
kena try bos…keju bawang lagi best…bagus utk kesihatan lelaki..hehe
Fuh, dah lama saya tak makan keropok lekor, lapar la pula.. :)
keropok lekor makan panas2 memang best !!
nampak santai minum petang sambil pekena keropok leko kat sini terutamanya kat tingkat atas tu.
mmg santai..tapi syg klau btol2 tepi pantai lagi best..boleh tgok laut..
memang best layan keropok lekor sambil hirup udara pantai… tak pernah try lagi yg berkeju dan berlada hitam ni…. dah semakin komersil keropok lekor.
kena try skali keropok lekor perisa lain…baru indah hidup ni..asyik yg sama je boring jgk…
Ya..ini keropok memang best..tapi kurang singgah sebab ramai orang dan malas nak menunggu..hehe
tempat best mmg ramai org…klo xnak sesak sgt..boleh pergi time weekday…klo weekend mmg kaw2 ramai..
Macam2 jenis keropok skang ada…tq for sharing CD.Akan pergi kay tee nxweek..
mccm2 ada..dh mcm astro plak..hehe
ni keropok lekor ori ni.. mesti best
mmg best bro..ori punya…