Pakej Percutian, Sewa Bas, Cruise, Tiket Flight

Dijamin SERVIS TERBAIK dari HOLIDAYGOGOGO!

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang di sini sentiasa buka sepanjang tahun, bukan 2 atau 3 gerai sahaja, lebih 10 gerai menjual lemang ada di sini. Kalau nak tahu, di sinilah tempat membeli lemang yang popular di Kemaman. Orang kemaman mesti tahu punyalah.

Kalau korang dari Kemaman menuju ke Dungun, korang boleh nampak kepulan-kepulan asap membakar lemang di sebelah kiri. Memang ramai orang yg berhenti membeli lemang kat sini.

gerai lemang kijal kemaman

Apa lagi, singgah lah dulu beli sebatang. Lemang dia memang baru buat tapi anda kena pandai-pandailah la tengok gerai mana yang best. Kadang-kadang ada jugak lemang semalam yang mereka bakar semula. Susah sikit nak dapat bezakan melalui batang lemang sahaja. Kalau batang macam hijau tu mungkin baru nak masak dan yang perang perangan itu mungkin yang sudah masak tapi tak tahu bila masaknya. Mungkin semalam? Mungkin 2 hari lepas?

kedai lemang kemaman best

Di sini pun ada menjual Sata. Tapi taklah sebanyak di Gerai-Gerai Sata di Geliga, Kuala Kemaman. Selain itu, serunding dan jeruk-jeruk buah pun ada. Kalau nak mengemam benda-benda masam untuk hilang ngantuk pun boleh beli lah kat sini. Memang ramai orang yangg berhenti singgah membeli lemang ni. Jeruk buah di sini pun banyak yang sedap. Memang asyik lah kalau dapat makan sambil memandu tu.

makan sata kijal kemaman

Kalau pasal lemang memang sudah tentu sedap, tapi kalau bercakap pasal sata, memang tak syok sikit. Memang sata dia murah, RM1, kalau nak dibandingkan dengan Warung Aziz Sata kat Geliga, Kemaman, tapi isi dia kecil. Kalau kat Warung Aziz Sata RM5 utk 10 biji tapi kat sini RM4 utk 10 biji. Mungkin lagi berbaloi dan puas makan yang kat Warung Aziz Sata. Besar dan bungkusan dia pun lagi bagus. Kalau yangg kat gerai lemang kijal ni nak bukak pun susah dan melekat.

Peta LokasiJarak+601133195925

4.4/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

Pantai Rekreasi Teluk Kalong – Pantai Bersih BELUM Popular

Pantai Rekreasi Teluk Kalong ni, disebabkan kedudukan dia yang jauh dari jalan utama dan pusat bandar, buatkan dia kurang mendapat sambutan orang ramai. Siapa...

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat...

10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x