fbpx

Pinjaman Peribadi Tanpa Dokumen

Wang Segera lulus dalam 24 jam!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan destinasi bercuti. Apa yang specialnya dekat pantai ni, anda boleh tengok ada sungai dan laut dalam satu masa. Jadinya mudahlah kan kalau rasa nak ke sungai pun, pergi sebelah je.

- Advertisement -

Sebab nama dia pantai ‘rekreasi’, mestilah banyak aktiviti yang boleh anda buat dekat sini. Siapa fikir pantai ni hanya untuk buat berkelah, rugi tak cuba buat aktiviti lain. Nak makan pun tak perlu fikir panjang, terus berangkat ke kedai-kedai paling dekat.


Aktiviti Menarik di Pantai Rekreasi Kuala Kertih

Berkelah

Tak sah kalau dah ke Pantai Rekreasi Kuala Kertih tapi tak berkelah dengan family. Nanti pack siap-siap makanan dari rumah, atau bawa satu makanan je, suruh family lain bawa jugak, boleh buat potluck. Tinggal nak bentang tikar je dah sampai sini nanti.

Port nak berkelah pun banyak, anda pilih je nak duduk atas batu-batu ke, ni kalau nak ekstrim lah. Nak atas pasir pun okay, nak duduk atas rumput bawah pokok rhu pun okay. Lepas dah makan, lebih baik sampah-sampah tu kumpul bawa balik sebab dekat sini tak banyak tong sampah disediakan.

Tengok sunrise

Tak ramai tahu betapa cantiknya fenomena matahari terbit kalau tengok sendiri dari kawasan pantai. Ini sebab, bila matahari terpantul dekat air laut, ilusi dia buatkan matahari nampak lagi besar dari yang biasa tengok. Nanti anda boleh nampak dengan mata sendiri cahaya matahari tu almost macam membaham air laut.

Nak tengok sunrise pun kenalah ada dedikasi kan, jadi anda kena pergi ke pantai seawal mungkin. Tak adalah awal sangat, dalam lepas Subuh macam tu terus pergi pun sempat lagi nak saksikan fenomena tu. Apatah lagi sunrise dekat Pantai Rekreasi Kuala Kertih ni, memang recommended!

Memancing

Kalau anda datang sini, memang tak nampak ramai yang memancing dekat area pantai kecuali nelayan, walaupun chance nak ada hasil tu boleh kata tinggi. Lagi-lagi, ada kawasan berbatu dekat Pantai Rekreasi Kuala Kertih yang buatkan ikan suka menyorok situ. Batu-batu tu pun boleh buat tempat anda duduk sambil tunggu umpan kena makan.

Kalau taknak memancing dekat pantai pun, pergi aje ke sungai yang ada dekat sebelah. Mungkin anda jenis yang lagi suka memancing dekat sungai atau suka ikan sungai kan. Tak rugi kalau bawa joran ke sini, mana tahu boleh dapat ikan banyak, buat barbeku sebelum balik rumah.

Bermandi-manda

Sebenarnya, tak digalakkan untuk mandi dekat Pantai Rekreasi Kuala Kertih, tapi ada time yang buatkan boleh mandi dekat sini. Bila ada musim air laut hasilkan lagun air dekat kawasan pasir pantai, time tu lah anak-anak kecil pun boleh mandi air laut. Ni sebab air dia cetek, tak bergelora, tak berombak dan sesuai buat mandi semua orang.

Lagun ni biasanya terbentuk kalau ketinggian ombak tak sekata dalam jangka waktu singkat, buatkan pasir pantai termendap dan air laut terperangkap dalam tu. Selamat untuk mandi dalam lagun air sebab anda sendiri boleh nampak apa ada dalam air dan tak akan ada haiwan laut merbahaya berenang sama-sama.

Family day

Ramai yang dah buat family day dekat Pantai Rekreasi Kuala Kertih ni. Kenapa best kalau nak adakan family day dekat pantai yang tak terlalu kecil tak terlalu besar ni? Sebabnya, kawasan pantai yang depan air laut dia luas dan banyak rumput. Bukan tu aje, kawasan yang luas tu pun rata dan selamat kalau nak buat aktiviti macam sukaneka.

Lagi satu, kawasan menghadap air laut ni banyak pokok-pokok rhu yang tinggi lampai, jadi tak adalah nanti family yang muda-muda tu merengek panas ke sunburn ke. Gazebo yang ada pun besar, muatlah nak menjamu selera ramai-ramai. Sebab banyak kedai makan yang ada, senanglah nak lunch atau dinner masa buat family day.


Penginapan Sekitar Pantai Rekreasi Kuala Kertih

Kerteh Inn Hotel

- Advertisement -

Dari Pantai Rekreasi Kuala Kertih, kena jalan jauh sikit kalau nak ke hotel-hotel terdekat, contohnya 10 minit ke Kerteh Inn Hotel ni. Kalau dah duduk dalam hotel lepastu tiba-tiba lapar, jangan risau sebab kedai makan memang banyak dalam jarak kurang 1 kilometer dari hotel. Senang, jalan kaki je, petrol pun jimat. Seronok juga menginap dekat sini sebab parking pun free je, tak payah reserve pulak tu.

Nak menempah dekat Kerteh Inn Hotel, pilih nak bilik double ke, standard twin ke, atau family kalau rasa ramai. Nak masak simple-simple pun sebenarnya boleh, tapi dapur yang ada dekat luar bilik kena share dengan penginap lain. Wi-fi dapat percuma, jadi berpatutan kalau cuba tempah bilik dekat hotel ni.

Semak Harga

Darul Salam Inn Hotel

Darul Salam Inn Hotel pun 10 minit perjalanan dari Pantai Rekreasi Kuala Kertih. Bilik-bilik dekat hotel termasuk bilik budget single, deluxe double, deluxe triple, deluxe family dengan standard twin. Semua bilik ada aircond dengan TV skrin rata, jadi memang selesa untuk menginap dan tak akan bosan dalam bilik masing-masing.

Lagi tak bosan, anda boleh pergi beli air dekat mesin gedegang kalau tiba-tiba mengidam nak air dalam tin. Dalm bilik pun ada macam-macam paket minuman 3-in-1 kalau nak bancuh air panas. Wi-fi pun dibagi akses percuma, service dry cleaning pun ada dengan caj kalau taknak bawa balik baju kotor.

Semak Harga

Gemilang Hotel Kerteh

Kalau nak menginap dengan Gemilang Hotel ni, anda dapat pilihan bilik-bilik deluxe single, deluxe double, deluxe triple, dengan family suite untuk ditempah. Nak letak kereta pun senang aje, hanya park dekat depan atau sekitar premis, tengok lah yang mana kosong. Syok nak makan dekat hotel ni sebab dekat sebelah, ada restoran hotel sendiri, nama dia ‘Restoran Gemilang’. Tak ada masalah kalau kebuluran lepas seharian ada dekat pantai.

Dalam setiap bilik pun ada almari baju, jadi tak perlu fikir dekat mana nak susun baju-baju untuk hari esok, dan kemudian hari. Wi-fi pun jangan risau, free je untuk semua penginap hotel. Jauh Gemilang Hotel dari Pantai Rekreasi Kuala Kertih pun 10 minit juga.

- Advertisement -

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Rekreasi Kuala Kertih

Kalau sekadar untuk minum petang atau alas perut sementara ada dekat kawasan pantai, memang best kalau beli aje dekat gerai-gerai makanan yang berlambak dekat dengan Pantai Rekreasi Kuala Kertih ni. Contoh makanan-makanan yang sedap nak buat kunyah masa tengok pemandangan laut, keropok lekor, celup tepung dengan satar.

Untuk makan tengah hari atau makan malam pula, takkan nak makan tu aje? Mestilah nak makan masakan panas atau nasi dengan lauk yang bersusun kan. Tak perlu bimbang sebab jalan sikit naik kereta dah sampai restoran-restoran lazat dekat sini. Menu pun berbagai-bagai, nak ikan boleh, nak ayam boleh, nak nasi dagang lagilah boleh.


Tempat menarik berhampiran Pantai Rekreasi Kuala Kertih

Air Terjun Mendaru, Kampung Chabang

Nak ke sini, anda kena masuk dalam Hutan Simpan Rasau, Kertih. Memang ramai dah tahu tempat ni, buat kawasan berkhemah ideal setiap cuti, masuk pun free, lagilah! Walaupun free nak masuk, kenalah ikut waktu dibenarkan masuk kawasan Air Terjun Menderu ni. Anda boleh datang dari pukul 7 pagi sampailah 6 petang.

Nak dirikan khemah memang boleh, tapi sebelum tu kena inform Pejabat Hutan Daerah dulu. Ini untuk pastikan kawasan hutan simpan terjaga dan senang contact kalau jadi apa-apa. Nak datang sini bawalah baju mandi yang sesuai. Sekitar dia ada meja, kerusi untuk letak makanan. Gazebo dia pun besar, jambatan pun ada kalau taknak basah badan.

Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre

Mungkin tak ramai yang tahu tempat perlindungan penyu dekat Kertih ni orang awam boleh masuk. Tambahan pula, mereka lagi mengalu-alukan orang awam join untuk belajar lebih lanjut pasal pemeliharaan penyu dan cara jaga habitat penyu. Best dapat pengalaman dekat sini sebab anda mungkin dapat saksikan sendiri penyu bertelur dan collect telur-telur tu bawa ke pusat perlindungan.

Kalau bawa anak-anak ke sini pun boleh ajar mereka untuk cinta akan semua haiwan dan jaga spesies haiwan supaya tak pupus. Seeloknya, datang hujung minggu sebab banyak aktiviti boleh lakukan, lepaskan anak penyu ke laut pun boleh.

Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare Kertih

Ni pun lagi satu pusat yang tak ramai ada info yang orang awam boleh pergi melawat macam tu aje. Terengganu ni satu negeri yang memang ambil berat pasal pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, jadi apa kata anda bawa ilmu dari sini balik ke negeri masing-masing. Pokok-pokok yang sukarelawan dan pihak pusat pendidikan dah tanam dekat sini ada 300 dah. Jadi, memang nyaman dan indah je tengok kawasan dia.

Ada hostel juga untuk yang berminat nak jadi sukarelawan, kena inform pihak pusat pendidikan pasal keinginan anda tu. Aktiviti yang seronok lagi, boleh tengok kelip-kelip, lepastu pergi tengok pokok-pokok paya bakau. Anda boleh datang dari pukul 9 pagi sampailah 5 petang setiap hari.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Siapa yang rajin nak pergi letak kereta dekat lot-lot parking kereta yang ada lepastu jalan sikit ke pantai, digalakkan ya. Tapi kalau jenis yang nak senang, ada anak kecil ke, parking aje depan kawasan pantai yang berpasir tu. Nak selamat pun parking dekat kawasan rumput bawah pokok.

Luas kalau nak parking dekat-dekat pantai, jadi tak ada masalah tak ada tempat nak letak kereta. Yang buatkan sesak tu kalau anda park kalau kereta lain nak keluar atau park sampai kacau lalu lintas.

Waktu terbaik untuk pergi

Kalau hujung minggu, memang ramai orang pergi ke pantai untuk tenangkan fikiran, dengan berkelah. Jadi kalau taknak jumpa orang atau nak special untuk family anda je, datang waktu hari minggu Ahad sampai Khamis untuk negeri Terengganu.

Ramai pilih untuk datang waktu petang dah nak gelap macam tu, sebab matahari tak terik dan sejuk je nak duduk-duduk atas pasir pantai. Nak elakkan sesak, datanglah dari pukul 11 pagi sampai 3 petang macam tu. Ataupun nak tengok sunrise, pergi betul-betul lepas Subuh.

Kemudahan yang ada

Dekat Pantai Rekreasi Kuala Kertih gerai makan ada, kedai-kedai masakan panas pun ada banyak, tak perlu fikir nak makan mana, nak makan apa. Tandas pun ada, jadi tak payah nak berhenti dekat stesen minyak mana-mana kalau dah tak tahan sangat.

Gazebo pun ada banyak, lepastu jarak satu gazebo dengan gazebo lain pun dekat sangat. Ni best kalau buat family day atau untuk buat berkelah ramai-ramai family. Tak adalah nanti guna walkie-talkie nak panggil makan ke apa. Kalau anak-anak kecil lagi, sini ada playground buat main.

Peta lokasi

Berbaloi juga untuk yang datang dari Kuala Lumpur naik kereta ke Pantai Rekreasi Kuala Kertih sebab perjalanan pun lebih kurang 3 jam 45 minit aje. Kalau nak naik bas dari Terminal Bas Selatan (TBS) pun, dalam 5 jam perjalanan. Syok juga sebab tak penat drive, murah, lepas tu tak ada tol.

Orang dari Shah Alam nak ke Pantai Rekreasi Kuala Kertih, perjalanan ambil masa 4 jam macam tu. Dah sampai Tol Kerteh pula, jauh sikit dalam 36 minit lagi baru sampai ke pantai.

Lokasi | Jarak


Lepas dah baca pasal Pantai Rekreasi Kuala Kertih, anda dah berminat nak ke sini dengan keluarga? Sebenarnya tak payah fikir panjang pun, sebab dengan kemudahan yang ada, pemandangan laut yang indah dan suasana yang positif, memang tak rugi singgah sekejap dekat sini. Apa lagi, jom masukkan Pantai Rekreasi Kuala Kertih dalam bucket list Terengganu anda!

4.1/5 - (9 votes)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Anda Mungkin Berminat

Hubungi Kami

4.1/5 - (9 votes)
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x