Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di sekitar Kemaman Supply Base (KSB). Lokasinya agak terpencil sedikit yang perlu anda menyusuri beberapa ratus meter melalui jalan kecil sebelum sampai ke destinasi ini.

Kalau anda bercuti ke Kemaman, Terengganu dan ingin bersiar di tepi muara sungai sambil makan makanan santai bolehlah ke sini. Kawasan Telaga Simpul ini bukanlah tempat pantai peranginan seperti di Pantai Cherating tetapi ianya lebih kepada tempat rekreasi keluarga waktu petang atau hujung minggu. Aktiviti di sini juga lebih kepada melihat pemandangan sambil bermain dengan anak-anak di taman permainan.


Peluang lihat pelantar minyak ‘live’

taman-rekreasi-telaga-simpulKemaman Supply Base atau lebih dikenali dengan nama KSB di kalangan orang setempat ini merupakan sebuah pengkalan yang menghubungkan pelantar minyak di lautan Terengganu dengan darat melalui bot & barge. Sebaik sampai di simpang yang menuju ke Kawasan Rekreasi Telaga Simpul anda boleh melihat KSB yang bersebelahan sahaja. Kalau bernasib baik, anda juga boleh melihat platform atau pelantar minyak yang ditempatkan secara sementara di pelabuhan ini.


Matahari terik tetapi tetap redup

tempat lepak best di kemaman

Yang bestnya tentang Kawasan Rekreasi Telaga Simpul ini, kawasannya sangat redup kerana pokok-pokok besar yang rendang yang ada di sini memang banyak. Samaada anda datang waktu tengahari atau petang, tempat ini sentiasa tak pernah lekang dengan kunjungan orang setempat. Telaga Simpul memang sesuai kalau nak lepak-lepak sambil makan keropok dan kalau nak bawak anak-anak beriadah pun boleh sebab adanya taman permainan kanak-kanak.

Di sini juga terdapat beberapa gerai yang rata-ratanya lebih menyediakan makanan santai orang Terengganu. Yang paling best kalau makan di sini adalah suasananya yang memang sangat sejuk mata memandang melihat keindahan muara Sungai Kemaman sambil ditiup bayu laut yang bertiup kencang.


Layan keindahan muara Sungai Kemaman

tempat menarik tepi pantai kemaman

Dari tebing di Telaga Simpul ini, pemandangan muara yang menampakkan bot-bot nelayan serta kawasan seberangnya yang merupakan Bandar Chukai memang sangat mendamaikan. Di pesisiran muara ini juga terdapat mereka yang kaki pancing bertenggek santai di atas batu dengan batang pancing masing-masing.


Taman permainan Telaga Simpul

taman permainan kemaman

Taman permainan berkonsepkan kapal layar yang disediakan untuk kanak-kanak di sini dalam keadaan yang terjaga dan setiap hari sentiasa ada tukang sapu yang membersihkan halaman sekitarnya yang sering kali dihimpuni dengan dedaun kering. Maklumlah kawasan redup bawah pokok yang besar dan kalau tak dibersihkan setiap hari alamatnya bersarang menjadi bukitlah nanti. Di tepi taman ini juga menempatkan tandas awam & juga surau kecil. Kalau berkelah di sini juga menarik kerana mempunyai banyak bangku & gazebo-gazebo besar yang boleh santai-santai bersama keluarga.


Sejarah Telaga Simpul

sejarah telaga simpul kemaman

Nama Telaga Simpul ini bermula dengan sebuah telaga yang masih lagi ada di sini. Walaupun tempat ini dikatakan antara tempat bersejarah di Daerah Kemaman, namun ianya bukanlah destinasi tumpuan pelancong seperti Kota A Famosa di Melaka. Walaubagaimanapun, setiap tempat ada sejarahnya dan di Taman Rekreasi Telaga Simpul ini juga ada sebuah pondok bertiang konkrit yang menempatkan papan informasi berserta dengan asal usul nama Telaga Simpul. Tulisannya seperti berikut:

Telaga ini adalah merupakan kawasan tadahan air yang mengalir dari curam Bukit Pejajat.

Catatan terawal tentang telaga ini dibuat oleh Abdullah bin Abd, Kadit Munsyi (Abdullah Munsyi) semasa melawat Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada tahun 1852, beliau mencatatkan bahawa sesiapa yang mandi di telaga ini, apabila siap mestilah menyimpulkan satu simpulan daun pandan.

Menurut keterangan lain yang diperolehi selepas kemerdekaan, orang yang mandi di telaga ini membuat simpulan pada daun lalang.


Selain berdekatan dengan muara Sungai Kemaman, di sebelah kawasan Telaga Simpul ini juga berdekatan dengan kawasan paya bakau. Kalau anda menginap di hotel sekitar Bandar Chukai serta mencari destinasi 2 dalam 1 yang menawarkan pemandangan muara sungai & paya bakau, Telaga Simpul di Kemaman Supply Base adalah jawapannya. Sekian Wassalam.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....

Pantai Kemasik – Siapa Datang Ganu WAJIB Mai Sini

Pantai Kemasik yang indah, bak berada di pantai cantik luar negara masih lagi tak mendapat sambutan oleh rakyat seluruh Malaysia. Memang ramai penduduk setempat...

Pantai Rekreasi Teluk Kalong – Pantai Bersih BELUM Popular

Pantai Rekreasi Teluk Kalong ni, disebabkan kedudukan dia yang jauh dari jalan utama dan pusat bandar, buatkan dia kurang mendapat sambutan orang ramai. Siapa...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x