Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating. Menjadi kelebihan kepada anda, sekiranya sudah ke Kemaman boleh la melawat sekali bandar Cherating kerana hanya bersebelahan sahaja.

Namun, apa kata anda pusing-pusing dulu bandar Kemaman ini. Pastinya banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Kemaman yang sentiasa dipenuhi dengan pelancong tidak kira warga tempatan atau pelancong luar negara. Mana tidaknya, Kemaman lengkap dengan pelbagai kemudahan percutian. Nak pergi tempat best banyak, nak cari tempat makan pun mudah dan yang pastinya nak cari tempat penginapan lagi la murah dan selesa.

10 Penginapan di Kemaman


1. Kemaman Sands

kemaman sands

Kemaman Sands merupakan sebuah resort yang terletak berhampiran dengan pantai. Melalui resort ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan laut China Selatan dan juga bunyi deruan ombak yang ganas. Hanya 1 minit sahaja masa perjalanan kaki untuk anda sampai ke pantai yang terdekat dengan Kemaman Sands ini.

Kemaman Sands yang dikelilingi dengan tumbuhan yang menghijau menaikkan lagi seri resort ini seperti sebuah taman. Kemaman Sands menawarkan pakej penginapan bilik yang pastinya akan memberikan pulangan yang selesa kepada anda. Setiap bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pastinya akan memudahkan anda semasa bercuti. Ada televisyen, ada bilik air tersendiri di dalam bilik dan juga Wifi percuma untuk setiap penginapnya.

Tidak lengkap sesebuah resort, jika tiada kemudahan kolam renang bukan? Di Kemaman Sands juga turut mempunyai sebuah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Kolam renang yang besar dan luas mampu memberikan anda keseronokkan semasa melakukan aktiviti berenang bersama keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: 1403, Jalan Geliga Pantai 3, Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8589908


2. The Kasturi

the kasturi

The Kasturi menawarkan pelbagai pakej penginapan untuk anda menginap di sini. Jika anda inginkan percutian yang selesa dan mempunyai privasi yang lebih, anda boleh menginap di villa yang pastinya luas dan mempunyai pelbagai kemudahan ini. Pakej ‘villa’ ini juga mempunyai kolam renang tersendiri dan tidak dikongsi dengan penginap yang lain. Pakej ini juga sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga besar anda.

Antara pakej lain yang ditawarkan ialah penginapan di bilik. Bilik yang disediakan cukup luas dan selesa untuk anda bermalam. Dengan dekorasi yang berkonsepkan moden, pelbagai kemudahan turut tersedia untuk pakej penginapan bilik ini. Selain itu, suasana The Kasturi yang dikelilingi dengan flora dan fauna sememangnya akan memberikan ketenangan dalam percutian anda.

Alamat: KM 32.5, Jalan Kuantan, Kemaman, 26080 Cherating, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-5825000


3. Resort World Kijal

Resort world Kijal

Sebuah resort yang terletak di daerah Kijal ini hanya memakan mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja pemanduan daripada Kuala Lumpur. Resort World Kijal sebuah resort yang dibangunkan berhampiran dengan pantai dan yang pastinya akan menghidangkan anda sebuah pemandangan lautan terbentang luas. pelbagai juga aktiviti yang anda boleh dilakukan apabila menginap di resort ini antaranya seperti berenang di kolam renang. Terdapat juga kemudahan jakuzi dan sauna, gelanggang tenis dan juga gimnasium.

Resort World Kijal mempunyai 4 jenis pakej penginapan yang pastinya pemandangan dari setiap bilik bakal membuatkan anda teruja. Dihidangkan dengan pemandangan yang cantik, pastinya penginapan anda di Resort World Kijal merupakan sebuah penginapan yang menarik dalam hidup anda.

Alamat: Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8641188


4. Shafura Hotel 1

shafura 1

Shafura Hotel cawangan pertama ini terletak di bandar Chukai sememangnya mudah untuk di jumpai lokasinya. Hotel bangunan putih ini menawarkan penginapan bilik dengan harga bawah RM 100 untuk satu malam.

Hotel ini mempunyai pelbagai pakej penginapan bilik untuk anda yang datang bersama pasangan, keluarga atau rakan. Bilik yang lengkap dengan kemudahan ini boleh tahan luas dan selesa untuk anda bermalam di sini. Setiap bilik mempunyai bilik air di dalamnya. Selain itu, bilik-bilik di Shafura Hotel 1 ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa, Wifi dan televisyen. Dengan harga yang berpatutan dan kemudahan yang lengkap tersedia pastinya akan membuatkan anda rasa berbaloi untuk menginap di sini.

Alamat: LOT 563, Jalan Abdul Rahman, Kampung Kubang Kurus, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8583451


5. Riverine Garden Hotel

reverine garden

Reverine Garden Hotel yang berhadapan dengan sebuah sungai besar pastinya menjanjikan pemandangan yang cantik tidak kira siang atau malam. Bukan hanya sungai, dihadapan hotel ini juga terdapat sebuah taman untuk anda bersantai sambil mengambil udara segar menghadap sungai.

Uniknya Reverine Garden Hotel ini kerana bangunan hotelnya yang sudah dilukis dengan bunga raya menaikkan lagi mood ceria untuk anda menginap di hotel ini. Pakej-pakej penginapan ditawarkan dengan harga yang berpatutan tetapi memberi pulangan yang berbaloi kerana kemudahan yang disediakan di setiap bilik lengkap. Anda pastinya akan menginap dengan selesa dan senang hati kerana segala kemudahan yang tersedia tidak merosakkan mood percutian anda.

Alamat: K-114, Jalan Sulaimani, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8597228


6. Kemaman Lodge And Cafe

kemaman lodge and cafe

Jika anda bercuti ke Kemaman dan dalam percutian bajet, anda wajib untuk menginap di Kemaman Lodge and Cafe. Harga penginapan yang ditawarkan bermula dengan RM 32 sahaja. Cukup murah dan berbaloi dengan kemudahan yang tersedia.

Kemaman Lodge And Cafe mempunyai pelbagai pakej peginapan dan setiap bilik pastinya dilengkapi dengan katil mengikut pakej yang anda ambil. Untuk kemudahan bilik air, ada bilik yang mempunyai bilik air di dalam biliknya dan ada pakej bilik yang bilik airnya perlu berkongsi dengan penginap lain. Begitu juga dengan kemudahan dapur, Kemaman Lodge And Cafe turut menyediakan dapur tetapi anda perlu berkongsi bersama penginap lain. Kemudahan dapur yang tersedia ialah penapis air, gelombang ketuhar, pembakar roti dan lain-lain lagi perkakas asas. Walaupun harganya murah, tetapi Kemaman Lodge and Cafe sentiasa memastikan tempat penginapannya bersih untuk keselesaan para penginapnya

Alamat: No. 2851, Jalan Pungguk, Taman Jakar Jaya, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8585186


7. Little Blue House

Little Blu House

Little Blue House, sebuah homestay yang mempunyai 4 buah bilik tidur, 2 bilik air dan 2 buah ruang tamu. Selain itu, dapur yang terdapat di homestay ini juga turut mempunyai dua bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering. Kemudahan dapur juga turut dilengkapi dengan perkakas memasak yang lengkap yang membolehkan anda untuk memasak di homestay ini.

Ruang tamu yang dilengkapi dengan telivesyen bersiaran Njoi, Wifi dan sofa pastinya memberikan anda keselesaan untuk berehat dan bersantai. Selain itu, homestay ini juga turut menyediakan pelbagai permainan untuk penginapnya bagi mengisi masa lapang semasa menginap di homestay ini.

Alamat: 8460, Jalan Belatuk, Taman Muhibbah, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-4567900


8. Seri Kemaman Inn Hotel

sri kemaman

Seri Kemaman Inn Hotel merupakan hotel yang ideal untuk anda penginap ketika bercuti di Kemaman. Ini kerana lokasi berada berdekatan dengan tempat menarik seperti  Muzium Kemaman dan juga Pantai Teluk Mak Nik. Seperti hotel yang lain, Seri Kemaman Inn Hotel turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk penginapnya. Setiap bilik pastinya dilengkapi dengan bilik air, pendingin hawa, televisyen dan juga Wifi. Selain itu, kawasan luar hotel yang luas juga memudahkan anda meletakkan kenderaan anda tanpa perlu berebut tempat parking.

Alamat: Jalan Air Putih, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8591511


9. Dalyla Inn Chalet

Dalyla Inn

Chalet yang berdindingkan kayu ini terletak berdekatan dengan Bukit Kuang. Dalyla Inn Chalet menyediakan pelbagai pakej penginapan bilik. Setiap bilik lengkap tersediak dengan kemudahan-kemudahan di dalamnya. Antara kemudahannya ialah pendingin hawa, kipas, almari pakaian, televisyen dan Wifi. Bilik airnya juga turut dilengkapi dengan kemudahan mandian.

Persekitaran Dalyla Inn Chalet pastinya akan memberikan anda ketenangan dan keseronokkan. Mana tidaknya, anda pastinya akan teruja awal apabila melihat lobby chalet ini yang cantik dan unik dengan ukiran kayu di dinding. Oh, yang pastinya anda tidak perlu risau tentang tempat meletakkan kereta kerana semua kenderaan boleh diletakkan di dalam kawasan chalet.

Alamat: No. 3058, Kampung Pengkalan Cicar, Taman Kenari, 24000 Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8597002


10. Casa Adelia Guesthouse

Casa Adelia Guesthouse

Casa Adelia merupakan sebuah penginapan di Kemaman yang berkonsepkan studio. Penginapan ini juga turut dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air dan juga dapur mini. Sebuah bilik yang boleh memuatkan sehingga 3 orang dalam satu masa ini menawarkan harga promosi serendah RM120 untuk satu malam.

Casa Adelia Guesthouse ini mempunyai 4 unit yang berada di Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman. Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan seperti pendingin hawa, mesin basuh, seterika, televisyen dan juga Wifi. Jadi usah risau kerana percutian anda tidak akan terganggu kerana jaringan internet yang disediakan tiada had. Anda boleh pakai sepuasnya!

Alamat: No 413, Jalan BP 2/7, Taman Perumahan Banggol Permai, 24000 Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3548973


Tidak rugi untuk anda jadikan Kemaman sebagai sebuah lokasi untuk bercuti pada tahun ini. Tempat-tempat penginapan yang tersedia pastinya memudahkan percutian anda. Betul tak? Sudah penat berjalan dan melawati tempat-tempat menarik, tinggal daftar masuk di tempat penginapan dan merehatkan badan secukupnya pula.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat...

Pantai Rekreasi Teluk Kalong – Pantai Bersih BELUM Popular

Pantai Rekreasi Teluk Kalong ni, disebabkan kedudukan dia yang jauh dari jalan utama dan pusat bandar, buatkan dia kurang mendapat sambutan orang ramai. Siapa...

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x