Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja ‘Dungun’, sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah daerah Dungun yang dahulunya menjadi pusat perlombongan yang terulung di Tanah Melayu. Kini, Dungun terkenal dengan pusat pengajian Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik, serta pantai-pantai yang bersih sebagai contoh Pantai Teluk Bidara dan juga Pantai Tanjung Jara. Rata-rata mereka yang datang ke Dungun bertujuan menghantar anak mendaftar atau masuk kembali ke kampus di pusat-pusat pengajiannya. Sambil berada di Dungun, ramai juga akan singgah ke pantai-pantai yang berhampiran. Sebab itulah banyak tempat penginapan didirikan berdekatan kawasan-kawasan tersebut.

Kami di Cari Destinasi berbesar hati untuk menyediakan senarai 10 tempat penginapan yang boleh anda tempah sepanjang berada di Dungun. Jika anda juga teruja seperti kami, marilah baca senarai khas buat anda.

10 Tempat Penginapan Best di Dungun


1. Tanjung Jara Resort

Di Tanjung Jara Resort, tetamu akan diberikan 3 pilihan bilik tidur, iaitu bilik ‘double’ dengan 1 katil double, bilik Serambi Berkembar dengan 1 katil double dan 2 katil single, ataupun bilik Double Anjung dengan 1 katil double. Setiap bilik di dalam resort dilengkapi 1 bilik air yang mempunyai tab dan pancuran mandi. Apa yang seronoknya di tempat penginapan ini, tetamu boleh pergi ke spa ataupun menggunakan 2 kolam renang yang ada. Untuk mengisi waktu lapang, bolehlah tetamu menggunakan gelanggang tenis ataupun membaca buku di perpustakaan milik host. Tanjung Jara Resort mempunyai restoran sendiri yang diberikan nama ‘Di Atas Sungei’, ‘Nelayan’ dan ‘Teratai Terrace’ yang menyajikan makanan laut, makanan Melayu dan pencuci mulut.

Dengan caj tambahan, tetamu yang membawa bayi atau anak kecil boleh menggunakan servis penjagaan bayi oleh pihak resort. Pantai Tanjung jara boleh ditemui dalam hanya 100 meter dari tempat penginapan.

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-845 1100


2. Ulek Beach Resort

Tempat penginapan Ulek Beach Resort dibina berkonsepkan hiasan Melayu serta mempunyai ciri-ciri kampung. Aktiviti menarik di sini termasuklah bermain layang-layang, menghasilkan lukisan tradisional dan juga bermain golf. Untuk tetamu yang ingin mencuba ataupun sudah mahir menyelam, bolehlah mengikuti host ke Taman Laut Negara dalam 30 minit.

Mereka yang berhasrat untuk mengadakan majlis besar-besaran boleh menggunakan dewan jamuan yang berkapasiti 120 orang dengan Wi-fi percuma. Terdapat 3 bilik tidur yang ditawarkan di Ulek Beach Resort. Bilik superior standard mempunyai 2 katil single, bilik superior deluxe pula mempunyai 1 katil queen, dan family suite mempunyai 1 katil king dan 2 katil single. Semua bilik ada 1 bilik air, tapi apa yang berbezanya ialah, di family suite terdapat jakuzi peribadi.

Sebagai pengalaman berada di kampung, tempat penginapan ini menggunakan kipas angin sahaja. Untuk menjamu selera, pihak resort menyediakan masakan Melayu, barat dan juga ‘fine-dining’.

Alamat: Ulek Beach Resort, Jalan Pantai Sura, Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-848 1100


3. Umbut Bayu Resort

Tempat penginapan dengan nama Umbut Bayu Resort ini sudah semestinya nampak seperti rumah yang selalunya ada di dalam filem-filem luar negara. Untuk privasi tetamu yang inginkan masa terluang bersama ahli keluarga sahaja, resort ini mempunyai kawasan pantai peribadi. Walaupun tetamu dibenarkan untuk menggunakan kelengkapan barbeku yang menghadap laut, tetapi resort masih menawarkan sajian di restoran milik sendiri. Restoran mereka diberikan nama ‘Gerai Kak Zah’ dan menyajikan sarapan pagi dan tengah hari.

Bilik keluarga yang disediakan di setiap unit mempunyai pemandangan laut dengan 2 katil queen dan 1 bilik air. Semua tetamu akan diberikan kelengkapan mandian yang percuma dan juga tuala mandi. Setiap bilik keluarga boleh memuatkan 4 orang, dan servis mengemaskan rumah akan dilakukan ada setiap hari.

Kawasan pantai peribadi untuk tetamu di Umbut Bayu Resort ialah Pantai Tanjung Jara.

Alamat: Lot 378, Jalan Klinik Pusat Kesihatan, Kg Kuala Abang 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-360 3886


4. Casa Tanjung Jara

Menurut penilaian-penilaian di laman web terkemuka, Casa Tanjung Jara menerima 9.1 mata untuk servisnya, dan 9.6 mata untuk staf dan keselesaan. Pantai yang paling hampir, Pantai Teluk Bidara hanya berada 9 meter daripada tempat penginapan, sebab itulah tetamu boleh mendapat pemandangan laut setiap masa.

Di sini, terdapat 2 kolam renang, iaitu satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Keliling kolam renang, diletakkan kerusi dan meja untuk digunakan ahli keluarga atau kenalan untuk bersembang dan berkumpul. Untuk villa, tetamu akan mendapat 3 bilik tidur dengan 3 bilik air. Sekiranya tetamu memilih jenis rumah persinggahan pula, terdapat 8 bilik tidur dengan pemandangan kolam renang. Lagi satu rumah ialah kabin, dengan 1 katil queen dan 1 katil single.

Terdapat mesin air gedegang di sini, dan kawasan Casa Tanjung Jara sesuai untuk mengadakan barbeku. CCTV yang ada akan menjamin keselamatan tetamu.

Alamat: 2212, Jalan Teluk Lipat, Teluk Bidara, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-845 1355


5. Dungun Escapade

Dua jenis bilik yang boleh dipilih oleh tetamu ialah bilik deluxe yang dilengkapi katil double dan satu bilik air, ataupun bilik berkongsi dengan 2 katil bertingkat dan 1 bilik air. Jelas daripada namanya, tempat penginapan ini menawarkan aktiviti-aktiviti mencabar seperti menara dengan halangan dan juga ‘zipline’ sepanjang 400 meter. Untuk merasai pengalaman ‘scuba diving’, anda boleh mengikuti host ke Pulau Tenggol yang mempunyai lebih 20 titik menyelam. Jika anda mahu berenang secara santai, anda boleh menggunakan kolam renang di sekitar Dungun Escapade. Tambahan lagi, di sini terdapat restoran milik sendiri yang menyediakan masakan bersifat bufet dan sarapan pagi.

Untuk tetamu yang membuat tempahan aktiviti Escapade secara atas talian, mereka akan mendapat harga serendah RM27. Semua bilik di tempat penginapan adalah berpendingin hawa dan parkir kereta disediakan secara percuma.

Alamat: Lot 6130, Kawasan Industri, Kampung Pulau Serai, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-848 6541


6. Anjung Nor

Apabila berada di Anjung Nor, tetamu akan menyedari sifatnya yang tradisional dengan pintu-pintu berunsurkan kayu. Sebagai keselamatan dan kemudahan tetamu, tersedia tempat meletakkan kenderaan peribadi yang berbumbung untuk dua biji kereta. Host di Anjung Nor sememangnya mengalu-alukan tetamunya, kerana mereka akan menyediakan snek sebagai tanda selamat datang.

Di sini terdapat 3 bilik tidur dengan 2 katil double dan 2 katil single kesemuanya, dan 1 bilik air. Ada juga gazebo buat seiisi keluarga atau kenal-kenalan duduk meluangkan masa. Yang menakjubkan lagi, Anjung Nor menerima penilaian 10 daripada 10 untuk kebersihan.

Warung Pak Din berdekatan tempat penginapan boleh tetamu pergi untuk bersarapan pagi. Jauh UiTM Dungun dari Anjung Nor ialah 602 kilometer, manakala jauh Politeknik Dungun pula 5.8 kilometer.

Alamat: Lot 9655, Kampung Balai Besar, 23000 Kuala Dungun

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-983 6622

Whatsapp Anjung Nor


7. Permata Resort Dungun

Permata Resort Dungun menawarkan 5 jenis bilik tidur yang mempunyai pemandangan indah Pantai Sura, iaitu bilik superior deluxe, bilik superior berkembar, bilik deluxe triple, bilik deluxe king, dan bilik deluxe berkembar. Jumlah unit yang ada di resort ini ialah 17, maka mereka yang membawa keluarga besar bersama bolehlah menempah lebih dari satu bilik.

Tetamu yang ingin ke restoran terdekat bolehlah pergi ke McDonald’s sejauh 1.2 kilometer, Secret Recipe sejauh 2 kilometer, ataupun ke restoran ikan bakar dengan jarak 3 kilometer dari resort. Mereka yang perlu ke UiTM Dungun, perjalanan hanya mengambil masa 6 minit.

Tetamu dibenarkan untuk mengadakan barbeku dan menggunakan kolam renang untuk dewasa serta kanak-kanak yang berasingan. Perabot disediakan di sekitar kolam renang untuk digunakan ahli keluarga untuk memerhati ataupun berborak.

Alamat: Lot PT 14476, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-844 4805


8. Teluk Lipat Seaview Inn

Bilik-bilik yang ditawarkan di Teluk Lipat Seaview Inn, satunya ialah Batik’s dengan 2 katil super single. Bilik yang lain ialah Sutera’s yang mempunyai 1 katil super single dan 1 katil double. Semua bilik yang ada dilengkapi dengan 1 bilik air, 2 tuala mandi dan kelengkapan mandian percuma. Kemudahan yang sangat menjimatkan sudah pastinya mesin mengisi air yang boleh digunakan tanpa caj.

Warga korporat yang ingin mengadakan perjumpaan di tempat penginapan ini boleh menempah dewan yang dilengkapi sistem PA dan projektor. Sebagai urusan kerja juga, servis fotostat dan faks disediakan dengan caj tambahan. Basikal turut disediakan untuk disewa oleh tetamu yang menginap. Tidak perlu risau tentang capaian internet di sini kerana Wi-fi yang bagus disediakan secara percuma.

Menggunakan kereta, pusat bandar Dungun boleh ditemui dalam 5 minit, dan UiTM Dungun pula dalam 10 minit. Tetamu boleh ke Marrybrown, Mcdonald’s atau Medan Ikan Bakar sejauh 2 kilometer untuk menjamu selera.

Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-844 3030

Whatsapp Teluk Lipat Seaview Inn


9. Sura Inn

Di Sura Inn, tetamu boleh memilih antara 5 pilihan bilik tidur, sama ada bilik keluarga, bilik double, bilik triple, bilik berkembar atau bilik standard double. Sepanjang menginap di sini, tetamu boleh menggunakan mesin air gedegang ataupun pergi membeli barangan keperluan di pasar mini milik Sura Inn. Tetamu yang inginkan kelainan boleh pergi membaca buku di perpustakaan persendirian. Untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk bersiap keluar, boleh sahaja menempah servis menggosok baju. Dalam 2 kilometer, tetamu boleh sampai di UiTM Dungun dan juga kedai makan Joehan Nasi Kukus. Terdapat juga Abiad Mart dalam 2 minit untuk membeli makanan sejuk beku.

Sura Inn turut menawarkan servis menyimpan beg untuk memudahkan urusan tetamu dan juga servis pemandu peribadi. Restoran persendirian di sini, RC Selekoh menyediakan menu masakan berunsurkan Asia.

Alamat: 1705, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-602 7343


10. Semarak Beach Inn Dungun

Sesuai dengan nama Semarak Beach Inn, tetamu boleh sampai ke pantai terdekat hanya dengan berjalan kaki sahaja. Dalam masa 1 minit, tetamu akan menjumpai taman permainan kecil yang menghadap pantai yang indah. Di sini terdapat 6 buah bilik yang dijadikan pilihan untuk tetamu, dengan 2 jenis bilik yang berbeza. Bilik jenis yang pertama, bilik bajet, mempunyai 1 katil double, manakala bilik jenis satu lagi, iaitu bilik ekonomi dilengkapi 1 katil single dan 1 katil double. Teres yang ada di tempat penginapan ini akan menunjukkan pemandangan pantai pada setiap masa. Selain itu, bilik air di dalam semua bilik mempunyai pemanas air untuk mereka yang gemar mandi dengan air panas. UiTM boleh ditemui hanya 2 kilometer daripada Semarak Beach Inn.

Kedai-kedai makan dalam 1 minit perjalanan termasuklah Warung Kak Nor Nasi Itik dan RE Heritage. Staf di tempat penginapan ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia.

Alamat: PT 16277 Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Atas, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-901 1193


Sudah tentu pengalaman menginap di Dungun, Terengganu akan diingati oleh tetamu dalam jangka waktu lama. Lebih-lebih lagi, tempat penginapannya serba lengkap dan bersih. Oleh itu, jangan tunggu lama-lama untuk mengambil keputusan menempah dengan tempat-tempat penginapan yang kami senaraikan.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
NORIDAH AHMAD
NORIDAH AHMAD
1 year ago

Kami di Homestay Dungun Anjung NOR amat berbesar hati atas penghargaan dan
pengesyoran yang diberi. Ini menambah motivasi untuk mempertingkatkan perkhidmatan serta keceriaan di homestay kami.
Terima kasih.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x