Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti sama. Pantai juga bersambung terus dengan kawasan Rekreasi di Teluk Gadong, maka terus saja anda boleh pergi beriadah. Tentang kebersihan di pantai, jangan risaulah sebab di Terengganu memang semua pantainya terjaga.

Ada juga aktiviti-aktiviti sukan yang jarang dapat buat dekat pantai-pantai lain. Kalau bercadang nak ke pantai ini bila bercuti ke Dungun, jangan lupa explore satu pantai sebab takut terlepas gerai-gerai makan yang best-best. Nak tahu lebih, jom baca artikel kami khas untuk anda.


Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Lipat

Menunggang kuda

Selalunya untuk tunggang kuda dekat mana-mana mesti kena pergi tempat yang special. Tapi dekat Pantai Teluk Lipat, sampai-sampai je boleh terus pergi dekat penjaga kuda dan minta nak tunggang, dengan bayaran sudah semestinya. Walaupun anda datang nak tengok pantai saja, jangan terkejut tiba-tiba nanti dah ada atas kuda sebab seronok kan!

Hati-hati sebelum menunggang kuda, pastikan dengar penjelasan penjaga betul-betul, takut tersalah bagi signal dekat kuda. Lagi satu, belai kuda elok-elok ya. Mereka hari-hari bawa pengunjung keliling pantai, kena bagi dia rasa dihargai.

Gerai makan

Tak sah kalau ke pantai tapi tak bawa makanan atau beli makanan yang dijual dekat kawasan pantai. Jadinya, banyak sangat peniaga gerai-gerai kecil yang dirikan booth dekat pantai khas untuk anda semua. Dari minumannya untuk legakan dahaga lepas berpanas, ke makanan gorengnya, semua sedap-sedap.

Anda belilah dan support peniaga gerai makan sini, sebab makanan yang dijual pun harga berpatutan. Dah beli makanan tu bolehlah berkelah dengan keluarga ke kawan-kawan ke dekat atas pasir pantai. Lepas makan jangan lupa buang sampah dekat tong sampah yang ada.

Berjoging, beriadah

Kalau nampak orang berjoging dekat tepi pantai, mesti anda tertanya “tak panas ke?”. Tapi percayalah, kalau anda cuba berjoging dekat Pantai Teluk Lipat pagi-pagi memang akan terasa puas dengan angin laut yang kuat, dingin. Lagipun dekat pantai ni ada trek khas untuk joging.

Taknak joging pun, boleh lakukan riadah santai macam berjalan jauh. Anak-anak boleh keluarkan peluh dekat taman permainan situ. Memang cukup ruang untuk beriadah di pantai ini.

Bola pantai

Kalau nak main bola pantai sesama rakan sebaya ke, dekat sini memang ada jaring disediakan. Katakan tak sempat cop jaring sebab ramai, bola yang ada tu bolehlah main ikut kreativiti masing-masing. Janji semua seronok dapat main bola atas pasir pantai.

Apa yang bestnya pasal bola pantai ni, selalunya memang orang yang kita tak kenal pun friendly je nak join main sekali. Pengunjung dekat Pantai Teluk Lipat peramah-peramah belaka. Bolehlah tambah kenalan juga dekat sini.

Memanah

Tertanya-tanya dekat mana nak cuba memanah area Terengganu ni? Tak payah susah-susah fikir, datang je ke Pantai Teluk Lipat. Nanti akan ada pelatih memanah yang akan bantu anda sampai jadi mahir tak sampai sehari.

Kalau ikutkan harga selalunya, untuk 12 panah, harganya RM5. Sangat murah ya dibandingkan dengan pengalaman yang bermakna. Jadi, marilah datang cuba memanah, lagipun sebagai bukan atlet, susah nak dapat pengalaman.


Penginapan di Pantai Teluk Lipat

Sri Gate Hotel

3 minit sahaja jauhnya dari Pantai Teluk Lipat, hotel ini juga sangat dekat dengan UiTM Dungun. Mak ayah yang hantar anak belajar tu bolehlah menginap dekat sini sambil-sambil ke pantai dan universiti. Siapa yang menempah boleh pilih nak bilik jenis triple ke, deluxe double ke, atau deluxe double tanpa pendingin hawa untuk harga lagi murah. Semua bilik confirm ada satu bilik air dengan tuala mandi.

Nak ke pusat bandar Dungun pun dekat saja, 2 kilometer. Untuk yang nak tempah Sri Gate Hotel, pastikan anda beli dulu tiket parking dekat kaunter hotel. Nanti tak pasal-pasal kena saman ya.

Semak harga

MI Hotel Dungun

MI Hotel Dungun terletak hanya 4 minit jauh dari Pantai Teluk Lipat. Hotel ini sangat berbaloi sebab adanya Wi-fi percuma, dan semua bilik akan ada TV skrin rata. 4 jenis bilik yang anda boleh pilih termasuk deluxe double, family suite, standard single atau standard double. Bilik air ada satu dan pihak hotel bagi juga tuala mandi.

Dalam bilik ada kerusi-kerusi kayu, sesuai untuk yang sakit kaki dan perlu duduk untuk buat kerja atau solat. Untuk letak baju pun senang saja, ada almari pakaian disediakan. Maka, tak rugi kalau daftar masuk dekat hotel ni.

Semak harga

Hotel Pen’U Cottage

Dari Pantai Teluk Lipat, perjalanan ambil masa 4 minit saja untuk ke Hotel Pen’U Cottage ini. Semua bilik dekat sini berteres, jadi anda bolehlah nampak pantai dari bilik masing-masing. Nak pergi makan fast food pun dekat saja, KFC dengan McDonald’s 1 kilometer jauh.

Dekat sini ada free Wi-fi, dan tetamu boleh pilih nak bilik jenis deluxe double, deluxe triple, standard twin atau standard double ikut jumlah ahli keluarga. Gelombang mikro pun disediakan di sini, mesin buat kopi pun ada. Kelangkapan mandian akan diberikan percuma.

Semak harga


Tempat Makan Sekitar Pantai Teluk Lipat

Kalau ke negeri Terengganu, memang pengunjung akan ingat nak makan makanan laut je memanjang. Tambahan pula kedai-kedai makan dekat Pantai Teluk Lipat kebanyakannya betul-betul tepi pantai. Tak rugi sambil makan, sambil rasa angin laut bertiup, lepas tu dengar bunyi ombak berdesau lagi.

Senang saja kalau tiba-tiba rasa lapar dan nak pergi menjamu selera bila dah ada dekat kawasan pantai ni. Jalan kaki dalam masa seminit pun dah boleh sampai kedai makan sedap. Apa lagi, cubalah rasa masakan kedai-kedai dekat sini.


Tempat menarik berdekatan Pantai Teluk Lipat

Muzium Daerah Dungun 

Bukan setakat menyimpan artifak-artifak zaman dulu, tapi muzium ini sendiri didirikan berdekad lamanya, sejak taun 1941. Siapa sangka atas tapak Muzium Daerah Dungun ini sendiri pernah ada rumah Penasihat British. Kalau datang ke sini, anda boleh lihat sendiri alat-alat muzik pernah dimainkan suatu ketika dahulu, dan juga gambar peristiwa bersejarah. Muzium hanya tutup pada hari Jumaat, dan pada setiap hari, dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bukit Besi 

Bukit Besi ini satu kawasan yang penuh dengan peninggalan kesan aktiviti pelombongan bijih besi berzaman-zaman dulu. Masih lagi terdapat kemudahan perlombongan macam tin plant dan crushing plant. Semestinya Dungun masih berbangga dekat kejayaan dalam industri ini sejak dulu lagi.

Muzium Bukit Besi 

Dibuka dari 9 pagi sampai 4:30 petang, muzium di Bukit Besi ini baru saja dibuka pada Oktober tahun 2021. Nak datang sini, harganya percuma hingga Februari 2022. Dalam muzium terdapat galeri perlombongan bijih besi dan monumen-monumen tempat bersejarah.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Dekat sini agak terhad untuk parking sebab kawasan nak letak kereta memang ada di tepi pantai sahaja. Jadi kalau nak datang tapi tak ada parking, mungkin boleh parking dekat kawasan gerai-gerai makanan yang agak luas. Kalau anda datang dari hotel pun, boleh saja tinggalkan kereta dan hotel lepas tu jalan kaki ke pantai.

Tempat letak kereta sini akan ganggu lalu lintas kalau tak cermat masa parking. Jadinya, siapa yang bawa kereta kena pastikan bahagian belakang kereta tak akan kacau jalan.

Waktu terbaik untuk pergi 

Memang best kalau pergi Pantai Teluk Lipat waktu cuti sekolah sebab nampak meriah dengan suasana ramai orang. Tapi kalau anda jenis nak kawasan lapang tanpa ramai orang, datanglah pada hari minggu orang bekerja. Hujung minggu pun tak ramai orang datang sebab orang kawasan situ saja datang beriadah.

Dah petag-petang menjelang maghrib memang best sampai pantai sebab cuaca tak panas, langit pun cantik. Bolehlah OOTD dekat pantai waktu ni sebab tak ramai pun ya, background cantik pun ya.

Kemudahan yang ada 

Yang bawa anak kecil aktif jangan risau sebab dekat pantai memang ada taman permainan yang cukup luas. Bagi yang rajin joging boleh joging atas trek yang disediakan, nanti jatuh pula kalau lari atas pasir pantai. Gerai makan dekat sini pun banyak kalau nak food hunting.

Surau Teluk Lipat dekat saja kalau waktu nak solat dah masuk, terus pergi solat dan pergi semula ke pantai. Nak ke kedai makan, untuk makan tengah hari berat ke, boleh cari dekat dengan pantai. Banyak kemudahan dekat Pantai Teluk Lipat tanpa perlu tercari-cari.

Peta lokasi

Perjalanan untuk mereka yang datang dari KL agak lama, dalam 5 jam kalau naik kereta. Yang lalu lebuhraya Kertih boleh sampai ke Pantai Teluk Lipat dalam 45 minit saja. Sebab tulah, bagi yang perlu berjalan jauh boleh menginap di hotel-hotel sekitar pantai.

Lokasi | Jarak


Memang betul, Pantai Teluk Lipat banyak kemudahan dan aktiviti-aktiviti seronok untuk dilakukan, yang tak boleh jumpa dengan senang dekat tempat lain. Kalau bawa keluarga bercuti ke Dungun, memang rugi kalau tak ke Pantai Teluk Lipat. Berseronoklah dalam percutian anda ke sini.

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x