Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Tempat Penginapan BEST Di Marang Kalau Nak Ke Pantai

Negeri Terengganu sememangnya mempunyai pelbagai daerah yang terkemuka dan dikenali dengan keunikan setiap satunya. Marang yang mempunyai banyak tempat menarik merupakan daerah yang selalunya dikaitkan dengan makanan laut yang segar seperti sotong dan pelbagai spesies ikan, dan juga pantai-pantainya yang indah dan dijamin bersih. Pantai Rhu Muda dan Pantai Kelulut yang anggun sesuai dijadikan kawasan mengambil gambar kenangan merupakan antara pantai-pantai yang popular di Marang. Apa yang dicari oleh mereka yang mahu menginap sementara di Marang semestinya sebuah tempat penginapan yang paling dekat dengan pantai ataupun yang terletak betul-betul dihadapan pantai. Sebab itulah, pemilik tempat penginapan sering kali mempunyai strategi untuk menarik pelancong dengan mendirikan chalet atau hotel bersebelahan pantai. Pastinya sebelum menempah, akan ada rasa ragu-ragu mengenai kelebihan satu-satu tempat penginapan itu kan?

Anda tidak perlu risau, kerana kami telah pun menyediakan senarai 11 tempat penginapan yang boleh anda tempah sekiranya anda bercadang untuk ke Marang dalam masa terdekat atau bila-bila anda nak pergi. Tanpa tunggu lagi, mari baca senarai khas buat pembaca Cari Destinasi.

 

11 Penginapan Berbaloi di Marang


1. Chalet Su

Chalet Su menawarkan 4 jenis bilik, iaitu bilik bajet, bilik deluxe, bilik keluarga dengan pemandangan laut dan bilik superior dengan pemandangan laut. Pemilik chalet sedia membawa tetamu untuk ke Pulau Kapas jika ada yang berhasrat ingin ke sana. Tetamu di tempat penginapan ini pasti akan suka dengan angin laut yang dapat dirasa sebaik sahaja membuka pintu bilik. Untuk menikmati pemandangan dan angin laut yang nyaman, tersedia perabot di luar chalet untuk digunakan tetamu seiisi keluarga. Selain perabot, terdapat juga gazebo dan buaian yang dihias cantik. Mereka yang ingin ke pusat bandar Kuala Terengganu boleh sampai dalammasa 15 minit. Kawasan-kawasan barbeku yang disediakan khas boleh digunakan penginap chalet pada bila-bila masa.

Apa yang istimewa di Chalet Su bukanlah hanya kedudukannya di tepi pantai, malah tempat ini juga berada di sebelah sawah padi. Kedai Keropok Lekor Rusila dan Restoran Ana berada sejauh 1 minit sahaja sebagai tempat makan terdekat.

Alamat: Chalet Su, A-1545, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-679 7672

Whatsapp Chalet Su


2. Marang Village Resort And Spa

Selain menjadi tempat penginapan, Marang Village Resort And Spa turut menyediakan dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan, bilik mesyuarat dan juga karaoke sebagai hiburan. Selain itu, mereka yang teringin untuk berkhemah di Marang boleh berbuat demikian di resort ini kerana tersedia sebuah tapak perkhemahan sendiri. Dalam tempoh penginapan, bolehlah tetamu menikmati spa dan juga pergi minum kopi di kedai kopi milik Village Resort. Tetamu boleh memilih untuk menempah bilik superior dengan 2 katil queen, deluxe triple dengan 3 katil single ataupun menempah hanya satu katil dalam sebuah bilik dengan 6 katil. Kesemua bilik mempunyai 1 bilik air dilengkapi tuala mandi.

Untuk tetamu yang ingin ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Redang ataupun Pulau Perhentian, pihak resort menyediakan servis membawa anda ke sana. Pantai Peranginan Kelulut hanya terletak 1.1 kilometer jauh dan tetamu dibenarkan membawa haiwan peliharaan ke sini.

Alamat: 4177, KM 24, Kampung Kelulut, 21600 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-974 7372


3. Chalet Yunie

Di Chalet Yunie yang sangat mesra kanak-kanak, tersedia sebuah kolam renang khas digunakan oleh anak-anak kecil. Selain itu, chalet ini juga mesra kerusi roda, di mana lif disediakan untuk naik ke tingkat atas. Pilihan bilik buat tetamu dibahagikan kepada dua, iaitu bilik berkipas sahaja dan bilik berpendingin hawa. Untuk bilik dengan kipas siling, tetamu boleh pilih sama ada mahu katil single atau katil double dengan harga berbeza. Bilik berpendingin hawa pula mempunyai pecahan bilik dengan katil double atau dua katil single, ataupun satu lagi bilik dengan katil double dan katil single. 1 bilik air peribadi ada di setiap bilik dan tetamu diberikan tuala dan kelengkapan mandian percuma untuk digunakan.

Dalam 6 minit, tetamu boleh pergi menikmati santapan ringan di Keropok Kekor Rusila atau 8 minit ke Mee Sup King. Pantai Rhu Redang berada 8 minit jauh juga dan Petron berada 6 minit daripada chalet untuk memudahkan perjalanan.

Alamat: Lot 1320-B, Jalan Tali Air, Kampung Ru Dua, 21600 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 07-268 7419


4. Angullia Beach Resort

Angullia Beach Resort sememangnya akan membuat tetamu terpegun dengan kecantikan persekitarannya yang bertemakan alam semula jadi. Di luar resort, terdapat taman yang luas dengan pondok dan jambatan mini yang dikelilingi pokok-pokok hijau. Dalam taman yang sama, terdapat perabot untuk tetamu bersosial. Anak-anak kecil boleh menggunakan taman permainan yang diletakkan berhampiran dengan kawasan barbeku. Kafe kepunyaan resort dibuka dari petang hingga tengah malam untuk tetamu yang mahukan hidangan ringan. 5 jenis bilik ditawarkan di sini, iaitu bilik dengan 3 katil double, bilik dengan 2 katil double dan 1 katil single, bilik dengan 2 katil double, bilik dengan 1 katil double dan single, dan bilik dengan 1 katil double.

Pantai yang boleh tetamu akses dari resort ialah Pantai Rhu Muda dan Pantai Seberang. Tempat makan yang berhampiran ialah A&A Kitchen sejauh 2 minit perjalanan manakala 1 minit perjalanan ke Nasi lemak Seberang Marang.

Alamat: Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-618 1322

Whatsapp Angullia Beach Resort


5. Marang Sunrise Guesthouse

Tetamu yang datang berdua boleh menempah chalet single di Marang Sunrise Guesthouse. Buat mereka yang datang dalam 4 ke 5 orang, chalet dengan 3 bilik tidur berkembar boleh ditempah. Yang sesuai untuk tetamu lebih 5 orang pula ialah chalet dengan 3 bilik tidur. Kawasan sekitar chalet amatlah luas dan sesuai dijadikan tempat melakukan aktiviti seperti sukaneka atau Hari Keluarga. Idealnya, tempat penginapan ini mempunyai kawasan pantai peribadi khas buat tetamu. Selain ke pantai, tetamu yang gemar memancing boleh pergi ke Sungai Marang yang hanya dalam jarak 1 kilometer. Terdapat juga pasar mini di Marang Sunrise Guesthouse yang menjual pakaian-pakaian dengan tema pantai dan juga makanan ringan.

Hanya 1 minit diambil untuk ke tempat makan seperti Rhu Muda Chicken Chop Corner dan sebuah gerai satar. Dengan caj tambahan, tetamu boleh menempah pakej berkayak dan melawat pulau.

Alamat: Jln Marang – Wakaf Tapai, Kampung Jerung Seberang, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-319 3913

Whatsapp Marang Sunrise Guesthouse


6. White Sand Beach Resort

White Sand Beach Resort merupakan salah satu tempat penginapan yang menawarkan servis membawa tetamu pergi balik lapangan terbang di Terengganu sama ada Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Lapangan Terbang Kerteh. Di sini, tetamu boleh menggunakan kolam renang, taman permainan untuk kanak-kanak serta bilik bermain. Jika tetamu mahu aktiviti yang menenangkan minda, bolehlah anda ke perpustakaan milik resort. Terdapat 10 buah chalet di White Sand Beach Resort yang semuanya dilengkapi 1 bilik air peribadi. Mereka yang mahukan chalet dengan pemandangan laut boleh menempah chalet nombor 1,2,3,4 atau 5. Tempat letak kenderaan di resort adalah percuma, dan pihaknya menyediakan servis menyewa kereta buat mereka yang tidak membawa kenderaan. Anda boleh pilih chalet yang mempunyai satu katil queen sehinggalah 3 katil queen.

Terdapat juga meja untuk digunakan tetamu yang perlu menyiapkan kerja. Kedai Mee Celup Cik Na berada 2 minit jauh sebagai tempat makan terdekat dan resort ini turut menyediakan kemudahan karaoke.

Alamat: KM46, Kampung Pasir Putih, 21610 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-527 0907


7. D’lavender Beach Resort

Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, D’Lavender Beach Resort mempunyai sebuah kawasan pantai peribadi dan juga kawasan berkelah tersendiri. Anda boleh sahaja membuat tempahan sebaik sampai di resort kerana kaunternya beroperasi 24 jam untuk menyambut tetamu. Kemudahan lain termasuklah surau di premis resort dan juga dewan serta bilik mesyuarat. Pilihan bilik dengan pendingin hawa yang diberikan ialah bilik queen, bilik single berkembar, bilik triple single, bilik keluarga dengan katil queen dan single, dan juga bilik keluarga lain dengan 2 katil queen. Satu bilik air yang ada di dalam setiap bilik dilengkapi pancuran mandian dan kelengkapan mandian percuma. Untuk pergi menikmati hidangan, tetamu boleh ke RNH Restoran dengan perjalanan 2 minit ataupun 1 minit untuk ke Jasrie Nasi Ayam.

Semua tetamu D’Lavender Beach Resort akan mendapat akses untuk ke gelanggang bola tampar dan ke masjid. Dari resort ke Jeti untuk ke Pulau Kapas, perjalanan hanya mengambil masa 5 minit.

Alamat: Lot 418, Kampung Kijing, 21600 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-618 6040


8. Impiana Marang Chalet

Setiap chalet di Impiana Marang Chalet dilengkapkan dengan 2 katil double serta satu bilik air dengan tuala mandi. Tetamu dibenarkan membawa haiwan peliharaan di sini, dan barbeku boleh dilakukan di tempat yang disediakan. Sampainya tetamu di chalet, mereka akan sedar yang pantai berada betul-betul dibelakang tempat penginapan itu. Buat mereka yang suka bersukan, meja ping pong disediakan di chalet ini. Impiana Marang Chalet menawarkan khidmat membawa tetamu untuk pergi mencandat sotong di atas bot. Mesti seronok kalau anda dapat mencuba aktiviti ini sekali seumur hidup.

Untuk ke Jeti Marang, hanya 5 minit masa diambil dan untuk ke Bandar Kuala Terengganu pula, perjalanan ialah 20 minit. Tetamu Muslim boleh menggunakan kemudahan surau yang ada di kawasan chalet untuk keselesaan beribadah.

Wi-fi percuma diberikan kepada semua tetamu, dan kereta boleh diletakkan depan chalet masing-masing. Tetamu boleh singgah di Kedai Makan N Surprise dan Warong Mok De yang berhampiran untuk menjamu selera.

Alamat: Lot 110-A, Kampung Ru Muda, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-618 1261

Whatsapp Impiana Marang Chalet


9. Aqil Beach Inn (Abh)

Dengan harga permulaan serendah RM59, Aqil Beach Inn menawarkan 7 jenis bilik, iaitu 2 buah bilik dengan 2 katil queen, 2 lagi bilik dengan 1 katil queen, 2 bilik keluarga dengan 1 katil queen dan 1 katil single, dan apartmen 2 bilik tidur dengan 3 katil queen. Bilik-biliknya semua dilengkapi 1 bilik air peribadi dengan pemanas air, dan TV untuk hiburan. Sepanjang berada di sini, tetamu akan dapat melihat Pulau Kapas hanya dari pemandangan di luar tempat penginapan. Tambahan lagi, Aqil Beach Inn mempunyai kolam renang untuk digunakan tetamu. Mereka yang mahu keluar makan boleh berjalan kaki sahaja untuk menikmati masakan Terengganu seperti Satar, Otak-Otak dan Nasi Dagang. Untuk tetamu yang suka membawa pulang barang masakan, bolehlah anda ke Pasar Marang sejauh 1.6 kilometer.

Sebagai kebersihan air minuman para tetamu, pihak tempat penginapan telah menyediakan penapis air Coway di sini. CCTV juga ada dan beroperasi sepanjang masa, maka tetamu tidak perlu risau tentang keselamatan mereka.

Alamat: Aqil Beach Inn, 3, Kg Rhu Muda, 21600 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-313 9535


10. KC Beachfront

KC Beachfront merupakan sebuah rumah yang mempunyai hanya satu tingkat, memudahkan urusan mereka yang susah menaiki tangga dan menjimatkan masa. Antara 3 jenis bilik yang boleh dipilih, satunya ialah bilik keluarga dengan 1 katil queen dan 1 katil single, manakala bilik queen dan bilik double kedua-duanya mempunyai 1 katil queen. Perabot yang diletakkan di luar rumah akan menunjukkan suasana indah pantai yang berdekatan. Untuk memudahkan urusan tetamu, soket diletakkan di tepi katil dan bantal serta selimut lebih turut disediakan. Di dalam setiap bilik, 1 bilik airnya dilengkapi selipar untuk keselesaan dan kebersihan tetamu. Mereka yang mahu meneroka seni negeri ini boleh ke Kompleks Kraf Noor Arfa sejauh 6.1 kilometer dari KC Beachfront.

Perjalanan mengambil masa 1 minit untuk ke Nasi Kukus Klasik dan 2 minit ke Warung Pa Qina untuk menikmati juadah. Stesen minyak Shell adalah sejauh 5 minit dan 3 minit ke MM Family Mart untuk membeli makanan kering.

Alamat: PT17788 Jalan Pantai,  Kampung Ru Dua, 21080 Marang, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-690 6282


11. Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre 

Tempat penginapan ini paling sesuai buat mereka yang suka menginap sambil melakukan aktiviti. Di Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre, tetamu boleh merasai pengalaman berkayak, memanah ataupun ‘flying fox’. Penginapannya terbahagi kepada chalet dan bangunan, di mana chalet berjumlah 4 unit setiap satunya mempunyai 2 katil queen dan 1 bilik air dengan pemanas air. Untuk bilik di bangunan, 4 unit bilik dengan pendingin hawa dan 4 lagi unit dengan kipas sahaja mempunyai 1 katil queen dan 1 bilik air dalam setiap bilik. Selain aktiviti di kawasan tempat penginapan, tetamu boleh mengikuti lawatan ke Pulau Kapas atau menaiki kapal persiaran. Terdapat juga kolam renang di Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre ini.

Pantai yang berhampiran ialah Pantai Rhu Muda dengan perjalanan 10 minit dan Pantai Kelulut pula dalam 12 minit. Tetamu boleh pergi makan di warung roti canai atau Kedai Kak Yah 3 minit jauhnya.

Alamat: Lot 1691, Lorong Nangka 5, Kampung Gong Nangka, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-967 7595

Whatsapp Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre


Tempat-tempat penginapan di Marang, selain menawarkan harga murah, turut menawarkan bilik yang selesa dan pemandangan menakjubkan. Tetamu yang menginap di Marang boleh pergi ke pantai pada bila-bila sahaja mereka mahu. Maka, tidak rugilah untuk anda mencuba dan menempah tempat penginapan berbaloi di Marang, Terengganu.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Pandak

Pantai Pandak atau juga dikenali sebagai Pantai Chendering ni merupakan salah satu destinasi perkelahan di mana korang boleh mandi di pantai kalau nak. Seperti yang...

Pantai Peranginan Kelulut – Pantai BEST Bersiar-siar

Yang selalu guna jalan dari Kemaman straight ke Kuala Terengganu mesti dah tahu sangat lah kewujudan Pantai Peranginan Kelulut ni. Lagipun, kedudukan dia memang...

Tempat Menarik di Marang – Panduan Bercuti Pelancong

Daerah Marang merupakan daerah yang bersebelahan dengan Daerah Kuala Terengganu, Daerah Dungun & Daerah Hulu Terengganu serta mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang sering menjadi kunjungan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x