Pantai Peranginan Kelulut

Pantai Peranginan Kelulut terkenal dengan tempat makan malam dan tempat lepak yang best. Terletak kira2 5 km dari bandar Marang dan kalau korang dari Kemaman menuju ke K Terengganu korang akan berjumpa dengan pantai ni sebelah kanan.

Satu destinasi untuk makan makan yang menarik di sini. Jom tengok apa yang menarik di Pantai Kelulut ni. Kalau waktu malam, kat sini ada pokok lampu yg mcm kat I City tu. Kat sini memang tak boleh mandi sebab ombak dia sangat kuat terutamanya ketika musim tengkujuh. Kalau nak berkelah dengan keluarga dan makan angin di tepi pantai, destinasi Pantai Kelulut boleh ditanda dalam diari korang.

pantai peranginan kelulut kemaman

Dari tepi pantai Kelulut ni korang boleh nampak Pulau Kapas yang dekat je…Jeti nak ke Pulau Kapas dari sini pun dekat..kalau korang nak ke Pulau Kapas boleh lah singgah sini makan2 dekat Medan Selera Esplanade.

medan selera esplanade kelulut

Bukan main lagi nama medan selera kat Kelulut ni…Kelas kau jah… :) dah macam kat Sepanyol nama medan selera..huhuhu

tempat makan best marang

Nilah dia medan selera makan Esplanade tu…view dia memang betol2 di sebelah pantai mengadap pulau Kapas. Memang cantik dan sejuk kat sini kena tiup dek angin laut Cina Selatan ni…

celup tepung sedap marang

Kalau korang tak nak makan malam kat medan makan, kat sini juga banyak gerai-gerai yang menjual makanan tradisi orang Terengganu ni macam kopok lekor, sata, ikan celup tepung, pisang goreng dan air kelapa…Memang best bro… :)

tempat menarik marang hotel

View kat sini tak kurang hebatnya, kat Pantai Kelelut ni ramai nelayan2…Tengoklah bot2 derang..tersusun baik punya.

beli keropok di marang

Kalau korang nak memborong keropok lekor ker, keropok keping ke dan makanan laut seperti sotong kering, boleh lah singgah di gerai2 kat pantai kelulut ni…Banyak kedai2 kat sini…Kat sini lah orang membeli keropok Marang..Keropok Marang ni lain sket rasa dia kalau nak dibandingkan dengan keropok lekor Losong, Keropok Lekor BTB dan keropok Lekor Kemaman…Pokoknya yang penting semua keropok banyak ikan… Terbaik !! Lokasi dan koordinat Pantai Rekreasi Kelulut. lat/lng: 5.382879,103.116483. Selamat menjamu selera di medan selera Kelulut. Jangan tak balik ye. 

Pantai Peranginan Kelulut
5 (100%) 1 vote

Sila Komen

Sila SHARE