Isi Kandungan
Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai banyak tarikan dan keistimewaan yang tersendiri. Selain terkenal dengan keropok lekor atau lebih dikenali dengan nama keppok gotel, dan seni kraftangan yang unik, negeri ini juga mempunyai cerita sejarah yang menarik untuk kita pelajari. Bila bercakap mengenai Terengganu, kita akan dibayangkan dengan keindahan perairannya yang membiru dan pasir putih yang halus. Kita semua sedia maklum, banyak pulau yang cantik-cantik di negeri Terengganu ini. Contohnya, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan banyak lagi! Selain itu, pantai-pantai yang ada di negeri ini juga tak kurang hebat keindahannya tau.
Dan di Terengganu juga, sudah banyak hotel, resort dan chalet dibangunkan di kawasan yang berdekatan dengan pantai. Jangan terkejut ye, ada sesetengah tempat penginapan yang menawarkan private beach buat para pelanggan mereka. Entri kali ini, kami menyediakan senarai chalet di Terengganu yang lokasinya berdekatan dengan pantai. Paling penting, harga untuk satu malam tersangatlah pocket-friendly! Jadi, buat mereka yang masih lagi mencari tempat untuk bermalam, boleh la menginap di salah satu chalet yang dicadangkan seperti di bawah.
10 Chalet Best Sekitar Pantai di Terengganu
1. Kijalena Beach Inn @ Kijal
Bangun pagi nak nampak pantai? Nak tidur bertemankan bunyi ombak? Anda disarankan untuk menginap di Kijalena Beach Inn. Bangun pagi anda akan ditemani dengan matahari terbit dan petang anda akan ditemani dengan matahari terbenam. Tempat penginapan ini terletak di Kemaman, Terengganu dan hanya mengambil masa dalam 3.5 jam dari Kuala Lumpur. Lokasinya pula adalah lokasi Terengganu yang paling dekat dengan Kuala Lumpur. Jadi, jika anda berhasrat untuk bercuti di Terengganu, anda boleh memilih Kemaman sebagai destinasi pilihan anda.
Tempat penginapan ini mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih seperti Double Deluxe Seaview Room, Family Deluxe Room with Private Garden or Massage Chair, Family Deluxe Room, Twin Deluxe Balcony Seaview Room, Twin Standard Garden View Room, Singora Room dan Naina’s Cottage. Mendengar nama biliknya sahaja kita dah tahu. Ada beberapa bilik yang disediakan mempunyai seaview! Jadi, tidak rugi untuk anda bayar harga yang ditawarkan. Selain itu, bilik-bilik yang disediakan juga mempunyai katil yang selesa, aircond, wifi, hairdryer, coffee makers dan tv yang lengkap dengan saluran Astro.
Dalam pada itu, mereka juga ada menyediakan swimming pool dan kemudahan untuk berbabeku. Seperti yang anda tahu, tempat penginapan ini sangat dekat pantai, jadi anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Dalam pada itu, anda juga boleh menyewa surfboards, SUP dan fishing canoe. Ini juga boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan sesuai untuk mereka yang minat memancing dan surfing. Sehubungan dengan itu, anda wajib menginap di sini untuk rasai sendiri pengalaman yang mungkin anda tidak boleh lupakan.
Alamat: Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0137828872
2. Chalet Su
Dikenali dengan nama ‘The Little Bali’, Chalet Su terletak berhadapan dengan Pantai Rusila, kira-kira 15 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 5 minit dari jeti Pulau Kapas. Chalet ni ada 5 jenis bilik tau. Antara pilihan bilik yang disediakan termasuklah jenis bajet, standard, deluxe, family seaview dan superior seaview. Selain itu, persekitaran chalet ini juga agak luas dan lebih privasi berbanding dengan chalet lain yang ada di sekitar Marang. Berkenaan dengan harga, jangan risau okay? Sangat mampu milik.
Apa yang menaik lagi, chalet ni pun menyediakan kemudahan buat mereka yang menginap di situ. Antaranya, barang-barang set untuk sesi barbeku, pantri, pondok rehat dan free parking, of course! Selain permandangan air laut yang membiru dan dekorasi sekitar chalet yang mempersonakan, rata-rata pelanggan yang datang menginap di sini memuji tahap kebersihan Chalet Su yang sangat tip-top. Serba serbi cukup semua lah senang cerita. Rugi tau tak datang sini. Kalau anda nak tau lebih lagi, klik je Whatsapp di bawah!
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-6797672
3. Trigona Chalet
Masih berada di dalam daerah Marang, Trigona Chalet sememangnya menjadi pilihan ramai. Boleh dikatakan reservation di chalet ini selalunya full house terutama sekali waktu hujung minggu. Setiap bilik di chalet ini lengkap bersama air cond dan juga private bathroom untuk keselesaan para pengunjung.
Harga bilik untuk satu malam pula bermula dari RM69. Affordable kan? Patut lah ramai yang suka singgah bermalam di sini! Selain itu, on site parking juga disediakan buat mereka yang menginap di sini. Kemudahan seperti surau dan set untuk bbq juga ada. Bagi yang merancang nak buat hari keluarga di sini pun boleh.
Alamat: 1322, Jalan Tali Air, Kampung Rhu 2, 21600 Marang, 21600 Kuala Terengganu, Malaysia
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9301803
4. Chalet Teratak SamuderaKita
Seronok rasanya jika dapat pergi bercuti dengan keluarga ke Terengganu dan menginap di chalet ala kampung yang mendamaikan. Kalau anda nak tahu, pengalaman ini dapat dinikmati di sebuah chalet tepi pantai, yang dikenali sebagai Chalet Teratak SamuderaKita.
Bilik chalet di sini dibuat berasaskan kayu dan hiasan dekorasinya juga bersifat kemelayuan dengan perabot dan hiasan kayu. Ruangnya juga luas. Paling penting, chalet ini sememangnya mesra keluarga dan kanak-kanak. Harga untuk satu malam pula bermula dari RM80 bergantung pada jenis chalet yang ingin anda tempah.
Nak ke pantai pula kurang dari 1 minit je berjalan kaki. Sebelum terlupa, chalet ini juga menyediakan kemudahan WiFi. Jadi mudah lah buat mereka yang nak mengakses internet. Rata-rata dari mereka yang pernah menginap di sini mengatakan yang line internet di chalet ini sangat laju. Private parking buat mereka yang menginap di chalet ini juga disediakan secara percuma. Dah boleh letak chalet ini dalam senarai wish list anda!
Alamat: Chalet Teratak SamuderaKita, Lot 2868-C, Jalan Pantai, Mengabang Telipot 21020 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3875588
Whatsapp Chalet Teratak SamuderaKita
5. D’ Razna Inn & Chalet
Tenangnya kalau dapat berehat di tepi pantai sambil dengar deruan ombak di waktu petang kan? D’Razna Inn & Chalet menyediakan penginapan percutian untuk pelancong dengan suasana pesisir pantai Terengganu yang sangat indah. Terletak di Kuala Terengganu berhadapan dengan pantai Seberang Takir, chalet ini sering mendapat pujian dari pelanggan dek kerana ruang dalam chalet yang serba moden dan selesa. Bukan tu je tau, reka bentuk luaran yang berkonsepkan melayu moden pun dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melintas di sebelah chalet ini. Selain ruang untuk ber bbq, antara kemudahan yang disediakan dalam setiap unit chalet termasuklah air cond, water heater, dapur yang lengkap dengan peralatan dapur  seperti kuali, pinggan, cawan dan alat untuk memotong sayur/buah. Dah macam duduk dekat rumah sendiri kan? Bezanya, di chalet ini ada pantai cantik yang menanti kita!
Terdapat 4 jenis chalet disediakan dari yang standard sampai lah ke premium. Bermula dengan harga RM200 untuk satu malam, anda dapat menikmati percutian yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan. Aktiviti apa yang boleh dibuat di sini? Banyak! Antara yang best selain berjalan di tepi pantai, anda juga berpeluang untuk ride atv tau! Di sekitar halaman chalet ini juga tersedia kolam kecil buat anak-anak untuk mandi. Boleh dikatakan serba serbi cukup. Sebelum terlupa, anda juga boleh membuat tempahan melalui link agoda yang telah kami sediakan di bawah. Kalau nak contact dengan owner chalet terus pun boleh. So, what are guys waiting for?
Alamat:PT40528, Tambak Pantai, Tok Jembal, 21300, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-13396365
Whatsapp D’ Razna Inn & Chalet
6. Anjung Pantai Chalet
Berhadapan dengan pantai Seberang Takir, Anjung Pantai Chalet sememangnya menjadi pilihan buat mereka yang bercuti ke Terengganu. Reka bentuk chalet dan dekorasi dalaman yang serba melayu moden pasti membuatkan mereka yang menginap berasa selesa. Terdapat 9 jenis chalet yang ditawarkan dan harga untuk satu malam bermula dari RM185 bergantung pada jenis chalet mana yang anda inginkan.
Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah, swimming pool, WiFi, ruang untuk ber bbq, dan semestinya free parking! Selain itu, kalau anda nak buat family day di sini juga boleh! Nak berjalan ke pantai pun dekat. Apa lagi, pakat-pakat lah dengan keluarga dan rakan-rakan anda untuk datang bercuti di sini!
Alamat: Seberang Takir 24000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Semak harga | Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9103900
7. Chalet Birra Pata
Chalet Birra Pata ini terletak di Kg Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kedudukannya yang berhadapan dengan pantai Batu Rakit sememangnya menyajikan anda dengan permandangan air laut yang indah. Terdapat 3 jenis unit yang ditawarkan di chalet ini termasuklah jenis standard, standard family dan studio. Harga sewaan untuk semalam pula bermula dari RM100. Seperti biasa, harga semestinya mengikut jenis unit yang anda ambil. Setiap chalet lengkap bersama dengan WiFi, air cond dan private bathroom.
Selain daripada aktiviti mandi laut, anda juga boleh memancing di sini. Bonus buat kaki pancing! Kemudahan buat kanak-kanak iaitu taman permainan seperti buaian pun ada tau. Keluasan sekitar chalet ini juga mampu menampung acara seperti family day. Kalau dalam kuantiti yg sederhana, nak buat majlis akad nikah pun boleh je. Macam ala-ala mat saleh gitu! Kemudahan yang banyak dan ruang tidur yang selesa pastinya tidak akan buat anda rasa rugi menginap di sini!
Alamat: Lot 2852, Jalan Pantai, Kg Tanjung, Batu Rakit 21020 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-4120958
8. YY Gemilang Beach Chalet
YY Gemilang Beach Chalet terletak di persisiran Pantai Teluk Lipat. Kedudukannya berhadapan dengan laut akan memberikan pengunjung menikmati panorama alam. Chalet ini juga boleh dikatakan antara favorite ramai dek kerana ruang bilik yang selesa dan bersih. Setiap bilik di chalet ini juga lengkap dengan air-cond. Di sini terdapat 3 jenis bilik yang ditawarkan. Bermula dengan harga RM100 untuk satu malam, anda boleh memilih jenis bilik yang anda inginkan. Selain itu nak ke pantai pun tak jauh. Hanya beberapa langkah je dah sampai. Ruang parking yang disediakan juga free of charge!
Rata-rata mereka yang pernah menginap di sini berkongsi mengenai sifat mesra pelanggan dari setiap pekerja di chalet ini yang membuatkan para pengunjung berasa selesa setiap masa. Kalau nak cari makan pun senang sebabnya, banyak kedai makan yang boleh didapati di sepanjang jalan nak ke arah pantai. Oh, nasi dagang pun ada dijual tau! Jadi kalau anda plan nak ke arah Dungun, boleh la bermalam di chalet ini.
Alamat: PT 14475, Jalan Pantai Sura, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-8481129
Whatsapp YY Gemilang Beach Chalet
9. The Vista Impian Chalet
Terletak di daerah Kuala Nerus Terengganu, pantai Tok Jembal sebenarnya sudah terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar begitu juga dengan The Vista Impian Chalet. Antara chalet yang berkonsepkan reka bentuk tradisional dan paling cantik di kawasan persisiran pantai Tok Jembal ini. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, chalet ini pastinya akan full house! Kedudukan pantai yang landai membuatkan ramai yang suka datang berkelah di sini dan kebanyakan dari mereka yang berkelah, menginap dan bermalam di chalet ini. Ala-ala picnic di private beach!
Chalet ini menyediakan ruang bilik yang besar dan selesa lengkap bersama air cond di dalamnya. Kemudahan lain seperti ruang untuk membuat sebarang acara, parking space, bbq pit pun disediakan oleh pihak chalet buat para pelanggan mereka. Paling best, chalet ini berdekatan dengan surau. Sebelum terlupa, harga satu malam bermula serendah RM80 je. Kalau plan nak berjalan ke Kuala Terengganu, singgah la ke chalet ini untuk bermalam. Confirm tak rugi!
Alamat: Lot 4362, Jalan Pantai Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-2931301
Whatsapp The Vista Impian Chalet
10. Batu Rakit View Chalet
Sedikit info, Batu Rakit merupakan sebuah mukim dan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu. Batu Rakit mendapat namanya daripada rakit berbentuk batu yang terletak berhampiran pantainya. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang best buat para pelancong. Antaranya ialah Batu Rakit View Chalet yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai Batu Rakit. Yes, antara pantai paling cantik dalam negeri Terengganu.
Kedudukan chalet ini terletak di kawasan yang agak luas. Jadi, tak hairan lah kalau ramai yang gemar membuat aktiviti hari keluarga dan majlis perkahwinan di sini. Parking space pun free! Terdapat beberapa gazebo disediakan di halaman chalet buat mereka yang hendak bersantai sambil menikmati bunyi ombak dan angin udara laut yang nyaman. Bestnya! Betul-betul port terbaik untuk jauhkan diri dari suasana bandar yang bising.
Apa lagi? chalet ini menawarkan 4 jenis penginapan dari bilik standard, family room dan juga homestay tau. See, tak rugi kalau datang bercuti di sini beramai-ramai bersama keluarga. Setiap bilik juga lengkap bersama air cond dan paling penting ada dapur! Selain nak ber bbq, boleh la masak-masak juga. Tak perlu keluar cari makan, tinggal masak, makan dan santai tepi laut je. Harga untuk satu malam pula bermula dari RM110.
Alamat: Kampung Tanjung Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-9672955
Whatsapp Batu Rakit View Chalet
11. Chalet Kak Mah Homestay
Tidak semua hotel mampu memuatkan rakan-rakan dan sanak-saudara yang ramai. Jika anda bercadang mahu melakukan percutian dalam kumpulan yang besar, sudah pasti Chalet Kak Mah Homestay yang terletak di Kuala Terengganu menjadi antara pilihan yang sesuai. Ia merupakan chalet yang terletak di tepi pantai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Aktiviti seperti Hari Keluarga sesuai dibuat di sini. Rumah chalet ini boleh ditempah pada harga serendah RM70 yang boleh memuatkan dari 4 sehingga 15 orang. Besar ye guys!
Berdekatan dengan pantai batu buruk, chalet ini juga menawarkan WiFi yang laju buat mereka yang menginap di sini. Selain itu, kemudahan seperti dapur, mesin basuh dan peralatan mandi juga turut disediakan. Selesanya!
Alamat: 150, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak harga | Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9095545
Whatsapp Chalet Kak Mah Homestay
So, dah tau nak bercuti ke chalet mana tak? Diharap senarai yang telah kami sediakan di atas dapat membantu anda dalam membuat pilihan. Jangan lupa tinggalkan komen dan pengalaman anda semasa bercuti di salah satu chalet ni tau? Selamat ber packing barang dan bercuti korang!