Tasik Kenyir Water Park – Taman Tema Air di dalam Tasik

Sejak 31 Mei 2015, telah bertambah satu lagi aktiviti menarik di Tasik Kenyir yang boleh dilakukan oleh pelancong iaitu beriang ria di Tasik Kenyir Water Park yang telah dibuka secara rasmi di Pulau Poh, Hulu Terengganu.

Taman tema air ini yang lebih dikenali dengan Kenyir Water Park (KWP) telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung khususnya dari Terengganu. Dan yang uniknya, untuk ke Tasik Kenyir Water Park ini pengunjung perlu menaiki bot selama 10 minit kerana jambatan masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016.


Taman tema air pertama di tasik dengan kos binaan RM 7.5 juta

tasik kenyir waterpark

Bagi yang bercadang nak datang, pengunjung boleh ke sini melalui jeti di Pengkalan Gawi sebelum menaiki bot ke Tasik Kenyir Water Park di Pulau Poh. Akses ke jeti dengan kereta pun mudah melalui jalan raya.

Tasik Kenyir Water Park ini dibina secara berfasa dan apa yang pengunjung lihat sekarang adalah kemudahan permainan air dan kolam untuk fasa pertama. Kenyir Water Park ini tidaklah sebesar Legoland Water Park ataupun Sunway Lagoon, permainan yang ada di sini setakat ini rata-rata lebih sesuai untuk kanak-kanak.


 

taman tema air terengganuKeunikan yang ada di Kenyir Water Park yang tiada di mana-mana taman tema air lain di Malaysia ialah terletak pada permainan di tengah tasiknya yang dikenali sebagai Lake Playstation yang lebih mencabar dan sesuai untuk golongan muda yang ingin test ketahanan stamina.

aktiviti menarik di kenyir lakeWalaupun permainan ini di tengah tasik, ciri keselamatan untuk pengunjung tetap diutamakan dari segi pengawasan krew bertugas dan pemakaian safety jacket.

Dari segi fasiliti untuk pengunjung, terdapat kemudahan seperti surau, kafe, tandas awam, restoran dan pondok (kena sewa).

Untuk fasa kedua pula, pembinaan Tasik Kenyir Water Park merangkumi kemudahan permainan air yang lebih menarik untuk golongan dewasa dan juga penginapan untuk mereka yang nak bermalam di sini.


Harga tiket Tasik Kenyir Water Park

Harga tiket untuk ke Tasik Kenyir Water Park ini boleh dikatakan murah kalau nak dibandingkan dengan taman tema lain.

  • Dewasa: RM 25 seorang 
  • Kanak-kanak: RM 15 seorang 
  • Warga emas: RM 15 seorang

Perasmian pembukaan Kenyir Water Park berlangsung seiring dengan pelancaran Kenyir Festival 2015 dan harga tiket masuk ke Tasik Kenyir Water Park ditawarkan pada harga promosi iaitu RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak/warga emas selama 7 hari dan tamat pada 6 Jun baru-baru ini.

harga tiket bot tasik kenyirKenyir Festival 2015 berlangsung selama 7 hari yang memuatkan pelbagai aturcara menarik di Tasik Kenyir. Harga tiket yang dibayar oleh setiap pengunjung untuk ke taman tema air adalah termasuk dengan tambang bot ke Pulau Poh untuk dua hala (pergi dan balik).

Anak-anak pastinya teruja dapat naik boat menyusuri keindahan air Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Kini, Tasik Kenyir Houseboat bukan lagi satu-satunya pilihan yang ada untuk merasai pengalaman menaiki bot di Tasik Kenyir.

aktiviti kanak kanak kenyir lake

Di sini juga menyediakan kemudahan untuk disewa seperti pondok pada kadar RM 15 dan juga tube/pelampung untuk kanak-kanak. Terdapat juga permainan paddle bot yang kadar harganya hanya RM 5.


Waktu Operasi Kenyir Water Park

Taman tema air ini dibuka setiap hari KECUALI hari Selasa bermula seawal pukul 10.30 pagi sehinggalah ke pukul 5.30 petang. Untuk musim cuti sekolah dan cuti am, Kenyir Water Park beroperasi setiap hari.

harga tiket kenyir waterpark

Memandangkan hari cuti hujung minggu di Terengganu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, maka boleh dikata waktu ini memang ramai yang berkunjung ke sini. Untuk mereka yang hadir sebelah pagi hari Jumaat dan ingin menunaikan Solat Jumaat pada waktu tengahari, perkhidmatan bot ke jeti pergi dan balik adalah percuma. Pastikan tiket anda tidak hilang sebagai bukti. Rujuk gambar di atas.

Lihat video di bawah untuk laporan menarik dari RTM berkenaan dengan Tasik Kenyir Water Park.

sumber video: beritanasionalrtm rasmi

Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Terengganu dengan menambah satu lagi tempat menarik di Tasik Kenyir yang pasti menarik lebih ramai pelancong yang berkeluarga untuk bercuti ke sini.

Memang best kalau datang ke Tasi Kenyir Water Park dengan anak-anak pada musim cuti sekolah nanti. Bagi anda yang inginkan keseronokan di taman tema air yang dekat dengan alam semulajadi, jangan lupa singgah di sini.

3.5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tasik Kenyir di Terengganu – Percutian ke Pintu Alam Semulajadi

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia kedua terbesar di Asia Tenggara. Terkenal sebagai ‘Pintu Alam Semulajadi’, destinasi pelancongan yang terletak di negeri Terengganu menjanjikan...

Pengalaman Melancong Menaiki Houseboat di Tasik Kenyir

Pada 30 Mac 2018 hingga 1 April 2018, seramai 40 orang mahasiswa terdiri daripada jurusan pelancongan dari Universiti Malaysia Kelantan, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan, dan...

12 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ismazaidi ismail
Ismazaidi ismail
5 years ago

Mane ni maklumat TKWP x lengkap, no phone x der mcmane lau org luar dr Terengganu nk pergi… Mohon update info biar jelas……

Noraihan
Noraihan
5 years ago

Berapa ringgit kalau nak menginap di situ

zackzura
zackzura
7 years ago

sapa-sapa pernah pergi? sila bagi komen..best tak?

JOE LABU
JOE LABU
6 years ago
Reply to  zackzura

TUTUP DAH

Noorzalina
Noorzalina
7 years ago

Saya dah call wassap en zawahil ni banyak kali dh..tapi tak d reply satu pun..ada ke tidak lagi ni..

Norlaila
Norlaila
7 years ago

sanctuary kelah dkt x ngan tema air ni?…brp pula byaran yg dikenakan utk ke tempat tu admin?…tq..

harun awang
8 years ago

admin..tolong masukan artikel tentang pengkampungan gajah di tasik kenyir

Kereta sewa kota bharu

Sangat menarik. Harga penginapan pula berapa ya?

Hubungi Kami

12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x