Pinjaman Peribadi Segera

Lulus dalam 24 Jam!

Harga Tiket Sunway Lagoon Water Park – TERKINI

Kalau bercakap pasal taman tema air, sudah tentu nama Sunway Lagoon antara yang terus muncul di benak fikiran kita. Namun harga tiket Sunway Lagoon ini kalau nak dibandingkan dengan beberapa taman tema air yang lain mungkin agak mahal terutamanya selepas GST diperkenalkan. Kalau mahal sedikit tapi destinasinya best, apa salahnya kan? Sekali sekala bawa anak-anak & keluarga berseronok di sini. Bukannya selalu pun.

Sekiranya anda bercuti di tempat-tempat menarik di Selangor & inginkan destinasi percutian riang ria bersama anak-anak, Sunway Lagoon adalah destinasi yang ideal untuk anda. Banyak tarikan baru yang sesuai untuk semua golongan umur sudah ada. Tak macam dulu lagi. Samaada aktiviti menarik yang santai, yang membuatkan jantung berdegup kencang, mandi manda, tengok haiwan atau meluncur, semuanya ada !


Harga Tiket Sunway Lagoon Terkini

Promosi Warganegara Malaysia ( Pemegang MyKad/MyKid)

  • Dewasa (12 tahun dan keatas): RM 138.00
  • Kanak-kanak (11 tahun dan kebawah): RM 113.00
  • Warga Emas (60 tahun dan keatas): RM 113.00

Set meal termasuk dalam harga di atas.

Nak harga yang lebih rendah? Whatsapp kami.

Whatsapp utk Harga PROMO

Harga Biasa

  • Dewasa ( 12 tahun dan keatas) : RM 180.00
  • Kanak-kanak (11 tahun dan kebawah) : RM 150.00
  • Warga Emas (60 tahun dan keatas): RM 150.00

Nota tambahan: Harga-harga tiket kemasukan ke Sunway Lagoon Water Park seperti di atas sah untuk semua permainan dan tarikan di sana KECUALI permainan ‘pay-per-ride’ seperti Bungy Jumping, G-Force X dan juga Go Kart.

Harga Bayaran Untuk Permainan ‘Pay-Per-Ride’ di Sunway Lagoon

Sekiranya anda nak mencuba permainan seperti Bungy Jumping, G-Force X dan juga Go Kart, anda perlu bayar berasingan. Harga-harga untuk setiap permainan ini ialah:

Bungee Jumping

  • RM 138
  • RM 80 ( MyKad)

G-Force X

  • RM 64
  • RM 32 (MyKad)

Go-Kart

  • Single Seater: RM 22 per ride
  • Doubel Seater: RM 27 per ride

Combo Rides ( Bungee Jumping + G-Force X)

  • RM 160
  • RM 110 (MyKad)

Sekiranya anda nak mencuba Bungy Jumping dan G-Force X, anda boleh ambil pakej Combo Ride yang berharga RM 160 untuk pelancong asing dan RM 110 untuk warganegara yang ada MyKad.

Antara permainan di sini, G Force X merupakan permainan yang pasti akan membuatkan jantung anda berdegup kencang. Ada berani? Saksikan video di bawah.

Sumber video: Nishadha Silva


Kadar Sewa Kemudahan Pengunjung (Tube, Surf Board, Wheel Chair & Stroller) di Sunway Lagoon

  • Double Tube:
    • RM 20 (Deposit) + RM 32 (Sewa) = RM 52 ( Jumlah termasuk GST)
  • Body Board:
    • RM 10 (Deposit) + RM 22 (Sewa) = RM 32 ( Jumlah termasuk GST)
  • Surf Board:
    • RM 20 (Deposit) + RM 32 (Sewa) = RM 52 ( Jumlah termasuk GST)
  • Wheel Chair:
    • RM 50 (Deposit) + RM 20 (Sewa) = RM 70 ( Jumlah termasuk GST)
  • Motorised Wheel Chair:
    • RM 150 (Deposit) + RM 30 (Sewa) = RM 180( Jumlah termasuk GST)
  • Stroller :
    • RM 50 (Deposit) + RM 20 (Sewa) = RM 70( Jumlah termasuk GST)

Kadar Sewa Locker

  • Multiple time usage – RM 22
  • Luggage – RM 45

harga tiket sunway lagoon terkiniSetiap sewaan atau pembelian makanan/minuman di dalam Sunway Lagoon dilakukan tanpa menggunakan wang tunai sebaliknya boleh melalui wang deposit yang telah dimasukkan kedalam wristband (gelang tiket) anda.

  • Jadi pastikan anda depositkan wang tunai ke dalam gelang tiket (wristband) anda di kaunter E-LOAD sebelum masuk bermain.
  • Minimum deposit untuk setiap gelang tiket ( wristband) ialah RM 50.
  • Sekiranya masih ada baki di dalam wristband, anda boleh ambil kembali sebelum pukul 7.00 pm.
  • Gelang yang rosak dan hilang tidak akan dipulangkan wang deposit sekiranya masih ada baki.

Promosi Pakej Harga Tiket Terkini di Sunway Lagoon? Sila Semak Sini.

Rancang perjalanan anda ke Sunway Lagoon kerana kadang-kadang ada juga hari di mana pihak pengurusan membuat penyelengaraan berkala untuk sesetengah permainan dan ini memaksa permainan itu ditutup untuk sementara waktu. Anda boleh ikuti perkembagan Sunway Lagoon di sini.

Walaupun harga tiket Sunway Lagoon ini boleh dikatakan agak mahal, tetapi saya pasti permainan dan keseronokan yang bakal anda alami akan membuatkan semuanya rasa berbaloi. Tidak hairanlah saban tahun Sunway Lagoon sering menjadi taman tema air pilihan/ Traveller Choice di TripAdvisor.

Alamat: Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. TEL: 603- 5639 0000. Koordinat: lat/lng: 3.067763,101.610392

3.4/5 - (56 votes)

29 KOMEN

  1. Hairy
    Boleh bagi pencerahan , untuk package family ni sentiasa ada atau ada waktu2 tertentu..dan kalau nk buat tempahan melalui online package family ni boleh ke?

  2. Salam nk tanyer kalu nk buat pembayaran secara online untuk promosi rm50 ke sunway lagoon nie nk kene ad mykad ke? Kalu xde mykad or mykid xboleh lah? Tq

  3. Harga trlalu mhl utk rakyat msia di waktu ini.rkyat msia sememang nya tidak mampu utk mmbayr harga tiket yg trlalu mahal.purata rakyat msia hnya bkemampuan sekitar harga rm50-rm60 setiap seorg.dimana jika dia berkeluarga kecil skli pn iaitu seramai 4 org,harga tiket sudah menjangkau rm200 lebih di banding kn dgn harga tiket sekarang ini iaitu rm600 tidak termasuk makanan..harap maklum..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Berminat

Hubungi Kami

3.4/5 - (56 votes)