Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau bersantai, ataupun ingin mencuba aktiviti baru, di Shah Alam mempunyai banyak tempat seperti itu. Taman Botani, taman tema air, taman rekreasi, muzium bersejarah dan banyak lagi tempat menarik di Shah Alam yang boleh dilawati bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Selain tempat menarik, tidak dinafikan terdapat banyak juga tempat makan yang best di Shah Alam.

Wah, banyak betul tempat best di Shah Alam! Bagaimana pula dengan kenderaan di sana? Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke tempat-tempat yang ingin dituju. Namun, adalah lebih mudah jika memandu sendiri untuk meneroka bandar Shah Alam. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa Shah Alam untuk pengalaman yang lebih selesa. Oleh itu, mari lihat senarai kereta sewa Shah Alam yang best dan sesuai dengan bajet.

 

Kereta Sewa Best dan Murah Di Shah Alam


1.  Sf Car Rental

Kereta Sewa Sf Car Rental Agency

Sf Car Rental Agency merupakan syarikat kereta sewa yang berdaftar dan telah beroperasi lebh dari 10 tahun di Shah Alam. Oleh kerana permintaan yang sangat menggalakkan terutama dari pelajar universiti mahupun penduduk sekitar, kini mereka telah mengembangkan operasinya sehingga ke kawasan Klang, Puncak Alam, Petaling Jaya, Puchong dan banyak lagi. Harga sewa kereta yang ditawarkan adalah berpatutan dan mereka menyediakan pelbagai jenis kenderaan sesuai dengan bajet dan tujuan anda. Pengambilan kereta boleh dilakukan di pejabat Sf Car Rental Agency ataupun beberapa tempat yang telah ditetapkan. Tiada cas bayaran bagi penghantaran kereta ke kawasan Shah Alam Seksyen 1 – 10 sekiranya menyewa dalam tempoh yang tertentu.

Anda boleh melihat banyak feedback positif dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka melalui pautan di bawah. Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan.

Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9am – 10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-2449251

Whatsapp Sf Car Rental

 

2.  Fox Car Rental

Kereta Sewa Fox Car Rental

Terdapat pelbagai jenis kereta sewa yang disediakan oleh Fox Car Rental sama ada kereta tempatan mahupun dari luar negara. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Mereka juga mempunyai kadar sewa kereta untuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Mudah untuk anda yang telah mempunyai perancangan untuk sewa kereta dalam masa yang tertentu. Semestinya anda boleh dapat harga lebih murah jika sewa kereta dalam tempoh yang lebih lama. Pelanggan mereka amat berpuas hati dengan servis dan harga yang diberikan.

Anda boleh menghubungi nombor telefon yang tertera atau whatsapp melalui pautan di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai servis mereka. Boleh juga layari laman web mereka untuk melihat testimonial dan juga kadar sewa oleh Fox car Rental.

Alamat: 40, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-8498284

Whatsapp Fox Car Rental

 

3.  Juan Empire Car Rental

Kereta Sewa Juan Empire

Telah banyak feedback pelanggan yang gembira dan puas hati dengan servis dari Juan Empire Car Rental. Kata mereka, servis yang diberikan adalah terbaik, puas hati dan yang paling best memang mantap katanya. Ada juga yang telah menggunakan perkhidmatan mereka lebih dari sekali dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Juan Empire amat mementingkan kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka dan menjaga kepercayaan yang diberikan pelanggan. Anda boleh melihat sendiri testimonial Juan Empire ini di laman Facebook. Mereka beropearsi pada setiap hari, jadi mudah untuk anda hubungi mereka sekiranya mempunyai perancangan untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Alamat: P7/T, Jalan Plumbum 7/100A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8am -11pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-7189591

Whatsapp Juan Empire

 

4.  Car Rental Pusat Komersial Seksyen 7

Kereta Sewa Pusat Komersial Sek 7

Kadar harga sewa yang berpatutan dan menarik oleh Car Rental Pusat Komersial Seksyen 7 amat berbaloi. Mereka mempunyai kereta jenis kompak, sedan, MPV, SUV, dan juga van. Selain itu, mereka juga mempunyai banyak jenama kereta sewa dari tempatan dan juga luar negara yang boleh anda pilih untuk disewa. Kebanyakan kereta sewa mereka adalah kereta transmisi Auto (A). Kereta auto memang menjadi pilihan ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi kerana mudah untuk digunakan. Servis yang diberikan staf adalah terbaik dan memuaskan. Respond kepada persoalan pelanggan juga adalah pantas. Dijamin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Alamat: Pusat komersial, YG13, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3645077

Whatsapp Car Rental Pusat Komersial

 

5.  XvipiCar Rental

Kereta Sewa Xvipi

Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Shah Alam dengan servis yang bagus dan sangat profesional. Mereka akan memastikan kereta sewa mereka berada dalam keadaan baik, bersih dan diselenggara mengikut waktunya. Hal ini kerana mereka juga amat mementingkan keselamatan pengguna. Anda boleh menyewa dalam jangka masa panjang atau dalam tempoh yang singkat, bergantung pada keperluan dan bajet. Untuk pilihan jenis kereta, anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai lebih dari 10 pilihan. Kapasiti untuk setiap kereta juga ada disediakan di laman web sebagai panduan.

Alamat: Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 9am – 6pm, Sabtu – Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-55014332

Whatsapp Xvipi Car Rental

 

6.  Rentas Car Rental

Kereta Sewa Rentas Car Rental

Rentas Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan kadar harga yang berpatutan serta servis yang diberikan adalah sangat baik, mesra dan memuaskan. Bagi yang berada di kawasan Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mereka bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka. Mereka mempunyai pelbagai jenis kereta sewa termasuklah Starex dan Velfire 2018. Anda boleh menghubungi mereka pada bila-bila masa sahaja kerana mereka beroperasi 24 jam dan sedia untuk membantu anda yang memerlukan kereta sewa.

Alamat: Unit H1-140 Tingkat Atas Plaza Jelutong, No.5C, Persiaran Gerbang Utama Bukit Jelutong, Seksyen U8 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-3138792

Whatsapp Rentas Car Rental

 

7.  DZ Empire Car Rental

Kereta Sewa DZempire

DZ Empire berpusat di I-city Shah Alam iaitu di Seksyen 7 Shah Alam. I-city merupakan antara tempat yang menarik di Shah Alam. Lokasi DZ Empire yang strategik iaitu berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan, telah menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Syarikat ini sentiasa memberikan servis yang tiptop dan mesra pelanggan. Selain itu, mereka juga akan memastikan kebersihan kereta sebelum menyerahkan kepada pelanggan. Walaupun lokasi mereka terletak di bandar dan berhampiran dengan lokasi pelancongan, kadar sewa kereta mereka adalah sangat berpatutan. Wah best betullah! Mereka ada kadar sewa untuk sehari, 3 hari dan juga seminggu.

Anda berminat untuk menyewa dengan DZ Empire Car Rental? Segera hubungi nombor yang tertera. Anda boleh hubungi pada bila-bila masa kerana mereka beroperasi 24/7. Sekiranya anda ingin melihat feedback pelanggan, boleh klik pautan ulasan bisnes di bawah ataupun di laman Facebook.

Alamat: Icity, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-65304520

Whatsapp DZ Empire Car Rental

 

8.  Kereta Sewa Kg Melayu Subang

Kereta Sewa Kg Melayu Subang

Syarikat kereta sewa yang terletak di Kampung Melayu Subang ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk individu, syarikat, pengunjung tempatan mahupun luar negara. Penghantaran boleh dilakukan sehingga ke kawasan Sungai Buloh, Damansara, KL dan lain-lain. Mereka mempunyai pakej sewa harian, mingguan dan juga bulanan. Lebih jimat dan mudah sekiranya anda merancang untuk sewa kereta dalam masa yang agak lama. Banyak variasi jenis kereta yang boleh dipilih. Bagi yang menginginkan kereta yang lebih besar seperti 4×4/4wd, anda boleh sewa dari mereka sama ada transmisi auto atau manual dengan harga yang berpatutan. Mereka juga menyediakan van sewa untuk penumpang yang lebih ramai.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai kereta sewa mereka, boleh whatsapp melalui pautan di bawah. Mudah dan pantas!

Alamat: SOC Kereta Sewa Lot 1, Jalan Pusara Aman, Kampung Melayu Subang Sek U6, 40150, Shah Alam Selangor.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9am – 6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-3873125

Whatsapp Kg Melayu Subang

 

9.  Kereta Sewa Shah Alam – CARSEWA

Kereta Sewa CARSEWA

Bagi yang ingin sewa kereta untuk pergi  ke suatu yang tempat jauh, anda boleh sewa kereta dengan Carsewa untuk minimum 2 hari. Mereka menawarkan pakej harga sewa kereta untuk harian, mingguan dan juga bulanan. Mengenai kereta sewa, mereka menyediakan kereta-kereta yang baharu dan dijamin selamat serta selesa apabila sampai ke tangan pelanggan. Mereka akan memastikan kereta sewa itu diselenggara seperti yang dijadualkan kerana keselamatan dan keselesaan pengguna adalah menjadi tanggungjawab mereka. Carsewa juga ada menyediakan perkhidmatan hantar dan pulang kereta. Cas yang dikenakan adalah bergantung pada jarak lokasi yang diminta.

Alamat: 18, Jalan Tuntung Satu 20/11a, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8am – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-227 3220

Whatsapp CARSEWA

 

10.  Keretasewaku.com

Kereta Sewa Keretasewaku.com

Keretasewaku.com berpegang kepada motto mereka iaitu, kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka. Jadi, tidak hairanlah testimonial mereka yang kebanyakannya sangat berpuas hati dengan servis Keretasewaku.com. Katanya, kereta dalam keadaan baik, kemas dan selesa jadi perjalanan pasti akan menjadi lebih tenang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan servis memang mantap. Urusan menempah kereta sewa adalah mudah dan pantas. Anda boleh klik pautan laman web di bawah atau boleh sahaja terus whatsapp mereka untuk tempahan kereta sewa.

Alamat: No.5, Jalan Merah Mawar Tiga U9/6C, Kayangan Heights, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8am – 8pm, Jumaat tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-360 5235

Whatsapp Keretasewaku.com


 

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI

Sejak GST diperkenalkan April 2015, majoriti harga-harga tiket di taman tema air di Malaysia dilihat ada sedikit kenaikan daripada harga asal dan begitu juga dengan...

7 Kedai Tomyam yang Sedap di Shah Alam!

Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite!...

8 ‘Port’ Steamboat yang Wajib Anda Cuba di Shah Alam!

Steamboat merupakan hidangan terbaik jika anda ingin merayakan suatu perayaan ataupun mengadakan aktiviti bersama keluarga mahupun rakan. Hidangan steamboat ini sering menjadi pilihan terutama...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x