Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Restoran Nasi Arab Wajib Singgah Di Shah Alam!

Nasi Arab merupakan makanan yang berasal daripada Timur Tengah ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kini, anda tak perlu lagi untuk terbang jauh bagi menikmati keenakan hidangan ini. Hidangan popular di Timur Tengah ini dihidangkan dengan penuh aroma rempah yang cukup banyak bersama kambing atau ayam. 

Terdapat banyak kedai yang menyajikan nasi arab ini di sekitar Shah Alam. Ini mungkin kerana faktor ramai penduduk asing yang ada di sini. Jadi, kali ini, kami akan menyenaraikan kedai nasi arab di sekitar Shah Alam yang terbaik untuk anda. Pasti tak mengecewakan!

8 Kedai Nasi Arab Di Shah Alam


1. Almeena Nasi Arab, Seksyen 8

Almeena Nasi Arab, Seksyen 8

Almeena Nasi Arab yang terletak di Seksyen 8 ini baru saja setahun beroperasi. Jika sebelum ini mereka berniaga tanpa kedai, kini mereka telah maju selangkah ke depan dan mempunyai sebuah kedai yang menghidangkan nasi Arab. 

Pasti anda akan berasa puas hati apabila makan di sini. Portion untuk nasi Arab mereka memang cukup mengenyangkan anda. Anda juga boleh pilih hidangan sampingan, sama ada ayam atau kambing. Harga yang mereka tawarkan juga cukup berpatutan dan sesuai dengan hidangan yang disajikan. 

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 8.00 pm), Ahad (11.30 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Almeena Nasi Arab


2. Hadramawt Kitchen Shah Alam, Kawasan Perindustrian Temasya

Hadramawt Kitchen Shah Alam, Kawasan Perindustrian Temasya

Hadramawt Kitchen yang menawarkan hidangan makanan Timur Tengah Yemeni ini pasti memberikan anda rasa seperti berada seolah-olah di Timur Tengah. Dekorasi Arab dalam restoran ini cukup cantik membuatkan anda berasa tidak jemu memandang. Di Hadramawt juga, keselesaan anda adalah keutamaan mereka. 

Tambahan pula, terdapat pelbagai lagi hidangan Arab yang ada disini membuatkan anda rambang mata dalam memilih makanan yang ingin dinikmati. Jika anda ingin meraikan hari istimewa juga, sesuai diraikan di sini bersama yang tersayang. 

Alamat: Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 11.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hadramawt


3. Spiced Pumpkin Cafe, Kompleks KPPMS

Spiced Pumpkin Cafe, Kompleks KPPMS

Kedai nasi arab di Shah Alam seterusnya adalah Spiced Pumpkin Cafe di Kompleks KPPMS. Kedai makan ini turut menyajikan hidangan nasi arab yang pasti membuatkan anda kenyang sepanjang hari. 

Pelbagai hidangan Timur Tengah juga ada di sini untuk pilihan anda mengikut citarasa. Namun, Spiced Pumpkin Cafe juga bukan hanya menghidangkan makanan nasi Arab sahaja, malah mereka turut menyajikan makanan melayu dan juga western. 

Persekitaran restoran yang menarik juga antara yang menjadi tarikan di restoran sini. Mereka turut menyediakan ruang mainan kanak-kanak, jadi, anda boleh makan dengan selesa tanpa gangguan.

Alamat: Lot 291, Kompleks KPPMS, 2, Jalan RU 3/9a, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (12.00 pm – 7.00 pm), Jumaat – Sabtu (12.00 pm – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Spiced Pumpkin


4. Restoran Aroma Hijrah (Shah Alam), Taman TTDI

Restoran Aroma Hijrah (Shah Alam), Taman TTDI

Bagi anda yang tinggal di Shah Alam, pasti anda kenal atau pernah terdengar akan nama Restoran Aroma Hijrah ini. Mana tidaknya, restoran ini menjadi perhatian penduduk di sini serta penduduk luar Shah Alam jika ingin menikmati makanan Timur Tengah. 

Antara tarikan Restoran Aroma Hijrah ini sudah pastinya dekorasi dan hiasan dalaman restoran ini. Ianya sangat cantik, selesa dan kemas, pastinya kana membuatkan anda ingin datang lagi ke sini.

Hidangan nasi Arab juga ternyata menjadi pilihan utama pelanggan mereka di Shah Alam dan di luar kawasan. Portion hidangan mereka juga sangat sesuai jika anda datang dengan kumpulan yang besar. Pasti tidak rugi jika anda singgah di sini. 

Alamat: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 

  • Selasa – Khamis (11.30 am – 3.30 pm, 5.00 pm – 10.00 pm)
  • Jumaat (11.30 am – 1.00 pm, 2.15 pm – 10.00  pm)
  • Sabtu – Ahad (11.30 am – 6.00 pm, 7.45 pm – 10.00 pm)
  • Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Aroma Hijrah


5. Restoran Sahara Tent, Plaza Shah Alam

Restoran Sahara Tent, Plaza Shah Alam

Restoran Sahara Tent ini bukan hanya ada di Malaysia, bahkan ada di luar negara juga, di Auckland dan Hamilton City. Di Malaysia sahaja, kedai nasi arab ini mempunyai tiga cawangan, iaitu di Bukit Bintang, Ampang dan Shah Alam.

Apabila anda melangkah masuk ke dalam Restoran Sahara Tent ini, pasti anda terpukau dengan kecantikan restoran ini. Anda akan merasakan seolah-olah anda berada di Timur Tengah! Restoran ini juga telah mendapat banyak pengiktirafan dan terkenal di luar negara juga. Jadi, anda wajib singgah ke sini untuk menikmati hidangan mereka! 

Jika anda ingin merasakan suasana yang sama seperti di Timur Tengah, kami sarankan anda singgah ke sini, pasti anda terbuai dengan keenakan hidangan mereka! Walaupun ianya sedikit mahal, tapi berbaloi dengan hidangan yang mereka sajikan dan persekitarannya yang unik.

Alamat: No 2 , Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Section 9 Sahara Tent. Lot F.3, 1st Floor Plaza, Plaza Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sahara Tent


6. Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7

Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7

Reka bentuknya seakan istana di Timur Tengah ini menjadikan Restoran Al-Rawsha ini mempunyai keunikan tersendiri. Jika anda ingin merasakan pengalaman makan di dalam istana yang lama, saranan kami adalah untuk anda singgah ke Al-Rawsha. 

Kedai makan di Shah Alam ini menyajikan pelbagai hidangan nasi arab yang pasti dapat memikat selera anda. Mereka juga memberikan ruang yang sangat besar untuk anda jika datang bersama keluarga yang besar. Di samping itu, anda juga boleh meraikan hari istimewa di sini. Rasailah sendiri makan di dalam istana Arab yang penuh dengan dekorasi cukup menarik minat anda. 

Alamat: 2, Jalan Platinum G7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Al-Rawsha


7. Nasi Arab Taif Shah Alam, Subang Bestari

Nasi Arab Taif Shah Alam, Subang Bestari

Jika anda mencari nasi arab di Shah Alam dengan harga yang berpatutan tapi masih mengekalkan portion yang banyak, anda patut singgah di Nasi Arab Taif. Kedai yang terletak di Subang Bestari ini tidak boleh dipandang sepi, dengan harga yang berpatutan anda boleh menikmati pelbagai hidangan Timur Tengah. 

Rata-rata maklum balas daripada pelanggan turut berpuas hati dengan hidangan yang disajikan. Jadi, jika anda duduk atau berada berdekatan dengan kawasan ini, jangan lupa untuk kunjungi kedai ini!

Alamat: 58, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nasi Arab Taif


8. Sihaf Arabic Restaurant, Seksyen 14

Sihaf Arabic Restaurant, Seksyen 14

Kedai nasi arab yang bernama Sihaf Arabic Restaurant ini membawa nama “sihaf”, yang bermaksud dulang emas sepertimana disebut di dalam Al Quran. Sejurus anda melangkah masuk ke dalam restoran ini, pasti anda merasakan anda sedang berada di Timur Tengah.

Layanan staff mereka cukup professional dan pastinya akan memberikan anda keselesaan yang penuh. Selain itu, pelbagai hidangan Arab yang anda boleh nikmati di sini. Bukan hanya nasi arab, malah anda boleh merasa hidangan dari Timur Tengah yang lain. 

Menu yang ada di sini cukup membuatkan anda rambang mata untuk menikmati hidangan penuh rasa rempah ini. Tak perlu terbang jauh lagi selepas ini, anda boleh datang ke sini saja untuk merasai pengalaman hidangan Timur Tengah!

Alamat: B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Restoran Sihaf


Semoga perkongsian kedai nasi arab di Shah Alam ini dapat membantu anda mencari kedai yang memenuhi citarasa serta bajet anda. Perlu diingatkan juga, sebelum datang menikmati hidangan Timur Tengah ini, pastikan anda datang dengan perut yang betul-betul kosong. Ini kerana portion hidangan ini kebiasaannya sangat banyak. 

Dah alang-alang datang ke Shah Alam, jom kita cuba makanan steamboat yang best di sini pula! Ayuh baca artikel yang kami sediakan ini untuk 8 Port Steamboat yang Wajib Anda Cuba Di Shah Alam.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

10 Kedai Mamak Yang Paling Popular Di Shah Alam

Daripada perisa tradisional hinggalah masakan fusion moden, kedai mamak pastinya mempunyai sesuatu untuk semua orang. Teruskan membaca untuk mendapatkan roti canai, nasi lemak, nasi...

7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan...

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

30 Tempat Makan BEST di Shah Alam, Selangor PALING POPULAR

Beruntung sesiapa yang tinggal di Shah Alam , Selangor kerana mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Boleh dikatakan pilihan restoran,warung, cafe...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x