Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri lain. Oleh itu, perkhidmatan bas ekspres di stesen-stesen bas Shah Alam merupakan pengangkutan yang penting, terutamanya bagi penduduk tempatan untuk berulang-alik dari kediaman mereka.

Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2019. Ia mengambil alih operasi dari terminal berdekatan di Seksyen 13 sebagai terminal utama di Shah Alam. Kini, terminal ini adalah antara yang tersibuk selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Terminal ini mempunyai 24 kaunter yang beroperasi di bawah Sistem Tiket Berpusat (CTS) untuk menyeragamkan proses pembelian tiket. Selain itu, ruang menunggu mereka juga luas dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Terdapat juga pelbagai kedai makan dan kedai serbaneka yang menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai penumpang bas yang datang dan pergi setiap hari. Mereka turut mempunyai tandas OKU, surau, CCTV untuk keselamatan dan banyak lagi.

Jika anda ingin pergi ke terminal bas tersebut dan perlu berhubung dengan pihak stesen bas Shah Alam Seksyen 17, anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah dan juga rujukan lokasinya.

Alamat: 5, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-574 7604

WhatsApp Terminal 17


Syarikat Bas dan Laluan Bas yang Popular di Terminal 17

1. Sani Express

Sani Express

Sani Express Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Sani United Berhad yang ditubuhkan pada 2006. Pada awalnya, perkhidmatan bas ini tertumpu untuk perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan kemudiannya ke Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan. Pada tahun 2009, perkhidmatannya berkembang ke bahagian utara Malaysia seperti di Kuala Perlis dan Alor Setar.

Laluan Bas:

  • Dari Shah Alam ke Kuala Terengganu
  • Dari Shah Alam ke Kota Bharu
  • Dari Shah Alam ke Kuantan 

Semak Tiket Bas

2. Supernice Grassland

Supernice Grassland

Supernice Grassland adalah salah satu pengendali bas terkemuka yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang. Ia memulakan operasinya pada tahun 1980-an dan dulunya dikenali sebagai Comfort Super Nice Express Sdn Bhd. Supernice Grassland menyediakan perkhidmatan bas ke banyak tempat di Semenanjung Malaysia seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Genting Highlands, Kuantan, Butterworth, Alor Setar, Sungai Petani dan banyak lagi.

Laluan Bas:

  • Dari Shah Alam ke Sungai Petani
  • Dari Shah Alam ke Butterworth
  • Dari Shah Alam ke Johor Bahru

Semak Tiket Bas

3. Konsortium E-Mutiara

Konsortium E-Mutiara

E-Mutiara or Ekspres Mutiara adalah salah satu pengendali bas terkemuka yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Jenama ini popular, terutamanya di kalangan penduduk tempatan yang menetap di Kelantan. Mereka terkenal dengan perkhidmatan berkualiti dan perkhidmatan bas yang komprehensif ke banyak bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Laluan Bas:

  • Dari Shah Alam ke Kota Bharu

Semak Tiket Bas


Destinasi Menarik dan Popular yang Berdekatan

1. Mydin Mart, Seksyen 18 Shah Alam

Mydin Mart, Seksyen 18 Shah Alam

Mydin Mart adalah nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Gedung membeli-belah ini menjual pelbagai barangan daripada perkakas elektrik sehingga makanan segar dengan harga yang berpatutan. Mydin Mart di Shah Alam menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan keperluan harian. Jika anda menggunakan teksi atau Grab dari stesen bas Shah Alam, perjalanan ke Mydin Mart hanya mengambil masa selama 10 minit. 

Alamat: Mydin Mart, Pasaraya Mydin, Jalan Pinang G 18/G, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5541 4886

WhatsApp Mydin


2. I-City Shah Alam

I-City Shah Alam

I-City Shah Alam merupakan destinasi paling popular untuk kunjungan pelancong tempatan. Banyak aktiviti menarik yang sangat menyeronokkan untuk seisi keluarga yang terdapat di sini seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum dan juga Water World I-City. 

SnoWalk I-City Shah Alam merupakan tarikan yang popular di sini. Anda akan dapat merasai dan bermain dengan salji seperti berada di luar negara! Selain itu, anda juga dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Pemandangannya pada waktu malam sangat cantik dengan lampu neon berwarna-warni yang menghiasi tempat ini. Bagi anda yang gemar bergambar, I-City merupakan tempat yang wajib untuk dikunjungi. Jarak tempat ini dari stesen bas Shah Alam hanyalah 10 minit dengan menaiki kereta. 

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5521 8800

WhatsApp I-City


3. Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam merupakan antara salah sebuah taman tema air yang popular di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti air disediakan untuk semua peringkat umur, menjadikannya tempat percutian yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara aktiviti air yang popular di sini adalah Monsoon Buster dan Super Hurricane.

Lokasinya juga sangat strategik & berdekatan dengan banyak tempat menarik di Shah Alam yang lain seperti Muzium Sultan Alam Shah, Taman Tasik Shah Alam, Kompleks Kesenian Islam Selangor dan Laman Seni Shah Alam. Jarak ke taman tema air ini hanyalah 15 minit menggunakan kereta dari stesen bas Shah Alam.

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Khamis – Selasa (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5513 2020

WhatsApp Wet World


Tempat Penginapan Berdekatan Stesen Bas Shah Alam

1. De Palma Hotel Shah Alam

De Palma Hotel Shah Alam

Lokasi hotel ini sangat strategik dan berhampiran dengan beberapa tempat yang menarik seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan Taman Tema Sunway Lagoon. Biliknya dihias moden dan selesa memberi suasana yang tenang untuk anda bercuti di sini. Bilik-bilik dilengkapi dengan TV kabel, peti-peti sejuk dan kemudahan membuat teh/kopi.

Selain itu, hotel ini mempunyai pelbagai pakej buffet yang menyajikan makanan yang lazat dan menyelerakan. Kemudahan lain yang disediakan adalah wi-fi percuma di kawasan umum, kolam renang, tempat letak kereta percuma dan surau. Jarak hotel ini hanyalah 15 minit dari stesen bas Shah Alam.

Alamat: Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5542 8080

WhatsApp De Palma


2. Hotel de Art Shah Alam Seksyen 19

Hotel de Art Shah Alam Seksyen 19

Hotel de Art yang terletak di Seksyen 19 ini hanya mengambil masa 10 minit dari stesen bas Shah Alam. Hotel 3 bintang ini mempunyai bilik yang selesa dan dihias cantik dengan pelbagai jenis lukisan. Setiap bilik hotel ini mempunyai tema seni dan jalan cerita tertentu daripada filem, selebriti, cerita dongeng kepada dunia fantasi dan seni moden. 

Antara tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ini adalah pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Stadium Nasional Bukit Jalil. Selain di Seksyen 19 Shah Alam, hotel ini turut mempunyai cawangan lain di sekitar Shah Alam seperti di Seksyen 7, Seksyen 9 dan juga I-City. Hotel ini juga mempunyai satu cawangan di Subang Jaya. 

Alamat: 2 Jalan Nelayan D/19D, Seksyen 19, Shah Alam, 40300 Shah Alam, Selangor.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2704 3693

WhatsApp Hotel de Art


Kami harap artikel ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di stesen bas Shah Alam. Anda boleh melihat jadual bas dan membeli tiket secara online untuk merancang perjalanan. Selain itu, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat menarik yang berdekatan apabila anda datang ke sini. 

Jika anda sedang merancang percutian di Shah Alam, anda boleh membaca artikel kami mengenai 25+ Tempat Menarik di Shah Alam, Selangor untuk mencari tempat best untuk anda lawati.

5/5 - (15 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan...

7 Kedai Tomyam yang Sedap di Shah Alam!

Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite!...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

10 Kedai Mamak Yang Paling Popular Di Shah Alam

Daripada perisa tradisional hinggalah masakan fusion moden, kedai mamak pastinya mempunyai sesuatu untuk semua orang. Teruskan membaca untuk mendapatkan roti canai, nasi lemak, nasi...

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x