Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera anda ditambah pula dengan sos istimewa yang dihidangkan.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, ini merupakan berita baik untuk anda! Anda mungkin sudah merasa banyak variasi kambing bakar, namun kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda sebuah fenomena baru yang sedang menjadi kegilaan di Setia Alam, iaitu Kambing Bakar Kontena.

Kambing Bakar Kontena yang terletak di Setia Alam merupakan antara kedai yang menyediakan kambing bakar yang paling sedap di kawasan ini dan semestinya anda wajib untuk datang dan cuba makan di sini!

Menu ini bukan saja mempunyai rasa yang unik dan lezat, tetapi juga mempersembahkan inovasi dalam cara penghidangan dan tempat makan yang berbeza – sebuah kontena yang telah diubahsuai. Jadi, mari kita jelajahi lebih lanjut tentang port terbaik kambing bakar di Setia Alam ini!


Kambing Bakar Kontena: Rasai Kambing Bakar yang Mewah dan Menepati Citarasa Anda

Kambing Bakar Kontena: Rasai Kambing Bakar yang Mewah dan Menepati Citarasa Anda

Satu fakta menarik tentang Kambing Bakar Kontena ini, menurut pemiliknya, perniagaan ini asalnya merupakan perniagaan yang dilakukan secara atas talian sahaja.

Namun, disebabkan oleh mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, maka mereka membuka Kambing Bakar Kontena ini supaya lebih ramai pengunjung dapat merasai hidangan kambing bakar yang lazat ini. Jika anda mencari kambing bakar yang enak dan juicy, kami pasti ini adalah pilihan terbaik dan anda tidak akan menyesal!

Kambing Bakar Kontena ini dibuka pada setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Jadi, anda tidak perlu risau jika tidak berkesempatan untuk datang pada hari bekerja kerana anda boleh mengunjungi kedai ini pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk menghubungi dan membuat tempahan terlebih dahulu kerana kedai ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan, terutama ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Maklumlah, hidangan yang disediakan amatlah meliurkan, pasti ramai mengiang-ngiang akan rasa hidangan mereka!

Di bawah adalah maklumat-maklumat berkaitan restoran ini buat rujukan anda. Anda boleh menghubungi mereka atau melawat laman web sosial mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai makan ini.

Kambing Bakar Kontena

Alamat: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Menu | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kambing Bakar Kontena 


Aneka Jenis Pilihan Makanan Menarik di Kambing Bakar Kontena

Aneka Jenis Pilihan Makanan Menarik di Kambing Bakar Kontena

Konsep restoran ini adalah anda perlu order di kaunter dan membuat bayaran terlebih dahulu, kemudiannya makanan akan dihantar dan dihidangkan ke meja anda.

Walaupun nama kedai ini sudah pastinya simbolik terhadap hidangan kambing bakar mereka, namun anda tidak perlu risau. Di sini, terdapat pelbagai pilihan menu lain yang boleh dipilih seperti set talapia penyet, set ayam penyet, dan bagi anda yang menggemari ikan keli, anda boleh mencuba set pecal lele.

Namun, bagi anda yang inginkan kelainan anda boleh cuba untuk memesan salah satu dari hidangan unik mereka iaitu sotong giant. Jika anda yang pertama kali datang ke sini dan tidak tahu untuk membuat pilihan, kami sarankan anda untuk memesan beberapa hidangan secara ala carte supaya anda dapat merasa pelbagai jenis hidangan istimewa mereka.

Bukan itu saja, terdapat juga beberapa menu dessert seperti Mangga Rock, Pisang Rock, Chocolate Ice Blended, Mocha Ice Blended serta beberapa variasi lain untuk menu ini.

Walau apa pun citarasa anda, kami yakin pastinya ada hidangan yang mampu memuaskan anda di restoran ini! Namun, jika anda mahukan senarai menu untuk mencari hidangan yang anda berminat, anda boleh merujuk ke laman Facebook mereka ini.


Kambing Bakar: Hidangan Utama yang Pasti Akan Memikat Selera Anda!

Kambing Bakar: Hidangan Utama yang Pasti Akan Memikat Selera Anda!

Tidak lengkaplah kedatangan anda ke sini jika tidak mencuba set nasi kambing bakar mereka. Kambing bakar di sini sememangnya terbukti amat sedap, ianya merupakan specialty restoran ini! 

Anda akan dapat merasai sendiri aroma kambing tersebut yang diperap dengan rempah istimewa dan pastinya cair di mulut, dimakan pula bersama sos istimewa yang dihidang bersama. Kami pasti anda tidak akan berpaling lagi setelah dapat merasanya sekali, dan pastinya kedai ini akan menjadi pilihan nombor satu anda!

Bukan itu sahaja, selain set kambing bakar ini, antara hidangan lain yang sering mendapat tempat di hati para pengunjung di sini adalah set kambing bakar madu. Bayangkan keenakan yang akan anda rasai gabungan antara kambing bakar yang semestinya sedap ditambah pula dengan madu yang diperap bersama. Sedap, bukan? Semestinya ia dapat menambat hati anda!


Kedai Makan Alternatif di Sekitar Setia Alam

Walaupun Kambing Bakar Kontena ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin merasai hidangan kambing bakar, namun di sini kami turut ingin senaraikan beberapa buah kedai makan yang turut menghidangkan sajian kambing bakar di sekitar Shah Alam. 

1. Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar, Alam Nusantara

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar, Alam Nusantara

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar merupakan alternatif untuk restoran Kambing Bakar Kontena yang wajib anda kunjungi jika anda berada di sekitar Setia Alam.

Restoran ini terkenal dengan menu andalannya, kambing bakar yang begitu lezat dan gurih. Jika anda sedang mencari variasi rasa yang berbeza atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru, pastikan anda singgah di sini!

Alamat: Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 11.00 pm)

Lokasi | Facebook | Menu | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-299 6725


2. Kambing Bakar Champion, Tadisma Business Park

Kambing Bakar Champion, Tadisma Business Park

Bagi pencinta kambing bakar, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat “Kambing Bakar Champion”. Terkenal dengan hidangan kambing bakar yang lezat dan suci, mereka bukan sahaja ‘champion‘ dalam nama, tetapi juga dalam rasa dan kualiti hidangan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi dan menikmati kelezatan kambing bakar di sini.

Alamat: Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-811 2601


3. Saudagar Kambing Bakar Shah Alam, Kampung Jalan Kebun

Saudagar Kambing Bakar Shah Alam, Kampung Jalan Kebun

Tidak jauh dari Setia Alam, terletak satu lagi kedai yang harus anda lawati, “Saudagar Kambing Bakar Shah Alam”. Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang menggugah selera. Dalam setiap gigitan, anda akan merasa rempah dan daging kambing yang empuk dan berjujuran.

Saudagar Kambing Bakar, dengan suasana yang selesa dan layanan yang ramah, pastinya tempat yang sempurna untuk anda menikmati makan malam anda.

Alamat: Kampung Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (3.30 pm – 11.30 pm)

Lokasi | Facebook | Menu | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-260 3277


Nikmati Masakan Kambing Bakar Yang Meliurkan di Kambing Bakar Kontena!

Adakah anda yang bercadang untuk menikmati hidangan kambing bakar, tidak kira pada waktu bekerja bersama rakan-rakan mahupun pada waktu hujung minggu bersama keluarga tersayang? 

Kami sarankan anda untuk mencuba hidangan yang disediakan di Kambing Bakar Kontena ini! Kami pasti ini akan menjadi salah satu kedai kegemaran anda dan semestinya tidak akan ragu-ragu untuk mengunjungi ke sini lagi pada masa akan datang!

Jika anda juga sedang mencari kedai makan menarik di sekitar Kedah, anda boleh melayari artikel kami tentang Tempat Makan Best di Kedah – Maggi Dapur Arang Changlun.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri...

7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan...

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...

7 Kedai Tomyam yang Sedap di Shah Alam!

Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite!...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x