Isi Kandungan
Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite! Jom tengok senarai tujuh kedai tomyam di Shah Alam, yang telah memperoleh 4.0 bintang dan ke atas dan menerima banyak ulasan positif di Google Review!
7 Kedai Tomyam di Shah Alam
1. Soi 55 Thai Kitchen, Bukit Jelutong
“Takyah gi Thailand lagi sebab memang rasa Thailand dan sangat sedap”, ini rata-rata ulasan pelanggan untuk restoran Thai, Soi 55 Thai Kitchen ini. Tidak hairanlah restoran ini memperoleh 4.3 bintang dan 900+ ulasan pelanggan di Google Review.
Jangan ragu-ragu untuk datang ke Soi 55 Thai Kitchen ini kerana tomyam yang sedap, servis laju dan layanan terbaik untuk setiap pelanggan yang datang. Restoran ini juga berkonsepkan street café tapi aesthetic. Santai dan selesa.
Alamat: R17, Suria Jelutong, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: : Isnin – Ahad (12.00 pm – 9:30 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-737 0555
2. Pak Sawadee, Seksyen 7
Setibanya anda di restoran Thai, Pak Sawadee ini, anda pasti dapat merasakan vibe Thai kerana konsep serta dekorasi restoran ini yang ala Thai.
Pak Sawadee yang memperoleh 4.3 bintang dan 500+ ulasan pelanggan di Google Review ini mempunyai laman web yang tersendiri. Di sini, anda boleh melihat pelbagai menu yang ditawarkan dan boleh juga memesan menu kegemaran anda.
Adakah anda craving tomyam yang pedas kaw? Ayuh datang ke Pak Sawadee! Rasa tomyam yang sedap, servis yang laju dan suasana yang selesa, merupakan antara sebab ramai pelanggan memilih restoran Thai, Pak Sawadee ini.
Alamat: 21-G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3:30 pm, 6.00 pm – 11.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan |Telefon: 03-5523 9189
3. Serai Restoran Thai, Seksyen 3
Bukan sahaja memperoleh 4.2 bintang, Serai Restoran Thai ini juga memperoleh 900+ ulasan pelanggan di Google Review. Semuanya memuji persekitaran yang best walaupun agak sedikit sempit di dalam restoran.
Tidak dinafikan restoran di Shah Alam ini bukanlah seperti warung biasa mahupun kedai tomyam biasa, ia seperti café atau restoran high-end. Makan tomyam di meja bulat juga merupakan salah satu kelainan yang dibawa oleh restoran ini. Menarik, bukan?
Selain itu, pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh para pekerja dan masakan yang sedap meskipun harganya sedikit mahal. “Harga mahal sikit, tapi tak apa sebab kena dengan tekak”, ulas seorang pelanggan untuk Serai Restoran Thai.
Alamat: 5, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (11:30 am – 3.00 pm, 6.00 pm – 10.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5510 5729
4. Thai Tomyam Classic Alam Avenue, Seksyen 16
“Rasa macam makan dekat Thailand!”, inilah majoriti ulasan pelanggan di Google Review untuk kedai Thai Tomyam Classic Alam Avenue, Shah Alam. Jika anda seorang yang sukakan tomyam Thai yang pedas, pekat dan meriah isi kandungannya, ayuh ke kedai Thai Tomyam Classic Alam Avenue.
Persekitaran dalam kedai ini juga sangat selesa, terang dan banyak meja dan kerusi. Jika anda ingin makan malam bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, kedai ini sesuai untuk anda. Selain itu, servis para pekerja di kedai ini juga cekap dan laju. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda terpaksa tunggu lama.
Alamat: C-13, G Alam Avenue, Jalan Serai Wangi H 16/H, Seksyen 16, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (1.00 pm – 1.00 am)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6161 9405
5. Restoran Aziera Tomyam Thai Food, Kampung Melayu Subang
Sekiranya anda ingin makan tomyam di tempat yang santai dan tidak terlalu padat di Shah Alam, anda disarankan untuk pergi ke kedai ini, Restoran Aziera Tomyam Thai Food. Harga yang ditawarkan juga sesuai dan berbaloi. Boleh lah anda bawa semua ahli keluarga anda makan tomyam di sini.
Kedai Aziera Tomyam Thai Food Restoran ini memperoleh 4.2 bintang di Google Review. Tidak hairanlah pelanggan yang datang ke kedai ini tidak putus-putus. Pasti menu tomyamnya menjadi kegemaran pelanggan.
Alamat: 3515, Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 10.00 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-3584 070
6. Nadiah Tomyam Ala Thai, Kampung Bukit Naga
Restoran Nadiah Tomyam Ala Thai ini dibuka setiap hari, seawal jam 3:30 pm. Selain itu, menu yang disediakan juga bervariasi, seperti tomyam campur, kerabu mangga dan ikan siakap 3 rasa. Memang lengkap lah makan malam sekiranya ada tiga menu tersebut, bukan?
Rata-rata pelanggan juga memuji masakan di restoran ini sedap dan berbaloi. Mereka turut mencadangkan kedai ini bagi sesiapa yang inginkan masakan ala Thai di Shah Alam. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, jangan risau dengan pergerakannya kerana restoran ini luas, bersih dan selesa.
Alamat: Lorong Haji Maskor, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (3:30 pm – 1.00 am)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-966 5181
7. Mael Tomyam, Padang Jawa
Rata-rata pelanggan mengatakan tomyam dan masakan lain di kedai Mael Tomyam sangat sedap sehingga boleh buat mengigau! Wah, hebat sungguh ya kedai ini! Patutlah kedai Mael Tomyam ini memperoleh 4.0 bintang di Google Review.
Tomyam di kedai ini juga nampak menyelerakan jika kita lihat dari gambar tersebut. Kuah yang pekat, berwarna kemerahan, isi yang banyak, sangat menepati citarasa tomyam lover, bukan?
Namun begitu, kedai tomyam di Shah Alam ini tidak mempunyai laman web dan tidak menyenaraikan nombor telefonnya di Google Maps. Jadi, anda mungkin perlu datang ke kedai ini terlebih dahulu untuk mendapatkan menu serta booking meja untuk keluarga anda.
Alamat: Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (6.00 pm – 12.00 am)
Kami harap senarai ini dapat menggembirakan anda apabila menjumpai tomyam yang sedap dan sesuai dengan citarasa anda di Shah Alam. Hidangan tomyam akan lebih terasa sedapnya sekiranya anda menikmatinya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Betul, bukan?
Kami juga sarankan anda untuk call atau WhatsApp nombor yang tertera bagi kedai yang tersenarai terlebih dahulu sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan, sama ada dalam kuantiti kecil ataupun besar.
Satu tips lagi untuk anda, lebih baik datang awal ke kedai kegemaran anda dan disarankan untuk carpool bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, supaya anda dapat tempat parkir dengan cepat dan tidak perlu menunggu lama untuk menunggu parkir yang available.
Tidak berapa minat dengan masakan tomyam atau masakan Thai? Jangan risau, kami turut telah menyenaraikan 30 Tempat Makan BEST di Shah Alam, Selangor PALING POPULAR untuk anda mencari alternatif restoran. Semoga bermanfaat!