Isi Kandungan
Beruntung sesiapa yang tinggal di Shah Alam , Selangor kerana mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Boleh dikatakan pilihan restoran,warung, cafe & menu makanan yang ada di Shah Alam sama banyak dengan pilihan restoran menarik di Kuala Lumpur. Sekiranya anda bercadang untuk makan angin di Shah Alam bersama keluarga, bolehlah rujuk senarai 30 tempat makan best di Shah Alam di bawah ini yang boleh anda kunjungi untuk menjamu selera.
Seperti juga senarai restoran & tempat makan menarik di destinasi lain yang pernah dikongsikan, destinasi di bawah ini lebih kepada restoran yang telah lama bertapak di Shah Alam & sering mendapat ulasan yang majoritinya BAGUS oleh pengunjung. Apa jua selera makan anda samaada makanan tempatan negeri di Malaysia, makanan arab, korea, cina halal & selera kampung, senarai di bawah pasti ada jawapannya.
30 Restoran & Tempat Makan Yang Menarik di Shah Alam, Selangor
1. Island BBQ Steamboat
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini mungkin agak jauh sedikit dari bandar utama Shah Alam, tetapi ingin dikongsikan untuk pembaca sekiranya anda inginkan destinasi restoran seafood & steamboat yang best serta tak terlalu jauh dari bandar Shah Alam. Terletak di Kampung Melayu Subang & berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, Restoran Island BBQ Steamboat ini lebih menggunakan konsep makan secara buffet & bayaran masuk untuk satu kepala. Memang puas hati sebab sekali bayar anda boleh mencuba semua jenis makanan yang ada di sini. Dengan ruangan tempat makan yang luas, suasana ala-ala kampung & nak parking kereta pun mudah pasti membuatkan pengunjung berpuas hati. Surau juga ada disediakan.
Alamat: Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, U 5, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 6.00 pm – 12.00 am
2. Nasi Bukit Padang Jawa
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau anda ingin makan malam dengan menu masakan panas yang murah tetapi dalam kuantiti yang banyak ! Ini adalah destinasi makan yang wajib anda datang ke Shah Alam iaitu Nasi Bukit Padang Jawa yang terletak tidak jauh dari UiTM Shah Alam. Memandangkan konsep menu nasi yang MEMBUKIT maka tidak hairanlah destinasi ini sering menjadi pilihan warga pelajar terdekat untuk datang makan petang atau malam. Kalau datang berdua ke sini, memang sangat jimat kerana dengan satu pinggan nasi goreng sudah boleh mengenyangkan 2 perut. Lainlah kalau anda memang sedang kebuluran tahap maksima, bolehlah habiskan untuk sepinggan nasi goreng berbukit di sini.
Alamat: 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am
3. Nasi Pecal Lele Padang Jawa / Ayam Penyet Padang Jawa
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Juga terletak di Padang Jawa, Shah Alam destinasi ini merupakan satu lagi tempat makan best di Shah Alam untuk mereka yang ingin makan tengahari dengan menu masakan ala-ala orang Jawa seperti bakso bebola daging, nasi ayam penyet, nasi keli penyet & sebagainya. Dengan harga makanan yang ada di sini yang sangat mampu milik untuk pelajar, maka tidak hairanlah pada waktu tengahari memang penuh kedai makan ni sampai nak cari tempat duduk pun susah. Jadi sebaiknya datang sebelum waktu lunch hour untuk elakkan kesesakan. Datang ke sini pengunjung perlu order di kaunter seperti di restoran fast food, dah siap order set makan & bayar, cari tempat duduk dan pelayan akan hantar dalam beberapa minit
Alamat: Lot 617, Kampung Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10.00 am- 10.00 pm
4. Restoran Aidania
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Satu restoran di Shah Alam yang menyediakan makanan tengahari secara set dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang sedap baik bergoreng, masak asam pedas, masak lemak & sebagainya. Kepakaran utama di Restoran Aidania lebih kepada masakan asam pedas & pilihan lauk asam pedas juga pelbagai baik ikan kembung, pari, ketam & sebagainya. Bagi penggemar kambing bakar, di sini juga ada menyediakan set nasi putih bersama grilled lamb yang pasti membuka selera sesiapa sahaja terutamanya peminat tegar daging kambing.
Peta Lokasi | Jarak | 603-5524 4736 | Facebook | Website
Alamat: 44, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm
5. Restoran Mak Uda Selera Timur
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sekiranya anda orang pantai timur & sedang bercuti di Shah Alam, apa kata menjamu selera di Restoran Mak Uda Selera Timur yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Menu makanan di sini majoritinya dari Kelantan baik gulai ayam, nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, nasi lauk cicah budu, pulut kuning, aneka kuih pantai timur & sebagainya. Selain itu di sini juga ada roti canai yang mungkin lain sedikit rasanya dari kedai mamak yang boleh anda cuba. Pengunjung boleh datang ke sini samaada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau petang.
Alamat: No.58, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 7.00 am – 6.00 pm
6. Restoran Seri Soga
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bagi yang ingin sarapan pagi di Shah Alam dengan menu makanan orang Pantai Timur dari Terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak atau pulut ikan, bolehlah ke restoran ini yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam. Selain terkenal dengan nasi dagang, di sini juga mempunyai menu makanan popular lain yang turut menjadi signature dish restoran ini seperti roti canai, roti bom & murtabak Singapura. Dengan menu makanan pagi yang sedap & suasana kedai yang lapang pasti memberi satu pengalaman sarapan pagi seperti di restoran di pantai timur.
Alamat: Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 6.00 am – 8.00 pm
7. Kedai Nasi JJ (Kak Wok) Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Menu makanannya simple sangat tetapi mempunyai ramai peminat setia. Itulah yang boleh digambarkan tentang Nasi Kak Wok. Nasi Kak Wok ini asalnya dari Kelantan & kalau anda di Kota Bharu boleh mencuba di belakang Hospital KBMC. Walaupun anda ingin makan di kedai, semuanya akan dibungkus tanpa pinggan. Itulah style nasi berlauk Kak Wok. Oleh kerana popularitinya yang semakin meningkat maka banyak cawangan telah dibuka di kebanyakan negeri di Malaysia termasuk di Shah Alam. Lokasi Kedai Nasi JJ / Kak Wok di Shah Alam terletak di Taman TTDI Jaya & sesuai untuk ke sini untuk makan pagi, tengahari atau petang.
Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi : 8.00 am – 6.00 pm
8. Hot Pindang Kitchen
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Mungkin anda tertanya-tanya apa itu pindang? Sebenarnya ianya lebih kepada menu masakan ikan berkuah jernih tanpa bahan bersantan. Kalau di Terengganu & Kelantan lebih dikenali dengan nama singgang. Restoran ini memang sudah lama bertapak di Seksyen 10, Shah Alam dan sering menjadi tumpuan mereka yang nakkan menu lauk pauk yang lebih kepada ikan & masakan yang lebih sihat. Selain masakan ala singgang, terdapat banyak lauk pauk popular negeri lain seperti asam pedas, gulai lemak, kari & sebagainya. Samaada untuk makan berat atau mungkin makanan ringan seperti kuih muih, Restoran Hot Pindang sangat ideal untuk anda yang inginkan menu makanan pelbagai yang sedap-sedap.
Alamat: No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11.00 am – 11.00 pm
9. Pak Li Kopitiam Seksyen 7
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau anda menetap di Shah Alam, sudah pasti nama Pak Li Kopitiam di Seksyen 7 ini sudah menjadi destinasi wajib pergi untuk mencari aneka makanan yang pelbagai dan sedap. Destinasi ini menyajikan banyak pilihan makanan baik dari makanan tempatan, masakan panas sehinggalah makanan ala barat. Pada waktu hujung minggu, kena sabar banyak-banyak kerana memang penuh dengan pelanggan. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan kalau ke sini ialah nasi ayam lemon, kuew teaw goreng, chicken chop Hainan & laksa. Suasana kedainya yang lapang & ada kawasan berhawa dingin serta open air pasti sangat sesuai untuk sesiapa sahaja datang menjamu selera di sini baik untuk breakfast, lunch, dinner atau supper.
Peta Lokasi | Jarak | 603-5511 3608 | Facebook | Website
Alamat: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 am – 1.30 am
10. Restoran Pak Anjang Bariani Johore
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Nasi Beriayani Gam kalau kena yang sedap memang jiwa raga akan melekat di kedai tersebut. Di Shah Alam, kalau anda kepingin merasai nasi beriani gam pure Johor, boleh ke Restoran Pak Anjang Bariani Johore yang menyajikan aneka pilihan lauk nasi beriani yang sedap baik kambing, ayam, daging & juga makanan popular Johor yang lain seperti mee bandung Muar, laksa Johor, mee rebus Johor & sebagainya. Suasana restoran yang tampak moden & berkonsepkan minimalis memang sangat seimbang dengan pilihan juadah makanannya yang sangat meriah.
Alamat: 44, Jalan Rugby 13/30, Seksyen 13 Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10.30 am – 9.30 pm (setiap hari)
11. Teh Laris Café
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di Shah Alam, semua makanan setiap negeri di Malaysia ada termasuk dari Johor. Kalau anda teringin nak makan menu makanan tradisional Johor yang popular seperti Mee Rebus Johor, Mee Bandung Muar, Kacang Pool, Nasi Tomato & Asam Pedas Johor bolehlah singgah di kafe ini. Dengan kedai makan berkonsepkan kafe, suasana makan di sini memang santai dan sesuai untuk anda bersantapan malam dengan keluarga ataupun tersayang.
Peta Lokasi | Jarak | 6019-239 8224 | Facebook | Website
Alamat: 13, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 am – 10.00 pm
12. Restoran Bisik Bisik
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bagi orang Johor & rindukan makanan ala JDT, bolehlah singgah ke Restoran Bisik Bisik yang terletak di Seksyen 7. Menu makanan yang popular di sini adalah mee bandung udang galah, kambing bakar ‘beracun’, kacang pool & nasi ambeng. Kedai makannya tidaklah terlalu besar & waktu ramai orang memang sangat sesak serta perlu sabar untuk menunggu giliran.
Peta Lokasi | Jarak | 6017-731 7803 | Facebook | Website
Alamat: Jalan zirkon B7/B seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12.30 pm – 11.30 pm (setiap hari)
13. CRG Chiken Rice Guys
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bercakap pasal nasi ayam memang destinasi ini adalah salah satu tempat makan best di Shah Alam yang ingin dicadangkan. Bukan sahaja nasi ayamnya sedap, malah beberapa menu lain juga turut tidak mengecewakan seperti laksa nyonya, kuew teaw goreng, white mee curry, mee udang & yang paling unik, nasi itik panggang. Bagi yang suka makan nasi ayam, perlu datang ke sini kerana kesedapan nasi, ayam stim/goreng rempah/panggang & itik panggangnya memang unik lain daripada nasi ayam yang biasa kita makan.
Peta Lokasi | Jarak | 6013-333 1950 | Facebook | Website
Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 am – 7.00 pm
14. Restoran Pak Mal Nasi Ayam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bercakap pasal restoran nasi ayam yang sedap di Shah Alam ada beberapa destinasi yang popular yang boleh anda cuba. Dan salah satu yang paling lama bertapak di Shah Alam yang terkenal di bibir-bibir orang Shah Alam adalah Pak Mal Nasi Ayam. Walaupun sekali pandang nasi ayamnya sama seperti nasi ayam lain, namun kenapa nasi ayam ini mempunyai ramai peminat tegar? Adakah popularity nasi ayamnya dek kerana perniagaan yang sudah bertahun-tahun bertapak di sini ataupun memang rasanya sangat sedap dari dahulu, kini dan selamanya?
Alamat: 2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 am – 11.30 pm (Jumaat tutup)
15. Gangnam Station Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi makan sebegini memang jarang nak jumpa di mana-mana negeri lain. Kalau anda bercuti ke Selangor bolehlah bawa keluarga untuk mencuba makanan ala Korea di sini. Menu makanan di sini memang sangat pelik kalau anda pertama kali mencuba makanan Korea tetapi rasanya memang sangat menarik untuk anda alami sendiri. Jangan risau, destinasi ini menyediakan makanan halal & sering menjadi kunjungan rancangan TV seperti JJCM TV3. Suasana dalamannya yang unik seperti di Korea pasti memberi pengalaman makan yang lain daripada restoran lain.
Alamat: G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.30 am – 10.30 pm
Tel: 03-5887 0426 / 017-605 4879
16. Restoran Sunda di Rumah Makan Cibiuk
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ayam penyet & makanan Jawa mungkin menu makanan Indonesia yang biasa & senang nak jumpa. Kalau nak yang tak biasa, apa kata ke Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang mana menu makanannya adalah berlatar belakangkan orang Sunda di Indonesia. Nama menu di sini memang sangat pelik bunyinya seperti Nasi Liwet, Nasi Timbel, Sup Iga Bakar & sebagainya. Walaupun nama agak pelik tetapi rupa & rasanya lebih kurang kepada masakan ala minang yang memang sangat sesuai dengan selera tekak orang Malaysia. Terletak hanya di Seksyen 14, Vista Alam, Shah Alam & boleh ke sini untuk makan tengahari atau malam.
Alamat: Lot 19B Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am -11.00 pm
17. Al Rawsha Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Satu destinasi makan-makan untuk mereka yang gemarkan makanan dari tanah Arab. Di restoran ini, menu makanannya lebih kepada Arab Yamani dengan menu makanan yang mungkin biasa kita dengar seperti nasi kabsha, nasi mandy & ada juga puluhan menu lain yang memang sangat jarang kita dengar. Ruangan dalamannya memang mewah & lapang sesuai untuk gathering kecilan atau secara besar-besaran.
Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 12.00 am
18. Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sekiranya anda pernah mengerjakan umrah & haji serta teringin mencari makanan ala Arab seperti shawarma, kambing bakar, kebab, khabsah & nasi mandi yang sedap, sangat dicadangkan untuk singgah di Restoran Aroma Hijrah. Restoran ini sangat elegan dengan dekorasi seperti di kebanyakan restoran di Tanah Arab. Dengan konsep restoran sebegini & ditambah pula dengan menu makanan yang sedap, sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga samaada untuk makan tengahari atau makan malam.
Peta Lokasi | Jarak | 603-78321524 | Facebook
Alamat: No 6 – 14, Jalan Opera H, TTDI JAYA, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 10.30 pm
19. Mozer’s Bukit Jelutong
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Restoran ini menyediakan makanan ala arab khususnya dari negara Syria. Kedai makannya tidaklah terlalu besar namun pilihan menu makanan di sini memang banyak boleh buatkan anda pening nak mencuba yang mana. Baik roti arab, nasi arab, shawarma, kebab, lamb shank kawajh, kopi turki & pelbagai hidangan sampingan yang unik, semuanya akan membuatkan anda ingin mencuba. Kedai makan ini tak pernah lekang dek kunjungan orang ramai untuk mencuba makanan Arab yang sedap di Shah Alam.
Alamat: 12G, D’Bayu Business Centre, 40160, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10.00 am – 1.00 am
20. Foodsbury di Seksyen 9, Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Pilihan tempat makan best di Shah Alam memang sangat banyak kalau bab menu western. Dan masing-masing mempunyai tarikan menu & dekorasi interior restoran yang sangat menarik untuk memikat hati pengunjung. Foodsbury iaitu satu nama restoran yang menyediakan makanan western yang gah di Shah Alam yang sering menjadi buah mulut orang setempat kalau nak cadangkan kepada pelancong untuk menikmati menu western yang sedap seperti menu ber’grilled’, pasta, desert, aneka kek, salad, pilihan minuman yang unik & sebagainya. Dengan pilihan harga menu makan yang masuk akal, sangat sesuai untuk sesiapa sahaja datang ke sini untuk dinner bersama rakan-rakan atau kelurga. Suasana kedai makannya juga sangat dekat di jiwa kerana seperti berada di ruangan makan di rumah & sesuai untuk anda datang ke sini membuat assignment bersama rakan sepejabat.
Peta Lokasi | Jarak | 603-5523 5213 | Facebook | Website
Alamat: Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.30 pm
21. Foodilicious Kitchen
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di Medan Selera Anjung 7, terdapat beberapa lot kedai yang menawarkan menu makanan menarik & salah satunya ialah Foodilicious Kitchen. Di sini, menu makanan ala western dengan harga yang berpatutan tetapi sedap, boleh anda cuba seperti lamb chop, grilled meat, aneka pasta, pencuci mulut seperti brownies & sebagainya. Selain western makanan tempatan yang popular di sini adalah nasi lemak ayam percik yang mana ayam perciknya akan dibakar selepas anda order. Dibuka 6 pm-11 pm setiap hari.
Peta Lokasi | Jarak | 6017-641 9945 | Facebook | Website
Alamat: Kompleks Anjung 7 Jalan Zirkon 7B Seksyen 7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm
22. Café the Sumbs
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Suasana kedainya dengan dekorasi yang elegan & menu makanan western yang pelbagai yang susah nak jumpa di kedai western lain. Itu ringkasan yang boleh digambarkan tentang Café the Sumbs ini yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sekiranya anda inginkan kelainan dalam menu makanan western baik untuk sandwich, pasta, desert & sebagainya, bolehlah datang ke sini. Yang pasti kalau dah baca menu makanan di sini, semestinya membuatkan anda berfikir, apa benda nama desert menu ni?
Alamat: 7-04-01 Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide Persiaran Akuatik Seksyen 13 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.30 pm
23. Jari Comot
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau ke café ini, tidak lain dan tidak bukan untuk pengunjung cuba adalah SHELL OUT ! Dengan pilihan seafood yang banyak, masakan berempah yang sedap & harga yang semua orang mampu, Jari Comot semestinya destinasi makan-makan yang wajib anda cuba kalau anda sedang jalan jalan cari makan di Shah Alam. Acara makan-makan kalau pekena shell out memang lain dari yang lain & memang sangat sesuailah kalau bercuti ke Shah Alam bawa keluarga menjamu selera di sini. Suasana kedai pun sedap mata memandang, makan best & harga pula reasonable, memang kombinasi terbaik. Lokasinya pula hanya di Seksyen 13. Apa yang penting Jari Comot adalah Cafe Melayu & Halal !
Peta Lokasi | Jarak | 6018-7771468 | Facebook
Alamat: 51, Jalan Bola Jaring 13/15, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 7 am – 11.30 pm
24. Rojak & Cendol Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Dua menu makanan santai yang popular seantero Malaysia iaitu Rojak & Cendol. Dan kalau rasanya sedap memang meletup jawabnya. Jadi untuk mencari tempat makan yang sedap di Shah Alam yang menyediakan 2 menu ini, anda boleh ke Rojak & Cendol Shah Alam yang terletak di Medan Selera Delima, Seksyen 24. Bayangkan, ada 100 jenis cendol di sini yang boleh pengunjung cuba & yang paling popular sudah tentulah paduan cendol & durian. Walaupun nama cendol, tidak bermakna harga hanya seringgit dua. Kalau kena dengan cendol durian Musang King, memang berbelas ringgitlah jawabnya. Seluk poket & pilih cendol ikut kemampuan.
Alamat: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am
25. Coffe Planet Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Seperti nama kedainya, destinasi ini sangat ideal untuk mereka yang kaki minum kopi pelik-pelik. Restoran yang asalnya dari Dubai ini sangat terkenal di Shah Alam untuk mereka santai-santai dengan keluarga & rakan-rakan untuk pekena kopi yang segar & pilihan kopi-kopi berais & blended juga banyak di sini. Suasana kedainya yang tidak macam di kampung menjadikan ianya satu destinasi lepak yang sesuai untuk anda mungkin buat assignment atau meeting dengan klien.
Alamat: G16, Laman Seri Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.30 am – 12.00 am
26. Cat’fe • Dining & Cat Boutique
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Konsep tempat makan ini memang sangat unik. Berada di Cat’fe bukan sahaja anda boleh menikmati pelbagai menu makanan yang sedap baik western atau masakan Melayu, malah dapat melihat kucing-kucing cantik yang memang dipelihara di dalam ruangan khas. Destinasi ini bukan hanya popular kerana adanya kucing tetapi makanannya juga memang sedap & dekorasi dalaman kafenya juga sangat elegan & sangat selesa untuk mereka yang berkeluarga. Anak-anak pasti suka makan di sini.
Alamat: Vista Walk, Unit B-G-9 & B-1-9, Jalan Ikhtisas, Vista Alam, Seksyen 14, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm
27. Yazid Burger
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Terletak di Anjung 7, Shah Alam destinasi yang hanya sebuah lot kedai di medan selera ini memang sangat terkenal dengan menu burger homemade yang pelbagai saiz. Anda saiz burger kecil & ada yang besar seperti kuali (5 kg). Setiap daging burgernya dijual secara kilo mengikut saiz yang anda mahu. Kalau datang waktu malam ketika peak hour, beratur la jawabnya. Sekiranya anda mencari menu burger yang unik daripada yang biasa, bolehlah ke Yazid Burger di Medan Selera Anjung 7, Shah Alam.
Alamat: Lot 2 G-S4 Medan Seleran Anjung 7, Pusat Perniagaan Anjung Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 5.30 pm – 11.00 pm
Tel: 019-688 8709 / 017-6721488
28. Fradoo ABC Special
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Mungkin satu hari nanti anda akan ke majlis konvokesyen di UiTM Shah Alam untuk melihat adik beradik menerima ijazah & mungkin anda tidak dapat masuk ke dalam dewan kerana terhad untuk 2 orang. Sambil menunggu apa kata ke medan selera di Seksyen 2 di kedai nombor 14 untuk mencuba ABC yang sangat popular di Shah Alam yang telah bertapak lebih 15 tahun di sini. Lebih 8 jenis ABC yang ada di sini & kelikatan coklat buatannya yang menjadi mahkota setiap ABC di sini pasti membuatkan anda kecur air liur.
Alamat: Stall No 14, Medan Selera Seksyen 2, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9.00 am – 12.00 am
Itulah dia idea-idea tempat makan best-best di Shah Alam, Selangor yang boleh anda lawati kalau dah terlajak bercuti ke sini. Banyak lagi sebenarnya destinasi makan menarik yang ada di Shah Alam untuk anda jalan jalan cari makan, namun akan bersambung di lain hari. Anda tahu destinasi restoran menarik atau tempat makan yang sedap di Shah Alam yang mesti dicadangkan kepada pelancong luar? Sila komen di bawah. Akhir kata, tepuk dada tanya selera & selamat mencuba. Wassalam.
Ada 1 lagi tempat di Radia bukit Jelutong Shah alam, Syurga penggemar Cinnamon rolls.. Homebakeratclover
Restoran ikan Patin Temerloh ada kt seksyen 15 berdekatan bangunan KWSP shah Alam..
Kt situ makanan berselera.. Terutama waktu makan Tengah Hari..
Feeza Corner, Seksyen 14
sapa pernah mkn dkt jari comot? Harga ok x
terima admin sudi share location.. bersangat-sangat jasa ni.. sennag kami serang lokasi nak pau resepi ;)
Restoran Azira :-)
Sume org shah alam kena try g restoran brotherhood & co. kat jln plumbum aa7/aa sek.7..ayam cheese terbaik penah sy rasa..burger crispy pun sedap..salu repeat dgn member2..