Kedai Masakan Minang & GULAI TUNJANG yang Sedap

Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12 dan lauk kegemaran saya di sini ialah gulai tunjang dan daging dendeng.

Kedai makan ni tak jauh pun dari rumah saya, naik motor tak pakai helmet pun boleh sampai. 3 minit jer menunggang motor. Terletak betul-betul di depan Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding. Ni lah dia rupa kedai tu dari seberang jalan. Dah berminggu snap gambar ni nak share dengan para pembaca sekalian :) Kedai dia open air, di bawah pokok-pokok yang besar. Kalau tengahari tu tader lah rasa panasnya bahang mentari di ufuk timur. Redup-redup gitu !!

kedai masakan minang langat

Kedai masakan minang ni menyediakan pelbagai lauk minang yang sedap-sedap. Kalau datang sini pukul 2.30 petang kebiasaannya lauk sudah tinggal sedikit. Kalau saya datang sini pukul 3 memang selalu hampa hatiku. Tinggal sisa-sisa kehidupan sahaja.

restoran sedap hulu langat kl

Saya biasanya ke sini untuk membeli lauk atau makan di antara pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Kalau datang lepas Zohor alamat tak merasalah Gulai Tunjang kegemaranku ini. Tu dia, dengan hirisan daun kunyit dan kelembutan dan kelemakan kuah dah isi tunjang ni memang sangat-sangat sedap. Bukan senang nak cari tunjang ni.

kedai makan best hulu langat lunch

Dan kedai ni pun kadang-kadang je masak Gulai Tunjang. Sebab tu saya gemar datang seawal 11 pagi untuk melihat lauk gulai tunjang ni. Kalau ada ni lah makan dia !! Sarapan dan lunch terus ! Sambal lada dan begedil dia memang benda wajib yang akan saya ambil.

Begedil orang minang ni memang bagi saya secara peribadi yang tersedap paling saya makan. Walaupun agak kecil dari begedil di kedai mamak, tapi rasa dia memang seddap !! Sambal lada tu benda wajib. Kalau pergi kedai masakan Minangg atau Nasi Padang tader benda merah ni tak sah ! Mana ada KICK kalau tader !! Tak percayer?

nasi berlauk minang langat

Ha ni gambar yang terlatest !! Wajib ada sambal merah dan begedil !! Ikan keli dan lauk terung dia pun seddap !! Sekali makan terung tu rasa macam butter. Masuk mulut terus cair. Nyum3. Berair pulak mulut aku tengok gambar ni.

tempat makan menarik hulu langat

Berkenaan gulai tunjang ni, setaip hari cuma disediakan dalam 10-15 piring je. Kalau lambat sikit memang nganga lah jawab dia. Harga kat kedai sini tader lah mahal sangat. Biasa-biasa je macam makan kat kedai di kampung-kampung lain. Kalau macam dalam gambar atas tu baru habis 8 ringgit. Okay sangat la tu.

Kalau menuju ke Air Terjun Sungai Gabai ke atau Pangsun ke boleh singgah kat sini waktu-waktu tengahari untuk lunch. Kedai pun tepi jalan dan nak parking kereta pun senang je. Masakan minang di Selera Anggerik dan resepi Gulai Tunjang dia memang ada ummphh !! Lokasi dan koordinat restoran masakan minang ini : lat/lng: 3.102466,101.804938

32 Komen

  1. sm 18 Ogo, 2016
  2. Nursimatun 10 Apr, 2015
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 10 Apr, 2015
  3. Aiman Sadiq 2 Apr, 2015
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 6 Apr, 2015
  4. fbi 3 Feb, 2015
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Feb, 2015
  5. maria 28 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 28 Nov, 2014
      • maria 1 Dis, 2014
      • Cari Destinasi Zul Hamzah 1 Dis, 2014
  6. ohcikgu 26 Nov, 2014
  7. suri 26 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 26 Nov, 2014
  8. TehR 25 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Nov, 2014
  9. Noriza Rahman 25 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Nov, 2014
  10. suri 25 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Nov, 2014
  11. suri 25 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Nov, 2014
  12. fyna 25 Nov, 2014
  13. SuperNifz 25 Nov, 2014
    • Cari Destinasi Zul Hamzah 25 Nov, 2014
  14. titan 25 Nov, 2014
  15. emalinmohd 25 Nov, 2014

Sila Komen

Sakit Pinggang Bila Drive Jauh?> Cuba Ini <

Sila SHARE