Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Sarapan Pagi Best di Lontong King Hulu Langat, Selangor

Bagi yang selalu berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai atau ke Pangson di Hulu Langat setiap hujung minggu, jangan lupa untuk singgah bersarapan di Lontong King di Hulu Langat.

Sebenarnya dari pemerhatian saya kedai makan pagi di Lontong King ni memang terkenal. Setiap hujung minggu mesti full. Secara peribadi saya dah ke sini lebih 30 kali tahun 2014. Ada beberapa sebab kenapa saya nak kongsikan dengan para pembaca tentang restoran Lontong King di Hulu Langat ni.

Menu-menu dan aturan lauk seperti hotel

lontong king langat best

Wah, bukan main lagi bunyi dia. Tapi memang betul, tauke kedai ni merupakan seorang chef dan seorang yang sangat mesra. Kalau dari segi kebersihan kedai Lontong King memang sangat bagus.

Sudu-sudu dan garfu yang tersusun rapi serta tisu-tisu yang tebal tidak seperti di kedai makan lain yang lebih nak jimat cermat. Sampaikan lap mulut dengan tisu murah sehingga melekat lekat di misai misai :)

Sedap ke makan pagi di Lontong King ni?

Kalau tak sedap masakan saya bersusah payah nak menaip di sini berkongsi dengan para pelawat sekalin.

YUP !! Memang sedap !! Selain Lontong dia yang memang best seperti di Johor, menu masakan lain juga memang sangat best ! Antara lauk kegemaran saya apabila sarapan pagi di sini ialah Nasi Lemak dan kari kambing !!

Ye betul, Lontong King menyediakan kari kambing seawal pagi lagi. Memang tidak dinafikan kalau tanya saya, memang kari kambing dia lebih sedap daripada kari-kari kambing di kedai mamak di sekitarnya.

kuih tradisi sedap langat

Selain itu terdapat juga kuih muih di sini serta kopi yang menyegarkan seperti di hotel. Antara kuih yang saya suka ialah kuih lopez. Sedap bak hang !

Alunan muzik yang menyegarkan

tempat sarapan pagi best hulu langat

Kedai Lontong King di Hulu Langat tidak pernah sunyi di pagi hari. Dengan alunan muzik yang bertemakan santai samaada lagu lama atau lagu siam, memang sungguh membuatkan kedai Lontong King ni lain daripada yang lain.

Berada di kedai ini juga seolah-olah sedang makan di bistro dan kopitiam. Dengan hiasan frame gambar yang klasik, akuarium ikan yang besar dan juga meja-meja serta kerusi yang selesa.

Kambing Golek di pagi hari ?

restoran breakfast sedap hulu langat

Ye sememangnya lontong king menyediakan kambing golek yang di panggang secara fresh di depan kedai pada setiap pagi hujung minggu. Masakan westernnya yang sedap dan masakan melayu yang ada umph sungguh membuka selera sesiapa sahaja yang singgah di sini di pagi hari.

Mahal ke makan di kedai ni?

Dari segi harga memang mahal sedikit daripada warung-warung sekitarnya, tapi dengan rasa lauk pauk yang sedap, masakan western yang segar dan suasana yang boleh saya andaikan unik, memang sungguh berbaloi-baloi.

RM 10 setiap pagi sarapan pagi di sini

Kebiasaannya saya hanya menghabiskan wang di pagi hari untuk sarapan pagi di sini sekitar RM 10 untuk nasi lemak, kari kambing, karipap dan teo ais limau. Nasi lemak dia memang best dan bagi saya setaraf atau mungkin lebih sedap daripada kedai nasi lemak di Kg Baru.

Walaupun menu ini boleh didapati dengan harga yang lebih murah di warung lain atau di kedai mamak, tapi bagi saya dengan rasa dan kualiti kedainya saya sangat berpuas hati.

Boleh rujuk harga menunya di laman web rasminya di sini.

Lokasi Restoran Lontong King

Terletak di Hulu Langat di Batu 12 dan hanya di belakang Petronas Bukit Nanding. Sila lihat peta di bawah dan koordinat untuk tempat sarapan pagi best di Hulu Langat ini. Koordinat Kedai Lontong King Hulu Langat; lat/lng: 3.098575,101.803034. Selamat mencuba !

3.7/5 - (4 votes)
SourceSumber

Anda Mungkin Berminat

Kedai Masakan Minang & GULAI TUNJANG yang Sedap

Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12...

16 Homestay TERBAIK Di Hulu Langat Dengan Suasana Nyaman

Hulu Langat memang salah satu destinasi beriadah yang popular di Malaysia dek kerana sungai-sungai yang segar dan menyamankan. Antara sungai yang terkenal di kawasan...

13 Restoran dan Kedai Makan Sedap di Hulu Langat

Hulu Langat merupakan kawasan ala perkampungan yang sangat popular di kalangan warga kota kerana di sini terletak beberapa air terjun yang sering menjadi kunjungan...

Tempat Menarik di Hulu Langat, Selangor

Selain tarikan tempat bercuti di Hulu Selangor, daerah Hulu Langat juga menawarkan banyak destinasi percutian yang menarik dan lebih kepada tarikan alam semulajadi seperti...

15 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ezlaila
9 years ago

Nama restoran ini pun dah menggambarkan betapa pakarnya mereka dalam lontong. Kalau ada kesempatan menang nak try skali :)

Ezlaila
9 years ago

Ini baru betul2 specialize dalam lontong. Nampak sungguh menyelerakan.

Syukur
9 years ago

Nampak sangat sedap tuh, pantas bersusah-susah payah di lalui.hehe

suri
9 years ago

hoo..bahaya masuk sini asyik lapar kena cari kedai makan sahaja heee..

Noriza Rahman
9 years ago

Dah pergi 3 kali ke sungai gabai tak tahu pula ada tempat makan best camni..

Syahril Hafiz
9 years ago

Cukup selera tengok lontong tu.. RM 10 sarapan pagi memang tak jauh beza dok Kedah ni.. ada la buat save sikit, tapi tak la sampai guna tisu lekat di misai..haha

Mek ila Jual Vitamin
9 years ago

Ha, kedai yang ini boleh cuba sebab tak jauh dari Semenyih. Unik pun ye, sebab tak banyak kedai yang menggunakan lontong sebagai menu utama.

Mek ila Jual Vitamin
9 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Kenalah datang awal-awal pagi nampaknya ~

Hubungi Kami

15
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x