Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Hulu Langat, Selangor

Selain tarikan tempat bercuti di Hulu Selangor, daerah Hulu Langat juga menawarkan banyak destinasi percutian yang menarik dan lebih kepada tarikan alam semulajadi seperti air terjun, hutan, kolam memancing dan sebagainya. Berikut merupakan kesemua tempat-tempat menarik di Hulu Langat yang boleh dilawati bersama keluarga.

Destinasi menarik di Hulu Langat juga tidak jauh dari Kuala Lumpur dan setiap hujung minggu mesti penuh kereta di jalan utama Hulu Langat untuk ke tempat-tempat menarik di sini. Dan yang paling best, destinasi-destinasi air terjun di Hulu Langat majoritinya tidak jauh antara satu sama lain. Malah anda boleh melawat hampir kesemua air terjun ini hanya dalam satu hari sahaja.

Jom baca: Senarai Tempat Menarik di Selangor di Setiap Daerah


14 Tempat Menarik di Hulu Langat & Aktiviti Menarik yang boleh dilakukan

sungai gabai sungai lui langatAir Terjun Sungai Gabai – Destinasi air terjun yang agak pedalaman terletak di Sungai Lui ini memerlukan anda melalui jalan kampung namun masih boleh diakses dengan kereta. Destinasi air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang ada di Hulu Langat yang sering menjadi kunjungan orang ramai. Kawasan air terjun dia juga sangat redup dan air terjunnya juga agak tinggi. Sesuai untuk mandi manda bersama keluarga dan bbq di sini. Kemudahan seperti bilik persalinan, surau, pondok rehat dan parkir kereta juga tersedia.


sungai tekala hulu langatAir Terjun Sungai Tekala – Terletak di Jalan Sungai Lalang, destinasi air terjun ini terletak di dalam hutan lipur rekreasi yang terjaga dan juga mudah diakses dengan kenderaan. Setiap minggu memang ramai orang yang ke sini samaada untuk mandi ataupun sekadar jalan jalan mengambil angin hutan lipur. Sungai yang mengalir di sini juga agak berbatu, airnya tidak dalam dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Di sini tiada tempat tadahan yang lapang untuk orang dewasa berenang dan menyelam. Kemudahan asas seperti tandas, laluan jalan kaki berbata, tangga dan pengawasan warden di sini membuatkan ianya satu destinasi yang sangat sesuai dan selamat untuk berkelah di sini bersama keluarga.


pangsun hulu langat selangorSungai Pangsun – Destinasi Pansun yang terletak di Batu 22 Hulu Langat memang popular sebagai destinasi percutian di kalangan berkeluarga mahupun institusi tertentu untuk berkelah atau mengadakan kem bina semangat mahupun hari keluarga. Di sini terdapat beberapa penginapan yang menawarkan resort dan chalet di tepi sungai termasuk juga dengan aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik. Antara resort yang terkenal di sini ialah Impian Rimba Resort.


sungai lopoh hulu langatSungai Lopoh Village – Bagi yang ingin bermalam di tepi sungai dan berada di kawasan kampung yang sangat mendamaikan, apa kata bercuti ke sini. Perkampungan Sungai Lopo ini terdapat banyak chalet atau homestay tepi sungai yang sangat berpatutan untuk disewa. Air sungainya memang tidak lebar tapi cukup dingin dan puas hati kalau bercuti dengan keluarga. Di sini juga ada pondok-pondok rehat yang boleh disewa secara harian sekiranya anda ingin berkelah di sini untuk sehari sahaja.


lubuk manggis hulu langatLubuk Manggis – Lubuk Manggis merupakan salah satu pesisiran sungai di Pangsun yang juga tidak kurang menariknya untuk mereka yang ingin datang berkelah mandi air sungai. Di sepanjang Lubuk Manggis ini terdapat banyak pondok-pondok yang boleh disewa untuk berehat dan letak barang sambil-sambil melihat anak-anak mandi manda. Air sungainya memang jernih dan redup dikelilingi pokok-pokok.


sungai congkak hulu langatSungai Congkak – Satu lagi destinasi air terjun atau air sungai yang sangat popular di Hulu Langat. Destinasi ini juga sangat mudah diakses dengan kereta dan terdapat banyak chalet dan penginapan yang menarik di tepi sungai yang boleh disewa. Pondok-pondok rehat juga banyak dan di sini juga terdapat kolam memancing. Kawasan berkelah di Sungai Congkak ini juga agak panjang dan anda tidak perlu bersesak-sesak dengan pengunjung terutamanya di hujung minggu.


ostrich wetland semenyih langatOstrich Wonderland – Satu tempat menarik di Hulu Langat yang pasti membuatkan anak-anak teruja melihat burung tinggi yang pelbagai saiz dan umur. Ostrich Wonderland di Semenyih ini merupakan ladang ternakan unta dan terdapat juga beberapa binatang menarik lain yang dijaga di sini seperti arnab, keldai, burung merak dan ayam belanda. Kulit telur burung unta yang dihiasi dengan awan larat menarik juga boleh dibeli oleh pengunjung sebagai cenderahati.


kolam air panas sungai serai langatKolam Air Panas Sungai Serai – Bagi yang ingin berendam anggota badan di kolam air panas, apa kata singgah di Batu 11, Hulu Langat. Kolam air panas semulajadi ini dipercayai bagus untuk mereka yang ada penyakit gatal-gatal kulit. Di kolam ini pengunjung disediakan kerusi yang boleh dibawa ketengah-tengah kolam untuk duduk dan berendam. Kebiasaanya pengunjung datang ke sini pada waktu pagi dan petang. Malam hari ada juga datang namun tidak ramai.


kolam air panas dusun tua langatKolam Air Panas Batu 16 – Sebuah lagi kolam air panas semula jadi yang terletak di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat. Kolam air panas ini dipecah kepada dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Jadi kalau anda datang suami isteri, memang terpaksalah berpecah dua. Kemudahan yang ada di sini juga sangat basic seperti tandas, wakaf dan tempat bersalin. Tiada tiket yang perlu dibayar namun tabung derma disediakan untuk mereka yang ingin membantu secara ikhlas memandangkan kolam ini telah diwakafkan oleh pemilik tanahnya.


gunung nuang hulu langatGunung Nuang – Merupakan gunung yang tertinggi di Selangor dan destinasi ini memang sangat terkenal di kalangan pendaki-pendaki tempatan. Terdapat dua laluan yang boleh didaki samaada melalui Janda Baik ataupun Hulu Langat. Laluan trek melalui Hulu Langat ke Puncak Nuang lebih mencabar dan pendaki akan berjumpa dengan 3 kem rehat iaitu Kem Lolo, Kem Pacat, Kem Pengasih dan akhir sekali Puncak Nuang. Satu tempat bergunung yang sangat ideal sebagai destinasi latihan kepada pendaki sebelum mencuba puncak yang lebih tinggi seperti Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.


bukit broga semenyih hulu langatBukit Broga – Bukit Broga tidaklah setinggi Gunung Nuang dan destinasi ini juga popular sebagai tempat latihan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Setinggi 400 m dari paras laut, Bukit Broga di Semenyih, Hulu Langat ini sesuai untuk melepaskan kerinduan kepada keindahan alam semulajadi pada hujung minggu. Laluan nak kepuncak juga senang dan sering juga menjadi lokasi berbasikal pada hujung minggu. Bukit Broga juga dikenali dengan Bukit Lalang kerana dipuncaknya terdapat banyak lalang dan rumput yang panjang menghijau.


congkak atv langatCongkak ATV – Bagi yang ingin meredah hutan dengan cara menunggang ATV, apa kata ke sini. Laluan dan denainya bukannya seperti di kebanyakan tempat lain yang lebih mendatar dan juga agak kurang mencabar. Laluan trek ATV di sini melalui hutan-hutan tropika yang masih belum terusik keasliannya dan jarak perjalanannya menjangkau sejauh 6-8 km bergantung kepada pakej. Samaada anda seorang yang sudah pro atau masih baru, Congkak ATV ada pakej-pakej yang bersesuaian.


atv di hulu langatSemenyih Eco Venture Resort & Recreation – Satu destinasi percutian yang lengkap untuk mereka yang gemarkan aktiviti-aktiviti outdoor yang lasak seperti menunggang ATV di denai yang mencabar, memanah, abseiling, mountain biking dan paint ball. Dengan kemudahan dan tawaran aktiviti yang menarik sebegini, anda boleh lakukan aktiviti teambuilding dan kem-kem bina semangat di sini.


buah durian hulu langatGerai Buah – Selain destinasi di atas, Hulu Langat juga terkenal sebagai tempat yang ideal untuk mencari buah durian. Setiap kali musim buah, berderet gerai-gerai di sepanjang jalan Hulu Langat yang diusahakan oleh orang kampung. Ada yang menjual durian kampung, petai, nenas dan sebagainya.


Semoga perkongsian tempat percutian menarik di Hulu Langat di atas memberi anda gambaran tentang kekayaan dan keindahan warisan alam semulajadi Selangor. Mudah-mudahan tidak pupus di sebalik kerakusan sesetengah pihak yang sering menjadi tangan ghaib memusnahkan flora dan fauna di bumi Selangor yang tercinta ini. Wassalam.

4.3/5 - (32 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Masakan Minang & GULAI TUNJANG yang Sedap

Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12...

16 Homestay TERBAIK Di Hulu Langat Dengan Suasana Nyaman

Hulu Langat memang salah satu destinasi beriadah yang popular di Malaysia dek kerana sungai-sungai yang segar dan menyamankan. Antara sungai yang terkenal di kawasan...

Sarapan Pagi Best di Lontong King Hulu Langat, Selangor

Bagi yang selalu berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai atau ke Pangson di Hulu Langat setiap hujung minggu, jangan lupa untuk singgah bersarapan di...

13 Restoran dan Kedai Makan Sedap di Hulu Langat

Hulu Langat merupakan kawasan ala perkampungan yang sangat popular di kalangan warga kota kerana di sini terletak beberapa air terjun yang sering menjadi kunjungan...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Maryam Mustapha
Maryam Mustapha
2 years ago

Ada tandas x? Bayaran pondok untuk sehari berapa?parking banyak x?

Lowinss
Lowinss
4 years ago

Terima kasih atas keterangan yang jelas mengenai tempat yang menarik di sekitar Hulu Langat.. Bagus!

JOHN
JOHN
6 years ago

Hello.. How to contact ?
Can send contact number pls?

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x