Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Hulu Selangor, Selangor

Hulu Selangor merupakan daerah bagi Negeri Selangor yang bersempadan dengan Pahang dan kaya dengan tarikan pelancongan yang lebih ke arah kawasan alam semulajadi seperti air terjun, hutan lipur dan kolam air panas. Di bawah merupakan senarai tempat-tempat menarik di Hulu Selangor yang boleh dikunjungi kelak baik bersama keluarga mahupun rakan taulan.

Ada destinasi di sini juga merupakan salah satu tempat menarik di Selangor yang popular di kalangan warga luar dan sering menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah dan bercuti di hujung minggu.


11 Tempat Menarik yang boleh anda lawati di Hulu Selangor

sungai chiling kelah hulu selangorSantuari Ikan Kelah , Sungai Chiling – Satu tempat menarik di Hulu Selangor yang sangat popular di kalangan warga kota untuk mandi manda air terjun sambil-sambil jungle trekking. Nak masuk ke dalam pengunjung perlu berjalan kaki melalui denai yang disediakan kira-kira 20 minit. Air terjun di sini memang cantik, tinggi dan satu lagi tarikan pengunjung kalau ke sini adalah untuk melihat tempat pemuliharaan ikan kelah. Pengunjung boleh ke sini untuk berkelah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.


sungai inki kalumpangSungai Inki Kalumpang – Merupakan sebuah destinasi mandi air sungai yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Di sini kemudahan asas pengunjung disediakan seperti chalet, resort, training centre, titian gantung, tempat parking kereta, kawasan bbq, pondok rehat, tempat makan dan sebagainya. Sesuai juga untuk dijadikan aktiviti kem bina semangat atau teambuilding. Air sungai di sini juga memang menyegarkan dan sejuk serta keadaan air sungainya juga sesuai untuk dimandi oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Terdapat juga kolam buatan bersimen mozek yang sesuai dan selamat untuk budak-budak kecil bermain air di dalam.


air terjun semangkuk hulu selangorAir Terjun Semangkuk – Air terjun ini mungkin tidak selapang dan semeriah seperti di Sungai Inki Kalumpang, namun sekiranya anda jalan-jalan ke Bukit Fraser ataupun Empangan Sungai Selangor/Empangan Kuala Kubu Baru bolehlah singgah untuk mandi manda bersama anak-anak. Keluasan air terjun di sini agak kecil namun sering juga menjadi tempat persinggahan warga setempat untuk berkelah dan berehat sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Fraser.


air terjun sungai kedondong selangorSungai Kendondong – Destinasi air terjun yang senang diakses dengan kereta dan di sini terdapat kawasan tadahan air terjun yang sangat cantik dan lapang. Anda boleh memandu untuk sampai ke destinasi ini yang terletak di antara jalan Batang Kali-Genting. Kalau anda kaki terjun tiruk dari batuan yang tinggi, bolehlah ke sini bersama rakan-rakan. Kawasan air terjunnya memang ada yang cetek dan berbatu yang sesuai untuk anak-anak mandi manda.


air terjun sungai sendat selangorAir Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat – Satu lagi destinasi air terjun bertingkat di Ulu Yam, Hulu Selangor yang sangat menarik untuk datang berkelah bersama keluarga. Kawasan mandi manda di sini lebih kurang sama keadaannya di Sungai Kedondong, ada tempat berbatu dan cetek yang sesuai untuk anak-anak kecil dan juga ada tempat lapang terbuka sesuai untuk belia muda mudi berenang dan membuat aksi terjun tiruk serta bermain gelonsor batu dari tingkat dua ke tingkat satu.


air terjun serendah hulu selangorAir Terjun Serendah – Di kalangan orang setempat dikenali dengan nama Templer Kai. Destinasi air terjun ini memang sangat sesuai untuk berkelah kerana mempunyai permukaan air terjun yang sesuai samaada untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Kawasan air terjun dan tadahan airnya sangat lapang dan cantik. Kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, bilik persalinan ada disediakan. Nak datang ke sini pun senang dan mudah diakses dengan kenderaan.


kolam air panas hulu tamu selangorKolam Air Panas Hulu Tamu – Terletak di Batang Kali, destinasi ini memang sesuai sekiranya anda ingin merasai kehangatan air panas semulajadi yang asli. Terdapat kemudahan kolam-kolam bermozek yang dibina khas untuk pengunjung. Ada kolam air panas yang hanya untuk berendam kaki dan ada kolam yang boleh anda mandi terus menggunakan gayung. Terdapat juga beberapa chalet untuk mereka yang nak bermalam di sekitar sini.


kolam air panas kerlingKolam Air Panas Kerling – Satu lagi destinasi kolam air panas semulajadi yang ada di Hulu Selangor. Pengunjung boleh berendam di dalam kolam yang disediakan untuk merasai air panas ini dan yang menariknya, ianya terletak bersebelahan dengan air sungai. Kalau nak mandi air sejuk boleh terjun dalam sungai ini. Kolam Air Panas ini terletak kira-kira 15 minit dari Tol Plaza Tanjung Malim dan sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan.


lata makauLata Makau Kuala Kubu Baru – Destinasi air terjun ini memang tidak dinafikan tersangat jernih dan paling dingin airnya berbanding air terjun yang lain di Hulu Selangor. Namun nak ke sini memang agak mencabar kerana pengunjung perlu mendaki dan meredah hutan berjam lamanya. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti-aktiviti mendaki bukit dan junggle trekking di dalam hutan.


sungai bernam teratak riverviewSungai Bernam Teratak Riverview – Kalau merancang nak bermalam di tepi sungai yang jernih airnya dan menawarkan aktiviti-aktiviti lasak yang menarik, salah satu tempat yang sangat popular yang boleh anda kunjungi ialah di Teratak Riverview. Di sini mereka menyediakan pelbagai jenis penginapan chalet yang unik dan ala kampung dan betul-betul berada di tepi sungai. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah river tubing, flying fox, abseiling, berbasikal, redah hutan, paint ball dan sebagainya. Satu tempat menarik di Hulu Selangor yang sesuai sebagai destinasi untuk lakukan kem bina semangat dan teambuilding.


tempat menarik di hulu selangorTaman Millenium Kuala Kubu Baru – Sekiranya anda menginap di sekitar Kubu Baru, bolehlah datang singgah ke taman rekreasi bertasik yang terkenal ini samada untuk jogging atau bersiar-siar dengan keluarga. Kemudahan asas sebuah taman rekreasi memang cukup lengkap di sini seperti laluan jalan kaki berbata, pondok rehat, taman permainan kanak-kanak, gerai dan sebagainya.


Bagi yang cintakan alam semulajadi dan gemarkan aktiviti menenangkan jiwa, sangat disarankan untuk jenguk-jenguk ke tempat-tempat menarik di Hulu Selangor seperti di atas. Wassalam.

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Tempat Penginapan di Kuala Kubu Bharu (KKB)

Kuala Kubu Bharu atau singkatannya KKB merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Selangor. Disebabkan lokasinya yang dekat dengan Bukit Fraser ianya telah...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nur natasya
Nur natasya
6 years ago

Salam admin,dekat hulu selangor ni mana nk cari tempat yg boleh buat aktiviti lasak like junggle trekking,paragliding,moto besar yg lalu hutan2 (saya tk tahu nama dia apa)

anuar
anuar
7 years ago

Salam Admin, bagaimana kalau ingin menyenaraikan Homestay di dlm carian homestay di web site caridestinasi.com ini

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x