Isi Kandungan
Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke salah satu lokasi hotspring di bawah. Destinasi-destinasi kolam air panas di bawah ini merupakan antara yang popular yang terdapat tidak jauh dari Selangor & KL yang boleh dikunjungi pada hujung minggu.
Ada antara destinasi kolam air panas ini hanya sesuai untuk datang berendam semata-mata tanpa kemudahan penginapan dan ada destinasi kolam air panas yang lengkap dengan penginapan yang boleh anda bermalam.
Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor
Destinasi kolam air panas ini agak unik tarikannya berbanding kebanyakan destinasi hotspring lain kerana lokasi kolam air panas yang siap sedia di dalam kolam buatan ini terletak hanya berdebelahan dengan sungai.
Sesudah berendam di dalam kolam air panas, bolehlah pula beralih kepada air yang lebih sejuk di dalam sungai ini. Kalau anda mengunakan lebuhraya, destinasi kolam air panas ini hanyalah lebih kurang 15-20 minit dari plaza tol Tanjung Malim.
Jom Baca: Destinasi Menarik di Hulu Selangor
Kolam Air Panas Selayang
Destinasi kolam air panas di sini agak terbuka dan terdapat beberapa buah kolam air panas yang terdapat di dalam kolam yang sudah dibina menggunakan konkrit. Ada kolam yang dibina di mana pengunjung boleh masuk ke dalam dan berendam dan ada kolam yang lebih jernih airnya di mana pengunjung perlu mencebuk menggunakan baldi dan gayung.
Kawasan persekitarannya sangat lapang dan selesa walaupun ramai yang berkunjung ke sini di samping dengan kemudahan kawasan parkir kereta yang luas serta deretan kedai makan yang hanya bersebelahan.
Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat
Kolam air panas ini terletak di dalam Daerah Hulu Langat, Selangor yang memang sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu. Secara tepatnya lagi ianya berada di Kampung Sungai Serai atau juga Batu 11, Hulu Langat.
Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu melalui Bukit Ampang sehingga ke simpang lampu isyarat Batu 14 berdekatan dengan Masjid Batu 14. Seterusnya belok ke kiri dan terus menuju ke Batu 11 ataupun Kampung Sungai Serai.
Jom Baca: Tempat Menarik di Hulu Langat, Selangor
Kawasan kolam air panas di sini kelihatan seperti sebuah kolam semulajadi dan tiada binaan konkrit atau kolam buatan manusia. Paras airnya tidak dalam dan bahkan pengunjung boleh ambil kerusi plastik yang disediakan untuk diletakkan di tengah-tengah kolam sambil-sambil rendamkan kaki sehingga ke paras betis.
Kolam Air Panas Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat
Sebuah lagi destinasi air kolam panas semulajadi yang terdapat di dalam daerah Hulu Langat di Batu 16 atau di Kampung Dusun Tua. Sekiranya anda menuju ke kawasan air terjun samaada Air Terjun Sungai Congkak atau Air Terjun Sungai Gabai, anda akan berjumpa dengan kolam air panas ini di sebelah kanan berdekatan dengan sebuah sekolah.
Destinasi kolam air panas ini telah diwakafkan oleh pemilik tanah untuk kegunaan umum jadi tiada bayaran tiket masuk di kenakan. Kolam air panas di sini juga telah dipecahkan kepada dua bahagian untuk lelaki dan juga perempuan.
Kalau anda sekadar nak jirus air panas semulajadi di badan anda tanpa bersuka ria seperti di mana-mana taman tema, bolehlah singgah di Kolam Air Panas Dusun Tua ini. Kemudahan asas seperti bilik persalinan dan juga tandas ada disediakan. Walaupun tiada bayaran masuk namun pengunjung digalakkan untuk derma ikhlas bagi menampung kos penyelenggaraan tempat ini.
Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali, Hulu Selangor
Sebuah destinasi yang santai untuk mereka yang ingin berendam di dalam kolam air panas semulajadi di dalam Daerah Hulu Selangor. Sekiranya anda dalam perjalanan melalui Batang Kali ke Tanah Tinggi Genting ataupun mungkin ke Bukit Fraser, bolehlah singgah di sini bagi merasai sendiri pengalaman mandi di kolam air panas.
Pengunjung boleh menggunakan kemudahan empat kolam air panas yang telah dibina dengan simen serta tiles dan pastikan anda menggunakan baldi dan gayung untuk lebih selesa. Di sekitar kolam air panas ini juga terdapat kemudahan chalet yang boleh disewa sekiranya ada ingin berehat dan bermalam di sini.
Destinasi Kolam Air Panas yang lebih menarik dan mesra kanak-kanak ?
Sekiranya anda hanya inginkan merasai air panas semulajadi, 5 destinasi di atas sudah memadai untuk anda lawati mungkin sebagai satu langkah alternatif anda untuk kebaikan kulit sendiri. Namun sekiranya anda ingin bermalam dengan anak-anak ataupun keluarga, saya kira ada lagi beberapa destinasi lain yang lebih menarik untuk dikunjungi namun lokasinya terletak di luar Selangor.
Destinasi kolam air panas yang dimaksudkan ialah di Felda Residence Hot Spring di Sungkai, Perak, Wet World Air Panas Pedas di Negeri Sembilan, Kolam Air Panas Jasin di Melaka ataupun mungkin di Kolam Air Panas Ulu Lenggong di Baling, Kedah.
Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Selangor di Setiap Daerah
Destinasi-destinasi kolam air panas ini lebih menarik kalau nak datang dengan anak-anak kerana kemudahannya baik dari segi kualiti kolam, penginapan dan taman permainan yang mesra kanak-kanak serta lebih sempurna dan terjaga.
time PKP la rasa nak pergi kolam air panas
Terima kasih dengan maklumat yang diberikan. Kalau boleh lebih banyak gambar persekitaran dan gambar kemudahan yang tersedia dikawsan tersebut dipaparkan. Terima kasih.
Menarik..
Wahhh.. cambest je, tak sabar nak bawak anak berjalan ke sana