Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi


Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju di Malaysia. Walaupun Selangor adalah negeri yang maju tetapi ianya masih mempunyai mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Walaupun kebanyakan tempat pelancongan di Selangor berada di bandar tetapi ianya masih menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.

Jika anda berhasrat untuk bercuti di Selangor dan tidak tahu hendak ke mana, anda patut cuba pergi ke taman tema air yang ada di Selangor. Ini kerana beberapa taman tema air di Selangor memang popular dengan keseronokkannya dan ada juga beberapa taman tema air yang baru dibuka. Semestinya tidak akan mengecewakan anda. Anda boleh ikuti senarai taman tema air yang best di bawah.

Taman Tema Air di Selangor yg Best & Mesti Dikunjungi Bersama Keluarga


1. Sunway Lagoon @ Bandar Sunway

SUNWAY LAGOON

Sunway Lagoon, Subang Jaya memang sebuah taman tema air yang sangat popular di Selangor. Disebabkan Sunway Lagoon mempunyai banyak tarikan yang menyeronokkan, ianya sentiasa menjadikan pilihan para pelancong dari dalam dan luar negara. Jika anda sedang mencari taman teman air yang menyediakan pelbagai tarikan yang menyeronokkan, anda patut datang ke sini. Terdapat banyak permainan yang boleh anda cuba daripada taman tema air hinggalah taman hiburan yang kering. Harga tiket masuk untuk pemegang kad pengenalan Malaysia pula hanya serendah RM 155 dan RM 130 untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas dan warga emas.

Harga tiket ini memang sangat berbaloi dan berpatutan kerana anda boleh mencuba lebih daripada 30 permainan di Amusement Park, Extreme Park, Sunway Wildlife Park, Scream Park, Nickelodeon Lost Lagoon dan Water Park. Selain itu, anda juga boleh membeli Quack Xpress dengan harga RM 85 iaitu bayaran tambahan untuk anda yang tidak mahu beratur semasa ingin menaiki permainan di Sunway Lagoon. Bukan itu sahaja, Sunway Lagoon juga ada menawarkan sewaan cabana iaitu tempat peribadi untuk anda bersantai. Antara jenis cabana yang ada ialah Standard Cabana, Deluxe Cabana, Family Cabana, dan VIP cabana. Sangat sesuai untuk menyewa cabana bagi anda yang mempunyai anak kecil kerana banyak kemudahan yang disediakan seperti kipas penyejuk udara, bangku, meja, kerusi pantai, loker, peti sejuk beku, air mineral dan lain. Kemudahan yang disediakan di setiap cabana pula adalah berbeza mengikut jenisnya.

Tambahan pula, Sunway Lagoon juga ada menawarkan Night Park yang bertemakan “Sunway Lagoon Night Park: The Good, The Bad, And The Wild” di mana ianya akan menampilkan budaya Amerika dan anda akan menemui cowboy moden. Selain itu, anda juga akan merasai hiburan taman Wow Wild West pada waktu malam dan akan melihat pertunjukkan api. Memang sangat mengujakan. Harga tiket untuk Night Park pula adalah RM 60 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak dan warga emas. Apa yang menariknya, Sunway Lagoon juga ada menyediakan pakej berkhemah.

Memang sangat menarik dan sesuai kepada mereka yang suka berkhemah tetapi mahukan persekitaran yang sedikit berbeza. Setiap pakej ‘Camp Out’ sudah termasuk dengan penginapan yang selesa dalam khemah dengan sebuah katil, tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk 2 hari, sarapan pagi dan makan malam BBQ. Memang sangat berbaloi dan tidak rugi untuk anda cuba. Bagi info lanjut, anda boleh ke laman web di bawah kerana banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan. 

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


2. WetWorld Water Park @ Shah Alam

WETWORLD

Bukan di Subang Jaya sahaja yang ada taman tema air, malah di Shah Alam pun ada. WetWorld Water Park adalah salah satu taman tema air yang popular di Shah Alam kerana ianya berorientasikan keluarga. Memang sangat sesuai untuk datang ke sini bersama keluarga kerana aktiviti dan tempat mandi yang disediakan adalah daripada pelbagai peringkat umur daripada bayi hinggalah dewasa pun ada. Walaupun WetWorld Water Park ini tidak sebesar Sunway Lagoon tetapi isinya masih mampu menawarkan pelbagai jenis aktiviti. Contohnya seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean Rider, Whirlwind Escape, dan lain-lain.

Ada juga kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Kiddy Typhoon Lagoon, Bermuda Triangle dan lain-lain. Harga tiket masuk yang ditawarkan pula hanya serendah RM 33 untuk dewasa, RM 29 untuk kanak-kanak, RM 20 untuk warga emas dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90 cm. Boleh dikatakan taman tema air ini adalah yang termurah yang anda boleh jumpa di Selangor. Dengan harga yang ditawarkan, memang sangat berbaloi kerana anda boleh main semua permainan dengan hanya satu harga tetapi anda perlu menyewa pelampung untuk bermain beberapa permainan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas, bilik menukar pakaian, pengering rambut, loker, ruangan makan dan lain-lain.

Walaupun anda tidak dibenarkan membawa makanan tetapi WetWorld Water Park ada menjual pelbagai jenis makanan berat, snek dan lain-lain. Pastinya anda tidak akan berlapar jika bermandi-manda disini. Selain itu, ada juga disediakan sewaan gazebo untuk mereka yang memerlukan ruangan yang lebih privasi bersama keluarga. Gazebonya pula sangat selesa dengan adanya kipas dan peti ais mini. Bolehlah anda bersantai di situ bersama keluarga. Anda disarankan untuk membeli tiket secara online untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah. 

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


3. Big Bucket Splash Gamuda Garden @ Rawang

BIG BUCKET SPLASH GAMUDA GARDEN

Kalau anda berada di sekitar Rawang dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak, anda patut datang ke Big Bucket Splash Gamuda Garden kerana taman tema air ini adalah mesra kanak-kanak. Memang sesuai untuk membawa kanak-kanak ke sini kerana kawasannya tidak terlalu besar dan senang untuk anda memantau anak-anak anda. Tarikan utama taman tema air ini ialah ianya mempunyai sebuah baldi yang besar dan baldi tersebut akan mencurahkan air apabila sudah penuh.

Selain itu, Big Bucket Splash Gamuda Garden juga mempunyai 4 jenis gelongsor yang berbeza. Jadi, memang sangat mengujakan untuk bermandi-manda bersama kanak-kanak. Harga tiket masuk pula ialah RM 18 untuk dewasa, RM36 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90 cm ke bawah. Akan tetapi, sistem di taman tema air ini sedikit berbeza. Harga yang ditawarkan adalah mengikut slot. Setiap slot pula mempunyai masa 3 jam. Hari Isnin hingga Jumaat akan mempunyai 2 slot manakala pada hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum pula mempunyai 4 slot. Jadi, anda boleh rancang terlebih dahulu sebelum sebelum anda ingin ke sini.

Anda juga disarankan untuk booking tiket secara online sahaja kerana dikhuatiri anda tidak akan mendapat slot yang anda inginkan kerana setiap slot adalah terhad. Disebabkan anda tidak dibenarkan membawa makanan daripada luar, anda tidak perlu risau kerana di dalamnya ada menjual pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah loker. Anda perlu membayar RM 10 untuk loker besar dan RM 5 untuk loker kecil.  

Alamat: 48050, Rawang, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


4. SplashMania WaterPark Gamuda Cove @ Banting

SPLASH MANIA

Mungkin ketiga-tiga tempat ini berada jauh dari rumah anda. Anda jangan risau jika anda berada di kawasan banting, kerana masih ada satu lagi taman tema air yang menyeronokkan di Banting, Selangor. SplashMania WaterPark adalah sebuah taman tema air yang baru dibuka di Banting. Antara tarikan yang ada di SplashMania WaterPark ialah kapal lanun gergasi. Taman tema air ini juga ada menawarkan 39 jenis gelongsor dan pelbagai jenis tarikan lain. Harga tiket masuk pula hanya serendah RM 79 untuk dewasa, RM 63 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala percuma untuk kanak-kanak bawah ketinggian 90 cm.

Dengan segala tarikan dan kemudahan yang disediakan memang sangat berbaloi. Antara kemudahan yang disediakan pula ialah tandas, surau, loker dan lain-lain. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, pastinya akan memudahkan pengunjung-pengunjung yang datang. Disebabkan pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan daripada luar, anda tidak perlu risau kerana SplashMania WaterPark ada menyediakan pelbagai jenis makanan untuk pengunjung mereka.

Sebagai ingatan, taman tema air ini belum dibuka sepenuhnya, jadi ada beberapa gelongsor yang belum dibuka tetapi akan dibuka secara berperingkat pada masa akan datang. Walaupun SplashMania WaterPark adalah taman tema air yang baru, tetapi ianya telah menjadi salah satu taman tema air pilihan pengunjung kerana harganya yang lebih murah.

Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


5. Bangi Wonderland Theme Park & Resort @ Bangi

BANGI WONDERLAND

Selain di Subang Jaya, Shah Alam, Rawang dan Banting, Bangi pun ada taman tema air tau. Apa yang menariknya di Bangi Wonderland Theme Park & Resort ialah ianya mempunyai 14 jenis gelongsor dan tarikan yang menarik seperti Anaconda Trail, Spiralax, Body Slide, Magic Funnel, The Fall, Green Pearl, Wonder Loop dan Boomeriang. Memang sangat menyeronokkan. Tak puas seharian untuk main semua permainan disini. Selain itu, ada juga gelongsor yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak terlalu extreme untuk mereka.

Boleh dikatakan taman tema air ini sesuai untuk semua jenis peringkat umur. Tarikan lain yang ada di Bangi Wonderland ialah Pirates Spa Pool iaitu anda akan merasai bermandi-manda di kolam dengan ombak buatan. Memang menarik. Ada juga Meander River dimana anda boleh bersantai di atas pelampung sepanjang sungai buatan mereka. Harga tiket masuk pula ialah RM 55 untuk dewasa, RM 45 untuk kanak-kanak, RM 28 untuk warga emas, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 90 cm.

Antara kemudahan yang boleh disewa ialah tube RM 20, cabana RM 120 dengan kemudahan kipas dan plug point, dan loker yang berbeza harga untuk setiap saiz daripada RM 15 hinggalah RM 45. Antara kemudahan lain yang disediakan disini ialah tempat menukar pakaian, tandas, surau dan lain-lain. Bagi anda yang berminat untuk datang ke Bangi Wonderland, taman tema air ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Waktu operasi untuk hari Isnin hingga Jumaat ialah 11 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi untuk hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah ialah 10 pagi hingga 6 petang. Bangi Wonderland akan beroperasi pada hari Selasa jika pada hari tersebut ialah cuti umum atau cuti sekolah.

Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. WaterWorld by I-City

WATERWORLD ICITY
Credit; Facebook Earyne Saje

Jika di Shah Alam, bukan sahaja WetWorld Water Park malah WaterWorld pun adalah salah satu taman tema air yang ada di Shah Alam. WaterWorld terletak di I-City. I-City juga adalah salah satu tempat yang popular di Shah Alam. Jika anda berada di sekitar Shah Alam, anda patut cuba datang ke sini. Apa yang menariknya, WaterWorld mempunyai 3 jenis tarikan utama iaitu Jacuzzi Pool, Lazy River dan Wave Pool.

Selain daripada itu, ada juga 2 jenis kolam untuk kanak-kanak. Jadi, taman tema air sesuai untuk semua jenis peringkat umur. Selain itu, anda juga tidak perlu menyewa pelampung kerana anda boleh menggunakan pelampung yang disediakan secara percuma. Harga tiket masuk untuk ke WaterWorld ialah RM 38 untuk dewasa, RM 33 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90 cm. Anda disarankan untuk membeli tiket secara online atau di aplikasi mereka iaitu I-City SuperApp. Lebih mudah membeli tiket di aplikasi mereka kerana di dalam WaterWorld nanti, anda akan menggunakan aplikasi ini untuk membeli makanan juga.

Untuk memastikan tiket yang dibeli sah untuk digunakan, anda disarankan untuk membeli tiket sehari lebih awal. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik menukar pakaian, tandas, bilik mandi, kiosk makanan, bangku, gazebo, suran dan lain-lain. Mereka juga ada menyediakan loker yang boleh disewa iaitu RM 10 untuk loker kecil dan RM 20 untuk loker besar.

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


7. Amverton Riverine Splash @ Pulau Carey

AMVERTON RIVERINE SPLASH

Di Pulau Carey juga ada sebuah taman tema air yang unik kerana ianya bertemakan suku kaum. Walaupun Amverton Riverine Splash hanyalah taman tema air yang tidak terlalu besar tetapi ianya masih mampu memberikan kepuasan kepada pengunjung. Amverton Riverine Splash mempunyai lebih kurang 12 jenis gelongsor dan tarikan. Antaranya ialah Splashers Pool, Rimba River, Kiddie Bents Pool, The Breaker Pool, The Wave Pool, Waterfall Pool dan lain-lain.

Anda juga boleh menyewa pelampung dengan harga RM 30. Baki RM 10 akan dikreditkan ke gelang tangan anda selepas anda memulangkan pelampung. Harga tiket masuk ke taman tema air ini pula adalah RM 58 untuk dewasa, RM 38 untuk kanak-kanak, RM 28 untuk warga emas, dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90 cm. Akan tetapi, anda akan mendapat harga tiket yang lebih murah melalui voucher jika anda menginap di Amverton Cove Golf & Island Resort. Resort ini hanya bersebelahan dengan Amverton Riverine Splash, jadi memang sesuai untuk anda menginap sambil bercuti di resort ini.

Harga tiket masuk untuk ke Amverton Riverine Splash jika anda menginap di resort ini ialah RM 38 untuk dewasa dan RM 28 untuk kanak-kanak dan warga emas. Mereka juga ada menyediakan loker yang boleh disewa iaitu RM 15 untuk loker kecil dan RM 30 untuk loker besar. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik menukar pakaian, tandas, surau, restoran, tempat parking percuma dan lain-lain. Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, Amverton Riverine Splash dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang. 

Alamat: PT943 Jalan Carey 1, Off, Persiaran Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


8. MSekin Wonderland Water Theme Park @ Sekinchan

MSEKIN WONDERLAND

Siapa sangka di Sekinchan pun ada taman tema air yang menyeronokkan. MSekin Wonderland Water Theme Park adalah taman tema air yang baru dibuka pada tahun 2021 di Sekinchan, Selangor. Tarikan utama taman tema air ini ialah ianya mesra kanak-kanak. Walaupun ianya taman tema air yang mesra kanak-kanak tetapi ianya juga sesuai untuk orang dewasa kerana taman tema air ini menyediakan kolam dengan kedalaman yang berbeza yang sesuai untuk orang dewasa bermandi-manda.

Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung yang datang ialah Gondo La iaitu gazebo yang lebih privasi, loker, khemah, surau, tempat menukar pakaian, tandas, kiosk makanan, indoor playground dan banyak lagi. Jika anda ke MSekin Wonderland Water Theme Park bukan sahaja mandi-manda, anda juga boleh melakukan pelbagai lagi aktiviti lain. Harga tiket masuk pula hanya serendah RM 30 untuk dewasa, RM 25 untuk warga emas dan kanak-kanak berumur 1-12 tahun jika beli secara online. Jika anda berminat untuk datang kesini, MSekin Wonderland Water Theme Park dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. 

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

90+ Tempat Menarik di Selangor Paling Popular untuk Pelancong Terokai

Memang tepat keputusannya jika anda merancang untuk bercuti ke Selangor. Sebabnya, begitu banyak destinasi pelancongan yang menarik yang boleh dilawati seperti tarikan pelancongan di...

15 Homestay Best di Selangor utk Staycation

Di Negeri Selangor terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik dan merupakan antara destinasi pelancongan yang terbaik. Sekiranya anda merancang untuk membawa keluarga anda untuk...

10 Shopping Mall Di Selangor yg TERBAIK

Negeri Selangor boleh dikatakan antara negeri yang sangat maju dalam Malaysia. Negeri Selangor juga memiliki ekonomi terbesar di Malaysia. Walaupun begitu, Selangor juga tidak...

Zoo Negara – Harga Tiket, Diskaun & Tarikan Paling BEST

Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu...

6 Kedai Badminton Terbaik di Sekitar Shah Alam

Badminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain menggunakan raket. Sebelum anda bermain badminton, anda perlulah mempunyai raket dan peralatan badminton yang...

12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x