Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Homestay Best di Selangor utk Staycation

Di Negeri Selangor terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik dan merupakan antara destinasi pelancongan yang terbaik. Sekiranya anda merancang untuk membawa keluarga anda untuk bercuti di Selangor, anda mesti memerlukan tempat penginapan yang mampu memberikan keselesaan untuk anda sekeluarga. Jangan risau kerana di sini kami telah membantu anda dengan menyenaraikan pelbagai homestay yang patut anda cuba. Ia dapat menjamin perjalanan percutian anda akan menjadi lengkap dan lebih menyeronokkan.

Harga tidak akan menjadi masalah kerana mereka menawarkan homestay yang sempurna dengan tawaran harga yang berpatutan. Homestay yang dikelilingi dengan keindahan alam sekitar ini mampu menghilangkan rasa penat bekerja anda. Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan yang disediakan di homestay ini.

Homestay Terbaik Di Hulu Langat


1. Gerimis Senja Villa

Gerimis Senja Villa

Anda masih mencari tempat penginapan yang terbaik di area Hulu Langat? Apa kata kalau korang cuba homestay Gerimis Senja Villa. Banyak kemudahan yang disediakan di homestay ini antaranya ialah mesin basuh, televisyen dengan saluran Astro, tempat khas untuk lelaki yang ingin merokok, tempat yang sesuai untuk membakar bbq, arang untuk bakar bbq, alat kelengkapan bbq, kolam peribadi, set lengkap dapur, set lengkap bilik tidur, meja tenis untuk aktiviti keluarga dan permainan carrom untuk mengisi masa lapang.

Untuk perkhidmatan housekeeping anda akan dicas sebanyak RM 60 sahaja. Tempat ini bukan sahaja hanya boleh dijadikan sebagai tempat penginapan malah ia boleh menjadi tempat untuk anda mengadakan pesta pribadi atau perjumpaan keluarga. Selain itu, homestay yang dikelilingi hutan hijau ini mampu memberikan anda ketenangan di samping  dapat menghirup udara yang segar.

Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-252 2235


2. Rumah Kebun

Rumah Kebun

Rumah Kebun merupakan antara tempat percutian yang ideal untuk anda sekeluarga. Homestay ini dikelilingi oleh alam semula jadi yang indah dan mempunyai keluasan 2 1/2 ekar. Hanya 28 kilometer sahaja daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Dengan mempunyai reka bentuk desa akan mampu memberikan anda berasa seperti sedang berada di kampung halaman sendiri.

Sekiranya anda merupakan pencinta alam sekitar, anda wajib untuk berkunjung ke Rumah Kebun ini kerana di sini terdapat air terjun. Anda juga boleh mendapatkan pengalaman memberi ayam atau kambing makan secara percuma. Yang menariknya, dapur di homestay ini mempunyai ruang yang luas dan boleh memuatkan anda sekeluarga untuk melakukan aktiviti memasak bersama-sama.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-222 4956


3. Balik Kampung Villa

Balik Kampung Villa

Balik Kampung Villa adalah tempat percutian mewah yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja daripada Kuala Lumpur. Di sini anda akan diberikan pilihan untuk memilih konsep bilik yang anda ingini. Antara konsep villa yang ditawarkan ialah rumah pokok, kampung lifestyle yang akan memberikan anda aura seperti berada di kampung halaman dan bilik romantik yang sesuai bagi pasangan yang ingin berbulan madu.

Jangan risau tentang harga villa di sini kerana ia yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Anda wajib untuk mencuba tempat ini kerana tempat ini menjaminkan yang ia akan mampu membuatkan perjalanan percutian anda sekeluarga menjadi lebih menyeronokkan.

Alamat: 49, B52,Batu, Jalan 17, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes 


4. Naurah homestay/chalet di Beranang

Naurah homestay/chalet di Beranang

Percutian anda tidak akan menjadi sempurna jika tiada tempat bermalam yang selesa. Jadi, anda boleh mendapatkan pengalaman menginap yang terbaik di Naurah homestay chalet yang terletak di Beranang, Selangor. Anda akan terpegun dengan reka bentuk homestay mereka. Yang menariknya, homestay ini bukan sahaja dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau malah terdapat kolam ikan yang besar.

Sekiranya anda berancang untuk membuat hari keluarga, tempat ini merupakan antara tempat yang sesuai kerana ia mempunyai keluasan yang sempurna. Selain itu, setiap bilik tidur di sini mempunyai satu set tempat tidur kembar dan di setiap bilik mempunyai bilik mandi en suite yang dilengkapi dengan pancuran mandian hujan untuk pengalaman mandi mewah.

Alamat: Lot 1275, Kampung Kuala Pajam, 43700 Beranang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-235 0464


5. Sharaleil Pool Homestay, Bandar Baru Bangi

Sharaleil Pool Homestay

Sharaleil Pool Homestay yang terletak di pedesaan Bandar Baru Bangi ini merupakan antara tempat penginapan yang terbaik. Vila banglo di sini dilengkapi dengan 7 bilik tidur yang mempunyai penghawa dingin dan bilik mandi en suite yang menghadap ke kolam renang peribadi. Kapasiti untuk vila satu ialah seramai 20 orang dan kapasiti untuk vila dua ialah hanya seramai 6 orang sahaja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyewa dewan kecil yang memuatkan 50 sehingga 70 orang untuk mengadakan sebarang majlis. Villa yang mempunyai reka bentuk moden dan mewah ini sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai tempat penginapan anda sekeluarga. Walaupun villa ini kelihatan elegent dan mewah tetapi harga yang ditawarkan bagi sebuah villa ini adalah sangat berpatutan.

Alamat: 2483, Jalan Surada 8/24, Seksyen 8, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-2320 1344

 

Homestay Terbaik Di Ulu Selangor


1. Kampung Kuang Retreat, Sungai Buloh

Kampung Kuang Retreat, Sungai Buloh

Kampung Kuang Retreat merupakan homestay yang mempunyai reka bentuk yang mewah dan cantik. Homestay mereka juga mempunyai tema ala-ala kampung dan sangat sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan ketenangan. Rumah percutian ini dibina oleh ahli kraftangan daripada Kelantan dengan menggunakan perincian daripada kayu kempas, balau dan batu. Selain itu, bilik air homestay ini pula dihiasi dengan jubin.

Harga untuk menyewa keseluruhan rumah di sini ialah bermula dari RM 1000 semalaman. Ia sangat berbaloi untuk anda sekeluarga. Di dalam rumah yang disewa ini juga mempunyai kolam peribadi dan ruang di dalam rumah ini juga sangat luas. Dijamin anda akan berpuas hati sekiranya memilih tempat ini sebagai tempat penginapan anda.

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-2730 9988


2. Thirty Villa Homestay, Puchong

Thirty Villa Homestay, Puchong

Thirty Villa Homestay merupakan antara villa yang terbaik dan patut anda cuba. Percutian anda akan lebih menyeronokkan dan anda akan berpuas hati sekiranya memilih homestay yang terletak di Puchong ini sebagai tempat penginapan anda. Mempunyai 10 bilik dan 11 bilik air. Ia juga mampu memuatkan seramai 30 orang.

Villa ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah disediakan wifi percuma, ruang makan yang luas, kolam renang peribadi, banyak tempat untuk anda meletakkan kenderaan, tempat untuk seterika baju, set lengkap untuk mandian, mesin basuh, tempat bakar bbq dan terdapat dewan untuk berkumpul yang boleh memuatkan seramai maksimum 40 orang. Selain itu, peralatan di dapur mereka juga lengkap seperti mempunyai peti sejuk, microwave, cerek dan banyak lagi.

Alamat: No 30, 22, Jalan PP 2, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-585 9300


3. Villa deZalira, Shah Alam

Villa deZalira, Shah Alam

Villa deZalira yang terletak di Shah Alam ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden. Antara kemudahan percuma yang ditawarkan di sini ialah Wi-Fi, peralatan bbq, halaman belakang yang luas untuk bakar bbq, kemudahan dobi dan kolam renang di luar  dengan air pancut. Di sini juga boleh menjadi tempat untuk anda mengadakan majlis seperti sambutan hari jadi anak, hari keluarga dan pelbagai lagi.

Yang menariknya, di setiap bilik di villa ini dilengkapi dengan penghawa dingin. Anda juga boleh membuat pilihan rumah yang ingin disewa kerana terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan. Rumah A dipanggil sebagai Astervilla yang mempunyai 3 bilik tidur dan rumah B dipanggil sebagai Bouganvilla dengan mempunyai 5 bilik tidur.

Alamat: No 12, Lot 4043 Lorong Sangkawi, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam

Waktu Operasi: Setiap hari

Laman Web | Facebook | Phone: 016-974 9414

 

Homestay Terbaik Di Ulu Bernam


1. Sri Damai Resort, Kalumpang, Hulu Selangor

Sri Damai Resort, Kalumpang, Hulu Selangor

Sri Damai Resort merupakan antara tempat penginapan yang terbaik dan patut untuk anda cuba sekiranya anda bercuti di kawasan Kalumpang. Homestay ini mempunyai konsep alam semula jadi dan direka dengan reka bentuk ala-ala rumah kampung. Di sini mempunyai 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, 2 bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Di sini terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak dan kolam pancing bagi mereka yang merupakan kaki pancing.

Antara aktivti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh berbasikal, melawat dusun buah-buahan tempatan, melihat haiwan-haiwan ternakan, melawat ladang rusa dan mandi air terjun sekiranya anda tidak ingin mandi di kolam yang disediakan. Harga bagi menginap semalaman di homestay ini sangat murah dan berbaloi iaitu bermula RM 990.

Alamat: 640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-316 1213


2. Teratak Riverview, Ulu Bernam

Teratak Riverview, Hulu Bernam

Penginapan berkonsepkan rumah kampung tradisional ini pasti dapat membuatkan anda mengimbau nostalgia lama. Hanya boleh didapati di Homestay Teratak Riverview yang terletak di Selangor. Homestay ini telah dibuka daripada tahun 2008. Dengan memilih Teratak Riverview sebagai tempat penginapan anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna di sini.

Selain itu, anda juga akan dapat menghirup udara yang segar di sini kerana homestay ini terletak di pinggiran sungai yang jernih. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Pekerja mereka juga akan sentiasa bersedia untuk membantu anda yang mempunyai masalah ketika menginap di tempat ini.

Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim

Waktu Operasi: 8.30am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3431346


3. Tasik Kebun Resort

Tasik Kebun Resort

Anda harus beristirahat dari kesibukkan kehidupan di kota dengan memanjakan diri anda sekeluarga dengan ketenangan dan kepelbagaian alam. Tasik Kebun Resort merupakan pilihan tempat yang tepat untuk anda. Terdapat banyak pilihan bilik yang boleh ditempah di homestay ini. Yang istimewanya di sini ialah terdapat bilik khas yang boleh ditempah untuk pengantin baru yang ingin berbulan madu. Bilik tersebut diberikan diskaun harga sebanyak 30% dan dihias dengan sangat cantik.

Selain itu, terdapat bilik permainan yang dilengkapi dengan pelbagai mainan menarik yang dibuka siang dan malam. Anda boleh meluangkan waktu di bilik permainan ini sekiranya tiada aktiviti lain untuk dibuat. Semua permainan boleh dimain dengan membayarnya menggunakan token. Di homestay ini juga terdapat tasik yang luas dan kolam renang.

Alamat: Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 SERENDAH FS, 43300, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:  013-388 8359

 

Homestay Terbaik Di Kuala Selangor


1. Homestay Dangau Panggung Pak Din KK, Jeram

Homestay Dangau Panggung Pak Din KK, Jeram

Sekiranya anda masih mencari tempat penginapan yang menarik di area Kuala Selangor, anda wajib untuk berkunjung ke Homestay Dangau Panggung Pak Din KK. Homestay ini direka dengan reka bentuk rumah kampung dan kelihatan sangat cantik. Ia juga sudah siap dibina oleh tukang bina tempatan pada 26 januari 1952. Bahan binaan utama untuk membina homestay ini ialah kayu cengal emas.

Jangan risau, walaupun ia kelihatan seperti rumah kampung di luar tetapi didalam rumah ini kelihatan sangat elegant dan terdapat kolam renang peribadi. Di sini terdapat beranda yang luas dan disediakan kerusi untuk anda duduk melepak. Banyak fasiliti yang mereka sediakan di sini dan membuatkan anda tidak perlu untuk bersusah payah untuk mencarinya lagi.

Alamat: Jalan Jati Pantai remis, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-656 7352


2. Jeram Tiny House, Jeram

Jeram Tiny House, Jeram

Jeram Tiny House merupakan homestay kontena terbaik yang mampu membuatkan percutian anda sekeluarga menjadi lebih menyeronokkan. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan pelbagai kemudahan. Antaranya kelengkapan alatan dapur, ruang duduk santai, televisyen, taman permainan di laman untuk kanak-kanak, tempat barbeku dan banyak lagi.

Walaupun daripada luar homestay ini kelihatan kecil tetapi ia mampu memuatkan anda sekeluarga. Jangan risau tentang parking kereta kerana mereka telah menyedikan ruangan parking percuma untuk anda. Yang istimewanya di sini ialah terdapat rooftop yang telah dihias dengan sangat cantik. Anda boleh makan malam bersama keluarga sambil melihat bintang pada malam hari.

Alamat: PT7521, Plot 24, Jalan Simpang Tiga Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-272 0295


3. A-Shape Guesthouse, Jeram

A-Shape Guesthouse, Jeram

A-Shape Guesthouse, seperti namanya, terdapat pelbagai reka bentuk yang unik dan menarik di rumah penginapan ini. Menawarkan pelbagai kemudahan fasiliti yang akan memberikan anda keselesaan sewaktu menginap. Mempunyai konsep rumah studio dan mempunyai keluasan yang lapang untuk anda melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga.

Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang negatif tentang homestay ini di ruangan ulasan kerana rata-rata pelanggan akan berpuas hati dengan keindahan tempat ini. Di samping itu, mereka juga mempunyai pekerja yang baik dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, harga bagi sebuah homestay yang ditawarkan juga jauh lebih murah berbanding homestay lain.

Alamat: Jalan Klang, Kampung Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 012-610 1565


4. The Kabin, Kuala Selangor

The Kabin, Kuala Selangor

Unit penginapan jenis kontena yang unik dengan konsep modular pintar yang dapat memenuhi pengalaman percutian anda dengan baik. Semestinya hanya di The Kabin. Terletak di lokasi yang strategik kerana ia berdekatan dengan Pantai Remis dan bandar kecil bersejarah yang indah di Kuala Selangor. Pelbagai fasiliti menarik yang disediakan di sini antaranya terdapat pusat karaoke, kolam renang, tempat barbeku, taman permainan untuk kanak-kanak, basikal dan kayak untuk aktiviti riadah.

Selain itu, di kabin ini juga sesuai untuk anda yang ingin mengadakan sebarang majlis seperti majlis keramaian, teambuilding, hari keluarga, perkahwinan dan lain-lain kerana di sini terdapat dewan yang boleh memuatkan ramai orang. Yang istimewanya di sini ialah mereka sering memberikan baucar yang hebat sehingga mampu menjimatkan duit anda.

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-924 7800


Setelah penat bekerja pada hari minggu anda perlu bersantai di tempat yang mampu memberikan anda ketenangan. Di sini anda mampu menghirup udara yang segar dengan baik. Anda juga boleh melihat keindahan alam sekitar, di samping melihat pelbagai flora dan fauna. Tidak rugi duit yang anda keluarkan untuk bercuti di sini.

4.3/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

Zoo Negara – Harga Tiket, Diskaun & Tarikan Paling BEST

Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu...

Sungai Gabai – Air Terjun yang MENARIK !

Mula-mula ingatkan Air Terjun Sg GABAN, rupanya Gabai. Air terjun Sg Gabai ni terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Waktu kami datang, ada dalam...

8 Air Terjun di Selangor KL yang BEST & MENARIK

Siapa sangka di Negeri Selangor, di sebalik kemodenan dan pembangunan yang pesat di bandar-bandar besar seperti di Shah Alam dan Klang, rupa-rupanya banyak tempat...

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi

Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju...

10 Pantai Indah Di Selangor Utk Pencinta Pantai

Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu...

Kolam Air Panas di Sekitar Selangor & KL

Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke salah satu lokasi hotspring di bawah....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x