Utama Destinasi Menarik Malaysia Destinasi Menarik Selangor Sungai Gabai – Air Terjun yang MENARIK !

Sungai Gabai – Air Terjun yang MENARIK !

25
42894
Sungai Gabai

Mula-mula ingatkan Air Terjun Sg GABAN, rupanya Gabai. Air terjun Sg Gabai ni terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Waktu kami datang, ada dalam 20-30 orang dekat sini sedang mandi-manda. Ada yang dtg dgn kawan2 dan dgn famili. Memang sesuai kalau bawak anak2 kecil mandi kat sini. Air pun cetek dan sejuk !

Air Terjun Sungai Gabai ni tak jauh sangat dengan salah satu lagi destinasi Air Terjun di Sungai Congkak. Kalau tanya saya yang mana lagi best, pada pendapat saya dua-dua ada kelainan tersendiri. Kalau korang nak air terjun yang luas dan lebih meriah, baik pergi ke Sungai Congkak. Nak ke Sungai Congkak pun lagi senang sebab lalu jalan besar.

Kalau korang nak air terjun yang redup dan kecik sikit, boleh ke Sungai Gabai. Air sungai dia pun lebih jernih kalau nak dibandingkan dengan air di Sungai Congkak. Kedua-dua air terjun ni memang merupakan salah satu air terjun di Selangor yang popular. So kalau nak tahu pergi je kedua-dua air terjun ni. Korang buat perbandingan sendiri sebab jarak antara Air Terjun Sungai Gabai dan Sungai Congkak pun taderlah sampai berjam jauh dia.

Satu lagi air terjun di Langat yang best ialah di Pangsun. Memang tak sepopular Air Terjun Sungai Gabai dan Sungai Congkak. Tapi bagi peribadi kat sini pun best jugak !

Macam mana nak ke Air Terjun Sungai Gabai ni

Dari pekan Hulu Langat 18, kalau dari Batu 9 korang akan masuk ke simpang kanan menuju ke Air Terjun Sg Gabai. Sigboard dia tertutup siket dengan pokok kat situ, jangan terlepas pulak. Simpang ini ada jambatan kecil dan korang akan melalui jalan-jalan yang rumah kampung pun tak banyak di keliling sebelum sampai ke simpang seperti gambar di bawah.

On the way ke waterfall Sungai Gabai ni korang akan jumpa satu kedai ikan bakar air tawar di sebelah kiri yang terletak dekat satu selekoh. Kedai makan ni memang popular dan dibuka dari petang sehingga ke malam. Pernah masuk ke rancangan jalan jalan cari makan di TV3.

air terjun sungai gabai langat

Lepas tu korang akan drive dlm 15 minit sebelum sampai simpang ke Air Terjun Sungai Gabai sebelah kiri korang (macam dlm gambar atas). Pastu drive lagi masuk jln kampung yang agak sempit tu dalm 4-7 minit jer melalui sekolah tahfiz sebelum sampai ke destinasi Air Terjun Sungai Gabai. Jalan kampung ni memang sempit jugak kalau berselisih dengan kereta depan memang rasa terkebil-kebil tengok kiri kanan mencari ruang.

air terjun berkelah selangor

Nilah dia pintu gerbang Sungai gabai. Tak sabar kawan nak mandi ni !! :) Nak sampai ke pintu gerbang Air Terjun Sg Gabai ini tak susah sangat sebenarnya walapun kena melalui jalan kampung yang sempit. Mujur time ni saya tak berselisih dengan mana-mana kereta dari hadapan. Kalau tak naya jugak.

Kalau korang pakai waze, copy dan paste sahaja koordinate air terjun ni yang saya kongsi di bawah. Insyaallah sampailah ke air terjun ni.

bercuti air terjun langat

Tempat parking kete pun agak luas, kemudahan surau dan tandas pun ada. Senang kalau nak salin baju ke nak ehem2 ke..jangan melepas dalam sungai sudah. Kalau hujung minggu biasanya kawasan parking air terjun ni agak sesak. Seperti dalam gambar di atas, ruangan parking kereta pun tak lah besar sangat.

Kalau buat rombongan dengan bas konfem jenuh nak buat u turn. Sewaktu saya sampai ni, tak berapa ramai sangat orang di Sungai Gabai ni. Selesa sikit tak bersesak sesak.

Fasiliti di sini agak usang sikit. Tandas dia walaupun dari jauh nampak macam cantik, tapi dalam dia agak becak sikit. Maklumlah orang masuk tandas sesudah mandi takdernya diaorang nak pergi lap-lap sampai kering sebelum masuk tandas.

air terjun hulu langat sg gabai

Air terjun Sungai Gabai ni takder lah dalam sangat. Kalau nak berenang jauh-jauh macam kat kolam renang memang tak dapat. Tapi yg penting, view air terjun yan tinggi tu memang cantik, nak cari tempat macam ni kat KL? Memang tak dapat jack !!

air terjun menarik hulu langat

Tu dia !! Tinggi betul air terjun sungai Gabai. Cuma Gaban sahaja yang boleh naik melalu air terjun ni. Bagi mereka yang nak photoshoot seeloknya datang waktu tengahari kerana kat sini kawasan dia sangat redup. Banyak pokok-pokok yang tinggi dan rendang. Kalau nak mandi waktu tengahari memang bestlah, sebab tak panas sangat.

waterfall menarik hulu langat

Air terjun kat sini memang sejuk. Kalau nak melepak dengan kawan-kawan buat bbq, bakar ayam dan berkelah, memang terbaik !! Pekan terdekat pun takde lah jauh sangat, dlm 5 km jer. Masjid pun dekat. Kalau bercadang nak datang berkelah di Sungai Gabai, seeoloknya bawak makanan sendiri. Di sini tiada gerai-gerai yang menarik yang menjual makanan seperti keropok atau pun bebola bebola daging.

Peta dan koordinat Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. lat/lng: 3.166055,101.908692. Selamat cuti cuti satu Malaysia di Hulu Langat ! :)

4.6/5 - (9 votes)
Subscribe
Notify of
guest

25 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
fatin
fatin
4 years ago

hi, sini boleh pasang khemah tak? tapi xstay pun

ejul
ejul
5 years ago

banyak monyet tak kat situ ?

Hahngg
2 years ago
Reply to  ejul

Ada monyet banyak

DFF1D067-C1F5-416A-A088-94D9A904CBB8.jpeg
Aleeya
Aleeya
6 years ago

Mcm best je ingat 22hb ni nk pergi satu kepala berape ye?

Dhaniel
Dhaniel
6 years ago

Parking bayar ikut kepala klu x silap..so,sekli g mandi…. Ke ada bayaran tambahan lain lagi…?
Bermalam mmb x boleh..saya dh tnya kat pejabat daerah Hulu Langat.Tpi kat bawah tu ada mcm Homestay/Markas… saya pernah berkhemah kat markas tu..tpi ada bayaran….

alia
alia
6 years ago

skrng dh kena bayar rm2 dah . adoi makin mahal nak mandi pun mahal

Zack
Zack
6 years ago

Tutup pkul brapa

Zarfan
Zarfan
6 years ago
Reply to  Zack

Tak tutup.tapi better jgn pergi malam kerana bahaya la malam2

muhd shahril
muhd shahril
6 years ago

Ade sekali ni saya pegi kene bayar rm satu ringgit kenape ye bukan x kene bayar ke?

25
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x