12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga mempunyai banyak tempat makan bertemakan nature (alam semulajadi) yang pasti dapat memberikan anda satu pengalaman makan yang berbeza. Ada yang makan di dalam taman, ada yang makan di sungai serta ada yang makan bersama burung. Memang macam-macam tempat makan menarik ada di KL & Selangor ni.

Kalau nakkan suasana romatis bersama pasangan ala ala candlelight dinner tu pun banyak je yang ada. Jangan lupa untuk tempah dahulu sebelum terjah. Anda jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat-tempat yang tersenarai di bawah nanti. Semestinya anda akan suka dan takkan menyesal kerana anda dapat merasai pengalaman makan yang baharu.

Kedai Makan Bertemakan “Nature” KL & Selangor


1. Planter Chin x Taman Hati

planter chin

Kepada anda yang menggemarkan suasana pokok ketika makan, anda boleh pergi cuba di Planter Chin. Ianya merupakan kafe yang dihiasi dengan pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu dan menggunakan earth tone dalam pewarnaan kedai mereka. Memang cantik tau kalau dapat lepak di sini. Walaupun banyak pokok, tempat ini tak nampak semak kerana mereka susun dengan teratur dan di dalam pasu. Jadi, anda takdalah rasa macam makan dalam hutan, ianya lebih kepada macam makan dalam kebun pokok. Kedai ini terletak di Bangsar dan berada di tingkat atas rumah kedai.

Menu juadah makanan yang ada di sini memang sangat ringkas dan tak berapa banyak pilihan. Makanan yang ada ialah seperti Chicken Aglio Olio dan Creamy Pasta. Harga untuk makanan adalah RM 20++ sahaja. Dah sampai kafe ni jangan lupa lah cuba kopi-kopi yang ada sambil menikmati bau-bau pokok yang menyegarkan. Kalau tak minum kopi, jangan risau, teh pun ada juga.

Alamat: 6a, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm, Isnin tutup

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0196165193

Whatsapp Planter Chin


2. Samira by Asian Terrace 

samira by asian terrace

Samira by Asian Terrace merupakan kedai makan yang menyajikan makanan Thai-Indocina. Di sini anda boleh mendapatkan makanan asli Thai yang sedap-sedap sambil menikmati suasana dan pemandangan taman serta tasik yang sangat cantik. Dekorasi kedai makan ini memang antara yang paling best boleh didapati di Kuala Lumpur. Untuk anda yang menginginkan makan malam romatis anda boleh cuba di sini. Mereka akan set the mood untuk anda dan pasangan. Selain itu, jika nak buat makan-makan bersama keluarga ataupun syarikat anda juga boleh membuat tempahan terlebih dahulu.

Chef mereka terdiri daripada chef-chef dari Thailand, Laos dan Burma. Menu masakan yang ada di sini pula seperti ikan masam manis, kerabu mangga, sotong telur masin dan sayur ikan masin. Pekerja-pekerja mereka juga memberikan layanan yang sangat baik dan membantu terutama sekali dalam pemilihan juadah. Anda jangan segan-segan kalau nak tahu lebih lanjut pasal makanan mereka, tanya je pelayan di situ.

Alamat: 268 Jalan Strachan, Off, Jln Ipoh, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Khamis: 5pm -10pm, Jumaat-Ahad: 12-10pm, Isnin cuti

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0340423880


3. Tamarind Spring

tamarind springs

Di Tamarind spring yang terletak di Ampang jua merupakan salah satu restoran dimana anda boleh mendapatkan makanan Indocina yang terbaik dengan suasana yang tenang dan menyegarkan mata. Rostoran ini telah beroperasi selama lebih dari satu dekad di Kuala Lumpur. Makanan yang disajikan memang menggunakan resepi dan chef yang pakar dalam masakan Indocina ni. Ketua chef mereka berasal daripada Chiang Mai, Thailand, oleh itu, tidak hairan kenapa rasanya memang asli. Antara makanan yang boleh didapati di sini ialah cendol durian, sambal udang, dan macam-macam lagi.

Tempat ini memang sangat istimewa kerana suasananya yang cukup mewah dan menarik perhatian. Anda yang ke sini pasti berasa seperti anda sedang makan di villa mewah. Reka bentuk restoran ini memang cantik sangat. Terdapat kolam renang, taman dan laluan masuk yang sangat menawan. Anda jika nak kesini sila tempah di laman web mereka ataupun telefon nombor di bawah. Untuk tempahan makan malam romantis juga boleh dibuat.

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 6.00pm – 10.00pm, Jumaat: 6.00pm – 11.00pm, Sabtu & Ahad: 12.00pm – 3.00pm; 6.00pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0342569300


4. BBQ Lamb KL Kemensah

bbq lamb kemensah

Sebut je tentang nama kemensah ni anda memang akan terfikirkan sungai dan air terjun kan? Serta anda mesti turut mengetahui tentang BBQ Lamb Kemensah yang menjadi kegilaan orang ramai dalam memilih tempat makan. Bagi anda yang tak tahu, tempat ini istimewa kerana anda dapat makan di dalam sungai tau. Bukanlah sungai yang dalam pun, tetapi sampai paras betis je. Anda dapat merendam kaki sambil menikmati makanan yang enak dikelilingi hutan yang menyegarkan. Perjalanan untuk ke sini tak jauh pun. Anda hanya perlu mengambil jalan belakang Zoo Negara dan terus ke atas. Biasanya dalam 6 ke 10 minit sampai dah.

Menu makanan di sini berasaskan ala barat. Anda boleh mendapatkan lamb chop, ikan salmon dan macam-macam lagi. Disebabkan tempatnya yang lain dari lain, harga makanan juga tidaklah murah dan boleh dikatakan agak tinggi. Akan tetapi, bagi anda yang sukakan kelainan dan inginkan pengalaman makan di sungai, anda memang harus cuba. Walaupun harga mahal tapi berbaloi dengan juadah yang dihidangkan. Tempahan tempat juga boleh dilakukan sebelum anda datang.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0122114100

Whatsapp BBQ Lamb Kemensah


5.  Pokok KL

pokok kl

Pokok KL merupakan salah satu kafe yang paling dikenali para “cafe hunters” di Malaysia. Kafe yang berkonsepkan rumah kaca ini telah mula beroperasi semenjak tahun 2018 lagi dan mereka berjaya mendapat tempat di hati penggemar makanan dalam masa yang singkat. Selain disebabkan faktor reka bentuk dan suasana yang cantik, faktor makanan mereka juga menjadi punca tempat ini terkenal. Menu makanan mereka adalah campuran barat dan Malaysia. Antara makanan barat yang ada ialah pasta, spageti dan salad ikan salmon. Untuk makanan tekak orang Malaysia pula mereka ada nasi lemak, laska nyonya dan char kuew tiaw.

Kalau anda nak membuat sambutan atau parti hari jadi ke hari ibu ke anda boleh buat di sini juga. Kalau nak membuat tempahan pun boleh juga kerana tempat ini memang selalu ramai orang. Mereka juga ada menyediakan macam-macam kek untuk anda pilih ketika membuat sambutan. Barang untuk dekorasi seperti belon juga ada dijual tau. Jadi apa lagi, pergilah terjah tempat ini!

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0384081811


6. Jibby by The Park

jibby by the park

Bagi anda yang sukakan suasana kehijauan taman yang menyejukkan hati, apa kata anda berehat daripada melihat hutan konkrit dan pergi makan di Jibby by The Park. Reka bentuk tempat ini memang bagus untuk anda yang inginkan suasana yang berlainan di KL. Mereka menerapkan reka bentuk rumah hijau dengan pencahayaan semula jadi yang menambah lagi seri kafe ini. Kalau nak masuk ke kafe ini memang selalunya kena beratur sekejap kerana ramai yang ingin merasai pengalaman makan di sini. Biasanya waktu makan tengah hari dan hari minggu adalah waktu yang anda perlu beratur.

Hidangan-hidangan yang boleh didapatkan di sini adalah seperti pizza, spageti dan fish & chip. Saiz hidangan mereka juga besar dan sangat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Anda pasti takkan menyesal makan di sini. Dahlah tempat lawa, makanan pula memang sedap. Jangan lupa juga untuk cuba aneka kopi mereka.

Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 9.30am – 10.00pm, Jumaat-Ahad: 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0362631303


7. Hornbill Restaurant & Cafe

hornbill cafe

Nak makan sambil melihat burung di taman burung? Haa anda memang wajiblah pergi ke Hornbill Restaurant & Cafe ni. Tempat makan yang terletak di Taman Burung KL ni merupakan salah satu tempat makan yang “rare” kerana anda boleh melihat Burung Enggang dan beberapa burung lain. Akan tetapi, pengalaman ini ikut nasib anda juga, bukan senang nak dapat burung singgah di tempat anda makan. Kalau bernasib baik memang dapat lihat burung-burung ini secara berdepan.

Menu makanan yang mereka sediakan adalah variasi makanan barat dan makanan tempatan. Antara yang boleh didapati di sini ialah mee goreng, nasi goreng, satay dan chicken chop. Makanan juga memang sedap-sedap belaka. Layanan yang diberikan pelayan mereka juga sangat bagus dan sangat membantu.

Alamat: Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0326938086


8. The Farm Foodcraft

the farm bangsar south

Jika anda berada di Bangsar South, anda juga boleh mendapatkan tempat makan “nature” di The Sphere. Tempat ini memang sangat unik tau kerana menggunakan bahan-bahan yang ditanam dan dituai sendiri di makmal kebun mereka yang dijamin kesegarannya. Kebanyakan bahan yang mereka gunakan dituai dan dihantar pada hari yang sama. Oleh itu, anda tak perlu risau tentang kesegarahan bahan-bahan yang mereka gunakan. Selain itu, dekorasi kafe mereka juga sangat cantik dengan dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta kombinasi warna yang digunakan menaikkan lagi keserian tempat ini.

Anda boleh datang ke sini untuk sarapan pagi, makan tengah hari, mahupun makan malam. Menu mereka termasuk makanan barat dan makanan Asia yang sedap-sedap. Makanan yang dihidangan memang senang di mata. Anda wajib tangkap gambar dulu tau sebelum makan.

Alamat: Unit G-01 & G-02, Level Ground, The Sphere Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0149933880

Whatsapp The Farm Foodcraft


9. Veg Fish Farm Thai

veg fish restaurant

Salah satu tempat makan ala alam semulajadi di Selangor ialah Veg Fish Farm Thai yang sudah bertapak semenjak 2006 lagi. Suasana makan di sini macam makan di restoran atas air yang cukup terkenal di Thailand. Kedai makan ini menyediakan makanan Thai macam kedai-kedai tomyam yang lain juga. Menunya seperti tomyam, kangkung ikan masin, ketam dan ikan masak limau. Memang sedap tau makanan yang dimasak di sini yang pasti akan membuatkan anda datang lagi. Tempat ini memang sangat sesuai kalau anda nak makan besar bersama keluarga serta rakan-rakan.

Yang menariknya lagi di sini, makanan anda dihantar menggunakan bot tau. Jadi masak di tempat lain, makan di tempat lain. Disebabkan itu, anda boleh berborak tanpa mendengar dentang-dentum bunyi kuali. Menu makanannya memang sangat banyak, anda pasti akan rambang mata nak pilih mana satu. Dahlah bau makanan juga sangat menyelerakan di sini.

Alamat: KM4, Jalan Hulu Langat, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0163986493

Whatsapp Veg Fish Farm Thai


10. Subak

subak restaurant

Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, Restoran Subak merupakan salah satu tempat makan “fine dining” dalam taman yang gah. Anda pasti akan dapat pengalaman yang menarik di sini disertakan pula makanan yang sedap. Mereka menghidangkan macam-macam juadah yang sedap bagi tekak rakyat Malaysia serta orang asing. Menu yang ada ialah campuran makanan tempatan dan makanan barat. Ada banyak tempat duduk di sini yang memberikan pemandangan yang berbeza-beza tetapi tetap cantik untuk dipandang.

Biasanya orang ke sini untuk candlelight dinner yang sangat romastis. Anda boleh membuat tempahan dan kejutan kepada pasangan anda tau. Mereka akan menyediakan dekorasi dengan suasana romantis yang pasti akan menjadi salah satu kenangan terindah kepada anda dan pasangan. Meja akan dihiasi kelopak bunga ros serta lilin dan kemasan untuk mereka yang berpasangan. Jangan lupa tempah dulu sebelum datang kalau nak candlelight dinner.

Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 4.30pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0377299030


11. Hilltop Cuisine Kota Warisan

hilltop sepang

Haa Hilltop Cuisine di Kota Warisan, Sepang memang patut diletakkan dalam bucket list anda kerana pengalaman makan di sini memang lain dari lain. Anda akan menikmati juadah yang sedap-sedap di atas bukit sambil dapat melihat pemandangan. Anda boleh pilih nak duduk dalam ke nak duduk luar. Kalau duduk luar lagi seronok kerana anda dapat melihat sekeliling. Selain itu, pada waktu petang, anda akan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Bolehlah anda bergambar sebagai kenangan.

Makanan disini merupakan makanan ala barat ya. Oleh itu, anda dapat memilih spageti, lamb grill, salad, pasta dan banyak lagi. Harga makanan juga berpatutan dengan pengalaman yang anda boleh dapat serta saiz dan rasa yang cukup menarik. Jika anda nakkan suasana romatis, anda boleh membuat tempahan di lama web atau telefon sahaja mereka.

Alamat: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 3.00pm – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 01126280321

Whatsapp Hilltop Cuisine


12. Laman Tebu Aidil

laman tebu aidil

Di kawasan Sekinchan yang terkenal dengan sawah padi menjadikan ianya satu destinasi yang sering dikunjungi pelancong untuk melihat keindahannya. Tetapi di Sekinchan bukan sahaja sawah padi menjadi tarikan kaki bergambar kerana terdapat satu tempat makan di dalam laman tebu bernama Laman Tebu Aidil. Istimewanya di tempat makan ini, anda dapat makan berlatarbelakangkan tebu. Memang sangat cantik untuk anda bergambar dan memang lain dari lain. Mana nak dapat tempat bergambar yang menggunakan tebu sebagai latar belakang kan?

Bukan itu sahaja, dahlah suasananya lawa, makanan juga sedap tau. Mereka ada menyediakan menu makanan yang simple-simple je seperti nasi lemak dan laksa. Harga makanan juga memang sangat murah dan berbaloi. Anda pasti tidak akan kecewa jika berkunjung ke sini kelak. Kalau datang nanti jangan merungut lah kenapa ramai orang ya kerana tempat ini memang hangat di media sosial.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi: 2.30 pm – 7.30 pm kecuali Rabu

Lokasi |Facebook | Ulasan Google | Phone: 0192531566

Whatsapp Laman Tebu Aidil


Memang banyakkan tempat-tempat menarik untuk anda makan yang berada di KL & Selangor ni. Anda jangan gusar kerana makanan mereka sedap-sedap belaka. Memang kenalah denga harga serta suasana makan yang disediakan. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah buat tempahan sekarang!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Shopping Mall Di Selangor yg TERBAIK

Negeri Selangor boleh dikatakan antara negeri yang sangat maju dalam Malaysia. Negeri Selangor juga memiliki ekonomi terbesar di Malaysia. Walaupun begitu, Selangor juga tidak...

10 Pantai Indah Di Selangor Utk Pencinta Pantai

Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu...

Tempat Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah kotaraya yang pesat dengan pembangunan namun tidak bermakna di sini tiada langsung destinasi pelancongan yang bercirikan alam semulajadi samaada...

Kolam Air Panas di Sekitar Selangor & KL

Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke salah satu lokasi hotspring di bawah....

Zoo Negara – Harga Tiket, Diskaun & Tarikan Paling BEST

Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x