Isi Kandungan
Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mestilah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan-rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama yang akan terlintas di kepala adalah nak menginap di mana, betul tak? Haa tak perlu pening-pening. Di sini, kami senaraikan 10 homestay di Kuala Lumpur yang selesa didiami buat anda dan tersayang.
10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami
1. Legasi Kampung Baru KL Homestay, Kampung Baru
Saiz rumah yang besar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air menjadikan ia antara 10 homestay di Kuala Lumpur yang selesa untuk didiami. Bukan sahaja besar dan selesa, harganya juga sangat berpatutan. Terletak di Kampung Baru, homestay ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana lokasinya yang strategik. Di sini, anda tak perlu risau nak makan apa kerana ada pelbagai tempat makan yang sedap dan menarik.
Tambahan pula, Kampung Baru terkenal dengan city view yang cantik. Selain itu, anda tentu tidak menyesal menempah homestay Legacy Kampung Bharu ini kerana ia dilengkapi dengan fasiliti hotel bertaraf 5 bintang! Rata-rata pelancong yang menginap di sini sangat berpuas hati dengan rumah yang disediakan kerana kemas, bersih dan besar.
Alamat: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-227 3039
2. De Ofa Homestay, Kampung Puah
Sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar dan berniat untuk mengadakan family @ team bonding inilah tempat paling sesuai untuk anda menginap. Lokasinya agak tersorok di kawasan KL, namun homestay ini antara yang menjadi pilihan ramai untuk berehat dan bercuti merasai suasana rumah kampung.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik bacaan, café, grill “BBQ”, tempat berehat yang luas pasti anda dapat berehat dan menenangkan diri dengan sepenuhnya. Tidak lupa juga, reka bentuk yang unik dan ruang yang besar pula mewujudkan suasana yang cozy. Bolehlah anda bawa yang tersayang untuk menginap di sini nanti sambil menikmati pemandangan dan suasana di KL dengan harga yang sangat berpatutan!
Alamat: 22381, Jalan Puah 3rd Mile, Kampung Puah, 53000 Kuala Lumpur
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-495 1707
3. The Robertson Residences Bukit Bintang Five Senses, Bukit Bintang
Terletak di Jalan Pudu, residences ini sangat sesuai bagi mereka yang suka berjalan membeli belah di Kuala Lumpur kerana ia terletak hanya 5-10 minit dari pusat membeli belah seperti Times Square, Pavillion, dan Lot 10. Residences ini dilengkapi dengan wifi percuma, 2 bilik tidur, perkakas dapur dan keperluan tandas. Jadi, anda hanya perlu masuk dan bawa kelengkapan peribadi sahaja untuk menginap. Mudah kan!
Senang kata, tempat ini sesuai untuk anda berehat bersama rakan-rakan atau keluarga kecil anda. Jika anda nak berjalan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur pun tidak perlu risau kerana lokasi tempat menarik berdekatan dengan homestay anda. Semestinya, anda akan mendapat lebih nilai untuk wang jika menginap di sini.
Alamat: 2, Jalan Robertson G-07 & G-08, Idaman, Jalan Robertson, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2148 6668
4. The OOAK Suites and Residence @ Kiara 163, Mont Kiara
Mont Kiara adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda datang bercuti kerana terdapat banyak tempat makan yang sedap dan menarik. Bagi anda yang suka explore dan teringin untuk berjalan di kawasan ni boleh cuba untuk menginap di The Ooak, Mont Kiara. Condo private ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gym, wifi percuma, kolam renang, dan parking percuma bagi anda yang drive sendiri.
Selain itu, terdapat shopping mall berdekatan dengan bangunan ini yang memudahkan anda untuk membeli barang keperluan sekiranya anda terlupa untuk membawanya dari rumah. Ada sesetengah unit mempunyai balkoni maka anda boleh book homestay yang ada balkoni untuk menikmati pemandangan KL pada waktu malam. Best kan kalau dapat staycation jauh dari kesibukan bandar!
Alamat: 5, Jalan Kiara 4, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1631 1881
5. Lucentia Residences@BBCC, Bukit Bintang
Kalau anda nak cari port mandi-manda terbaru di Kuala Lumpur, marilah menginap di Lucentia Residences di Bukit Bintang. Paling best kat sini anda boleh mandi-manda sambil melihat pemandangan ikon terbaru Malaysia, Bangunan PNB Merdeka 118. Wahh, luar biasa ni! Salah satu tarikan utama yang terdapat di homestay ini ialah sebahagian kolam renang ini mempunyai kaca yang boleh tembus lihat ke bawah!
Dilengkapi dengan perabot rumah buat semua unit, apartment ini menggunakan konsep reka bentuk yang kemas dan mewah. Selain itu, homestay ini terletak berhampiran dengan pusat membeli belah terbaru di Bukit Bintang iaitu LaLaport. Homestay ini juga mempunyai akses kepada pengangkutan awam seperti monorel dan LRT. Jadi, anda tak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas di KL.
Alamat: 1 & 2, Bukit Bintang City Centre, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03- 2177 2255
6. Mercu Summer Suites, Kampung Baru
Mercu Summer Suites KLCC ini terletak berdekatan dengan dua tarikan utama pengunjung di KL iaitu KLCC dan Menara KL. Dengan kemudahan seperti wifi, parking, dan gym percuma anda pasti berpuas hati dengan servis yang diberikan Seterusnya, terdapat juga kemudahan kedai serbaneka yang dibuka sehingga larut malam.
Apartment yang lengkap dengan perabot semestinya membantu anda untuk menginap dengan lebih selamat dan selesa. Lebih menarik di sini, rekaan dan hiasan dalaman menggunakan warna-warna neutral untuk mewujudkan suasana yang damai. Hal ini juga membuatkan Mercu Summer Suites tampak lebih eksklusif dan elegan.
Alamat: Mercu Summer Suites, 8, Jalan Cendana, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8213 6279
7. Setia Sky Residences, Jalan Tun Razak
Setia Sky Residences ini juga antara salah satu penginapan idaman ramai pelancong di Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan Kampung Baru, kondo mewah ini sentiasa menjadi rebutan pelancong kerana pemandangan cantik yang menghadap bangunan KLCC dan Menara KL. Sudah tentu, berehat sambil menikmati pemandangan mercu tanda KL juga adalah satu moment yang indah terutamanya pada waktu malam.
Di sini, anda boleh memilih untuk menginap di kondo yang mempunyai satu bilik sehingga tiga bilik. Sesuai untuk mereka yang suka travel secara solo sebab anda boleh menginap di kondo 1 bilik untuk menjimatkan kos. Sekiranya lapar, anda boleh pergi ke Kampung Baru (kurang dari 2km) yang terkenal sebagai sebuah syurga makanan yang murah dan sedap.
Alamat: 76 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak, 50300 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2712 3247
8. Expressionz Professional Suites, Jalan Tun Razak
Terletak di Jalan Tun Razak, suites ini menyajikan anda panorama Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan. Kolam renang yang berada di rooftop menjadikan tempat ini salah satu pilihan untuk mereka yang sukakan privacy kerana tidak perlu risau untuk orang lain melihat anda mandi-manda. Menariknya di sini anda boleh menyewa basikal untuk berekreasi di taman sekitar bangunan ini.
Bagi mereka yang datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti sambil bekerja, suites ini juga dilengkapi dengan Business Hub, Business Lounge dan Meeting Lounge. Anda boleh menikmati percutian sambil bekerja di sini dengan sambungan internet yang pantas. Jika dah habis mesyuarat bersama team bolehlah berehat di café atau bersauna di sini.
Alamat: No. 30, Jalan 1/65A, Off, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-776 8155
9. M Suites, Desa Pahlawan
Seterusnya dalam senarai, M Suites juga menjadi pilihan pengunjung yang datang bercuti di Kuala Lumpur untuk bermalam. Mana tidaknya, anda boleh menginap di sini dengan harga kurang dari RM200 sahaja!
Studio ini mempunyai 1 bilik tidur sahaja. Oleh itu, tempat ini sesuai bagi pasangan yang ingin menikmati honeymoon atau bercuti secara solo. Anda juga boleh menikmati wifi percuma dengan kelajuan yang tinggi dan bermandi-manda di kolam yang telah disediakan.
Lokasinya yang terletak di Jalan Ampang memudahkan pergerakan anda untuk ke Kuala Lumpur yang hanya sekitar 3km sahaja dari homestay. Tidak perlu risau bagi yang memandu untuk datang ke studio ini kerana parking percuma diberikan kepada pengunjung yang menginap di sini. Jika anda book lebih awal, anda mungkin akan dapat menginap di sini dengan harga lagi murah berbanding waktu biasa.
Alamat: 283, Jalan Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4266 5989
10. Regalia Suites, Jalan Sultan Ismail
Di Regalia Suites, anda boleh menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur dengan harga yang jauh lebih murah berbanding penginapan lain. Terletak di Jalan Sultan Ismail, apartment ini mempunyai satu atau dua bilik tidur. Anda juga boleh berkunjung ke Sunway Putra Mall dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) yang selalunya terdapat pelbagai event yang menarik dan promosi jualan penghabisan stok yang murah.
Disamping itu, apartment ini mempunyai kolam renang di atas bumbung. Selepas balik dari berjalan sekitar Kuala Lumpur, anda bolehlah berehat dan berenang di kolam renang ini pada waktu malam sambil menikmati suasana KL pada waktu malam. Yang penting, dijamin berbaloi untuk anda luangkan masa dan wang di apartment ini.
Alamat: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2725 0735
Secara kesimpulannya, ada banyak homestay di Kuala Lumpur yang berpatutan dan selesa untuk didiami. Pilih penginapan mengikut bajet anda dan pastikan percutian anda berbaloi!
Jika anda juga ingin bercuti dan berehat di sekitar Shah Alam, anda boleh layari artikel 10 Homestay Popular di Shah Alam untuk “Staycation”.