Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan bandar metropolitan yang padat dengan pencakar langit dan tempat-tempat menarik. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di KL. Di KL, anda dapat bercuti di banyak tempat bersama keluarga, kawan dan saudara-mara untuk aktiviti santai, lasak, atau melawat muzium-muzium bagi yang ingin mengetahui lebih dalam tentang sejarah negara. Bukan itu sahaja, pusat beli-belah yang terkenal, tempat makan yang best, hotel-hotel mewah juga boleh didapati bandar yang pesat membangun ini. Anda memerlukan masa lebih dari sehari untuk jelajah tempat-tempat menarik di Kl ni. Jadi, adalah lebih mudah jika jalan-jalan di KL dengan menaiki kereta. Untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa Kuala Lumpur, di sini kami kongsikan senarai perkhidmatan kereta sewa di KL yang best dan murah.

Kereta Sewa Best di KL


1.  AKB Rent A Car

AKB Rent A Car

AKB Rent A Car merupakan antara syarikat kereta sewa yang besar di Malaysia. Mereka mempunyai pelbagai jenis kereta sewa yang ditawarkan dari kereta jenis ekonomi seperti Viva, Myvi, Iriz sehinggalah kereta mewah seperti Camry, Alphard, BMW dan banyak lagi. Mereka juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa dan pemandu dengan harga yang berbaloi dan lumayan sama ada untuk perjalanan dalam negeri mahupun luar KL. AKB Rent A Car menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan kereta mengikut lokasi pilihan anda termasuklah Selangor, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan lain. Tempahan secara atas talian lebih mudah dilakukan di laman web mereka. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada staf mereka melalui link whatsapp yang tertera.

Alamat: 28 Desa Kompleks, Jalan Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-5496590

Whatsapp AKB Rent A Car

 

2.  Galaxy Asia Car Rental

Galaxy Asia Car Rental

Galaxy Asia Car Rental menawarkan perkhidmatan sewa kereta untuk jangka masa pendek dan panjang. Sekiranya anda akan menetap untuk suatu masa yang agak lama seperti lebih dari sebulan di Semenanjung Malaysia dan memerlukan kenderaan untuk pergerakan seharian, anda boleh sewa kereta dengan mereka mengikut jangka masa yang diperlukan. Hal ini kerana mereka mempunyai pakej harga untuk sewaan kereta sehingga 3 bulan di mana anda boleh berjimat lebih banyak berbanding sewa kereta mengikut per hari. Pilihan jenis dan model kereta juga amatlah banyak serta mudah untuk dipilih mengikut spesifikasi yang dimahukan.

Untuk menempah kereta sewa dengan Galaxy Asia, anda boleh membuat tempahan melalui laman web atau aplikasi Galaxy Asia Car Rental di Google Playstore atau Apple AppStore. Sistem tempahan mereka amat efisien dan mempunyai detail-detail penting yang diperlukan. Adalah disarankan untuk membaca terma dan syarat mereka sebelum membuat tempahan.

Alamat: 117, Jalan 3/93, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-3680117

Whatsapp Galaxy Asia Car Rental

 

3.  WS Rent-A-Car Sdn. Bhd.

WS Rent-A-Car

Sama ada ingin pergi bercuti atau ada urusan bisnes, ataupun hanya ingin ronda-ronda sekitar KL, anda boleh sewa kereta dengan WS Rent-A-Car. Mereka telah berpengalaman dalam bidang ini sejak tahun 2002 lagi dan kini telah mempunyai lebih dari 350 kenderaan untuk disewa. Ada kereta jenis ekonomi, mewah, MPV, SUV dan van. Memang banyak pilihan mengikut kesesuaian dan citarasa anda. WS Rent-A-Car juga menawarkan perkhidmatan pemandu di sekeliling Malaysia bagi syarikat korporat atau organisasi. Dengan profesionalisme mereka dalam bidang ini, dijamin servis yang dipersembahkan adalah tiptop.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan, anda boleh layari laman web mereka. Tempahan servis juga mudah untuk dilakukan secara atas talian di laman web yang tertera di bawah.

Alamat: G-6, KL Trillion, 338, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 9.00am – 6.00pm, Sabtu 9.00am – 1.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-27001722

Whatsapp WS Rent-A-Car

 

4.  Paradise Rent A Car

Paradise Rent A Car

Bagi yang mencari perkhidmatan kereta sewa yang dapat memberikan keselesaan, keselamatan dan harga yang jimat, Paradise Rent-A-Car menjanjikan dan mementingkan semua aspek tersebut. Untuk pengetahuan anda, mereka memastikan kereta yang akan disewakan disanitasi dan disinfeksi sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung wabak Covid-19. Anda boleh dapatkan harga sewa kereta secara harian, mingguan atau bulanan. Sekiranya ingin sewa dalam jangka masa yang lebih lama juga boleh. Mereka mempunyai kereta sewa dari tempatan seperti Proton dan Perodua, dan kereta sewa jenama dari luar negara seperti Toyota dan Honda. Selain itu, kereta-kereta mewah juga boleh didapati di sini seperti BMW, Mercedes, Mustang dan banyak lagi.

Nak tahu kereta apa lagi yang mereka ada atau nak tahu pakej harga yang ditawarkan, jangan segan untuk menghubungi mereka. Mereka sangat peramah dan profesional dalam bidang ini.

Alamat: Wisma Paradise, No 63, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-3570420

Whatsapp Paradise Rent A Car

 

5.  GoSo Rent A Car Sri Petaling KL

GoSo Rent A Car Sri Petaling KL

GoSo Rent A Car menyediakan kereta buatan tempatan untuk perkhidmatan kereta sewa secara pandu sendiri di Kuala Lumpur. Syarikat mereka telah berkecimpung dalam industri automotif lebih dari 20 tahun maka, sudah pasti mereka banyak pengalaman dan pengetahuan dalam memberikan servis dan layanan yang tiptop dalam bidang ini. Staf di cawangan Sri Petaling KL ini sangat peramah dan melayan pelanggan dengan begitu baik. Mereka sangat efisien dalam menguruskan dan membantu pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa. Keadaan kereta sewa juga adalah bersih dan berada dalam keadaan yang baik sebelum diserahkan kepada pelanggan. Oleh itu, pelanggan akan berasa lebih selesa dan tenang ketika dalam perjalanan.

Anda boleh sewa kereta untuk jangka masa yang panjang mahupun pendek. Sistem tempahan dan pembayaran juga adalah efisien dan mudah. Anda boleh lawati laman web mereka untuk tahu lebih lanjut tentang servis mereka atau lawati Facebok GoSo Rent A Car untuk mengetahui promosi terkini yang dijalankan.

Alamat: 38, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6552677

Whatsapp GoSo Rent A Car

 

6.  NV Car Rental Sdn. Bhd.

NV Car Rental

NV Car Rental yang berpusat di KL Sentral menawarkan servis kereta sewa pada harga yang berpatutan. Lokasi mereka adalah sangat strategik memandangkan KL Sentral merupakan lokasi tumpuan pengunjung yang menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Servis yang dipersembahkan mereka adalah servis bertaraf 5 bintang. Namun begitu, harga kereta sewa amatlah berpatutan dan berbaloi. Berdasarkan review dari pelanggan mereka sebelum ni, servis dan layanan staf adalah bagus, puas hati, mesra dan banyak lagi pujian yang diberikan. Proses tempahan, pickup dan drop off kereta juga adalah mudah dan berkesan. Mereka menawarkan penghantaran ke KLIA 1, KLIA 2 dan beberapa tempat di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Pertanyaan mengenai sewa kereta dan perkhidmatan NV Car Rental boleh diajukan melalui whatsapp di bawah.

Alamat: Spaces Platinum Sentral, Block D, Level 3, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-3712724

Whatsapp NV Car Rental

 

7.  Car Rental Kuala Lumpur Lafiycar

Car Rental Kuala Lumpur Lafiy

Harga sewa kereta yang rendah dan berpatutan boleh didapati di Lafiycar. Mereka telah membuka lebih dari 15 cawangan sewa kereta di Malaysia. Sungguh mudah berurusan dengan Lafiycar untuk membuat sebarang tempahan. Anda boleh mendaftar keahlian secara percuma dengan Lafiycar untuk mendapatkan lebih banyak diskaun. Selain kereta sewa biasa, mereka juga mempunyai van sewa dan bas sekiranya anda mempunyai penumpang yang lebih ramai. Bukan itu sahaja servis yang mereka ada. Mereka juga menyediakan sewa kereta mewah khusus untuk majlis perkahwinan atau majlis istimewa.

Untuk pengetahuan, banyak lagi servis lain yang ditawarkan oleh Lafiycar seperti kereta sewa bereserta pemandu, lawatan sekeliling bandar, dan banyak lagi. Anda boleh lawati laman web mereka untuk mengetahui mengenai servis-servis menarik yang ditawarkan.

Alamat: 65-1, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 011-25582202

Whatsapp Lafiycar

 

8.  Anggun Car Rental

Anggun Car Rental

Kalau anda ada masalah kereta rosak atau memerlukan pengangkutan untuk bawa barang, boleh hubungi Anggun Car Rental untuk membantu meringankan masalah yang ada. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa pelbagai jenis dari kereta kecil hinggalah kereta mewah dan juga van. Mereka membuat penghantaran ke seluruh Lembah Klang dan sehingga ke pintu rumah serta sentiasa bersedia 24 jam untuk sebarang kecemasan. Sejajar seperti yang dikata, mereka akan bantu untuk meringankan masalah anda. Layanan yang diberikan juga adalah mesra dan tiptop. Mereka akan mengutamakan kepuasan pelanggan. Memang tak rugi lah menggunakan perkhidmatan mereka ni.

Alamat: No.26, 1, Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 9.00am – 6.00pm, Sabtu – Ahad temujanji

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10754434

Whatsapp Anggun Car Rental

 

9.  Saloma Car Rental

Saloma Car Rental

Inginkan servis kereta sewa yang pantas dan mudah, anda boleh hubungi Saloma Car Rental untuk perkhidmatan kereta sewa yang cukup memuaskan. Meereka mempunyai macam-macam model kereta untuk kereta kompak, sedan, MPV, van dan lain-lain lagi. Kereta sewa mereka dilengkapi dengan cermin tingkap tinted untuk menjamin perlindungan privasi pengguna terutamanya bagi kaum wanita serta mengurangkan sinaran cahaya matahari dalam kereta. Saloma Car Rental mengamalkan pembersihan dan servis kereta secara berkala bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga, keselamatan dan keselesaan pengguna juga terjamin.

Tempahan kereta sewa hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum waktu pengambilan kereta dan tempoh minimum sewa adalah 2 hari. Anda boleh tekan pautan whatsapp di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai Saloma Car Rental.

Alamat: No 48-1 Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2666534

Whatsapp Saloma Car Rental

 

10.  GoSo Rent A Car Kuala Lumpur

GoSo Rent A Car Kuala Lumpur

GoSo Rent A Car Kuala Lumpur merupakan salah satu cawangan dari GoSo Rent A Car. Sama seperti di Sri Petaling, staf mereka sangat mesra dan akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah mengenai kereta sewa. Anda boleh membuat tempahan dengan mudah di laman web mereka. Hanya perlu memilih tarikh sewa dan pulang kereta, nyatakan tempat pick up dan drop off kereta, pilih jenis kereta dan sekiranya ada apa- apa tambahan boleh nyatakan sahaja. Penghantaran kereta ke kawasan Klang Valley adalah percuma. Mereka juga menawarkan penghantaran ke hadapan rumah anda. Wah, seronok kan! Harga perkhidmatan kereta sewa pula sangatlah berpatutan.

Banyak lagi perkara best dan menarik dari GoSo Rent A Car ni. Nak tahu lebih lanjut boleh lawati laman web mereka. Anda boleh baca sendiri review dan feedback pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka ini. Memang semuanya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Alamat: 10, Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6552677

Whatsapp GoSo Rent A Car


 

4.4/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

12 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur yang PERCUMA untuk dilawati

Tanggapan yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal dan sebagainya....

Paradise Restaurant – Masakan Pakistan Sedap

Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun ni iaitu di Restaurant Paradise atau...

7 Perkhidmatan Van Sewa di Kuala Lumpur yang Terbaik dan Murah

Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia...

Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati

Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ni salah satu...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru

Baru-baru ni sambil menunggu guest datang kat KLCC, saya sempat ke Kg Baru untuk lunch dan duk usyar-usyar kedai makan best di KL ni,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x