6 Pusat Bowling di Kuala Lumpur Untuk Aktiviti Hiburan Anda

Sedang mencari aktiviti untuk dilakukan pada hujung minggu? Mahu mencari sukan yang seronok dan santai? Jangan risau! Di sini kami senaraikan 6 pusat bowling di Kuala Lumpur untuk aktiviti hiburan anda.

Tidak kira anda sudah mahir ataupun baru hendak menceburi sukan ini, bowling merupakan aktiviti sukan indoor yang tidak memerlukan ketangkasan fizikal yang tinggi seperti aktiviti sukan yang lain. Tanpa berlengah lagi, mari lihat pusat bowling yang boleh anda kunjungi.

6 Pusat Bowling di Kuala Lumpur


1. Gurney Bowl, Gurney Mall

Gurney Bowl, Gurney Mall

Terletak di UTM Kuala Lumpur, Gurney Bowl merupakan salah satu pusat bowling di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti bowling. Selain memupuk pelajar yang tinggal di residensi UTMKL untuk kekal sihat dan aktif bersenam, pusat ini juga terbuka kepada orang awam.

Dengan kelengkapan 10 lorong bowling, tempat ini sesuai untuk mereka yang mahu mengambil masa untuk belajar cara balingan yang betul tanpa perlu terburu-buru. Selain itu, khidmat pelanggan yang baik juga dapat membantu pengunjung sekiranya memerlukan bantuan seperti lorong tersekat disebabkan kesilapan teknikal. Lorong ini juga dijaga dengan kerap untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Alamat: Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, 54100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-980 7821

WhatsApp Gurney Bowl


2. Wangsa Bowl, Wangsa Walk

Wangsa Bowl, Wangsa Walk

Terletak di Wangsa Walk Mall, Wangsa Bowl merupakan pusat bowling yang kelihatan cantik dan baharu dengan lorong yang tersusun dengan baik. Dengan harga promosi RM27 seorang untuk 30 minit pada hujung minggu, anda boleh cuba untuk membuat seberapa banyak balingan dalam masa yang diberikan. 

Bola bowling yang dilabelkan dengan berat juga menyenangkan pengunjung untuk memilih bola yang sesuai dan selesa sebelum melakukan balingan. Kemudahan lain seperti kafe makanan dan pusat menjual peralatan bowling juga menjadikan pusat ini sebagai tempat yang digemari untuk dilakukan pertandingan bowling sama ada bersama kawan, keluarga ataupun rakan sekerja.

Alamat: 03A, 9, 2, Jalan Wangsa Delima 11, Platinum Walk, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Selasa, Khamis, Ahad (10.00 am – 11.00 pm) Rabu (10.00 am – 12.30 am) Jumaat – Sabtu (10.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4149 1621 

WhatsApp Wangsa Bowl


3. Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade

Pusat Bowling Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade

Megalanes Kuala Lumpur merupakan antara pusat bowling yang luas dan bagus dengan jumlah keseluruhan 30 lorong bowling. Selalu dijadikan sebagai pusat pertandingan bowling, Megalanes Kuala Lumpur adalah sesuai untuk mereka yang menggemari suasana bermain bowling yang meriah.

Tempat ini juga menyediakan kasut bowling untuk disewa dengan hanya RM2 sepasang bagi memudahkan pengunjung menyertai aktiviti ini. Lorong bowling juga dijaga rapi dengan minyak serta digilap untuk memberikan pengunjung keselesaan ketika hendak membaling bola bowling dan menjatuhkan pin.

Alamat: Level 4, Endah Parade, Jalan 1/149e, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 12.00 am) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9543 1181

Email Megalanes


4. Supreme Bowl, Brem Mall

Supreme Bowl, Brem Mall

Supreme Bowl merupakan tempat untuk anda bermain bowling tidak kira jika anda baru hendak mencuba ataupun sudah mahir. Pusat ini mempunyai kawasan yang luas dan pencahayaan yang bagus bagi menyenangkan pemain untuk melihat kawasan balingan bola bowling.

Dengan hanya RM9 untuk satu permainan bowling di hujung minggu, pengunjung dapat menikmati masa mereka untuk bermain dengan santai tanpa ada had masa. Kemudahan awam yang lain seperti kafe, kedai serbaneka dan tandas juga memudahkan pemain untuk berlegar di dalam tanpa perlu keluar dari pusat bowling tersebut.

Alamat: L-5-03, Level 5, Brem Mall, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Ahad – Khamis (10.00 am – 11.00 pm) Jumaat – Sabtu (10.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6259 4387

Email Supreme Bowl


5. Ampang Superbowl, Berjaya Times Square

Ampang Superbowl, Berjaya Times Square

Diasaskan pada tahun 2000, Ampang Superbowl merupakan cawangan pusat bowling yang terbesar di Malaysia dengan 10 cawangan dari 7 daerah. Salah satu cawangannya berada di Kuala Lumpur yang terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Time Square.

Dilengkapi dengan lokar, kafe dan juga kedai bola bowling, pengunjung boleh menggunakan semua kemudahan yang telah disediakan untuk mendapatkan pengalaman bermain bowling yang lebih selesa. Dengan jumlah keseluruhan 48 lorong boling, pengunjung bolehlah datang beramai-ramai bersama kawan atau keluarga kerana terdapat kemudahan lorong untuk bermain yang banyak.

Pengunjung yang tinggal di kawasan bandar juga dapat pergi ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti monorel dan LRT. Oleh itu, pusat bowling di Kuala Lumpur ini sering menjadi pilihan orang ramai pada hari minggu.

Alamat: Lot No. 105-06 – 105-08, Level 5, Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (11.00 am – 8.00 pm) Jumaat – Ahad (11.00 pm – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2143 0900

Email Ampang Superbowl


6. Supreme Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall

Supreme Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall

Supreme Cosmic Bowl adalah sebuah pusat bowling terbaru di Mid Valley Kuala Lumpur. Ia menawarkan pengalaman yang amat unik kepada peminat bowling dengan tema glow-in-the-dark. Dengan pancaran lampu neon di setiap lorong dan tempat duduk yang bercahaya, pengunjung dapat mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga untuk datang ke tempat ini sambil menangkap gambar yang menarik.

Bagi setiap 3 orang yang bermain, pengunjung akan mendapat air dan makanan percuma. Air dan makanan tersebut akan dihidangkan di meja berdekatan dengan kerusi untuk berehat seketika semasa bermain. Selain dari sukan bowling, permainan arked yang lain seperti meja pool dan papan dart juga ditawarkan di sini untuk mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang menarik. Menarik, kan!

Alamat: Lot T-003, Mezzanine Third Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Township, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 11.00 pm), Jumaat – Ahad (10:00 am – 12:00 am)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-231 0277

WhatsApp Supreme Cosmic Bowl


Kami berharap senarai pusat bowling di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda untuk mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan. Bowling merupakan satu aktiviti yang boleh dinikmati oleh semua orang kerana ia hanya memerlukan pergerakan yang minimum. Oleh itu, ayuh kekal cergas dan sihat dengan bermain bowling!

Jika anda ingin kekal sihat dan cergas dengan melakukan senaman indoor di kawasan Lembah Klang, ayuh lihat 8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan senaman untuk anda mendapatkan tubuh fizikal yang anda idamkan. Semoga bermanfaat!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kedai Basikal Sungai Besi & Serdang yg Best & Murah

Jika anda perasan lebih ramai orang berbasikal di bandar sepanjang satu atau dua tahun lalu, ia bukan sahaja di kepala anda. Adakah anda ingin...

10 Gym di Kuala Lumpur dengan Kemudahan Terbaik Untuk Bersenam

Ramai yang inginkan melakukan perubahan kepada bentuk badan fizikal mereka untuk menampakkan diri jadi lebih kuat ataupun hanya untuk kekal sihat. Namun, tidak semua...

10 Kedai Basikal Best di Kuala Lumpur

Berbasikal merupakan salah satu kaedah aktiviti fizikal yang sangat sesuai dijalankan secara mudah sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x