Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti senaman anda? Marilah pergi ke beberapa pusat gym yang best di Shah Alam ini! 

Mengekalkan fizikal yang kuat dan sihat adalah amat penting bagi melakukan tugas seharian yang memerlukan tenaga yang banyak. Sekiranya anda mempunyai masa terluang selepas bekerja ataupun pada waktu cuti, marilah singgah ke pusat gym berikut untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih sihat dan cergas.

8 Pusat Gym di Shah Alam


1. Pain & Gain Fitness, Seksyen 9

Pain & Gain Fitness

Jika anda mahu mula melakukan aktiviti bersenam yang lasak tetapi anda tidak mempunyai alatan yang sesuai, jangan risau! Pain & Gain Fitness menyediakan peralatan gym yang lengkap untuk anda. Di sini juga anda boleh mendapatkan khidmat pelatih peribadi untuk melakukan senaman dengan lebih efektif dan konsisten pada setiap minggu. Pelatih mereka akan memastikan setiap senaman yang dilakukan mampu mencapai objektif yang pelanggan telah sebut pada waktu awal pendaftaran.

Gym ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan juga mempunyai petugas yang mesra untuk membantu anda mengendalikan peralatan yang sedia ada. Selain daripada menawarkan khidmat peralatan bersenam, gym ini juga mempunyai kelas muay thai bagi yang berminat dengan aktiviti yang lasak. Dengan adanya pelbagai aktiviti, suasana gym ini adalah amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti bersenam dengan lebih semangat dan bertenaga.

Alamat: 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.00 am – 12.00 am), Jumaat (3.00 pm – 12.00 am), Sabtu – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-919 1741 

WhatsApp Pain & Gain


2. Anytime Fitness, Plaza Shah Alam

Anytime Fitness

Anytime Fitness merupakan gym francais terbesar di Malaysia dengan 33 cawangan di kawasan Selangor dan Lembah Klang. Cawangan gym ini juga berada di Plaza Shah Alam dan mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai. Lokasinya yang strategik dan suasana gym yang luas dapat menyediakan pengalaman yang selesa untuk pelanggan datang dan melakukan aktiviti senaman. Kehadiran pelatih peribadi yang professional juga turut disediakan untuk membantu dalam perjalanan menyihatkan dan menguatkan lagi badan anda. 

Gym ini juga beroperasi selama 24 jam untuk ahli yang berdaftar. Bagi yang sibuk bekerja, gym ini amat sesuai untuk anda datang pada bila-bila masa sahaja tanpa mengganggu jadual seharian anda. Terdapat juga keahlian 3 hari percuma yang ditawarkan oleh gym ini untuk dicuba sebelum anda membuat keputusan untuk meneruskannya ataupun tidak. 

Alamat: Lot No B 2 & 3, Berandah, Plaza Shah Alam No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Plaza Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-986 7910

WhatsApp Anytime Fitness


3. Flex Fitness Gym Shah Alam, Seksyen 20

Flex Fitness Gym Shah Alam

Ditubuhkan pada tahun 2014, Flex Fitness Gym Shah Alam ini telah lama beroperasi dan merupakan di antara pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan bayaran masuk RM5 secara walk in, gym ini menawarkan harga yang sangat murah bagi pengunjung yang mahu mencuba melakukan senaman pertama mereka. Gym ini juga dijaga dengan bersih untuk memastikan pengalaman yang selesa dan bermakna kepada pelanggan.

Dengan peralatan dan hiasan gym yang baik dan teratur, gym ini menyediakan suasana yang sesuai untuk bersenam sambil diajar oleh pelatih yang berpengalaman. Layanan yang diberikan oleh staff juga adalah mesra dan memudahkan pelanggan untuk bersenam tanpa perlu rasa takut. Oleh itu, gym ini sesuai untuk anda pergi berseorangan ataupun berkumpulan untuk meningkatkan bentuk badan fizikal yang lebih sihat.

Alamat: No 19-1, Jalan Singa J/20 J, Seksyen 20, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12.00 pm – 10.00 pm) Sabtu – Ahad (Tutup)

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3530 1911

WhatsApp Flex Fitness


4. Workout Holic Gym, Taman TTDI Jaya

Workout Holic Gym

Workout Holic Gym menawarkan peralatan bersenam yang pelbagai untuk meningkatkan rupa bentuk badan yang berlainan. Di sini, anda bebas untuk memilih peralatan gym yang sesuai untuk anda lakukan bagi mencapai objektif utama anda. Bagi yang bekerja, gym ini juga dibuka sampai waktu malam untuk anda meluangkan masa sedikit dan kekal aktif dan sihat.

Gym ini mempunyai peralatan yang tersusun dengan rapat untuk menyediakan peralatan yang lengkap dan cukup kepada para pelanggan. Suasana di dalam gym juga boleh menjadi meriah dan mampu memberikan motivasi kepada anda untuk melakukan senaman anda dengan lebih yakin. 

Alamat: 43 1, Jalan Opera F U2/F, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (2.00 pm – 12.00 am) Jumaat (3.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-214 9799

WhatsApp Workout Holic


5. FitClub 24-Hour Gym, Bukit Rimau

FitClub 24-Hour Gym

FitClub 24-Hour Gym mempunyai peralatan yang lengkap dan dijaga dengan baik. Terletak. Gym ini juga menawarkan perkhidmatan 24 jam serta tempat letak kereta kepada pelanggan yang sudah menjadi ahli gym. Di sini juga anda boleh mendapatkan khidmat jurulatih profesional untuk membimbing anda dalam melakukan aktiviti kecergasan dengan lebih bermakna. 

Gym ini memberikan suasana yang cerah dan dapat mengekalkan anda melakukan aktiviti senaman untuk masa yang lama. Persekitaran gym yang bersih juga kekal dijaga oleh staff yang bekerja pada setiap hari. Loker juga turut disediakan sekiranya anda ingin melakukan senaman tetapi tidak ada tempat untuk menyimpan bag selepas bekerja. Kemudahan yang diberikan oleh gym ini mampu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pengunjung.

Alamat: Lot, 2D, Jln Sungai Burung 32/66, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5525 2728


6. Vitality Fitness & Mixed Martial Arts, Seksyen 13

Vitality Fitness & Mixed Martial Arts

Kewujudan gelanggang muay thai di gym Vitality Fitness & Mixed Martial Arts ini menyebabkan ianya unik kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Peralatan gym yang asas juga terdapat di sini untuk anda bersenam dan membina badan yang anda mahukan. Pelatih gym juga dapat membantu anda untuk fokus melakukan satu senaman secara konsisten setiap minggu.

Dengan pelbagai kelas dan aktiviti yang dilakukan, gym ini mampu meningkatkan keyakinan anda untuk mula melakukan aktiviti bersenam dengan persekitaran yang seronok. Gym ini juga terbuka kepada semua pelanggan yang ingin bermula ataupun mahu mengekalkan bentuk badan yang optimum dan seterusnya mampu membentuk sebuah komuniti yang baik.

Alamat: No 1, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 12.00 am), Jumaat (3.00 pm – 12.00 am) Sabtu – Ahad (9.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-962 6960

WhatsApp Vitality Fitness


 

7. Cobra Gym Express Shah Alam, Kemuning Utama

Cobra Gym Express Shah Alam

Telah ditubuhkan sejak tahun 2011, Cobra Gym Express Shah Alam merupakan sebuah gym yang luas dan terletak di kedudukan strategik berhadapan dengan kedai pasaraya besar Giant Kemuning Utama. Gym ini juga menawarkan kemudahan penggunaan peralatan bersenam dan dibuka selama 24 jam setiap hari untuk ahli yang berdaftar. Penyediaan Wi-Fi dan tempat berehat ahli juga disediakan untuk mereka yang sudah penat bersenam dan ingin berehat seketika. 

Kemudahan tempat letak kereta yang banyak juga mampu memberikan kesenangan terhadap pelanggan yang ingin pergi ke gym ini. Kemudahan lain seperti bilik mandi, bilik studio dan juga infrared sauna turut disediakan untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pengunjung yang ingin menggunakan gym ini dalam tempoh yang lama.

Alamat: 2-G & 2-1, Jalan Kemuning Prima C33/C, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-398 3680

WhatsApp Cobra Gym


8. UA Fitness Centre, Seksyen 24

UA Fitness Centre

Jika anda ingin mencari gym yang murah, UA Fitness Centre merupakan tempat yang anda perlu kunjungi bagi mendapatkan pengalaman bersenam dengan harga yang berpatutan. Gym ini mempunyai pelbagai pilihan peralatan sukan yang sesuai untuk gaya bersenam masing-masing. Suasana gym dengan peralatan yang lengkap dan tersusun juga dilihat lebih santai bagi memudahkan pelanggan untuk menggunakannya.

Pelanggan juga dapat pergi ke gym ini dengan senang dan selesa kerana terdapat kemudahan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi. Gym ini juga terletak di atas dewan selera Foodcourt Selera Delima untuk kemudahan makan pelanggan. Jika anda sudah habis bersenam, bolehlah juga singgah di kedai rojak & cendol Shah Alam untuk menikmati juadah dan mengembalikan semula tenaga yang telah digunakan. 

Alamat: A 01, Tingkat 1, Gerai Majlis Selera Delima, Jalan 24/34, Seksyen 24, 40300 Shah Alam.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 12.00 am), Sabtu – Ahad (12.00 pm – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-840 9192

WhatsApp UA Fitness


Untuk melakukan senaman yang lebih baik dan efektif, peralatan yang sesuai juga perlulah digunakan. Kami harap senarai di atas dapat membantu anda untuk memilih dan mencari pusat gym yang best di Shah Alam. Jadi, carilah gym yang senang untuk anda memulakan perjalanan meningkatkan kesihatan yang baik dan lebih terjaga. Amalan gaya hidup yang sihat dan cergas bermula dari anda!

Jika anda juga berminat untuk menyertai aktiviti luar yang lasak, marilah lihat 14 Lokasi Menarik Utk Hiking & Jungle Trekking Di Selangor & KL untuk mencabar ketahanan dan kekuatan fizikal sambil menikmati pemandangan yang indah.

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang...

10 Kedai Basikal Best di Kajang & Dengkil

Berbasikal merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk bertenaga dan menikmati aktiviti luar sementara anda bersenang-senang semasa melakukannya. Namun begitu, sebahagian masyarakat berpendapat bahawa...

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga...

10 Kedai Basikal Ampang & Cheras yg Best

Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang paling menyihatkan dan menyeronokkan memandangkan pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak,...

10 Kedai Basikal Best di Puchong

Pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih dengan aktiviti berbasikal. Antara kebaikan aktiviti berbasikal adalah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan...

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aisyah
aisyah
1 year ago

terbaik flex fitness gym…

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x