Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Petaling Jaya & Subang Jaya yg Best

Belajar menunggang basikal adalah salah satu kenangan masa kecil yang paling dihargai bagi kebanyakan orang. Berbasikal juga dilengkapi dengan pelbagai kelebihan, dan yang terbaik ialah anda tidak perlu berlatih terlalu lama untuk menikmatinya. Adakah anda tahu bahawa aktiviti berbasikal sangat berguna untuk kita? Ya, kenyataan ini memang benar. Berbasikal setiap hari, walaupun untuk sementara waktu, memberi kesan yang bagus untuk kesihatan, dan membantu alam sekitar serta membawa kepada penjimatan kewangan yang serius juga.

Oleh sebab itu, kami telah mengumpulkan senarai ini untuk membantu anda memilih basikal terbaik di Petaling Jaya dan Subang Jaya. Kedai basikal Petaling Jaya dan Subang Jaya yang best, sesuai untuk anda sama ada anda adalah penunggang basikal atau hanya pendatang baru yang ingin mengubah gaya hidup sihat.

 

Kedai Basikal Kota Damansara


1. Meng Thai Bicycle Centre, Dataran Sunway

Kedai Basikal Kota Damansara

Kedai basikal yang menawarkan perkhidmatan menjual dan membaiki basikal terbaik di Kota Damansara. Cawangan kedua terletak di Shah Alam. Pemilik kedai dan pasukan sangat ramah dan membantu pelanggan menyelesaikan masalah basikal mereka. Menurut salah seorang pelanggan, pekerja di sini dengan sabar menjelaskan setiap isu dan cadangan untuk menjadikan pengalaman menunggangnya lebih menyenangkan. Mereka bukan sahaja memperbaiki tayar yang berlubang tetapi juga melakukan pemeriksaan asas lain seperti tekanan tayar, kedudukan tempat duduk dan pemeriksaan brek. Kedai basikal Kota Damansara ini lebih tertumpu kepada penjualan road bike. Harga berpatutan dan kualiti produk terjamin. Mereka menjual basikal mulai dari kanak-kanak hingga basikal khusus untuk menunggang di jalan raya atau gunung. Kedai basikal Kota Damansara ini berhawa dingin tetapi tempat letak kenderaan yang terhad.

Alamat: 11-1 Jalan PJU 5/15 Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad: 1.30pm – 6.30pm, Isnin – sabtu: 11.30am – 8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-61483353

 

2. Megabike Sdn Bhd, Dataran Cascade

kedai basikal murah Kota Damansara

Megabike Sdn Bhd antara kedai basikal murah Kota Damansara. Selain menjual basikal, perkhidmatan lain yang disediakan untuk pelanggan ialah pembaikan basikal, service & upgrade, dan custom wheel building. Pemilik kedai yang sangat profesional dan beliau memperlakukan setiap basikal pelanggan seperti basikal kepunyaan dirinya sendiri. Sebelum menghantar barang yang dibeli pelanggan, beliau akan memeriksa produk tersebut dengan baik dan penerima juga akan mendapat beberapa barang percuma. Salah satu pakar pembangun roda dan kedai basikal terbaik di bandar Kota Damansara.

Alamat: B-G-33, Dataran Cascade, No, 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-76603470

Whatsapp Megabike Sdn Bhd

 

3. AGS Holeshot Bicycle, Jalan Camar 4/2

kedai basikal kejiranan terbaik

AGS Holeshot Bicycle merupakan kedai basikal kejiranan terbaik di Jalan Camar 4/2. Mereka sentiasa bersedia untuk  membantu pelumba baru. Tempat ini dikendalikan oleh penunggang untuk penunggang. Mereka sentiasa memahami keperluan dan kehendak anda. Pelbagai pakaian, komponen dan aksesori basikal yang berkualiti tinggi. Selain menjual basikal, mereka turut menawarkan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan untuk semua jenis basikal, walaupun fokus utama kedai ini adalah basikal gunung. Pengedar dan penjual semula beberapa jenama terkenal di dunia seperti Marin Bikes DSX, EXT Racing Shox, Mtb, Galfer, Altec, PNW, Polygon dan lain-lain lagi. Sekiranya anda sedang mencari kedai untuk menyempurnakan basikal anda, jangan mencari lagi kerana kedai basikal ini pilihan terbaik anda.

Alamat: 8-G, Jalan Camar 4/2, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-61480642

 

4. One Cycling Industry Sdn Bhd, The Strand

One Cycling Industry Sdn Bhd

One Cycling Industry Sdn Bhd adalah antara pilihan terbaik jika anda seorang permula dalam aktiviti berbasikal. Pengedar rasmi untuk basikal berjenama Shimano, Filante SLR, Axman, Chapter2, 3T, Storck, MTB dan sebagainya. Mereka juga menjual aksesori seperti cermin mata, kasut, beg basikal, dan pakaian berbasikal jenama Isadore juga namun ia terhad. Selain itu, mewujudkan One Cycling Club untuk mempromosikan dan membimbing orang ramai mengenai aktiviti berbasikal. Antara komponen basikal yang mereka jual ialah tayar, Gps, wheelset, lampu basikal, pedal, brek & brakepads, groupsets, saddle, dan handle bar. 

Alamat: 23G, The Strand, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), & isnin – sabtu: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-61508855

Whatsapp One Cycling Industry Sdn Bhd

 

Kedai Basikal Petaling Jaya


5. Specialized Concept Store, 10 Boulevard

kedai basikal yang popular di Petaling Jaya

Salah satu kedai basikal yang popular di Petaling Jaya adalah Specialized Concept Store. Kenapakah agaknya kedai ini menjadi tumpuan orang ramai? Hal ini kerana mereka menyediakan perkhidmatan yang hebat dan sangat membantu pelanggan terutamanya untuk pemula. Cawangan ini juga mempunyai sistem canggih untuk memeriksa atau memberi nasihat mengenai ukuran basikal berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki setiap individu iaitu ketinggian, berat badan, kekerapan berbasikal, panjang kaki dan sebagainya.

Alamat: B-G-20, 10 Boulevard, Jalan PJU6A, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup) & Isnin – sabtu: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-26331801

 

6. PedalSpot SS2, Jalan SS 2/3

kedai basikal Petaling Jaya ini

Salah seorang pelanggan memberi ulasan bahawa penjelasan khidmat pelanggan mengenai basikal sangat bagus dan dapat menjawab semua soalan pelanggan dengan lengkap. Mana-mana pelanggan yang berkunjung ke sini merasa gembira dan sangat berpuas hati dengan kedai basikal Petaling Jaya ini. Kedai basikal ini menjual pelbagai pilihan basikal dan aksesori serta peralatan untuk dipilih. Perkhidmatan membaiki basikal juga tersedia untuk anda. Namun begitu, tempat letak kenderaan sangat terhad dan tidak tersedia sepanjang masa.

Alamat: 9, Jalan SS 2/3, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup) & Isnin – sabtu: 10.30am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-78770450

Whatsapp PedalSpot SS2

 

7. Giant Pedal Hard Bike Shop, Aman Suria

pengedar basikal yang sah

Kedai basikal ini merupakan pengedar basikal yang sah bagi jenama antarabangsa ini iaitu Giant Bicycle. Kenapa kedai basikal ini sangat popular? Mana tidaknya, di Facebook sahaja page bisnes kedai basikal ini telah mencecah hampir 10 ribu orang yang menyukai page tersebut. Anda juga boleh membuat pembelian di laman Shoppe mereka yang mempunyai sehingga 1.3k pengikut. Kedai ini membawa rangkaian lengkap produk Giant mulai dari basikal siri junior, jalan raya, gunung, dan bandar, sehingga pakaian berbasikal.

Alamat: B-G-10, Jalan PJU 1/43, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup) & Isnin – sabtu: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: 03-78869651

Whatsapp Giant Pedal Hard Bike Shop

 

Kedai Basikal Subang Jaya


8. USJ Cycles, Usj 9

paling popular di Subang Jaya

Kedai basikal yang paling popular di Subang Jaya. Kedai ini terletak secara strategik di USJ 9, Subang Jaya dan berdekatan QHC Medical Centre. Mereka menjual produk yang paling banyak berguna untuk seorang penunggang. Perkhidmatan pelanggan yang baik dan kedai ini juga sangat kemas. Selain basikal, mereka juga mempunyai semua aksesori dan alat pembersih basikal. Di samping itu, kedai basikal Subang Jaya ini turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, dan bike fitting. Bagi anda peminat basikal yang tinggal sekitar Subang Jaya, anda harus datang ke kedai basikal Subang Jaya ini.

Alamat: 57-1, Jalan USJ 9/5s, Usj 9, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – isnin: 11.00am – 6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-2296388

Whatsapp USJ Cycles

 

9. Decathlon USJ, Subang Light Industrial Park

terletak di belakang Summit USJ

Apa yang menariknya mengenai kedai basikal ni? Tahukah anda bahawa Decathlon ini merupakan peruncit barangan sukan Perancis. Jenama ini mempunyai lebih dari 1647 kedai di seluruh negara. Selain itu, peruncit barang sukan terbesar di dunia. Decathlon juga merupakan kedai peralatan dan aksesori sukan yang dilengkapi dengan pelbagai produk untuk pelbagai jenis aktiviti fizikal termasuklah bagi anda yang mencari kelengkapan basikal. Untuk lihat sendiri jenis basikal dan kelengkapan lain, anda boleh sahaja ke cawangan Decathlon di kawasan Lembah Klang iaitu Jalan Klang Lama, USJ, Sri Damansara, Shah Alam dan Petaling Jaya. Cawangan ini terletak di belakang Summit USJ, bukan di bangunan yang sama. Anda juga boleh mendapatkan basikal dengan harga yang berbaloi dan sesuai mengikut tahap berbasikal anda.

Alamat: 672, Persiaran Subang Permai, Subang Light Industrial Park, Taman Perindustrian Usj 1, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-80207529

 

10. KSH Cycles, Taipan Business Centre

pelbagai jenis basikal yang berkualiti tinggi

KSH Cycles menawarkan pelbagai jenis basikal yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan termasuklah road bike, basikal lipat, mountain bike dan banyak lagi. Pelbagai jenama basikal anda boleh dapatkan di KSH Cycles seperti 3Sixty, Cervelo, Geometric, Shimano dan sebagainya. Selain basikal, mereka juga menjual Jersi putih Flizz Race Cutt dan menawarkan perkhidmatan custom building. Dari basikal kanak-kanak hingga basikal dewasa juga mereka ada.

Alamat: 53, Jalan USJ 10/1a, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin: 10.30 – 3.00pm & selasa – sabtu: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-3615268

Whatsapp KSH Cycles 

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kedai Basikal Kota Kemuning & Cyberjaya yg Best

Berbasikal adalah alternatif yang baik untuk perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, menjalankan tugas atau membeli-belah. Beberapa faedah membeli-belah dengan basikal adalah bersenam sambil...

Top 10 Kedai Basikal Seri Kembangan & Semenyih yg Zhun

Aktiviti berbasikal setiap hari sebenarnya dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak. Menunggang basikal secara berkumpulan juga adalah salah satu cara yang...

Top 5 Kedai Basikal Batu Caves & Sri Rampai yg Best

Aktiviti berbasikal di Malaysia semakin meningkat kerana ia adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan dan memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar. Malangnya, ia...

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x