Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Ampang & Cheras yg Best

Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang paling menyihatkan dan menyeronokkan memandangkan pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan membakar lebihan kalori. Di samping menghirup udara segar, penunggang basikal dapat mengeratkan silaturrahim dengan menyertai aktiviti berbasikal di komuniti anda.

Memandangkan aktiviti berbasikal adalah berimpak rendah, ianya cukup sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk mula menurunkan berat badan. Kini terdapat pelbagai jenis sukan melibatkan berbasikal, antaranya sukan berbasikal ekstrem, berbasikal di kawasan gunung, berbasikal di hutan dan lumba basikal. Bagi membantu anda mencari kelengkapan basikal untuk aktiviti riadah anda, di sini kami tampilkan 10 kedai basikal di Ampang dan Cheras yang paling best untuk dikunjungi. Oleh itu, siap-siapkan kad kredit sebelum anda rambang mata memilih basikal-basikal hebat.

 

Kedai Basikal Ampang yg Best


1.  Yong Advance Cycles, Ampang Jaya

Yong Advance Cycles

Yong Advance Cycles merupakan kedai basikal di Ampang Jaya menjual pelbagai model basikal dan aksesori basikal. Di sini pelanggan boleh mendapatkan kelengkapan asas untuk membaiki basikal seperti cakera brek basikal, pedal basikal, tempat duduk basikal, kit membaiki basikal dan banyak lagi. Pilihan jenis-jenis basikal juga adalah pelbagai, misalnya basikal lipat, basikal cyclocross, dan basikal jalan. Kasut berbasikal turut dijual di Yong Advance Cycles. Spesifikasi basikal dan kelengkapan basikal boleh dirujuk di laman Facebook Yong Advance Cycles.

Alamat:  No. 36, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad: 10am-7pm, Isnin-Jumaat: 9.30am-7pm. Selasa tutup.

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-4270 2519

Whatsapp Yong Advance Cycles 

 

2.  Fulview Bicycle,  Taman Nirwana

Fulview Bicycle

Fulview Bicycle merupakan salah satu kedai basikal di Ampang yang harus anda kunjungi sekiranya anda berhasrat untuk mencari basikal yang bergaya sewaktu beriadah. Rekaan basikal di Fulview Bicycle rata-ratanya hadir dengan warna-warni dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Sekiranya anda berhasrat untuk membaiki atau mengubah suai basikal secara sendiri, anda boleh mendapatkan alat ganti dan peralatan basikal di Fulview Bicycle oleh kerana barangan-barangan yang dijual berkualiti tinggi.

Sekiranya anda ingin mengunjungi showroom Fulview Bicycle, anda bolehlah membuat temu janji dengan mengisi borang temu janji di laman Facebook Fulview Bicycle. Selain daripada mengunjungi showroom Fulview Bicycle di Ampang, anda juga boleh membeli basikal dan aksesori basikal di kedai online Fulview Bicycle di Shopee. Menerusi kedai online di Shopee, pelanggan boleh membuat perbandingan harga dan produk di samping pembayaran yang lebih selamat di atas talian.

Alamat: Jalan Cahaya 3c, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 11am-5pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone: 016-590 4117

Whatsapp Fulview Bicycle

 

3.  AA Cycle, Taman Sri Watan 

AA Cycle

Sekiranya anda mencari kedai basikal di Ampang yang menawarkan model basikal dengan harga murah, anda bolehlah mengunjungi Kedai basikal AA Cycle. Kedai basikal AA Cycle menjual pelbagai jenis basikal yang boleh digunakan bagi aktiviti riadah dan memenuhi keperluan harian. Kedai basikal AA Cycle juga turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal yang rosak. Antara produk menarik dijual di sini adalah seperti basikal kanak-kanak, basikal lipat, basikal jalan dan pelbagai aksesori basikal menarik. Pendek kata, kedai basikal AA Cycle adalah tempat bagi mendapatkan keperluan asas untuk sukan berbasikal. Basikal-basikal di sini rata-ratanya dijual bawah RM1000, yang sememangnya mampu milik.

Alamat: No. 6, Jalan Watan 6, Taman Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi:  8am-7pm

Lokasi |  Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-630 1221

Whatsapp AA Cycle

 

4.  Hee Hong Cycle, Taman Nirwana

Hee Hong Bicycle Shop3

Sekiranya anda seorang yang aktif terlibat dalam sukan berbasikal, Hee Hong Cycle merupakan kedai basikal di Ampang yang wajib anda kunjungi bagi mencari basikal yang berkualiti tinggi.  Oleh itu, pilihan produk-produk di kedai Hee Hong Cycle adalah khusus untuk atlet professional dan amatur sukan berbasikal yang berhasrat untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sukan berbasikal. Hee Hong Cycle  turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis basikal. Perkhidmatan pembaikian dilakukan oleh mekanik basikal yang terlatih.

Hee Hong Cycle menjual basikal daripada jenama popular seperti Shimano, Colnago, Trek dan Cervelo. Rekaan basikal-basikal di sini juga amat trendy dan hadir dengan warna-warni.  Walaupun harga basikal di sini agak mahal, tetapi ianya dijamin berkualiti tinggi. Dan yang paling penting, dijamin laju.

Alamat:  18, Jalan Nirwana 1/1, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 11.30am – 6pm. Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-92854681

Whatsapp Hee Hong Cycle

 

5.  PedalSpeed Pro Bike Shop, Ukay Heights 

PedalSpeed Pro Bike Shop

PedalSpeed Pro Bike Shop menawarkan basikal-basikal berkualiti tinggi dan aksesori basikal. Sekiranya anda merupakan atlet sukan berbasikal ataupun amatur yang ingin berjinak-jinak dengan sukan berbasikal, PedalSpeed Pro Bike Shop merupakan kedai basikal di Ampang yang harus anda kunjungi bagi mendapatkan kelengkapan sukan berbasikal. Berpengalaman selama 50 tahun dalam perniagaan menjual basikal, PedalSpeed Pro Bike Shop sememangnya tahu apa yang anda perlukan untuk menceburi bidang sukan berbasikal.

Peralatan sukan berbasikal PedalSpeed Pro Bike Shop sememangnya hebat-hebat dan berkualiti tinggi. Antara jenama basikal terkenal yang dijual di sini adalah seperti Trek Bikes, Supacaz, Ride 100%, Rolf Prima Wheel Systems, ABUS Cycling, FSA, Vittoria dan Atlas Sports. Walaupun harga-harga peralatan sukan berbasikal di PedalSpeed Pro Bike Shop agak mahal, peralatan sukan berbasikal yang dijual di PedalSpeed Pro Bike Shop dijamin tahan lama.

Untuk mencari dan membandingkan produk-produk yang dijual di PedalSpeed Pro Bike Shop, pelanggan boleh membuat tinjauan produk di laman Facebook PedalSpeed Pro Bike Shop bagi mendapatkan senarai harga peralatan  basikal dan gambaran kualiti produk. PedalSpeed Pro Bike Shop turut mempunyai kedai online di Shopee, agar pelanggan di seluruh Malaysia boleh menikmati kehebatan produk sukan berbasikal dari PedalSpeed Pro Bike Shop.

Alamat: Jalan Kerja Air Lama 1,Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 10am – 5pm , Ahad: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 017-367 4724

Whatsapp PedalSpeed Pro Bike Shop 

 

Kedai Basikal Cheras yg Best


6.  SA Bike,  Alam Damai Cheras

SA Bike

Kedai basikal SA Bike merupakan antara kedai basikal di Cheras menjual basikal-basikal berjenama seperti Cervelo, KASK, POC, Giro, Shimano Parts, Deda, Morph Pulley, Kogel, Garmin, Fabric, Roval, ENVE, Reynolds, dan Campagnolo. Rekaan basikal dari jenama-jenama popular dikenali dengan ciri-ciri aerodinamik, ergonomik dan berkeselamatan tinggi walaupun dikayuh dengan laju.

Harga-harga  basikal yang dijual di SA Bike sememangnya agak mahal, tetapi kualiti basikal yang dijual memang terjamin.  Jika dilihat di ulasan-ulasan perniagaan, kebanyakan pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti basikal yang dijual.

SA Bike turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis basikal, yang mana perkhidmatan ini dikendalikan oleh mekanik terlatih. Pelanggan boleh mendapatkan senarai harga dan perkhidmatan lengkap dengan mengunjungi laman web SA Bike.

Alamat:  No. 20, Jalan Damai Raya 3, Alam Damai Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-9543 9077

Whatsapp SA Bike

 

7.  Bike Corner Cycle Trading,  Bandar Mahkota Cheras

Bike Corner Cycle Trading

Bike Corner Cycle Trading merupakan kedai basikal di Cheras yang menawarkan perkhidmatan professional dalam pembaikian basikal dan menservis basikal. Bike Corner Cycle Trading turut menjual basikal rekreasi, alat ganti dan aksesori basikal.  Mempunyai 11 tahun pengalaman dalam bidang penjualan basikal, Bike Corner Cycle Trading memang pakar dalam bidang pembaikian basikal. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Bike Corner Cycle Trading untuk sebarang permasalahan basikal anda.

Harga barangan peralatan basikal di Bike Corner Cycle Trading tidaklah terlalu mahal dan masih di dalam lingkungan mampu milik. Selain mempunyai outlet di Bandar Mahkota Cheras, Bike Corner Cycle Trading turut mempunyai kedai online di Shopee bagi memudahkan pelanggan mendapatkan peralatan basikal dan alat ganti basikal bersempena musim PKP ini.

Alamat: 13-G, Jalan Temenggung 5/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am-8pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 012-370 4435

Whatsapp Bike Corner Cycle Trading

 

8.  KSH Cycles Cheras, Taman Maluri

KSH Cycles Cheras

KSH Cycles Cheras  menawarkan pelbagai jenis basikal untuk keperluan riadah anda. Antara basikal dijual di sini adalah seperti basikal budak, basikal jalan, basikal lipat, dan pelbagai lagi. Aksesori basikal seperti helmet, pam basikal, kasut dan baju sukan berbasikal turut dijual di sini.

Mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam bidang penjualan basikal, KSH Cycles Cheras  tahu apa yang diperlukan oleh peminat sukan berbasikal.  Oleh itu, tidak hairanlah barangan-barangan yang dijual di KSH Cycles Cheras berkualiti tinggi.

KSH Cycles Cheras  turut mempunyai kedai online yang mana pelanggan di seluruh Malaysia boleh membuat pembelian di atas talian. Pembelian peralatan basikal dengan KSH Cycles Cheras  boleh juga dilakukan menerusi bayaran ansuran.  Penghantaran barangan yang dibeli ke seluruh Malaysia adalah percuma dan diuruskan oleh pihak KSH Cycles Cheras.

Alamat:  No. 238G, Jalan Mahkota, Taman Maluri, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.30am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 018-3233117

Whatsapp KSH Cycles Cheras

 

9.  Fat Bike Specialist Malaysia, Taman Taynton View

Fat Bike Specialist Malaysia

Fat Bike Specialist Malaysia merupakan kedai basikal di Cheras yang membekalkan basikal-basikal dari jenama Maxtron Fat Bike. Basikal-basikal dari Fat Bike Specialist Malaysia adalah premium dan berkualiti tinggi. Fat Bike Specialist Malaysia turut menyediakan perkhidmatan konsultasi basikal agar produk yang dibeli memenuhi keperluan dan minat anda dalam sukan berbasikal.

Pelanggan boleh juga membeli-belah produk dari Fat Bike Specialist Malaysia di laman web yang mana pelanggan boleh membuat perbandingan harga, gambaran kualiti produk dan membaca ulasan-ulasan dari pelanggan yang pernah membeli produk-produk Fat Bike Specialist Malaysia. Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kualiti produk ditawarkan oleh Fat Bike Specialist Malaysia.

Selain daripada menjual peralatan basikal, Fat Bike Specialist Malaysia turut mengadakan aktiviti sosial berbasikal seperti konvoi berkumpulan. Ikuti laman Facebook Fat Bike Specialist Malaysia bagi mendapatkan makluman lanjut mengenai aktiviti sosial yang dianjurkan oleh Fat Bike Specialist Malaysia selain mendapatkan info mengenai promosi terkini.

Alamat:  No 66, Jalan 30a/119, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 2pm-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 012-320 7138

Whatsapp Fat Bike Specialist Malaysia

 

10.  Bike8 Malaysia, Bandar Tun Hussein Onn

Bike8 Malaysia

Bike8 Malaysia menawarkan basikal-basikal yang direka khusus untuk keseimbangan badan sewaktu menunggang basikal. Dengan menunggang basikal dari Bike8 Malaysia, anda tidak perlu risau jatuh sewaktu sedang seronok berbasikal.

Menariknya, tayar basikal yang hadir dengan model basikal Bike8 Malaysia adalah lebih lebar dan rata bagi mamastikan keseimbangan basikal terjamin. Basikal dari jenama Bike8 Malaysia adalah sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mahu belajar menunggang basikal.  Basikal imbang dari Bike8 Malaysia membolehkan mereka yang berdikit-dikit menunggang basikal mampu mengemudi basikal dengan cepat.

Model basikal dari Bike8 Malaysia mempunyai lebih kurang enam paten yang melibatkan rekaan system hidraulik, rangka basikal dan material basikal yang memfokuskan pada keseimbangan sewaktu menunggang basikal.  Basikal budak dari Bike8 Malaysia amat sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak agar mereka dapat merasa keseronokkan mengemudi basikal secara selamat.

Alamat:  Lot 15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1 Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor

Waktu Operasi: 11am-11pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-9074 4144

Whatsapp Bike8 Malaysia

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga...

10 Kedai Basikal Best di Kajang & Dengkil

Berbasikal merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk bertenaga dan menikmati aktiviti luar sementara anda bersenang-senang semasa melakukannya. Namun begitu, sebahagian masyarakat berpendapat bahawa...

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis...

10 Kedai Basikal Best di Puchong

Pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih dengan aktiviti berbasikal. Antara kebaikan aktiviti berbasikal adalah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan...

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x