Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang perlu kita buat sebelum menceburi hobi berbasikal adalah dengan mencari basikal yang sesuai dan harga yang berpatutan dengan bajet sendiri seperti ada pepatah mengatakan ukur baju di badan sendiri. Jadi, siapkan mata anda untuk menikmati pelbagai jenis basikal dengan harga yang berpatutan di kedai basikal Sungai Buloh dan Rawang yang terbaik dan disukai oleh penggemar aktiviti berbasikal. Jom tengok, kedai basikal mana yang best di sekitar Sungai Buloh dan Rawang ni.

Kedai Basikal Di Sungai Buloh yg Best


1. Daiichi Ryutsu Enterprise, Bandar Baru

daiichi ryutsu

Sekiranya anda masih mencari kedai basikal di Sungai Buloh yang menawarkan pelbagai jenis basikal dengan harga yang mampu milik, anda boleh mengunjungi Daiichi Ryutsu Enterprise. Bukan itu sahaja, majoriti pelanggan yang mengunjungi kedai mereka akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan basikal mereka yang berkualiti.

Yang menariknya di sini ialah mereka juga ada menjual basikal elektrik yang mempunyai pelbagai reka bentuk dengan warna yang menarik seperti kuning, merah jambu, putih dan merah. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian dengan hanya Whatsapp di nombor yang telah diletakkan di Facebook rasmi mereka. Selain itu, mereka memberikan perkhidmatan penghantaran di kawasan Lembah Klang dan perkhidmatan membaiki basikal elektrik yang rosak.

Alamat: Lot 2112, Jalan 3/1, Bandar Baru, 47000, Sungai Buloh, Selangor, 52100

Waktu Operasi: 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-2436511

Whatsapp Daiichi Ryutsu Enterprise


2. Kedai Basikal Tan Kim Hai

kedai basikal tan kim hai

Kedai Basikal Tan Kim Hai menawarkan banyak model basikal yang berkualiti tinggi dengan harga yang sukar untuk didapati di kedai basikal lain. Kedai basikal yang terletak di Sungai Buloh, Selangor ini sememangnya antara kedai basikal yang terbaik kerana mereka hanya mementingkan kepuasan hati pelanggan. Oleh itu, layanan yang diberikan oleh para pekerja memang baik dan membantu. Dijamin anda akan berpuas hati dan tidak akan menyesal jika anda berkunjung ke kedai ini.

Sukar untuk mencari ulasan yang negatif tentang kedai atau perkhidmatan yang diberikan di ruangan ulasan mereka. Selain itu, di sini bukan sahaja menjual basikal untuk orang dewasa tetapi basikal untuk kanak-kanak juga boleh didapati.

Alamat: 7, Jalan 1, Taman Selangat, Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 011-21246883

Whatsapp Kedai Basikal Tan Kim Hai


3. Foresttrek Cycle Centre, Taman Perindustrian Ehsan Jaya

foresttrek cycle centre

Sekiranya anda merupakan penggemar basikal, anda wajib untuk mengunjungi kedai basikal Foresttrek Cycle Centre yang terletak di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Selangor kerana di sini menawarkan pelbagai basikal yang berjenama. Antaranya ialah GOMEX, ORBEA, SEVEN dan banyak lagi. Selain itu, antara basikal yang ada dijual di sini adalah basikal lipat, basikal kanak-kanak, BMX, Fixie, mountain bike, dan basikal elektrik.

Bukan itu sahaja, di sini juga ada menjual pelbagai alat ganti basikal dan alatan untuk servis basikal seperti bar tape, squirt, tiub basikal, minyak pelincir rantai dan banyak lagi. Jika anda sibuk bekerja pada hari minggu dan tidak sempat untuk datang ke sini, jangan risau kerana kedai mereka juga dibuka pada hari ahad.

Alamat: No. 169, Jalan 16, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, 52100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: 11.0am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-67311293

Whatsapp Foresttrek Cycle Centre

 

Kedai Basikal Saujana Utama yg Best


4. Al-Fateh Toys Saujana, Seri Pistana

al-fateh toys saujana

Al-Fateh Toys Saujana merupakan salah satu kedai basikal yang menarik untuk anda kunjungi. Basikal yang dibeli di sini juga mampu menjimatkan duit anda. Mereka menjual pelbagai jenis basikal yang dijamin mampu memberikan anda keselesaan sewaktu melakukan aktiviti berbasikal. Basikal untuk kanak-kanak sehingga ke orang dewasa juga boleh didapati di sini. Selain menjual basikal, di sini juga ada menjual barangan elektronik seperti e-bike dan skuter elektrik.

Yang menariknya di sini, mereka menjual pelbagai jenis mainan kanak-kanak seperti mini playground 3in1, push car, pelbagai model mini UTV, mini motorsikal dan banyak lagi. Semestinya dengan mainan-mainan menarik seperti ini akan memberikan keseronokkan kepada anak-anak anda.

Alamat: D-1, Al-Fateh Toys Saujana Utama, 36, Jln SP 11/2, Seri Pistana, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-3318117

Whatsapp Al-Fateh Toys


5. HWL Bicycle

hwl bicycle

HWL Bicycle yang terletak di Sungai Buloh, Selangor merupakan kedai basikal yang menawarkan pelbagai jenis basikal yang mempunyai reka bentuk terkini dan mampu membuatkan anda kelihatan hebat sewaktu berbasikal. Basikal di sini ditawarkan dengan harga yang mampu milik. Basikal mereka juga mempunyai padanan warna yang cantik dan menarik.

Dijamin anda akan berpuas hati dengan servis yang diberikan kerana pekerja-pekerja di sini sememangnya ramah dan memberikan kerjasama dengan baik. Ramai pelanggan yang telah mengunjungi kedai ini memberikan ulasan yang positif di ruangan ulasan mereka. Ini menunjukkan yang semestinya kedai basikal ini adalah yang terbaik.

Alamat: Jalan Melor 1, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6632404

Whatsapp HWL Bicycle2


6. Kedai Basikal Ramly

kedai basikal ramly

Kedai Basikal Ramly menawarkan pelbagai basikal baru atau lama yang dijual dengan harga mampu milik. Di sini juga anda boleh membeli pelbagai alatan ganti basikal yang mampu membuatkan basikal anda berfungsi dengan baik. Selain itu, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan baik pulih dan selenggara basikal. Yang menariknya ialah mekanik mereka merupakan orang yang boleh dipercayai kerana telah mempunyai banyak pengalaman dalam dunia berbasikal dan juga mempunyai banyak pengetahuan tentang basikal. Mereka juga tidak kedekut untuk berkongsi ilmu tentang basikal dengan anda.

Sekiranya anda mengunjungi laman Facebook mereka, anda boleh mengetahui banyak tentang basikal kerana di sana mereka berkongsi banyak info-info menarik dan berguna tentang basikal. Bukan itu sahaja, mereka juga sering berkongsi tentang tempat-tempat menarik untuk berbasikal. Mereka juga akan membuat promosi hebat pada tarikh-tarikh terpilih sebagai contoh pada hari Malaysia dan banyak lagi.

Alamat: No. 26, Jalan Dahlia 3, Taman Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9108270

Whatsapp Kedai Basikal Ramly

 

Kedai Basikal Di Rawang yg Best


7. Ecocana Sports, Gamuda Gardens Waterfront Village

ecocana sports

Ecocana Sports menawarkan pelbagai basikal yang hebat, perkhimatan sewa dan membaiki basikal. Basikal yang ditawarkan juga mempunyai kualiti yang tinggi dan berjenama. Anda juga tidak perlu pening-pening untuk memikirkan basikal mana yang harus anda beli kerana di sini pekerja mereka tidak kedekut untuk berkongsi pendapat yang bagus tentang basikal yang sesuai untuk anda. Sekiranya di rumah anda mempunyai basikal lama yang tidak dipakai lagi, anda boleh membawanya ke kedai ini untuk dibaiki semula. Mereka juga boleh mencantikkan basikal lama supaya kelihatan seperti baru.

Jika anda membaca ulasan di ruang ulasan mereka, memang dibanjiri dengan pujian daripada pelanggan-pelanggan lain. Ini boleh menunjukkan layanan yang diberikan memang akan memuaskan hati. Selain itu, kedai mereka juga berada di tempat yang senang di cari.

Alamat: LG-02, Gamuda Gardens Waterfront Village, Bandar Gamuda Gardens, 48050 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-2342810

Whatsapp Ecocana Sports


8. Vin Cycle Enterprise, Jalan Mutiara 1 

vin cycle

Vin Cycle Enterprise merupakan antara kedai basikal yang terbaik dan perlu untuk anda kunjungi sekiranya anda mencari basikal. Di sini menjual pelbagai basikal berjenama GUSTO dengan tawaran harga yang mampu milik. Antara basikal yang ada dijual di sini ialah Fixie, mountain bike, basikal lipat, basikal jalan dan banyak lagi. Yang menariknya di sini ialah anda boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan bagi mendapatkan basikal idaman anda.

Di sini juga ada menjual pelbagai aksesori basikal yang semestinya akan menjadikan basikal kesayangan anda kelihatan lebih hebat. Bagi mereka yang tinggal di area Rawang, Selangor mereka ada menyediakan perkhidmatan khas iaitu membaiki basikal anda tanpa perlu keluar rumah kerana pekerja mereka akan datang ke rumah anda dan membaiki basikal anda dengan sebaik mungkin.

Alamat: 1-1-5 Floor G, Jalan Mutiara 1, Rawang Mutiara Business Centre, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 7.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-3835511

Whatsapp Vin Cycle Enterprise


9. Jiwabasikal, Bandar Bukit Beruntung

jiwabasikal

Kepada anda yang baru ingin menceburi bidang berbasikal atau anda masih mencari basikal yang terbaik, anda perlu kunjungi Jiwabasikal. Seperti nama kedainya, ia sangat sesuai bagi mereka yang berjiwa basikal kerana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis basikal dengan tawaran harga yang menarik di sini. Selain itu, anda juga boleh mencari pelbagai jenis alat ganti untuk basikal anda di kedai ini. Antara alat ganti yang ada dijual adalah skru, rangka badan basikal, pengayuh dan gris khas. Semestinya dapat memastikan basikal anda boleh berfungsi dengan baik.

Mereka juga ada menjual t-shirt jenis kain jersey yang sesuai dipakai untuk melakukan aktiviti berbasikal. Baju jersey yang cantik ini juga mempunyai kain yang tidak tebal dan akan memberikan anda keselesaan sewaktu memakainya. Anda boleh mengunjungi Facebook mereka jika ingin mengetahui lebih banyak lagi info atau barang jualan di kedai ini.

Alamat: 8-1Jalan Adenium 2g/10, Adenium Business Park, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-60212510


10. Ligamas Cycle Sdn Bhd, Jalan Rawang Mutiara 3

ligamas cycle rawang

Ligamas Cycle Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenama basikal yang hebat seperti Cannondale, Giant, Bianchi, Colnago dan Orbea. Selain menjual basikal, mereka juga menjual pelbagai aksesori basikal seperti tempat gantung botol air, lampu depan belakang, helmet keselamatan, sarung tangan dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, mereka juga ada menawarkan pelbagai komponen basikal seperti pad brek, kawalan kabel, kaset, shifter dan banyak lagi. Tidak perlu risau tentang sesat jika anda ingin ke kedai mereka kerana kedudukan kedai mereka memang strategik dan mudah untuk dicari. Anda tidak akan rasa rugi jika anda perlu pandu jauh-jauh untuk ke kedai ini kerana perkhidmatan yang diberikan sangatlah baik dan pilihan barangan yang dijual akan membuatkan anda menjadi rambang mata.

Alamat: 2D-1-10, Jalan Rawang Mutiara 3, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-11168303

Whatsapp Ligamas Cycle


Kesimpulannya, basikal yang baik dapat memberikan anda kayuhan yang sempurna. Justeru itu, marilah kita mendapatkan basikal yang terbaik di kedai yang boleh dipercayai. Di sini juga anda boleh survey semua kedai di atas untuk mencari basikal idaman anda tanpa perlu keluar rumah. Tidak perlu ragu-ragu lagi kerana 10 kedai di atas sememangnya terbaik dan menjual barangan yang berkualiti tinggi.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Gombak & Setapak yg Zhun

Bila kita bercakap tentang topik berbasikal, semestinya bunyi hobi ini seperti hobi yang mahal. Mahu tidaknya, basikal sahaja mahal, ditambah pula dengan peralatan-peralatan lain...

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...

Top 5 Kedai Basikal Batu Caves & Sri Rampai yg Best

Aktiviti berbasikal di Malaysia semakin meningkat kerana ia adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan dan memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar. Malangnya, ia...

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis...

Top 10 Kedai Basikal Seri Kembangan & Semenyih yg Zhun

Aktiviti berbasikal setiap hari sebenarnya dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak. Menunggang basikal secara berkumpulan juga adalah salah satu cara yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x