Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis yang baik dan pelbagai jenis basikal yang menarik. Oleh itu, bagi orang sekitar Setia Alam dan Meru yang mencari kedai basikal yang terbaik, kami senaraikan top 5 kedai basikal di Setia Alam dan Meru yang memang best dan disukai penggemar hobi 2 roda ini.

Kedai Basikal Setia Alam


1. Sen Aik Trading, Seksyen U13

kedai basikal setia alam meru sen aik trading

Sen Aik Trading merupakan kedai basikal di Setia Alam yang menawarkan basikal-basikal dengan harga yang murah dan mempunyai banyak pilihan. Selain menjual basikal di Sen Aik Trading juga ada menjual aksesori, alat ganti dan peralatan keselamatan sewaktu berbasikal. Kedai Sen Aik Trading di Setia Alam ini telah mula beroperasi pada tahun 2007 dan menjual pelbagai basikal yang mempunyai reka bentuk moden.

Jika anda ingin melihat barangan yang ada dijual di sini, anda boleh melayari laman web mereka dan kami telah meletakkan link laman web mereka di bawah. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini tentang kedai ini di Facebook rasmi mereka. Hal ini kerana mereka sering kali memuat naik info terkini mengenai produk-produk mereka di Facebook. Oleh itu, jangan lupa untuk mengunjungi dan mengikuti Facebook mereka agar anda tidak terlepas sebarang promosi yang dilakukan atau update produk terbaharu.

Alamat: 12-3-1. Jalan Setia Prima Q U13/Q, Setia Alam, Sek. U13 Shah Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-33586650

 

2. BMX Store, Setia Alam 

bmx shop setia alam

Sekiranya anda merupakan pengemar basikal model BMX, anda boleh mengunjungi BMX Store di Setia Alam. Mereka menawarkan basikal BMX dengan reka bentuk terbaharu dan harga basikal BMX di kedai ini juga berada dalam linkungan yang mampu milik. Selain menjual basikal BMX, di sini juga ada menjual alat ganti untuk basikal BMX seperti pedal, handle dan tayar yang bercorak. Anda juga boleh mengikuti Instagram mereka untuk mengetahui tentang produk yang dijual atau harga produk tersebut dengan klik link Instagram dibawah.

Ruangan ulasan mereka juga dibanjiri dengan pujian yang baik-baik tentang layanan pekerja dan produk yang dijual. Ini membuktikan BMX store sememangnya kedai basikal BMX terbaik. Jika anda ingin membaca ulasan yang telah diberikan oleh pembeli lain, sila klik link ulasan di bawah. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan basikal BMX anda di sini.

Alamat: Ground Floor, NO 5, Jalan Setia Utama AW U13/AW, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3499240

 

Kedai Basikal Meru


3. Spedaworks Meru, Batu 7

spedawork meru

Spedaworks di Batu 7, Meru ini menawarkan pelbagai jenis basikal yang boleh digunakan sewaktu aktiviti riadah anda. Antaranya ialah city bike, fatbike, mountain bike, basikal lipat, basikal hibrid, basikal elektrik, basikal kanak-kanak, Fixie, dan BMX. Selain itu, anda boleh mendapatkan pelbagai aksesori basikal yang menarik di sini. Mereka juga ada menawarkan perkhidmatan membaiki basikal.

Anda juga boleh mengetahui harga basikal yang dijual, sekiranya melayari laman web mereka. Untuk itu kami telah meletakkan link laman web mereka di bawah dan bagi memudahkan anda kami telah menulis alamat penuh kedai. Jadi jangan lupa untuk ke kedai ini kerana mereka juga sering membuat promosi hebat pada barangan yang dijual.

Alamat: No 7-G Jalan Meranti Bunga Taman Sri Mewah, Batu 7, Meru, 41050 Klang, Selango

Waktu Operasi: 9.30am – 10.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-57882805

Whatsapp Spedaworks Meru

 

4. Top Bike, Pekan Meru

kedai basikal setia alam meru top bikes meru

Jika anda merupakan pengemar basikal, anda boleh mengunjungi Top Bike kerana di kedai ini ada menawarkan pelbagai jenis model basikal seperti bike style, road bike, basikal kanak-kanak dan banyak lagi yang semestinya akan menepati citarasa anda. Mereka menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan membaiki basikal dan akan memberikan free gift yang istimewa pada pembelian basikal. Selain itu, layanan yang diberikan oleh pekerja di sini juga sangatlah mesra dan membantu. Kedai mereka terletak di lokasi yang strategik dan mudah untuk dijumpai. Oleh itu, kami ada menulis alamat penuh kedai di bawah.

Alamat: 57, Jalan Ponak Ku8, Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-2535313

Whatsapp Top Bike

 

5. Keen To Cycle (Klang), Jalan Meru

kedai basikal setia alam meru Keen to Cycle Klang

Keen To Cycle di Klang merupakan salah satu kedai basikal yang patut anda kunjungi sekiranya anda mencari basikal. Mereka menawarkan pelbagai basikal dengan reka bentuk terkini dan harga yang berpatutan. Di sini juga mereka menyediakan khidmat nasihat yang boleh dipercayai dan tepat sewaktu memilih basikal. Anda akan menjadi rambang mata dengan pilihan yang disediakan dan berpuas hati dengan layanan yang diberi di kedai ini.

Semestinya sukar untuk mencari ulasan yang buruk tentang kedai atau produk mereka. Jika anda ingin membaca ulasan yang telah diberikan oleh pembeli lain, anda boleh klik link ulasan di bawah. Yang istimewanya di sini adalah mereka tidak kedekut untuk berkongsi pengetahuan tentang basikal dengan pelanggan. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan basikal impian anda di kedai ini.

Alamat: No.117G, Pusat Perniagaan NBC, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-33591341

Whatsapp Keen To Cycle

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Gombak & Setapak yg Zhun

Bila kita bercakap tentang topik berbasikal, semestinya bunyi hobi ini seperti hobi yang mahal. Mahu tidaknya, basikal sahaja mahal, ditambah pula dengan peralatan-peralatan lain...

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini...

10 Kedai Basikal Ampang & Cheras yg Best

Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang paling menyihatkan dan menyeronokkan memandangkan pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak,...

Top 10 Kedai Basikal Seri Kembangan & Semenyih yg Zhun

Aktiviti berbasikal setiap hari sebenarnya dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak. Menunggang basikal secara berkumpulan juga adalah salah satu cara yang...

Top 5 Kedai Basikal Kota Kemuning & Cyberjaya yg Best

Berbasikal adalah alternatif yang baik untuk perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, menjalankan tugas atau membeli-belah. Beberapa faedah membeli-belah dengan basikal adalah bersenam sambil...

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x