Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Kajang & Dengkil

Berbasikal merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk bertenaga dan menikmati aktiviti luar sementara anda bersenang-senang semasa melakukannya. Namun begitu, sebahagian masyarakat berpendapat bahawa basikal adalah untuk anak-anak dan sering mengabaikan manfaat kesihatan fizikal dan psikologi yang positif dari berbasikal. Malahan, berbasikal juga menyeronokkan, murah, dan baik untuk alam sekitar. Berbasikal adalah bentuk senaman yang selesa dan anda boleh mengubah waktu untuk berbasikal sesuai dengan cara anda. Antara manfaat aktiviti berbasikal ialah mampu menghilangkan tekanan, dan memberikan senaman kardiovaskular yang berkesan bagi mereka yang mempunyai penyakit artritis atau mereka yang ingin memulihkan kecederaan lutut.  Adakah anda tahu bahawa berbasikal dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental? Jawapannnya, ya memang betul. Berbasikal mampu mengurangkan kemungkinan untuk anda mengalami banyak masalah kesihatan. Tambahan pula, berbasikal juga adalah kaedah yang baik untuk mengawal atau mengurangkan berat badan anda. Hal ini kerana aktiviti berbasikal dapat meningkatkan kadar metabolisme anda, membina otot, dan membakar lemak badan. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, berbasikal hendaklah digabungkan dengan rancangan makan yang sihat.

Berikut merupakan beberapa jenis basikal yang anda boleh cari dari kedai yang terpapar dalam artikel ini: basikal budak, basikal roadbike, basikal mountain bike, basikal lipat, basikal murah, basikal bmx, basikal tua, basikal gear, dan basikal senaman.

 

Kedai Basikal Best Di Kajang


1. Kedai Basikal Brother Fine, Kampung Sungai Ramal Dalam

Harga basikal berpatutan dan lebih murah

Kedai Basikal Brother Fine pasti akan memenuhi keinginan anda untuk memiliki basikal impian disebabkan pelbagai pilihan basikal dan aksesori ditawarkan untuk anda. Juruteknik kedai basikal Brother Fine sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang masa. Kakitangan kedai akan membantu dan menjelaskan produk mereka dalam setiap butiran dengan lebih tepat. Harga barangan berpatutan dan lebih murah mengikut aksesori tertentu untuk pelanggan. Pelanggan mereka turut mengesyorkan kepada anda sekiranya anda ingin mencari basikal dengan harga yang lebih murah berbanding kedai basikal lain.

Alamat: Lot 1646 B, Jalan Sg. Ramal Dalam, Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6014-6469476

Whatsapp Kedai Basikal Brother Fine

 

2. Cyclelabz Pro Centre, Desa Pinggiran Putra

aksesori berbasikal

Cyclelabz Pro Centre adalah kedai basikal yang menyediakan basikal terbaik untuk pelanggan. Anda boleh memilih dari pakaian penunggang hingga semua yang anda perlukan sebagai penunggang. Antara jenama yang anda dapat temukan di sini ialah Psyclix dan Kervgear. Kunjungi kedai dalam talian Cyclelabz Pro Centre untuk mendapatkan basikal, bahagian basikal, pakaian, dan aksesori berbasikal dengan harga berbaloi. Sekiranya anda berminat, anda boleh melihat produk tersebut di laman web dan kedai e-commerce. 

Alamat: 19, Jalan Pinggiran Putra 4A/14, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8912 5660

Whatsapp Cyclelabz Pro Centre

 

3. Legacy Bike, Jalan TTDI Grove1/2

pengedar Stock Giant

Legacy Bike terletak berdekatan dengan Eco Green Laundry, kedai buah Mr Organic & Fruit, dan beberapa meter dari Restoran Rest’1 TTDI Grove. Kedai ini menjual pelbagai saiz basikal, aksesori basikal, membaiki basikal, dan menyediakan perkhidmatan mencuci basikal. Antara basikal yang ditawarkan ialah basikal elektrik, Stock Giant, basikal untuk ke sekolah, dan sebagainya.

Alamat: 60-1, Jalan TTDI Grove1/2, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – khamis: 10.00am – 7.00pm, Jumaat: 2.30pm – 8.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6011-21314460

Whatsapp Legacy Bike

 

4. Jami Bike Centre, Jalan Cheras

pengedar sah Pinarello Malaysia

Jami Bike Centre ditubuhkan sejak tahun 2007 dan merupakan pengedar sah Pinarello Malaysia. Diasaskan oleh bekas pelumba basikal trek, iaitu Jaminuddin Ismail, atau lebih dikenali sebagai Jami. Beliau mewakili Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKLBM) pada tahun 1980.  Selain itu, beliau juga berpengalaman lebih dari 40 tahun dalam sukan berbasikal dan pernah menjadi penasihat teknikal untuk Le Tour De Langkawi selama 20 tahun. Kedai ini menjual pelbagai jenis basikal, aksesori, dan peralatan lain. Jami Bike Centre semestinya akan menjadi pilihan anda untuk mencari basikal yang terbaik.

Alamat: Lot 1223 Batu 12, 1/2, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Sabtu & Isnin – khamis: 12.00pm – 8.00pm, Jumaat: 3.00pm – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +60 17-9557372

Whatsapp Jami Bike Centre

 

5. K Pro Cycle, Kampung Sungai Balak

ditubuhkan oleh bekas mekanik pasukan LTDL

K Pro Cycle ditubuhkan oleh bekas mekanik pasukan LTDL yang berpengalaman dalam bidang basikal. K Pro Cycle merupakan pengedar rasmi Bianchi Malaysia. Nasihat berkaitan basikal dan penyelenggaraan basikal sememangnya sangat membantu untuk pelanggan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan untuk sebuah basikal. Kakitangan mereka akan membantu anda dalam membuat pilihan untuk mencari basikal impian anda.

Alamat: PT No 72426 KM, 20, Jalan Cheras, Kampung Sungai Balak, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Instagram | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6018-3686290

Whatsapp K Pro Cycle  

 

6. Jozs Bike, Bandar Sungai Long

menyediakan perkhidmatan yang terbaik

Pemilik kedai akan memeriksa basikal anda dengan berhati-hati dan memberitahu anda masalah yang ada dengan basikal anda. Dia juga akan memberikan nasihat berguna yang akan meningkatkan pengalaman menunggang basikal anda. Kedai basikal ini menyediakan perkhidmatan pra-pemasangan dan pembuatan khas. Josz Bike turut menawarkan pilihan basikal dan aksesori berkualiti dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Josz Bike mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Alamat: No.63, 2, Jalan SL 1/4, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 12.30pm – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-289 4662

Whatsapp Jozs Bike

 

7. Kedai Basikal Putrajaya, Kampung Dato Abu Bakar Baginda

pengedar sah Shimano dan Raleigh Calypso

Galeri Jualan Gate One Cycle Shoppe atau dipanggil kedai basikal Putrajaya ini menawarkan basikal jenama Shimano, Raleigh Calypso, Java F2, Megamo, dan lain-lain. Basikal yang boleh dilipat untuk ibu dan anak turut dijual untuk anda yang ingin meluangkan masa dengan anak-anak. Kedai ini turut menawarkan khidmat membaiki dan memasang basikal. Pelanggan turut memberikan ulasan yang bagus berkenaan kedai ini berdasarkan ulasan bisnes dari Google.

Alamat: No. 2 (A3), Lot 7438, Jalan Air Hitam, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat: 3.00pm – 8.00pm, Sabtu – khamis: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6018-9678947

Whatsapp Kedai Basikal Putrajaya

 

8. Kedai Basikal Kajang Utama, Jalan Seksyen 3/12

menjual basikal fixie 700c

Kedai basikal Kajang Utama ini juga dikenali sebagai Kriss Lane Resources. Kedai basikal ini terletak di Taman Kajang Utama. Kedai basikal Kajang ini juga menjual basikal secondhand yang sesuai untuk 2 hingga 6 tahun, basikal fixie 700c, basikal 20 inch lipat mother and son, basikal Raleigh AXO, BMX, basikal Raleigh Marco 27.5, folding bike, dan lain-lain. Setiap basikal juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet anda.

Alamat: No 17, Blok N, Jalan Seksyen 3/12, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu – khamis: 11.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-507 5431

Whatsapp Kedai Basikal Kajang Utamae

 

Kedai Basikal Best Di Dengkil


9. Sin Guan Hin Cycle, Pekan Dengkil

mencari basikal yang sesuai untuk kegunaan anda

Lokasi kedai basikal ini sangat strategik kerana berdekatan dengan Restoran Nur Al-Madinah dan beberapa meter dari Sew Leong Cycles. Antara basikal yang dijual di kedai basikal dengkil ini ialah Crossmac Hangen 10, Crossmac X9 Alloy Folding Bike, Trs Horizon Mtb 27.5 Shimano Altus 27spd, dan lain-lain. Kakitangan mereka akan membantu anda mencari basikal yang sesuai untuk kegunaan anda. Basikal Mountain GT juga boleh dibeli dengan harga di bawah RM1k.

Alamat: 916, B18, Pekan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6017-305 9202

Whatsapp Sin Guan Hin Cycle

 

10. Sew Leong Cycles, Pekan Dengkil

menjual basikal berkualiti

Kedai basikal Dengkil ini bersebelahan dengan kedai peralatan telekomunikasi Wan Choong dan Klinik Famili Kong. Sew Leong Cycles menjual basikal berkualiti dari siri profesional hingga tadika dan juga aksesori untuk basikal. Harga yang ditawarkan berpatutan dan boleh dirunding mengikut bajet perbelanjaan bulanan anda.

Alamat: No. 81, Jalan Besar, Pekan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – jumaat: 9.00am – 8.45pm, Sabtu & ahad: 9.00am – 1.30pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +603-87689212

Whatsapp Sew Leong Cycles

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini...

10 Kedai Basikal Best di Puchong

Pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih dengan aktiviti berbasikal. Antara kebaikan aktiviti berbasikal adalah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan...

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis...

Top 5 Kedai Basikal Kota Kemuning & Cyberjaya yg Best

Berbasikal adalah alternatif yang baik untuk perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, menjalankan tugas atau membeli-belah. Beberapa faedah membeli-belah dengan basikal adalah bersenam sambil...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...

10 Kedai Basikal Ampang & Cheras yg Best

Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang paling menyihatkan dan menyeronokkan memandangkan pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x