Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini juga boleh dijadikan sebagai pengganti senaman lari, ini kerana aktiviti ini adalah senaman yang terbaik kerana dapat mengeluarkan banyak peluh. Selain itu, apa yang paling menarik ialah aktiviti riadah ini dapat dilakukan bersama-sama keluarga anda. Kekerapan jika kita selalu menunggang basikal ia akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan segar. Antara kebaikan melakukan aktiviti berbasikal ini adalah dapat mengurangkan berat badan, dapat mengawal tekanan darah anda, meningkatkan lagi kesihatan mental, serta dapat mengurangkan stress anda.

Seperti yang anda tahu harga sebuah basikal boleh mencecah belasan ribu ringgit di pasaran. Sebelum anda membuat pilihan untuk membeli basikal, kami akan kongsikan beberapa tips dalam membeli sebuah basikal:

  1. Kenalpasti jenis basikal yang anda mahu mengikut keperluan anda. Adakah anda ingin mengayuh secara santai, untuk pertandingan atau kesihatan.
  2. Keperluan semasa berbasikal seperti topi keselamtan, glove dan cycling pants. Ini sangat penting kerana untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
  3. Sebelum anda membayar untuk basikal yang anda inginkan, jangan lupa untuk test ride terlebih dahulu. Semak pada setiap inci badan basikal. Tanya kembali pada diri anda adakah jenis basikal ini sesuai dengan diri anda dan mudah untuk anda mengendalikannya.

Jika anda dah baca dan faham dengan tips yang kami kongsikan, artikel kali ini kami ingin membantu anda dalam mencari kedai basikal (cycling shop) yang best di sekitar Selangor terutamanya Bangi dan Putrajaya. Berikut merupakan beberapa jenis basikal yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: basikal lipat, basikal bmx,  basikal mountain bike, basikal touring, basikal roadbike dan sebagainya. 

 

 Kedai Basikal Best Di Bangi


1. Kedai Basikal Go Cycle, Seksyen 3 Bangi

Kedai basikal Go Cycle yang terletak di Seksyen 3 Bangi Selangor ini cukup terkenal dengan jenis basikal budak. Terdapat pelbagai saiz yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anak anda. Selain menjual basikal, kedai Go Cycle juga ada menjual peralatan dan aksesori  basikal daripada pedal basikal sehingga lampu belakang. Bagi memudahkan urusan pelanggan yang di luar Bangi, mereka juga menyediakan platform jualan di Shopee. Jangan lupa bawa si kecil anda datang ke kedai ini. Pasti mereka rambang mata

Alamat: 48, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Khamis tutup l Isnin-Ahad 11.00 am-7.00pm l Jumaat 4.00pm-9.00pm

Lokasi | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-274 5842

Whatsapp Kedai Basikal Go Cycle, Seksyen 3

 

2. Jen Wall Kedai Basikal, Seksyen 4 Bangi 

Jen Wall Kedai Basikal adalah antara kedai basikal yang turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal di Bangi. Kedai ini mendapat banyak positive review di google. Rata-rata pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan disini cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang menarik ialah, apabila anda membeli basikal, pemilik kedai akan memberi tips yang berguna sebelum anda membuat pilihan untuk membeli. Kedai ini  juga menawarkan harga basikal yang cukup berpatutan dan mengikut bajet anda.

Alamat: 11, Jalan 4/11a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Selasa tutup l Isnin-Ahad 10.00am-8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-89259896

3. Gerek Cycle Bangi, Seksyen 7 Bangi

Gerek Cycle Bangi ini menjual basikal yang sesuai untuk mendaki bukit. Siapa yang berminat dengan aktiviti lasak memang sesuai untuk mencari basikal seperti ini. Bagi membuat aktiviti lasak memang memerlukan sebuah basikal khas untuk mendaki yang dipanggil basikal mountain bike. Anda boleh mencari di Gerek Cycle Bangi yang menawarkan pelbagai jenis, saiz dan warna basikal mengikut keiinginan anda. Di samping itu juga, kedai itu turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal dengan mempunyai mekanik yang terbaik mereka ada.

Alamat: No 37G-B Section 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat tutup l Isnin-Ahad 10.00am-6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-705 3105

4. Bangi Cycle Store, Seksyen 7 Bangi

Anda mencari basikal yang berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi pada basikal? Jom singgah di Bangi Cycle Store yang terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Kedai ini menjual pelbagai jenama basikal yang berkualiti. Kepada sesiapa peminat basikal disini adalah tempat anda, anda boleh mencari jenama basikal yang anda inginkan. Selain itu juga mereka turut menjual aksesori untuk penunggang basikal. Antara aksesori yang terdapat disini ialah, topi keselamatan, kasut dan pedal basikal.

Alamat: 12A-GF, Jalan 7/7a, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Ahad tutup l Isnin-Sabtu 11.00am-7.00pm | Jumaat 2.30pm – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-631 3577

Whatsapp Bangi Cycle Store, Seksyen 7

 

5. Ogen Cycle, Seksyen 1 Bangi

Di Ogen Cycle ini terdapat pelbagai jenis basikal, daripada basikal budak, basikal bmx dan basikal moutain bike semua ada disini. Tinjauan di google review juga rata-rata pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan  disini sangat berpuas hati. Jika anda datang di Ogen Cycle memang boleh rambang mata. Pelbagai warna, saiz dan jenis basikal tergantung didalam kedai ini.

Alamat: 309G, Jalan Seksyen 1/16, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat tutup l Isnin-Ahad 11.00am-7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8210 1056

Whatsapp Ogen Cycle, Seksyen 1

 Kedai Basikal Best Di Putrajaya


6. TRS Bicycle Shop (JBS BIKE), Presint 15

Anda pasti rambang mata jika masuk ke TRS Bicycle Shop (JBS BIKE), ini kerana terdapat pelbagai jenama basikal yang ada disini antaranya yang mendapat perhatian ialah Folding Bicycle. Tinjauan melalui feedback di google juga sangat positive. Ramai berpuashati dengan layanan mesra dari pemilik dan staf di kedai ini. Anda juga jangan lupa untuk membuat sesi tawar menawar sebelum membeli.

Alamat: No.5 Jalan Pahang P15 Nadi 15 Presint Diplomatik, Presint 15, 62050, Putrajaya

Waktu Operasi: Isnin tutup l Ahad-Sabtu 11.00am-9.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone:012-9086530

Whatsapp TRS Bicycle Shop (JBS BIKE),Presint 15

 

7. Rodalink, Presint 15

Rodalink Putrajaya yang terletak di Presint 15 ini menyediakan keperluan asas untuk penunggang basikal di luar sana seperti aksesori dan perkhidmatan membaiki basikal. Anda seorang penunggang basikal yang terlatih? Disini mempunyai basikal khas untuk anda. Walaupun harga sedikit tinggi, tetapi berbaloi untuk pelaburan anda didalam bidang basikal ini. Jangan risau, kerana Rodalink juga menyediakan pembayaran secara ansuran kepada pelanggan mereka untuk memilki basikal idaman mereka.

Alamat: 21, Jalan Diplomatik 2/4, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Isnin-Ahad 11.00am-8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8889 2822

Whatsapp Rodalink, Presint 15

8. Primarybike, Presint 5

Primarybike yang terletak di Presint 5 ini merupakan kedai basikal yang menjual aksesori basikal yang berkualiti tinggi. Sebut sahaja aksesori yang anda inginkan, pasti ada dijual disini. Antara koleksi basikal yang ada disini ialah basikal bmx. Peminat basikal bmx tentu gembira jika anda datang disini. Kepada peminat aktiviti basikal lasak ini merupakan tempat yang wajib anda kunjungi di Putrajaya.

Alamat: Kompleks Sukan Lasak Putrajaya (Sukan Luncur), Taman Cabaran,, Jalan P5, Presint 5, 62200 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Isnin tutup l Selasa-Khamis 11.00am-7.00pm l Jumaat-Sabtu 10.00am-11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-674 3035

Whatsapp Primarybike, Presint 15

9. The Way Bicycle Lab, Presint 15

Jika anda melangkah masuk ke dalam The Way Bicycle Lab ini pasti mata anda terpesona dengan kekemasan kedai ini serta pelbagai alatan membaiki basikal yang anda tak pernah lihat ada disini. Kedai ini lebih memfokuskan kepada perkhidmatan membaiki basikal seperti membaikpulih tayar basikal, dan pelbagai lagi. Pemilik The Way Bicyle Lab ini mempunyai pengetahuan yang sangat luas didalam bidang membaiki basikal. Di samping itu juga, mereka turut menyediakan sebuah kelas asas membaiki basikal kepada yang berminat. Mana tahu boleh menjadi salah satu punca pendapatan untuk anda satu hari nanti.

Alamat: 62000 Putrajaya, Presint Diplomatik, Jalan Diplomatik

Waktu Operasi: Sabtu Ahad tutup l Isnin-Jumaat 12.00pm-5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:017-557 1576

Whatsapp The Way Bicycle Lab, Presint 15

 

10. CycleLabz Pro Centre, Putrajaya

Di CycleLabz Pro Centre bukan sahaja menjual basikal, malahan mereka juga menjual pakaian yang sesuai untuk berbasikal dan aksesori basikal. Jika anda di luar kawasan mereka, tidak perlu risau lagi kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan atas talian (online) untuk anda mendapatkan barangan aksesori mereka. Disamping itu juga mereka turut menyediakan perkhidmatan membaiki basikal, maklumbalas melalui google review juga sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Mereka bukan sahaja menjual basikal untuk dewasa, malahan basikal budak turut ada dijual disini.

Alamat: 19, Jalan Pinggiran Putra 4A/14, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Jualan atas talian (online) sahaja

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8912 5660

Whatsapp Cyclelabz

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Basikal Best di Kajang & Dengkil

Berbasikal merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk bertenaga dan menikmati aktiviti luar sementara anda bersenang-senang semasa melakukannya. Namun begitu, sebahagian masyarakat berpendapat bahawa...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang...

10 Kedai Basikal Ampang & Cheras yg Best

Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang paling menyihatkan dan menyeronokkan memandangkan pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak,...

Top 10 Kedai Basikal Petaling Jaya & Subang Jaya yg Best

Belajar menunggang basikal adalah salah satu kenangan masa kecil yang paling dihargai bagi kebanyakan orang. Berbasikal juga dilengkapi dengan pelbagai kelebihan, dan yang terbaik...

Top 10 Kedai Basikal Seri Kembangan & Semenyih yg Zhun

Aktiviti berbasikal setiap hari sebenarnya dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak. Menunggang basikal secara berkumpulan juga adalah salah satu cara yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x