Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Puchong

Pelbagai manfaat kesihatan boleh diraih dengan aktiviti berbasikal. Antara kebaikan aktiviti berbasikal adalah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan membakar lebihan kalori. Bagi membantu anda mencari kelengkapan basikal untuk aktiviti riadah anda, di sini kami tampilkan 10 kedai basikal di Puchong yang paling best untuk dikunjungi.

Terdapat pelbagai jenis sukan melibatkan berbasikal, antaranya sukan berbasikal ekstrem, berbasikal di kawasan gunung, berbasikal di hutan dan lumba basikal.  Oleh itu, pemilihan jenis basikal yang bersesuaian untuk aktiviti sukan dan riadah yang ingin disertai amat penting agar ciri dan spesifikasi basikal membolehkan keselesaan sewaktu menunggang.  Agar anda tidak rambang mata hendak pilih yang mana satu, anda boleh berkonsultasi dengan staf-staf kedai basikal di Puchong untuk mencari basikal-basikal hebat bagi memenuhi keperluan anda.

 

Kedai Basikal Best Di Puchong


1.  F&P Bicycle Puchong, Taman Puchong Prima

F&P BICYCLE3

F&P Bicycle Puchong merupakan kedai basikal di Puchong yang menawarkan pelbagai jenis model basikal seperti basikal lipat, basikal kanak-kanak, basikal gunung, basikal jalanan, alat ganti basikal dan banyak lagi. Terdapat juga basikal budak murah yang boleh didapati dengan harga bawah RM200 dan basikal lipat bawah RM1,000. Pembelian basikal promosi membolehkan anda mendapat hadiah percuma dari F&P Bicycle Puchong.  Selain daripada menjual basikal, kedai basikal F&P Bicycle Puchong turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis basikal.

Alamat:  No A-01-06, Jalan Prima 5/5, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am- 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0173326228

Whatsapp F&P Bicycle Puchong

 

2.  Spedaworks, Taman Putra Perdana

Spedaworks

Sekiranya anda mencari-cari kedai basikal di Puchong yang menawarkan model-model basikal yang berkualiti dan tidak terlalu mahal, anda bolehlah berkunjung ke Spedaworks.  Terletak di Taman Putra Perdana, pelbagai jenis basikal terkini boleh didapati. Antara jenis-jenis basikal yang dijual adalah seperti basikal BMX, basikal lipat, basikal gunung, basikal jalanan, basikal budak, basikal elektrik, dan basikal budak.

Anda boleh melawati laman web Spedaworks dan laman Facebook Spedaworks untuk mendapatkan senarai harga model basikal dan membandingkan spesifikasi basikal sebelum membuat pembelian. Hubungi Spedaworks menerusi aplikasi Whatsapp untuk mendapatkan tawaran istimewa dan maklumat lanjut mengenai penghantaran produk.

Alamat: No 21, Jalan Putra Perdana 3/1, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:  10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 011-1307 1194

Whatsapp Spedaworks

 

3.  KSH Cycles Puchong, Bandar Bukit Puchong 

KSH Cycles Puchong

KSH Cycles Puchong merupakan antara kedai basikal di Puchong yang sememangnya best dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis model basikal berjenama dan berkualiti tinggi. Aksesori basikal dan alat ganti basikal juga terdapat banyak pilihan. Biarpun harga-harga barangan di KSH Cycles Puchong agak mahal, tetapi alah membeli bisa memakai. Yang penting basikal dan aksesori basikal anda tahan lama dan memberikan kepuasan dalam sukan berbasikal.

Antara jenis-jenis basikal yang dijual di sini adalah seperti basikal gunung, basika cyclocross, basikal jalanan, basikal gravel, basikal lipat, skuter kanak-kanak dan basikal budak.  Aksesori basikal berkualiti tinggi seperti helmet basikal, topi, t-shirt, sut berbasikal dan cermin mata  jenama Ekoi sememangnya menjadi rebutan peminat sukan basikal agar tampak lebih bergaya dan trendy.

Alamat:  No. 39, Jalan BP 7/2, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:  10am – 6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-5882 3210

 

4.  MYB Bicycle Store, Bandar Puchong Jaya

MYB Bicycle Store

MYB Bicycle Store merupakan kedai basikal di Puchong yang menawarkan pelbagai jenis model basikal untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan sukan berbasikal tanpa perlu berbelanja besar untuk mendapatkan basikal berkualiti tinggi.  Terdapat juga pelbagai alat ganti basikal, tayar basikal, pam basikal, kit membaiki basikal dan aksesori sukan berbasikal yang boleh didapati dengan harga berpatutan.

Kedai basikal ini amat sesuai dikunjungi oleh penunggang sukan professional bagi mendapatkan kelengkapan sukan berbasikal yang lengkap. Setiap basikal yang dibeli hadir dengan pelbagai hadiah percuma. Selain membekalkan peralatan sukan berbasikal, MYB Bicycle Store turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis basikal. Jikalau anda mempunyai basikal yang memerlukan perhatian dari mekanik basikal, hantarkan sahaja ke MYB Bicycle Store untuk dibaiki dan diservis.

Alamat:  No. 16-G, Jalan Kenari 12B, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:  10.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8071 8286 

 

5.  DA Bicycle Shop,  Bandar Puteri

DA Bicycle Shop

DA Bicycle Shop menjual pelbagai jenis basikal untuk aktiviti rekreasi, antaranya ialah basikal kanak-kanak, basikal flexibike, basikal gunung, basikal lipat dan basikal jalanan.  Bagi peminat sukan berbasikal, DA Bicycle Shop sememangnya sebuah kedai basikal di Puchong yang amat berbaloi untuk dikunjungi bagi mendapatkan basikal berkualiti tinggi untuk aktiviti riadah anda.

Kelihatan banyak juga basikal cyclocross dan basikal kembara untuk aktiviti basikal ekstrem dan kayuhan jauh dijual di DA Bicycle Shop. Terdapat pelbagai basikal kanak-kanak yang hadir dengan rekaan dan warna menarik, yang mana basikal-basikal ini amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak. Selain daripada menjual basikal, anda boleh menghantar basikal rosak untuk dibaiki dan diservis agar prestasi basikal kekal optimum.

Alamat: No. 34-G, Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8066 2773

Whatsapp DA Bicycle Shop

 

6.  Zavinci Cycle Hub, Bandar Kinrara

Zavinci Cycle Hub

Zavinci Cycle Hub merupakan salah satu kedai basikal di Puchong yang harus anda kunjungi sekiranya anda berhasrat untuk mencari basikal yang bergaya dan berprestasi tinggi sewaktu beriadah.  Zavinci Cycle Hub juga merupakan pembekal basikal rasmi bagi jenama Pardus, Elves, Xplova, Xcadey, Raceline, Speedave dan Superteam. Terdapat juga alat ganti, aksesori basikal dan sut berbasikal yang berkualiti tinggi khusus buat peminat sukan berbasikal professional.

Selain daripada mengunjungi showroom Zavinci Cycle Hub yang terletak di Bandar Kinrara Puchong, pelanggan juga boleh membuat pembelian di kedai online Zavinci Cycle Hub di Shopee. Menerusi kedai online di Shopee, pelanggan boleh membuat perbandingan harga dan produk di samping pembayaran yang lebih selamat di atas talian.

Alamat: No. 2A-G, Jalan BK 5a/2b, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8071 8838

Whatsapp Zavinci Cycle Hub

 

7.  Sporty Ride Trading Puchong Branch, Taman Perindustrian Puchong Utama

Sporty Ride Trading

Sporty Ride Trading merupakan kedai basikal one stop center bagi mendapatkan basikal-basikal berkualiti tinggi di Puchong. Segala peralatan yang anda perlukan untuk sukan berbasikal ada dijual di Sporty Ride Trading. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan pembelian barangan, staf-staf di Sporty Ride Trading akan membantu agar barangan yang dipesan sampai dengan selamat ke rumah.

Selain membuat pembelian dengan mengunjungi kedai basikal Sporty Ride Trading di Puchong, anda boleh meninjau kedai online dan laman Facebook Sporty Ride Trading bagi mendapatkan  gambaran produk dan membandingkan spesifikasi produk. Terdapat pelbagai pilihan produk sukan berbasikal hebat yang dijual dengan harga yang berpatutan. Sekiranya ada produk yang berkenan di hati, hantarkan sahaja pesanan ke Sporty Ride Trading dengan mengisi borang online atau perbualan di Whatsapp.

Alamat: No. 9, Jalan Utama 1/13, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 9am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8066 8388

Whatsapp Sporty Ride Trading

 

8.  Mobike Cycle Shop, Taman Putra Perdana 

Mobike Cycle Shop

Mobike Cycle Shop merupakan kedai basikal di Puchong yang menawarkan pelbagai jenis basikal untuk keperluan riadah anda. Antara basikal dijual di sini adalah seperti basikal gunung, basikal budak, basikal jalan, basikal lipat, dan pelbagai lagi. Di Mobike Cycle Shop, anda juga boleh menempah set basikal tayar yang direka mengikut spesifikasi anda. Terdapat juga pelbagai alat ganti basikal dan aksesori basikal berkualiti tinggi dijual di Mobike Cycle Shop. Ikuti laman Facebook Mobike Cycle Shop agar anda tidak ketinggalan jualan dan promosi produk-produk terkini yang sedang berlangsung.

Alamat:  No. G-12, Jalan Putra Perdana 5E, Taman Putra Perdana 47100, Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-413 4938

Whatsapp Mobike Cycle Shop

 

9.  Unique Probike,  Bandar Kinrara 5

Unique Probike

Sekiranya anda mencari-cari kedai basikal di Puchong yang menjual model basikal dan alat ganti basikal berkualiti dan selamat, anda harus mengunjungi  Unique Probike untuk meninjau produk-produk hebat. Sebelum membuat pembelian, anda disarankan untuk mencuba menunggang model basikal yang ingin dibeli agar keselesaan menunggang basikal dapat diuji.

Antara jenama basikal dan aksesori basikal yang dijual di sini adalah seperti Cannondale, 3T, Vittoria, San Marco, Muc-Off, Fizik dan Castelli. Bagi mereka yang pertama kali membeli basikal, jangan risau kerana staf-staf di Unique Probike boleh membantu anda memilih model basikal dan aksesori basikal yang memenuhi keperluan riadah berbasikal anda.

Alamat:  No.14-0, Jalan BK 5a/2c, Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11am-8pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-8071 8805

Whatsapp Unique Probike

 

10.  SCCS Bicycle Shop Puchong, Taman Damai Utama

SCCS Bicycle Shop

Khusus buat peminat jenama basikal Gusto, Battaglin dan Shimano, anda bolehlah berkunjung ke kedai basikal SCCS Bicycle Shop Puchong. Basikal dari jenama Gusto dikenali dengan binaan rangka diperbuat daripada karbon fiber T-100 dan set rangka basikal yang menepati standard piawaian UCI untuk kegunaan sukan perlumbaan berbasikal.

Selain daripada menjual basikal, SCCS Bicycle Shop Puchong turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis basikal. Mekanik basikal SCCS Bicycle Shop Puchong mempunyai pensijilan khas dari Shimano untuk perkhidmatan membaiki dan menservis basikal jenama Shimano. Oleh itu, anda tidak perlu risau kualiti pembaikian yang tidak menepati piawaian. Rujuki laman Facebook SCCS Bicycle Shop Puchong untuk mendapatkan senarai harga perkhidmatan dan produk terkini.

Alamat:  No.11, Jalan Du 1/2, Taman Damai Utama, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 3.08pm-7.08pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-8080 1997

Whatsapp SCCS Bicycle Shop Puchong

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Gombak & Setapak yg Zhun

Bila kita bercakap tentang topik berbasikal, semestinya bunyi hobi ini seperti hobi yang mahal. Mahu tidaknya, basikal sahaja mahal, ditambah pula dengan peralatan-peralatan lain...

Top 10 Kedai Basikal Seri Kembangan & Semenyih yg Zhun

Aktiviti berbasikal setiap hari sebenarnya dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak. Menunggang basikal secara berkumpulan juga adalah salah satu cara yang...

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga...

8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam

Anda rasa mahu melakukan perubahan terhadap diri anda? Anda tidak mempunyai peralatan senaman sendiri di rumah? Mahukan suasana yang lebih aktif untuk melakukan aktiviti...

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini...

Top 5 Kedai Basikal Kota Kemuning & Cyberjaya yg Best

Berbasikal adalah alternatif yang baik untuk perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, menjalankan tugas atau membeli-belah. Beberapa faedah membeli-belah dengan basikal adalah bersenam sambil...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x