Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Klang dan Shah Alam

Aktiviti riadah berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana anda dapat keluar bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah sambil menghirup udara segar. Aktiviti berbasikal juga antara aktiviti paling berkesan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan kerana aktiviti berbasikal selama 30 minit boleh membakar sebanyak 298 kalori. Terdapat pelbagai jenis basikal yang boleh digunakan bagi aktiviti riadah berbasikal, antaranya adalah basikal lipat, basikal BMX, basikal tua, basikal roadgear, basikal senaman dan basikal budak untuk kanak-kanak.

Aktiviti berbasikal tidak hanya digunakan untuk beriadah, ianya juga salah satu sukan yang menarik untuk dilakukan di masa lapang. Kini terdapat pelbagai jenis sukan melibatkan aktiviti  berbasikal, antaranya sukan berbasikal ekstrem, berbasikal di kawasan gunung, berbasikal di hutan dan lumba basikal.

Sekiranya anda berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan berbasikal, anda disarankan untuk mendapatkan model basikal berkualiti tinggi dan tahan lama. Aksesori-aksesori sukan berbasikal turut menjadikan aktiviti berbasikal anda bergaya dan trendy. Di sini kami paparkan 10 kedai basikal yang best untuk anda kunjungi di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam.

 

Kedai Basikal Best Di Klang 


1.TD Bicycle Shop, Bandar Bukit Tinggi 1

TD Bicycle Shop

TD Bicycle Shop menjual pelbagai jenis basikal untuk aktiviti rekreasi , antaranya ialah basikal kanak-kanak, flexibike, mountain bike ,basikal lipat dan skuter.  Kelihatan banyak juga basikal cyclocross dan basikal kembara untuk aktiviti basikal ekstrem dan kayuhan jauh dijual di TD Bicycle Shop. Terdapat pelbagai basikal kanak-kanak yang hadir dengan rekaan dan warna menarik, yang mana basikal-basikal ini amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak.

Selain daripada menjual basikal, pelanggan boleh menghantar basikal rosak untuk dibaiki.Bagi peminat sukan berbasikal, TD Bicycle Shop sememangnya amat berbaloi untuk dikunjungi bagi mendapatkan basikal berkualiti tinggi untuk aktiviti riadah anda.

Alamat: No. 48, 00-1, Lorong Batu Nilam 1c, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:016-2188818

Whatsapp TD Bicycle Shop

 

2. Kedai Basikal MK, Jalan Sungai Jati

Kedai Basikal MK

Kedai Basikal MK menawarkan khidmat penjualan basikal gunung (mountain bikes), basikal kembara dan aksessori basikal. Kedai ini wajib anda kunjungi sekiranya anda berhasrat untuk mengubahsuai basikal agar prestasi basikal dapat dinaiktaraf ke paras optimum. Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai aksesori basikal, pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar basikal di Kedai Basikal MK.

Basikal lipat yang ditawarkan diperbuat daripada material berunsurkan karbon yang sangat kukuh, selain dapat menjimatkan ruang penyimpanan. Antara aksessori basikal yang menarik boleh dibeli daripada Kedai Basikal MK adalah topi basikal, botol minuman, handle basikal yang diperbuat daripada material karbon, tayar basikal, rangka basikal dan banyak lagi.  Laman Facebook Kedai Basikal MK sering kali memuat naik update terkini mengenai produk-produk hebat yang ditawarkan, oleh itu ikuti laman Facebook Kedai Basikal MK untuk makluman produk dan promosi terkini.

Alamat: No. 8, Off, 45, Jalan Sungai Jati, Kawasan 2, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi:  10.30am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:012-656 7383

Whatsapp Kedai Basikal MK

 

3. Basikal.my , Jalan Kapar

Basikal.my

Basikal.my  menawarkan basikal-basikal dengan harga yang murah dan terus dari gudang. Terdapat pelbagai jenis basikal yang dijual, antaranya basikal kanak-kanak, basikal kembara, basikal tua, basikal baru, basikal lipat dan banyak lagi. Aksesori basikal juga banyak dijual di outlet Basikal.my.

Pelanggan boleh meninjau katalog basikal di laman web Basikal.my untuk mencari jenis-jenis basikal yang diidamkan mengikut kesesuaian bajet masing-masing.  Pilihan produk sememangnya bakal membuat pelanggan rambang mata nak pilih basikal, terutamanya apabila promosi hebat sedang berlangsung. Pelanggan yang bertuah turut bakal mendapat hadiah percuma apabila membeli-belah di Basikal.my, bergantung kepada promosi terkini yang diadakan. Bersempena musim PKP ini, pelanggan boleh membuat tempahan dan pertanyaan mengenai basikal-basikal yang dijual menerusi aplikasi Whatsapp.

Alamat:7, Jalan Sungai Chadong 8, Batu 5, Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-3291 1011

Whatsapp Basikal.my  

 

4. Keen to Cycle Klang, Jalan Meru

Keen to Cycle Klang

Keen to Cycle Klang menawarkan  pelbagai jenis basikal bagi memenuhi keperluan riadah dan aktiviti harian anda. Terdapat pelbagai jenis model basikal lipat dijual di Keen to Cycle Klang, yang amat sesuai untuk dibawa untuk melancong dan kembara kereta api. Ianya juga sesuai untuk disimpan di ruangan rumah yang sempit.

Menariknya, Keen to Cycle Klang menawarkan pembayaran ansuran tanpa kad kredit menerusi AEON kredit, yang mana pelanggan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan dan slip gaji.  Selain daripada membeli basikal di outlet Keen to Cycle Klang, pelanggan boleh juga membuat pembelian basikal-basikal dari Keen to Cycle Klang menerusi aplikasi Shopee.  Sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan basikal lipat berkualiti tinggi, anda boleh kunjungi ke outlet Keen to Cycle Klang yang terletak di Jalan Meru atau membuat pembelian atas talian produk Keen to Cycle Klang di Shopee.

Alamat: No.117G, Pusat Perniagaan NBC,, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-3359 1341

Whatsapp Keen to Cycle Klang

 

5. Bicycle Extreme Sports @ Alan’s Bike, Jalan Sungai Jati

Kedai Bicycle Extreme Sports

Kedai Bicycle Extreme Sports menawarkan pelbagai jenis basikal untuk sukan basikal ekstrem. Sekiranya anda gemarkan aktiviti berbasikal ekstrem di kawasan gunung dan hutan, anda disarankan untuk mendapatkan model basikal berkualiti tinggi dari Bicycle Extreme Sports.

Bicycle Extreme Sports turut mempunyai laman sesawang rasmi untuk pelanggan membuat pembelian produk di atas talian. Terdapat pelbagai model basikal ekstrem dari pelbagai jenama terkenal yang boleh anda pilih. Aksesori-aksesori basikal turut dijual di laman sesawang Bicycle Extreme Sports , yang boleh membuatkan anda rambang mata. Di laman sesawang Bicycle Extreme Sports turut berkongsi pelbagai tips-tips penjagaan basikal ekstrem agar ianya tahan lama dan berbaloi digunakan.

Selain daripada menjual basikal, Bicycle Extreme Sports turut mengadakan acara menarik untuk mereka yang gemar berbasikal. Antara aktiviti menarik ialah aktiviti konvoi basikal bersama selebriti. Ikuti laman Facebook Bicycle Extreme Sports untuk makluman lanjut.

Alamat: Lot 3435-C, Jalan Sungai Jati, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-3372 5214

Whatsapp Bicycle Extreme Sports

 

Kedai Basikal Best Di Shah Alam


6. GK Cycle Shop,  Seksyen 9

GK Cycle Shop

GK Cycle Shop menawarkan pelbagai jenis basikal untuk aktiviti riadah anda, antaranya ialah basikal BMX, basikal gunung, basikal bandaran (city bikes), basikal lipat, basikal kanak-kanak, e-bike, dan aksesori basikal.  Aksesori basikal menarik ditawarkan adalah pemegang telefon, lampu basikal, rak pemegang basikal, speedometer dan tempat duduk basikal yang selesa.

Antara basikal yang paling best untuk kanak-kanak adalah pelbagai model balance bike bertayar lebar,  yang mana ianya amat sesuai untuk kanak-kanak mempelajari asas-asas menunggang basikal.  GK Cycle Shop turut mempunyai kedai di atas talian di laman web mudah.my untuk pelanggan meninjau produk-produk yang ditawarkan mengikut kesesuaian bajet.

Alamat: No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-213 5306

Whatsapp GK Cycle Shop

7. Wheelsman Cycle Trading, Seksyen 13

Wheelsman Cycle 

Wheelsman Cycle  menawarkan pelbagai jenis model basikal lumba dan basikal gunung yang berkualiti tinggi. Antara jenama popular yang dijual di Wheelsman Cycle  adalah CUBE, BH, XDS, Tropix, dan EMC. Terdapat pelbagai aksesori basikal berkualiti tinggi dijual di outlet Wheelsman Cycle.

Selain daripada menjual basikal untuk aktiviti sukan ekstrem, Wheelsman Cycle   turut menjual basikal kanak-kanak dan basikal bandaran untuk kegunaan harian. Outlet Wheelsman Cycle   turut menawarkan khidmat pembaikian dan menservis basikal. Menurut ulasan-ulasan perniagaan di laman Facebook dan Google, Wheelsman Cycle  dikatakan mempunyai perkhidmatan pelanggan yang berkualiti yang mana pelanggan yang berkunjung ke outlet akan dibantu membuat pilihan basikal yang ingin dibeli.

Alamat: No.17, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Wheelsman Cycle

 

 8. USJ Cycles , USJ 9

USJ Cycles

USJ Cycles menawarkan pelbagai jenis basikal dari pelbagai jenama untuk memenuhi keperluan aktiviti riadah anda. USJ Cycles yang ditubuhkan sejak 2003 mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang penjualan basikal berkualiti tinggi. Antara produk berbasikal menarik yang dijual adalah seperti kit basikal, kasut berbasikal, topi helmet, t-shirt, sarung tangan , beg kalis air, dan banyak lagi.

Pelanggan boleh melawat laman sesawang USJ Cycles untuk mendapatkan gambaran produk-produk yang ditawarkan dan promosi terkini. Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara atas talian di laman sesawang USJ Cycles. Pelbagai tips-tips penjagaan basikal dan makluman menarik mengenai aktiviti berbasikal  disediakan di laman web USJ Cycles. Sememangnya basikal dan aksesori yang dijual di USJ Cycles bakal membuatkan aktiviti berbasikal anda lebih menarik dan trendy.

Alamat: 57-1, Jalan USJ 9/5s, USJ 9, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am-6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:016-229 6388

Whatsapp USJ Cycles

 

9. Kedai Basikal Roda Kampung, Kampung Jln Kebun

Kedai Basikal Roda Kampung

Kedai Basikal Roda Kampung menawarkan kepelbagaian basikal untuk kegunaan harian. Basikal-basikal yang ditawarkan sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak bagi memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah. Antara produk menarik dijual adalah basikal wheelchair yang mempunyai tempat duduk ekstra agar penumpang dapat duduk dengan selesa. Selain itu, Kedai Basikal Roda Kampung turut menawarkan mobility scooter dan e-bike untuk kegunaan golongan OKU bergerak. Selain daripada menjual basikal, Kedai Basikal Roda Kampung turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal.

Alamat: Lot 3769C, Jalan Haji Said, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:016-630 4747

Whatsapp Kedai Basikal Roda Kampung

 

10. Sen Aik Trading , Setia Alam

Sen Aik Trading

Sen Aik Trading merupakan sebuah kedai basikal yang telah beroperasi selama 70 tahun dan menjual pelbagai jenis model basikal  berjenama dan aksesori-aksesori basikal. Showroom Sen Aik Trading yang terletak di Setia Alam menawarkan pelbagai model basikal yang berkualiti tinggi dan datang daripada jenama basikal yang popular seperti TOMAC dan Pronghorm. Aksesori basikal daripada pelbagai jenama turut dijual di Sen Aik Trading. Sen Aik Trading turut menjual peralatan untuk membaiki basikal.

Selain daripada melawat showroom Sen Aik Trading, pelanggan boleh membuat pembelian produk di laman sesawang Sen Aik Trading bagi mendapatkan gambaran produk dan mencari model-model basikal yang menepati bajet anda.  Pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, COD atau pembayaran ansuran menerusi AEON kredit.

Alamat: 12-3-1. Jalan Setia Prima Q U13/Q, Setia Alam, Sekyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:10.30am-8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:03-3358 6650

Whatsapp Sen Aik Trading

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi

Setelah seharian penat bekerja dan mengerah tenaga, berbasikal adalah salah satu cara untuk kita semua menikmati keindahan alam dan mengurangkan tekanan. Langkah pertama yang...

Top 5 Kedai Basikal Batu Caves & Sri Rampai yg Best

Aktiviti berbasikal di Malaysia semakin meningkat kerana ia adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan dan memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar. Malangnya, ia...

10 Kedai Basikal Best di Bangi & Putrajaya

Sudah menjadi trend masa kini aktiviti berbasikal kembali meraih perhatian segenap lapisan masyarakat. Dimana-mana tempat kita dapat melihat aktiviti berbasikal ini. Aktiviti berbasikal ini...

10 Kedai Basikal Best di Kajang & Dengkil

Berbasikal merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk bertenaga dan menikmati aktiviti luar sementara anda bersenang-senang semasa melakukannya. Namun begitu, sebahagian masyarakat berpendapat bahawa...

Top 5 Kedai Basikal Kota Kemuning & Cyberjaya yg Best

Berbasikal adalah alternatif yang baik untuk perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, menjalankan tugas atau membeli-belah. Beberapa faedah membeli-belah dengan basikal adalah bersenam sambil...

Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best

Ekoran dari minat basikal yang semakin meningkat, kedai basikal juga semakin hari semakin banyak. Tetapi, sukar untuk kita mencari kedai basikal yang menyediakan servis...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x